Image Hosted by ImageShack.us" border=2 color=#EAEEC6>

* MUKADIMAH *

Image Hosted by ImageShack.us
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lawatan sahabat-sahabat adalah amat-amat dialu-alukan Segala artikel di dalam blog ini adalah daripada penulisan penulis sendiri dan beberapa artikel terpilih untuk manafaat kita semua.
Image Hosted by ImageShack.us

* KENAL PENULIS *

Muhammad Bukhori Bin Alias N9, quicquidplantatur@yahoo.com
Image Hosted by ImageShack.us
(gambar hiasan : Al-Farabi)

* Masa *

* BUKU PELAWAT *

Image Hosted by ImageShack.us
Salam Ukhuwwah Fillah. buat semua pengunjung semoga pertemuan singkat di blog ini akan dipanjangkan lagi atas dasar ukhuwwah kerana Allah demi mengangkat martabat Islam di sisiNya

View My Guestbook
Sign My Guestbook

* ARTIKEL LALU *

Image Hosted by ImageShack.us

March 2005

April 2005

May 2005

June 2005

July 2005

August 2005

September 2005

October 2005

January 2006

April 2006

June 2006

July 2006

August 2007

* POST TERKINI *

Image Hosted by ImageShack.us
  • ABU AL-NASR AL-FARABI
  • Umar ibn Abd al-Aziz
  • Assalamualaikum&salam sejahtera.
  • * KEDAI KOPI *

    Image Hosted by ImageShack.us

    * LINKS *

    Image Hosted by ImageShack.us
    ...
    ::Abg Nuar Kudus::
    ::Hilmimadani::
    ::Diari Presiden::
    ::Azwiralbukhairi::
    ::EN SHUN::
    ::Hudasoid::
    ::Cik Fadh::
    ::A thing to ponder::
    ::K-Rol::
    ::sharief
    ::zikri::
    ::sheikh adli::
    ::mukhriz::
    ::didi::
    ::tibe::
    ::yazid rilex::
    ::haruman sakura::
    ::pzin::
    ::zul labu::
    ::Fahmi::
    ::Bro Malie(AWANA)::
    ::Anjang::
    ::Annida::
    ::Zaiman::
    ::Nabil Majdi::
    ::Azmir Zakaria::
    ::Kelambu::
    ::Tok Ghimau::
    ::Zaid Akhtar::
    ::Nash::
    ::Irawan surah::
    ::Darkz05::
    ::TOXICITYZ::
    ::CEKODOK SEDAP::
    ::UNA::
    ::IKOKO::
    ::DIANZ::
    ::Mad'u sesat::
    ::Syed::
    ::Mior Isfandy::
    ::Kak Sham::

    * LINGKARAN MAKLUMAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    CARIAN UMUM.
    ::KUTUB KHANAH::
    ::RAKAN TAULAN::
    ::MAIL YAHOO::
    ::YAHOO::
    ::GOOGLE::
    ::SUARA MAHASISWA::
    ::IDEALIS MAHASISWA::
    ::SYEIKH QARDAWI::
    ::HARUN YAHYA::
    :: CURRENT RULING PARTY::
    ::OPOSISI::
    ::BLOGGER::
    ::IYC::
    ::Palestin info::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA TEMPATAN
    ::UTUSAN MALAYSIA::
    ::BERITA HARIAN::
    ::NEW STRAITS TIMES::
    ::THE SUN::
    ::HARIAN METRO::
    ::THE STAR::
    ::HARAKAH::
    ::MALAYSIAKINI::
    ::MALAYSIA TODAY::
    ::SIN CHEW::
    ::FREE ANWAR::
    ::BERNAMA::
    Image Hosted by ImageShack.us
    BADAN BUKAN KERAJAAN MALAYSIA(NG0)
    ::PKPIM::
    ::ABIM::
    ::PUM::
    ::JIM::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA ANTARABANGSA
    ::AL JAZEERA::
    ::TURKI NEWS::
    ::CNN::
    ::BBC::
    ::TIME MAGAZINE::
    ::WORLD NEWS::
    ::ASIA DAILY::
    ::NEW YORK TIMES::
    ::CHINA DAILY::
    ::ARAB WORLD NEWS::
    ::MUSLIMEDIA::
    ::ECONOMIST::
    ::FEER::
    ::DAILY MIRROR::
    ::DAILY EXPRESS::
    ::THE SUN UK::
    ::PHILIPINE NEWS::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA INDONESIA
    ::THE JAKARTA POST::
    ::JAWA POST::
    ::KOMPAS::
    ::HARIANASIB::
    ::ACEH KITA::
    ::DETIK::
    ::ERA MUSLIM::
    ::ENDONESIA::
    ::REPUBLIKA::
    ::MODUS::
    ::GATRA::
    ::SABILI::

