Image Hosted by ImageShack.us" border=2 color=#EAEEC6>

* MUKADIMAH *

Image Hosted by ImageShack.us
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lawatan sahabat-sahabat adalah amat-amat dialu-alukan Segala artikel di dalam blog ini adalah daripada penulisan penulis sendiri dan beberapa artikel terpilih untuk manafaat kita semua.
Image Hosted by ImageShack.us

* KENAL PENULIS *

Muhammad Bukhori Bin Alias N9, quicquidplantatur@yahoo.com
Image Hosted by ImageShack.us
(gambar hiasan : Al-Farabi)

* Masa *

* BUKU PELAWAT *

Image Hosted by ImageShack.us
Salam Ukhuwwah Fillah. buat semua pengunjung semoga pertemuan singkat di blog ini akan dipanjangkan lagi atas dasar ukhuwwah kerana Allah demi mengangkat martabat Islam di sisiNya

View My Guestbook
Sign My Guestbook

* ARTIKEL LALU *

Image Hosted by ImageShack.us

March 2005

April 2005

May 2005

June 2005

July 2005

August 2005

September 2005

October 2005

January 2006

April 2006

June 2006

July 2006

August 2007

* POST TERKINI *

Image Hosted by ImageShack.us
  • Ayuh Mahasiswa Perangi Gejala Rasuah
  • AYUH BERSAMA PERTAHANKAN ISLAM !
  • WORLD WAR 4- TOGETHER WE BRING END TO IT
  • PERANG DUNIA KE 4 (WORLD WAR IV).BAHAGIAN PERTAMA
  • Surat Terbuka Tun Dr.Mahathir mengenai Jambatan Be...
  • Peradaban yang amat dirindui......
  • Pertanggungjawaban bersama......
  • ADAKAH KITA CUKUP PEKA...........
  • KEMBARA KE TURKI 2.........
  • KEMBARA KE TURKI 1.......
  • * KEDAI KOPI *

    Image Hosted by ImageShack.us

    * LINKS *

    Image Hosted by ImageShack.us
    ...
    ::Abg Nuar Kudus::
    ::Hilmimadani::
    ::Diari Presiden::
    ::Azwiralbukhairi::
    ::EN SHUN::
    ::Hudasoid::
    ::Cik Fadh::
    ::A thing to ponder::
    ::K-Rol::
    ::sharief
    ::zikri::
    ::sheikh adli::
    ::mukhriz::
    ::didi::
    ::tibe::
    ::yazid rilex::
    ::haruman sakura::
    ::pzin::
    ::zul labu::
    ::Fahmi::
    ::Bro Malie(AWANA)::
    ::Anjang::
    ::Annida::
    ::Zaiman::
    ::Nabil Majdi::
    ::Azmir Zakaria::
    ::Kelambu::
    ::Tok Ghimau::
    ::Zaid Akhtar::
    ::Nash::
    ::Irawan surah::
    ::Darkz05::
    ::TOXICITYZ::
    ::CEKODOK SEDAP::
    ::UNA::
    ::IKOKO::
    ::DIANZ::
    ::Mad'u sesat::
    ::Syed::
    ::Mior Isfandy::
    ::Kak Sham::

    * LINGKARAN MAKLUMAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    CARIAN UMUM.
    ::KUTUB KHANAH::
    ::RAKAN TAULAN::
    ::MAIL YAHOO::
    ::YAHOO::
    ::GOOGLE::
    ::SUARA MAHASISWA::
    ::IDEALIS MAHASISWA::
    ::SYEIKH QARDAWI::
    ::HARUN YAHYA::
    :: CURRENT RULING PARTY::
    ::OPOSISI::
    ::BLOGGER::
    ::IYC::
    ::Palestin info::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA TEMPATAN
    ::UTUSAN MALAYSIA::
    ::BERITA HARIAN::
    ::NEW STRAITS TIMES::
    ::THE SUN::
    ::HARIAN METRO::
    ::THE STAR::
    ::HARAKAH::
    ::MALAYSIAKINI::
    ::MALAYSIA TODAY::
    ::SIN CHEW::
    ::FREE ANWAR::
    ::BERNAMA::
    Image Hosted by ImageShack.us
    BADAN BUKAN KERAJAAN MALAYSIA(NG0)
    ::PKPIM::
    ::ABIM::
    ::PUM::
    ::JIM::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA ANTARABANGSA
    ::AL JAZEERA::
    ::TURKI NEWS::
    ::CNN::
    ::BBC::
    ::TIME MAGAZINE::
    ::WORLD NEWS::
    ::ASIA DAILY::
    ::NEW YORK TIMES::
    ::CHINA DAILY::
    ::ARAB WORLD NEWS::
    ::MUSLIMEDIA::
    ::ECONOMIST::
    ::FEER::
    ::DAILY MIRROR::
    ::DAILY EXPRESS::
    ::THE SUN UK::
    ::PHILIPINE NEWS::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA INDONESIA
    ::THE JAKARTA POST::
    ::JAWA POST::
    ::KOMPAS::
    ::HARIANASIB::
    ::ACEH KITA::
    ::DETIK::
    ::ERA MUSLIM::
    ::ENDONESIA::
    ::REPUBLIKA::
    ::MODUS::
    ::GATRA::
    ::SABILI::

