Image Hosted by ImageShack.us" border=2 color=#EAEEC6>

* MUKADIMAH *

Image Hosted by ImageShack.us
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lawatan sahabat-sahabat adalah amat-amat dialu-alukan Segala artikel di dalam blog ini adalah daripada penulisan penulis sendiri dan beberapa artikel terpilih untuk manafaat kita semua.
Image Hosted by ImageShack.us

* KENAL PENULIS *

Muhammad Bukhori Bin Alias N9, quicquidplantatur@yahoo.com
Image Hosted by ImageShack.us
(gambar hiasan : Al-Farabi)

* Masa *

* BUKU PELAWAT *

Image Hosted by ImageShack.us
Salam Ukhuwwah Fillah. buat semua pengunjung semoga pertemuan singkat di blog ini akan dipanjangkan lagi atas dasar ukhuwwah kerana Allah demi mengangkat martabat Islam di sisiNya

View My Guestbook
Sign My Guestbook

* ARTIKEL LALU *

Image Hosted by ImageShack.us

March 2005

April 2005

May 2005

June 2005

July 2005

August 2005

September 2005

October 2005

January 2006

April 2006

June 2006

July 2006

August 2007

* POST TERKINI *

Image Hosted by ImageShack.us
  • Ayuh Mahasiswa Perangi Gejala Rasuah
  • AYUH BERSAMA PERTAHANKAN ISLAM !
  • WORLD WAR 4- TOGETHER WE BRING END TO IT
  • PERANG DUNIA KE 4 (WORLD WAR IV).BAHAGIAN PERTAMA
  • Surat Terbuka Tun Dr.Mahathir mengenai Jambatan Be...
  • Peradaban yang amat dirindui......
  • Pertanggungjawaban bersama......
  • ADAKAH KITA CUKUP PEKA...........
  • KEMBARA KE TURKI 2.........
  • KEMBARA KE TURKI 1.......
  • * KEDAI KOPI *

    Image Hosted by ImageShack.us

    * LINKS *

    Image Hosted by ImageShack.us
    ...
    ::Abg Nuar Kudus::
    ::Hilmimadani::
    ::Diari Presiden::
    ::Azwiralbukhairi::
    ::EN SHUN::
    ::Hudasoid::
    ::Cik Fadh::
    ::A thing to ponder::
    ::K-Rol::
    ::sharief
    ::zikri::
    ::sheikh adli::
    ::mukhriz::
    ::didi::
    ::tibe::
    ::yazid rilex::
    ::haruman sakura::
    ::pzin::
    ::zul labu::
    ::Fahmi::
    ::Bro Malie(AWANA)::
    ::Anjang::
    ::Annida::
    ::Zaiman::
    ::Nabil Majdi::
    ::Azmir Zakaria::
    ::Kelambu::
    ::Tok Ghimau::
    ::Zaid Akhtar::
    ::Nash::
    ::Irawan surah::
    ::Darkz05::
    ::TOXICITYZ::
    ::CEKODOK SEDAP::
    ::UNA::
    ::IKOKO::
    ::DIANZ::
    ::Mad'u sesat::
    ::Syed::
    ::Mior Isfandy::
    ::Kak Sham::

    * LINGKARAN MAKLUMAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    CARIAN UMUM.
    ::KUTUB KHANAH::
    ::RAKAN TAULAN::
    ::MAIL YAHOO::
    ::YAHOO::
    ::GOOGLE::
    ::SUARA MAHASISWA::
    ::IDEALIS MAHASISWA::
    ::SYEIKH QARDAWI::
    ::HARUN YAHYA::
    :: CURRENT RULING PARTY::
    ::OPOSISI::
    ::BLOGGER::
    ::IYC::
    ::Palestin info::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA TEMPATAN
    ::UTUSAN MALAYSIA::
    ::BERITA HARIAN::
    ::NEW STRAITS TIMES::
    ::THE SUN::
    ::HARIAN METRO::
    ::THE STAR::
    ::HARAKAH::
    ::MALAYSIAKINI::
    ::MALAYSIA TODAY::
    ::SIN CHEW::
    ::FREE ANWAR::
    ::BERNAMA::
    Image Hosted by ImageShack.us
    BADAN BUKAN KERAJAAN MALAYSIA(NG0)
    ::PKPIM::
    ::ABIM::
    ::PUM::
    ::JIM::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA ANTARABANGSA
    ::AL JAZEERA::
    ::TURKI NEWS::
    ::CNN::
    ::BBC::
    ::TIME MAGAZINE::
    ::WORLD NEWS::
    ::ASIA DAILY::
    ::NEW YORK TIMES::
    ::CHINA DAILY::
    ::ARAB WORLD NEWS::
    ::MUSLIMEDIA::
    ::ECONOMIST::
    ::FEER::
    ::DAILY MIRROR::
    ::DAILY EXPRESS::
    ::THE SUN UK::
    ::PHILIPINE NEWS::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA INDONESIA
    ::THE JAKARTA POST::
    ::JAWA POST::
    ::KOMPAS::
    ::HARIANASIB::
    ::ACEH KITA::
    ::DETIK::
    ::ERA MUSLIM::
    ::ENDONESIA::
    ::REPUBLIKA::
    ::MODUS::
    ::GATRA::
    ::SABILI::