    * TAQWIM*

    Image Hosted by ImageShack.us

    * WAKTU SOLAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    Image Hosted by ImageShack.us

    * PULAUKAN *

    Image Hosted by ImageShack.us
    Sesungguhnya negara ini telah banyak meminum darah dan air mata orang Islam.Mereka tidak akan redha sehinggalah kita umat Islam mengikuti mereka sebagai contoh terbaik
    Image Hosted by ImageShack.us

    *PELAWAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    (C)COPYRIGHT RESERVED HAK CIPTA TERPELIHARA TAJAM FIKIR 2005
    free hit counter
    Free Hit Counter

    * Wednesday, April 27, 2005 *

    KEPENTINGAN BUDAYA ILMU.


    Image Hosted by ImageShack.us

    Ilmu adalah nikmat tertinggi, sebagaimana kejahilan merupakan kesakitan yang amat menderitakan.Dalam konteks ini,Islam mengiktiraf bahawa ilmu merupakan "Benchmark" atau kunci kejayaan kepada sesuatu kemajuan, baik daripada segi kualiti rohaniah,sahsiah mahupun daripada aspek pembangunan fizikal.

    Di dalam konteks budaya ilmu yang bertunjangkan Islam,penuntutan ilmu tidak disempitkan dengan hanya penumpuan kepada satu cabang ilmu semata,tetapi,umat manusia digalakkan dengan kebebasan untuk menuntut ilmu tanpa sempadan dan akhirnya menyumbang kepada kejayaan pembentukan khayra ummah.Hakikat ini amat jelas,kerana ilmu menurut pandangan Islam adalah berpunca daripada Allah s.w.t.Menurut pandangan Prof Naquib al-Attas, hubungan Maha pencipta dengan ilmu ini boleh diungkapkan dengan kata-katanya "Merujuk kepada Allah sebagai asal kepada segala ilmu,ia(ilmu) adalah ketibaan makna sesuatu ke dalam diri seseorang.Apabila merujuk kepada diri sebagai pentafsir,ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna tentang sesuatu"

    Jikalau kita singkap kembali,sejarah kegemilangan tamadun islam dahulu,nama-nama seperti Al-Farabi,Al-Kindi,Ibnu Khaldun,Al-Zarnuji dan lain-lain, adalah lahir daripada budaya kebebasan menuntut ilmu

    Dalam realiti semasa,umat Islam harus digesa untuk meningkatkan kualiti, terutamanya daripada aspek membudayakan ilmu agar martabat dan warisan keilmuan umat Islam itu sendiri tidak luput di telan zaman.

    Jikalau diteliti dengan jelas, adalah tidak munasabah untuk umat Islam pada masa kini mundur kebelakang, selain daripada persoalan sikap jahil yang menebal serta sombong untuk melihat kembali sejarah.

    Dunia pernah menyaksikan beberapa kali, tamadun yang diasaskan umat Islam bangun dan jatuh.Sebagai contoh zaman kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyyah berlaku apabila sultan-sultan pada ketika itu amat perihatin di dalam mendaulatkan ilmu dan penyelidikkan.Tidak dapat dinafikan juga kesedaran rakyat terbanyak ketika itu juga mencerminkan penghayatan budaya ilmu yang tinggi, apabila anak-anak disuruh untuk menguasai dan menghafal Al-quran terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk menuntut ilmu-ilmu lain.Kesedaran ini bertolak daripada kefahaman bahawa ilmu Fardhu Ain adalah lebih penting di dalam pembangunan insan berkualiti dan bergerak seiring dengan ilmu Fardhu Kifayah.