    * TAQWIM*

    Image Hosted by ImageShack.us

    * WAKTU SOLAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    Image Hosted by ImageShack.us

    * PULAUKAN *

    Image Hosted by ImageShack.us
    Sesungguhnya negara ini telah banyak meminum darah dan air mata orang Islam.Mereka tidak akan redha sehinggalah kita umat Islam mengikuti mereka sebagai contoh terbaik
    Image Hosted by ImageShack.us

    *PELAWAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    (C)COPYRIGHT RESERVED HAK CIPTA TERPELIHARA TAJAM FIKIR 2005
    free hit counter
    Free Hit Counter

    * Saturday, April 30, 2005 *

    RASULKU CINTAKU.

    HIJRAH RASULKU,MEMBAWA RAHMAT,
    HIJRAH RASULKU,RAHMAT UNTUK SEMUA,
    HIJRAH RASULKU,
    BAWA SYAFAAT,
    HIJRAH RASULKU,ISLAM TINGGI MENJULANG.




    Image Hosted by ImageShack.us



    Pemandangan Masjid Nabawi Madinah al-Munawwarah.


    Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah yang didendangkan melalui rangkap lagu di atas, begitu menyentuh hati penulis apabila mengimbas dan mengenangkan sirah junjungan Rasulullah s.a.w.

    Bermula dengan terbitnya sinar kemuliaan ke serata alam ketika lahirnya baginda ke dunia ini, sehinggalah masa seolah-olah terhenti ketika baginda menghadapi sakaratul-maut, menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w merupakan insan maksum pemimpin ummah.

    Hal ini diperkukuhkan lagi, apabila Al-Quran menyebut mengenai peranan dan tujuan baginda diutuskan kepada ummah.Antaranya:

    wama arsalnaka illa rahmatalilalamin
    Tidak Aku utus engkau,melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam

    Di dalam ayat Al-Quran yang lain juga, menyebut bahawa pengutusan Rasulullah s.a.w adalah sebagai utusan terakhir kepada manusia.

    wamaarsalnaka illa kaffata linnas
    Tidak Aku utus engkau,melainkan kepada seluruh umat manusia

    Menurut Abdul Basit Bin Abdul Rahman di dalam bukunya “Makkah Al-Mukarramah Kelebihan Dan Sejarah”, beliau mengambil pandangan Ibnu Sa’ad di dalam At-Tabaqah yang menganggarkan zaman diantara Nabi Isa a.s hingga kepada zaman Nabi Muhammad s.a.w berjarak selama 569 tahun.

    Berdasarkan hukum akal, jarak masa sedemikian, dan ditambah pula dengan sikap Bani Israil yang terkenal di dalam mendustakan ajaran samawi yang diterima mereka, termasuklah perlakuan jenayah dan mungkar membunuh nabi dan rasul, memungkinkan berlakunya penyelewangan total terhadap ajaran agama Allah yang sebenarnya..

    Fakta sejarah yang membuktikan kejahilan umat sebelum dan semasa baginda Rasulullah s.a.w diutuskan juga,mengukuhkan lagi, bahawa peranan utama baginda sebenarnya adalah untuk memisahkan antara hak(kebenaran) dan batil(kesesatan).