    * TAQWIM*

    Image Hosted by ImageShack.us

    * WAKTU SOLAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    Image Hosted by ImageShack.us

    * PULAUKAN *

    Image Hosted by ImageShack.us
    Sesungguhnya negara ini telah banyak meminum darah dan air mata orang Islam.Mereka tidak akan redha sehinggalah kita umat Islam mengikuti mereka sebagai contoh terbaik
    Image Hosted by ImageShack.us

    *PELAWAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    (C)COPYRIGHT RESERVED HAK CIPTA TERPELIHARA TAJAM FIKIR 2005
    free hit counter
    Free Hit Counter

    * Monday, May 16, 2005 *

    Gelombang Filem Kingdom Of Heaven


    Image Hosted by ImageShack.us


    SINOPSIS RINGKAS

    Pada kali ini penulis ingin berkongsi pandangan dan pendapat mengenai sebuah filem yang masih lagi hangat ditayangkan di pawagam-pawagam khususnya di Malaysia iaitu filem Kingdom of heaven.

    Filem arahan pengarah terkenal Ridley scout, yang sebelum ini pernah mengarahkan filem-filem epik seperti,Gladiator,Alexander dan lain-lain,dijalankan pengambarannya di sekitar Maghribi, dan dibeberapa buah lokasi sekitar Sepanyol seperti Seville dan lain-lain lokasi.

    Umumnya,penerimaan masyarakat terhadap filem ini amat mengalakkan ,walaupun ada beberapa sumber mengatakan bahawa pemerintah tertinggi kerajaan Amerika syarikat menyuarakan rasa bimbang dengan penonjolan watak Pejuang Islam terkenal Sultan Salahudin Al-Ayubi.

    Secara ringkasnya,filem ini mengisahkan tentang berlakunya Perang salib(crusade war III),di antara tentera Islam pimpinan Sultan Salahudin dan tentera gabungan negara-negara eropah.Penggunaan simbol salib merah,burung hitam dan salib hitam jelas menunjukan bahawa negara-negara yang terlibat di dalam perang tersebut antaranya England,Perancis dan Jerman.

    Watak utama, bagi filem ini iaitu Lord Balion(Orlando Bloom) adalah seorang panglima Perancis yang setia kepada raja jerusalem pada ketika itu.

    Penggunaan fakta sejarah yang dominan oleh Ridley di dalam filem ini, harus dipuji kerana beliau berani menonjolkan krisis atau fakta sebenar punca berlakunya serangan Sultan Salahudin terhadap kota Jerusalem.Selepas kemangkatan raja jerusalem akibat penyakit kusta,tampuk pemerintahan di jerusalem diterajui oleh panglima beliau yang berkeinginan untuk mencetuskan peperangan dengan Sultan Salahudin.Lantas pelbagai onar dilakukan, antara contoh yang digambarkan di dalam filem ini ialah pembunuhan kabilah dagangan, dan pembunuhan umat Islam beramai-ramai di Jerusalem.

    Disebalik jalan cerita yang dianggap kontroversi oleh setengah-setengah pihak,penulis berpandangan pengolahan yang seimbang berdasarkan fakta sejarah harus dipuji dan dijadikan teladan. Ini penting di dalam menjadikan institusi perfileman sebagai wadah mendidik masyarakat mengenal sejarah.

    Namun filem ini tidak terlepas daripada unsur-unsur komersial seperti unsur romantik, percintaan dan sebagainya,mungkin kerana ianya lebih menjamin pendapatan lumayan bagi sesebuah filem.