    Namun,apabila penghayatan terhadap ilmu itu hilang, maka sejarah menyaksikan kota Baghdad yang mempunyai pelbagai khazanah untuk membangunkan tamadun luluh, dengan fenomena keruntuhan moral di kalangan pemimpin dan rakyat yang melampau.Sikap lewa dan mudah terpesona dengan nikmat yang diperolehi, membuatkan mereka lalai dan akhirnya tamadun kerajaan Abbasiyyah, dijatuhkan dengan cara yang paling hina iaitu melalui serangan daripada kaum Moghul.Daripada segi logik akal, mustahil tamadun yang sebegitu besar, malah amat luas pengaruhnya di dunia ketika itu, ditambah pula dengan warisan kegemilangan strategi perang dan sebagainya,hancur di tangan satu bangsa nomad. Maka sudah tentu kehancuran ini berpunca daripada sikap menjauhkan diri daripada membudayakan ilmu.

    Fenomena yang sama berlaku,mengenai sejarah kebangkitan kerajaan Otthmaniah Turki,Selat Bohsporus menjadi saksi tentang kualiti keilmuan seseorang pemimpin muda Sultan Muhammad Al-Fatih dan tentera pimpinan baginda yang mana telah merangka satu taktik perang yang amat menakjubkan sehingga membawa kepada kejatuhan Empayar Rom di Byzantine(Turki), namun ketika di penghujung era pemerintahan dinasti Otthmaniyyah, ini berlaku sikap sambil lewa di kalangan pemerintah dan rakyat terhadap ilmu, dan akhirnya memudahkan musuh-musuh Islam ketika yang dipimpin oleh Mustafa Kamal Attartuk melancarkan serangan pemikiran dan akhirnya membawa kepada kejatuhan Kerajaan Otthmaniah.

    Maka amat jelas di sini bahawa kekuatan umat Islam adalah terletak kepada pembudayaan ilmu, kerana dengan penguasaan ilmu maka akan lahirlah pengamalan yang baik.
    Khazanah ilmu daripada pelbagai cabang dan sudut bidang perlu dibawa dan dikaji kembali demi survival umat Islam.

    Sikap untuk suka menyelidik, dan mengkaji sesuatu ilmu perlu dibudayakan.Dibudayakan di sini bermaksud dilakukan secara menyeluruh.Umat Islam mempunyai peluang yang amat luas di dalam bidang penyelidikkan, dengan kemampuan menghasilkan peratusan tinggi bagi pendapatan di dalam negara selama setahun dan jumlah penduduk yang agak ramai, maka kerajaan bagi negara-negara Islam harus lebih menumpukan kepada pembelanjaan bagi membiayai penyelidikan ilmu "Rather than" membelanjakan sejumlah wang besar untuk membeli keperluan senjata yang mana industri persenjataan ini sentiasa mengeluarkan model-model terbaru yang canggih.


    Image Hosted by ImageShack.us



    Menyentuh peranan-peranan yang boleh dimainkan oleh institusi pengajian, sekolah, ataupun mana-mana pusat pendidikkan, kesedaran terhadap peri pentingnya integrasi dan islamisasi ilmu harus ditekankan.Fenomena kini dapat dilihat mengenai gejala,golongan siswa dan siswi khususnya yang menuntut ilmu sekadar untuk lulus peperiksan dan disempitkan lagi dengan sikap penyempitan budaya ilmu mereka yang hanya tertumpu kepada ilmu-ilmu yang mereka pelajari di bilik-bilik kuliah.
    Menyelami kata-kata hikmat yang pernah diucapkan oleh bekas Perdana Menteri Indonesia ketika permerintahan Sukarno yang mana beliau menyebut "Pemimpin lahir bukan hanya bersandarkan pengajaran yang didapati di bilik-bilik kuliah, tetapi pemimpin lahir bergelumang di tengah-tengah kemelut masyarakat.Maka amat penting bagi institusi-institusi pendidikkan khususnya, selain daripada sikap pelajar itu sendiri untuk meluaskan konteks budaya ilmu tersebut.

    Menyedari akan hakikat perubahan yang perlu dilakukan, sebaik-baiknya pendidikkan harus bermula ketika waktu usia kecil, yang mana budaya cintakan ilmu perlu dipupuk dikalangan ibu-bapa terhadap anak-anak.Sikap untuk mengagung-agungkan budaya hiburan terlampau perlu dihentikan untuk tidak merosakkan minda dan tumpuan bagi melahirkan generasi rabbaniy dan dengan izin daripada Allah s.w.t berperanan pula untuk mengembalikan tamadun khayra ummah yang amat dirindui.

    Tajamfikir
    27/4/2005
    ITD.


    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 11:25 PM

    * * * * * * * * *

    Layout by Melissa
    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com