    Sejarah telah merekodkan, bahawa ketika Mekah di bawah kepimpinan Amru Bin Luhai Al-Khuza’i penyembahan berhala telah mula berlaku.Beliau merupakan orang yang pertama mengubah ajaran Nabi Ibrahim dengan membawa masuk berhala Hubal ke Mekah yang dibawa balik daripada Syam dan meletakkannya di dalam ka’bah serta menyeru penduduk Mekah untuk menyembahnya.Amru Bin Luhai dan anak cucunya memerintah Mekah selama 500 tahun sehinggalah selepas itu,kekuasaan Mekah beralih kepada Qusai dari keturunan Quraish.

    Namun jenayah yang dilakukan oleh Amru itu ternyata sia-sia dan dibalas dengan azab daripada Allah s.w.t yang maha pedih.Hal ini dijelaskan melalui sabda Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muhammad Bin Ismail Al-Bukhari

    “Aku melihat Amru Bin Amir Bin Luhai Al-Khuzai menarik usus perutnya di dalam neraka, dialah orang yang pertama membebaskan haiwan untuk berhala”

    Kejahilan umat tidak hanya berlaku di Mekah, tetapi berlaku di seluruh pelosok dunia.
    Di Parsi misalnya, pengiktirafan api sebagai tuhan dibuktikan dengan pemujaan dan penyembahaan api siang dan malam. Begitu juga di Greek, kepercayaan dan keimanan terhadap dewa-dewi amat subur, dan di sekitar negara-negara kota seperti di Athens, Thebes, Sprata dan lain-lain berdiri megah kuil-kuil pemujaan.

    Ternyata tatkala umat manusia meraba-raba di dalam kegelapan, mencari sinar bahagia ataupun dengan sengaja menutup rapat pintu hati kepada kebenaran hakiki, Rasulullah lahir untuk membebaskan umat manusia daripada kegelapan, memisahkan di antara kebenaran dan kebatilan dan menyeru seluruh umat manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Esa.



    Image Hosted by ImageShack.us



    Gambar mimbar di dalam Masjid Nabawi.


    Di dalam konteks umat Islam sebagai daie yang menggalas tanggungjawab untuk menyeru umat kepada kebaikkan dan ma’ruf serta melarang umat daripada melakukan perkara-perkara mungkar, rujukkan terbaik haruslah dilihat kepada keperibadian Rasulullah s.a.w.

    Umat islam harus sedar akan tanggungjawab melaksanakan tuntutan dakwah islamiyyah, disamping tuntutan mendalami ilmu yang menuntut.

    Sirah kehidupan Rasulullah s.a.w merupakan khazanah yang amat bernilai dan perlu bagi mendidik umat islam untuk mencontohi keperibadian unggul baginda.
    Keperibadian baginda ini terpancar melalui peranan beliau sebagai pemimpin,pendakwah,ilmuan,perwira,bapa,suami,anak dan lain-lain.
    Daripada sudut akhlak pula,jelas melalui hadith baginda:

    innama buithtu li utammima makarimal akhlak
    aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak

    Sikap baginda yang cintakan ilmu, serta menghormati taraf keilmuan seseorang, selagi tidak bercanggah dengan shariah jelas dapat dilihat apabila beliau diajukan soalan oleh umat islam ketika itu mengenai adakah islam membenarkan teknologi perkahwinan tanaman(pokok kurma), maka jawab baginda:

    antum a'lamu bi umuri duniakum
    kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu

    Menyoroti sikap baginda di dalam menyampaikan dakwah islamiyyah, kaedah menyampaikan dakwah secara berhikmah, serta penuh toleransi merupakan asas kepada kejayaan pengembangan agama Allah.

    Kesabaran,ketabahan,kegigihan dan keredhaan baginda di dalam menyebarkan dakwah islamiyyah jelas diuji dengan pelbagai peristiwa contohnya layanan buruk terhadap baginda ketika menyampaikan risalah nubuwwah di Taif, sikap biadab penduduk Mekah terhadap baginda dan lain-lain.

    Ternyata, walaupun beliau menghadapi cabaran, mehnah dan tribulasi yang amat besar, namun komitmen dan iltizam baginda di dalam menyampaikan risalah nubuwwah perlu kita jadikan iktibar dan panduan.


    Image Hosted by ImageShack.us



    Bukit Uhud menjadi saksi tanggungjawab baginda di dalam menyampaikan dakwah islamiah


    Justeru itu apabila ada pandangan yang menyatakan bahawa sambuatan maulidurasul ini merupakan sambutan yang bercanggah dengan Islam, penulis berfikir adakah terdapatnya nas-nas mutlak yang mengharamkan sambutan sedemikian? Dan jikalau tiada,maka penulis berpandangan penggunaan satu kaedah fiqh terhadap persoalan ini adalah amat relevan:

    alaslu fi alashya' ibahah
    Asal bagi sesuatu perkara adalah harus(dibolehkan) melainkan ada nas

    Ditambah pula dengan budaya kelekaan yang dominan serta mengancam umat Islam pada masa kini, memerlukan kepada penghayatan terhadap sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. Kaedah fiqh yang lain juga menyebut:

    ma la yatimmulwajib illa bihi fa hua wajib
    Tidak akan sempurna sesuatu itu melainkan dengan kemasukkan sesuatu perkara,dan perkara itu adalah wajib

    Justeru, penulis melihat sambutan sedemikian perlu dilakukan, kerana mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik, dan ini merupakan sebahagian daripada saluran dakwah bagi umat Islam dan bukan islam untuk mengimbas dan mengenali sejarah junjungan Rasulullah s.a.w, dan sebagai wasilah untuk memupuk rasa cinta kepada junjungan Rasulullah s.a.w.

    Kecintaan Rasulullah s.a.w kepada umatnya melangkaui rasa cinta baginda kepada isteri,harta dan anak-anak baginda.Namun rasa cinta umat terhadap Rasulullah s.a.w masih lagi meragukan,dan tanggungjawab kita sebagai daie adalah untuk memikirkan mekanisme terbaik mengajak umat untuk mencontohi serta menghayati perjuangan dan pengorbanan Rasulullah s.a.w demi survival ummah di dalam menghadapi situasi terkini yang amat mencabar.


    Tajamfikir,
    8.30am, 30/4/2005.



    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 12:37 AM

    * * * * * * * * *

    * Wednesday, April 27, 2005 *

    KEPENTINGAN BUDAYA ILMU.


    Image Hosted by ImageShack.us

    Ilmu adalah nikmat tertinggi, sebagaimana kejahilan merupakan kesakitan yang amat menderitakan.Dalam konteks ini,Islam mengiktiraf bahawa ilmu merupakan "Benchmark" atau kunci kejayaan kepada sesuatu kemajuan, baik daripada segi kualiti rohaniah,sahsiah mahupun daripada aspek pembangunan fizikal.

    Di dalam konteks budaya ilmu yang bertunjangkan Islam,penuntutan ilmu tidak disempitkan dengan hanya penumpuan kepada satu cabang ilmu semata,tetapi,umat manusia digalakkan dengan kebebasan untuk menuntut ilmu tanpa sempadan dan akhirnya menyumbang kepada kejayaan pembentukan khayra ummah.Hakikat ini amat jelas,kerana ilmu menurut pandangan Islam adalah berpunca daripada Allah s.w.t.Menurut pandangan Prof Naquib al-Attas, hubungan Maha pencipta dengan ilmu ini boleh diungkapkan dengan kata-katanya "Merujuk kepada Allah sebagai asal kepada segala ilmu,ia(ilmu) adalah ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang.Apabila merujuk kepada diri sebagai pentafsir,ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna tentang sesuatu"

    Jikalau kita singkap kembali,sejarah kegemilangan tamadun islam dahulu,nama-nama seperti Al-Farabi,Al-Kindi,Ibnu Khaldun,Al-Zarnuji dan lain-lain, adalah lahir daripada budaya kebebasan menuntut ilmu

    Dalam realiti semasa,umat Islam harus digesa untuk meningkatkan kualiti, terutamanya daripada aspek membudayakan ilmu agar martabat dan warisan keilmuan umat Islam itu sendiri tidak luput di telan zaman.

    Jikalau diteliti dengan jelas, adalah tidak munasabah untuk umat Islam pada masa kini mundur kebelakang, selain daripada persoalan sikap jahil yang menebal serta sombong untuk melihat kembali sejarah.

    Dunia pernah menyaksikan beberapa kali, tamadun yang diasaskan umat Islam bangun dan jatuh.Sebagai contoh zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyyah berlaku apabila sultan-sultan pada ketika itu amat perihatin di dalam mendaulatkan ilmu dan penyelidikkan.Tidak dapat dinafikan juga kesedaran rakyat terbanyak ketika itu juga mencerminkan penghayatan budaya ilmu yang tinggi, apabila anak-anak disuruh untuk menguasai dan menghafal Al-quran terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk menuntut ilmu-ilmu lain.Kesedaran ini bertolak daripada kefahaman bahawa ilmu Fardhu Ain adalah lebih penting di dalam pembangunan insan berkualiti dan bergerak seiring dengan ilmu Fardhu Kifayah.

    Namun,apabila penghayatan terhadap ilmu itu hilang, maka sejarah menyaksikan kota Baghdad yang mempunyai pelbagai khazanah untuk membangunkan tamadun luluh, dengan fenomena keruntuhan moral di kalangan pemimpin dan rakyat yang melampau.Sikap lewa dan mudah terpesona dengan nikmat yang diperolehi, membuatkan mereka lalai dan akhirnya tamadun kerajaan Abbasiyyah, dijatuhkan dengan cara yang paling hina iaitu melalui serangan daripada kaum Moghul.Daripada segi logik akal, mustahil tamadun yang sebegitu besar, malah amat luas pengaruhnya di dunia ketika itu, ditambah pula dengan warisan kegemilangan strategi perang dan sebagainya,hancur di tangan satu bangsa nomad. Maka sudah tentu kehancuran ini berpunca daripada sikap menjauhkan diri daripada membudayakan ilmu.

    Fenomena yang sama berlaku,mengenai sejarah kebangkitan kerajaan Otthmaniah Turki,Selat Bohsporus menjadi saksi tentang kualiti keilmuan seseorang pemimpin muda Sultan Muhammad Al-Fatih dan tentera pimpinan baginda yang mana telah merangka satu taktik perang yang amat menakjubkan sehingga membawa kepada kejatuhan Empayar Rom di Byzantine(Turki), namun ketika di penghujung era pemerintahan dinasti Otthmaniyyah, ini berlaku sikap sambil lewa di kalangan pemerintah dan rakyat terhadap ilmu, dan akhirnya memudahkan musuh-musuh Islam ketika yang dipimpin oleh Mustafa Kamal Attartuk melancarkan serangan pemikiran dan akhirnya membawa kepada kejatuhan Kerajaan Otthmaniah.

    Maka amat jelas di sini bahawa kekuatan umat Islam adalah terletak kepada pembudayaan ilmu, kerana dengan penguasaan ilmu maka akan lahirlah pengamalan yang baik.
    Khazanah ilmu daripada pelbagai cabang dan sudut bidang perlu dibawa dan dikaji kembali demi survival umat Islam.

    Sikap untuk suka menyelidik, dan mengkaji sesuatu ilmu perlu dibudayakan.Dibudayakan di sini bermaksud dilakukan secara menyeluruh.Umat Islam mempunyai peluang yang amat luas di dalam bidang penyelidikkan, dengan kemampuan menghasilkan peratusan tinggi bagi pendapatan di dalam negara selama setahun dan jumlah penduduk yang agak ramai, maka kerajaan bagi negara-negara Islam harus lebih menumpukan kepada pembelanjaan bagi membiayai penyelidikan ilmu "Rather than" membelanjakan sejumlah wang besar untuk membeli keperluan senjata yang mana industri persenjataan ini sentiasa mengeluarkan model-model terbaru yang canggih.


    Image Hosted by ImageShack.us



    Menyentuh peranan-peranan yang boleh dimainkan oleh institusi pengajian, sekolah, ataupun mana-mana pusat pendidikkan, kesedaran terhadap peri pentingnya integrasi dan islamisasi ilmu harus ditekankan.Fenomena kini dapat dilihat mengenai gejala,golongan siswa dan siswi khususnya yang menuntut ilmu sekadar untuk lulus peperiksan dan disempitkan lagi dengan sikap penyempitan budaya ilmu mereka yang hanya tertumpu kepada ilmu-ilmu yang mereka pelajari di bilik-bilik kuliah.
    Menyelami kata-kata hikmat yang pernah diucapkan oleh bekas Perdana Menteri Indonesia ketika permerintahan Sukarno yang mana beliau menyebut "Pemimpin lahir bukan hanya bersandarkan pengajaran yang didapati di bilik-bilik kuliah, tetapi pemimpin lahir bergelumang di tengah-tengah kemelut masyarakat.Maka amat penting bagi institusi-institusi pendidikkan khususnya, selain daripada sikap pelajar itu sendiri untuk meluaskan konteks budaya ilmu tersebut.

    Menyedari akan hakikat perubahan yang perlu dilakukan, sebaik-baiknya pendidikkan harus bermula ketika waktu usia kecil, yang mana budaya cintakan ilmu perlu dipupuk dikalangan ibu-bapa terhadap anak-anak.Sikap untuk mengagung-agungkan budaya hiburan terlampau perlu dihentikan untuk tidak merosakkan minda dan tumpuan bagi melahirkan generasi rabbaniy dan dengan izin daripada Allah s.w.t berperanan pula untuk mengembalikan tamadun khayra ummah yang amat dirindui.

    Tajamfikir
    27/4/2005
    ITD.



    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 11:25 PM

    * * * * * * * * *

    * Monday, April 25, 2005 *

    ABU AL-NASR AL-FARABI

    ABU AL-NASR AL-FARABI
    (870-950 A.D.)
    Abu Nasr Mohammad Ibn al-Farakh al-Farabi was born in a small village Wasij, near Farab in Turkistan in 259 A.H. (870 A.D.). His parents were originally of Persian descent, but his ancestors had migrated to Turkistan. Known as al-Phrarabius in Europe, Farabi was the son of a general. He completed his earlier education at Farab and Bukhara but, later on, he went to Baghdad for higher studies, where he studied and worked for a long time viz., from 901 A.D. to 942 A.D. During this period he acquired mastery over several languages as well as various branches of knowledge and technology. He lived through the reign of six Abbasid Caliphs. As a philosopher and scientist, he acquired great proficiency in various branches of learning and is reported to have been an expert in different languages.
    Farabi travelled to many distant lands and studied for some time in Damascus and Egypt, but repeatedly came back to Baghdad, until he visited Saif al-Daula's court in Halab (Allepo). He became one of the constant companions of the King, and it was here at Halab that his fame spread far and wide. During his early years he was a Qadi (Judge), but later on the took up teaching as his profession. During the course of his career, he had suffered great hardships and at one time was the caretaker of a garden. He died a bachelor in Damascus in 339 A.H./950 A.D. at the age of 80 years.
    Farabi contributed considerably to science, philosophy, logic, sociology, medicine, mathematics and music. His major contributions seem to be in philosophy, logic and sociology and, of course, stands out as an Encyclopedist. As a philosopher, he may be classed as a Neoplatonist who tried to synthesize Platonism and Aristotelism with theology and he wrote such rich commentaries on Aristotle's physics, meteorology, logic, etc., in addition to a large number of books on several other subjects embodying his original contribution, that he came to be known as the 'Second Teacher' (al-Mou'allim al-Thani) Aristotle being the First. One of the important contribu- tions of Farabi was to make the study of logic more easy by dividing it into two categories viz., Takhayyul (idea) and Thubut (proof).
    In sociology he wrote several books out of which Ara Ahl al-Madina al-Fadila became famous. His books on psychology and metaphysics were largely based on his own work. He also wrote a book on music, captioned Kitab al-Musiqa. He was a great expert in the art and science of music and invented several musical instru- ments, besides contributing to the knowledge of musical notes. It has been reported that he could play his instrument so well as to make people laugh or weep at will. In physics he demonstrated the existence of void.
    Although many of his books have been lost, 117 are known, out of which 43 are on logic, 11 on metaphysics, 7 on ethics, 7 on political science, 17 on music, medicine and sociology, while 11 are commentaries. Some of his more famous books include the book Fusus al-Hikam, which remained a text book of philosophy for several centuries at various centres of learning and is still taught at some of the institutions in the East. The book Kitab al-lhsa al 'Ulum discusses classification and fundamental principles of science in a unique and useful manner. The book Ara Ahl al-Madina al- Fadila 'The Model City' is a significant early contribution to socio- logy snd political science.
    Farabi exercised great influence on science and knowledge for several centuries. Unfortunately, the book Theology of Aristotle, as was available to him at that time was regarded by him as genuine, although later on it turned out to be the work of some Neoplatonic writer. Despite this, he was regarded the Second Teacher in philosophy for centuries and his work, aimed at synthesis of philosophy and sufism, paved the way for Ibn Sina's work.


    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 9:27 PM

    * * * * * * * * *

    Umar ibn Abd al-Aziz

    Umar ibn Abd al-Aziz (c. 682 - 720) was an Umayyad caliph who ruled from 717 to 720. Unlike previous Umayyad caliphs, he was not a hereditary successor to the former caliph, but was appointed. But he was also a cousin of the former caliph, being the son of Abd al-Malik's younger brother Abd al-Aziz.
    Umar was born around 682. Some traditions state that he was born in Medina while others that he was born in Egypt. His father was Abd al-Aziz, the governor of Egypt and younger brother of caliph Abd al-Malik. His mother was a granddaughter of Umar ibn al-Khattab. Umar would grow up in Medina and live there until the death of his father. After which he was summoned to Damascus by Abd al-Malik and married to his daughter. His father in law would die soon after, and he would serve under his cousin Al-Walid I. Al-Walid would make him governor of Medina. Unlike most rulers of that era though, Umar formed a council with which he administered the province. His time in the province was so notable that official grievances sent to Damascus all but ceased. In addition, many people emigrated to Medina from Iraq seeking to escape their harsh governor, Al-Hajjaj bin Yousef. This angered the Iraqi governor, and he pressed al-Walid to remove Umar, which was done, much to the dismay of the people of Medina. Despite this removal, Umar had developed an impeccable reputation across the Islamic empire.
    From here, Umar would live in Medina until his cousin Suleiman would appoint him successor to the caliphate. Umar reluctantly accepted the position, after trying unsuccessfully to dissuade the Caliph, and he approached it unlike any other Ummayad caliph before him. Umar was extremely pious and disdainful of worldly luxuries. Replacing the ceremonies that had become a hallmark of the Umayyads, Umar instead preferred to keep things simple, depositing all assets and finery meant for the caliph in the public treasury; abandoning the palace to the family of Suleiman, preferring to live in a tent, as well as wearing rough linens instead of the royal robes. He also publicly encouraged the people to elect someone else if they were not satisfied with him. Umar confiscated all estates seized by Ummayad "royalty" and redistributed it to the people, while making it a personal goal to attend to the needs of every person in his empire. He even confiscated his own wife's royal jewels and sent them to the public treasury, she who was daughter, sister and wife to three caliphs in their turn. At one point he almost caused the Great Umayyad Mosque in Damascus to be stripped of its precious stones and expensive fixtures in favor of the Treasury but he desisted on learning that the Mosque was a source of envy to his Byzantine rivals in Constantinople. These moves made him unpopular with the Umayyad court, but made him beloved by the masses, so much so that the court could not move against him in the open.
    In the religious arena, Umar ended a tradition among some Umayyad rulers where Ali would be cursed during Friday sermons, replacing the tradition with the recitation of the following surah
    - Surely God enjoins justice, doing of good and giving to kinsfolk
    In addition, Umar was keen to enforce the Sharia, pushing to end drinking and bathhouses where men and women would mix freely. He felt that these actions were against the tenets of Islam, and was vigorous in removing them from society. He continued the welfare programs of the last few Umayyad emperors, expanding them and including special programs for orphans and the destitute. He would also abolish the Jizya tax applied on dhimmis, non muslims who lived inside the muslim state.
    On the military frontier, the armies of Umar ibn Abd al-Aziz were successful in beating off an attack from Turks in Azerbaijan. He also had to contend with Kharijite uprisings, but they were easily quelled.
    While Umar's reign was very short, he is considered one of the finest caliphs in Islamic History, second only to the Four Rightly Guided Caliphs. In fact, in some circles, he is affectionately referred to as the Fifth and last Rightly Guided Caliph. His reforms in favor of the people greatly angered the nobility of the Umayyads, and they would eventually bribe a servant into poisoning his food. Umar would find out about this on his death bed, and pardoned the culprit, only seizing the bribe money and sending it to the public treasury. He would die in 720 in Aleppo.
    He was succeeded by his cousin Yazid II


    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 9:15 PM

    * * * * * * * * *

    Layout by Melissa
    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com