    Image Hosted by ImageShack.us


    KARISMA SULTAN SALAHUDIN AL-AYUBI.

    Sejarah telah membuktikan, bahawa seorang insan terpilih yang lahir daripada keturunan Kesultanan Seljuk, telah berjaya menyatupadukan seluruh kekuatan kerajaan-kerajaan Islam ketika itu demi melaksanakan tuntutan keadilan yang amat menuntut.
    Dengan 200,000 orang tentera yang telah ditapis kualitinya,Sultan Salahudin muncul sebagai wira yang dihormati dan disegani oleh kawan mahupun lawan.

    Di dalam filem Kingdom Of Heaven, arahan pengarah filem epik Hollywood terkenal Ridley Scout, watak lakonan Sultan Salahudin(Ghassan Massoud)digambarkan mengikut ketulenan fakta sejarah.Beliau digambarkan sebagai seorang yang adil,seorang raja yang mementingkan perundingan dengan pihak musuh walaupun di dalam suasana genting,amat menitikberatkan kewajipan melaksanakan tuntutan ibadah, amanah, berpegang pada janji dan lain-lain sifat terpuji.

    Fizikal beliau yang digambarkan sebagai seorang yang kurus,tinggi,tangkas,dan lebam dibawah kedua-dua belah mata, mengambarkan bahawa beliau seorang Sultan yang kuat beribadat.

    Hal ini dapat kita lihat dengan merujuk kepada sejarah itu sendiri, bagaimana beliau memerintahkan kepada anggota tenteranya untuk berqiyamullail pada malam hari walaupun ketika waktu perang(sesungguhnya orang yang hampir dengan Allah adalah orang yang bertakwa).

    Penulis terkesan dengan salah satu babak di dalam filem ini yang mengisahkan bagaimana Sultan Salahudin mengangkat salib yang terjatuh di lantai kesan daripada peperangan dan meletakan kembali salib tersebut pada kedudukan asalnya.Sesungguhnya, Islam mendidik jiwa setiap penganutnya untuk menghormati agama-agama lain,tidak menggangu upacara atau simbol kepercayaan penganut-penganut agama lain.

    Malangnya, jarang sekali kita lihat fenomena ini berlaku di negara-negara majoritinya diperintah oleh orang-orang bukan Islam.



    Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us



    TELADAN BAGI KARYAWAN-KARYAWAN FILEM TANAH AIR.

    Penulis melihat sudah sampai masanya industri perfileman negara,lebih digunakan wasilahnya untuk mendidik masyarakat di dalam menghayati nilai-nilai murni,dan menghargai warisan sejarah-sejarah silam.Benar, filem-filem seperti Bukit Kepong,Leftenan Adnan dan lain-lain telahpun dihasilkan, namun jumlah filem ini adalah terlampau sedikit, berbanding dengan filem-filem yang berteraskan komedi,percintaan,gaya hidup remaja,dan hedonisma yang melampau.Ini tidak termasuk lambakan industri VCD yang mempamerkan cerita-cerita ringan yang melampau.
    Industri perfileman merupakan wasilah yang penting dan kuat pengaruhnya ke atas masyarakat terutamanya golongan remaja. Peluang seperti ini harus dimanafaatkan bagi mendidik insan, ke arah pembentukkan masyarakat hadhari,dan merealisasikan Wawasan 2020.

    Kerjasama daripada kerajaan juga amat dituntut bagi menyuburkan kesedaran dan melaksanakan proses pembaharuan industri perfileman antara contohnya, kerjasama kementerian pertahanan di dalam pembikinan filem Leftenan Adnan.

    Amatlah malang, bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita gah mendabik dada sebagai masyarakat contoh yang mementingkan hubungan perpaduan di antara kaum dan lain-lain nilai murni, tetapi di dalam soal kesedaran ilmiah, kita jauh terkebelakang, kesan daripada pengamalan hedonisma melampau.

    Tajamfikir,
    16/5/2005,
    8.07pm,
    ITD


    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 8:07 PM

    * * * * * * * * *

    * Tuesday, May 03, 2005 *

    Keadilan dan penghayatannya

    Image Hosted by ImageShack.us
    Istana Keadilan Putrajaya.


    Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang menjunjung tinggi prinsip-prinsip demokrasi.Hal ini diperkukuhkan lagi,dengan usaha kerajaan untuk memperkenalkan konsep Islam Hadhari kepada rakyat Malaysia khususnya dan kepada dunia amnya, dan ini menggambarkan kesungguhan kerajaan bagi mengamalkan konsep demokrasi menurut acuan Islam.

    Apabila kita berbicara mengenai prinsip-prinsip demokrasi,sudah tentu terlintas di dalam fikiran kita mengenai konsep-konsep yang diamalkan oleh negara yang menjunjung prinsip-prinsip sedemikian.Terma-terma seperti"RULE OF LAW","NATURALIS A SOCIS","GOOD GOVERNANCE" dan lain-lain,menggambarkan bagaimana sistem pemerintahan sesebuah negara diurus.

    KONSEP KEADILAN ISLAM DAN BARAT

    Demokrasi menurut acuan Islam,mewajarkan prinsip-prinsip demokrasi diamalkan dan dilaksanakan selagi mana ianya tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Shariah Islamiah.Ini dapat dilihat melalui konsep "Rule of law" yang diterima pengamalannya oleh Shariah Islamiah.Namun berlainan pula dengan kebenaran atau kebebasan bersuara secara mutlak, apabila Islam menggariskan syarat-syarat dan hukum-hakam seperti hukum qazaf yang wajib dituruti dan dipatuhi, selain persoalan adab dan akhlaq yang wajar dititikberatkan di dalam melontarkan pandangan.

    Persoalannya di sini,apakah kelebihan prinsip-prinsip demokrasi yang dicorak dan kemudian diadunkan dengan menggunakan acuan Islam?Persoalan di atas akan terjawab apabila,pemahaman terhadap Islam itu sendiri diberi penekanan terlebih dahulu.Menurut Islam,keadilan merupakan asas ataupun "Bencmark" kepada sistem pemerintahan yang telus lagi amanah.

    Ini dapat dijelaskan melalui, definisi keadilan itu sendiri menurut tasawwur Islam, yang bermaksud "meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya".
    Hal ini bercanggah dengan faham keadilan menurut pandangan barat.Mereka berpandangan bahawa konsep keadilan ataupun "Equality" adalah pembahagian hak secara sama rata di dalam apa saja keadaan.Pemahaman ini dapat dilihat di beberapa buah negara besar seperti di Amerika Syarikat,Belanda dan di lain-lain tempat,malah fahaman ini menular hingga ke timur.Contohnya di Negara Gajah Putih, pembedahan penukaran jantina dibenarkan.Malah di dua negara barat yang telah disebutkan di atas memperlihatkan perkahwinan sesama jantina dibenarkan, malah mengiktiraf paderi yang terdiri daripada golongan Gay untuk melangsungkan ikatan perkahwinan sesama mereka, tanpa mempedulikan arahan atau tegahan daripada Bekas Ketua Gereja Sedunia Mendiang Pope John Paul2.

    Menyedari akan bahaya konsep keadilan barat yang semakin lama semakin parah kemurniannya,maka pemahaman mendalam serta iltizam, melaksanakan tuntutan keadilan islam(al-adalah)perlu dilakukan
    Professor Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas,di dalam bukunya Risalah untuk kaum muslimin telah memperincikan konsep faham keadilan menurut tasawwur islam.Antaranya Islam menekankan mengenai faham keadilan terhadap diri.Menurut tasawwur pemikiran Yunani mereka tidak menekankan aspek pemahaman sedemikian, tetapi lebih cenderung kepada faham keadilan sebagai seorang warganegara.

    Pandangan ahli-ahli filasuf Yunani ini digambarkan oleh Dr Wan Mohd Nor Wan Daud di dalam buku beliau bertajuk"Penjelasan Budaya Ilmu" yang mana menggambarkan Masyarakat Yunani pada ketika itu menghadapi rencam kekeliruan pemikiran, yang mana mereka lebih mengiktiraf konsep sebagai warganegara yang baik daripada konsep insan yang baik.Contohnya,apabila seseorang telah membayar cukai yang dikenakan oleh pemerintah kepadanya,maka beliau akan diiktiraf sebagai seorang warganegara yang baik kerana mematuhi undang-undang percukaian,walaupun daripada sudut moral beliau sering kelihatan mengunjungi rumah-rumah pelacuran.Hal ini dapat dilihat apabila seorang ahli filasuf Yunani yang bernama Demonsthenes mengemukakan pandangan beliau mengenai keadaan masyarakat ketika itu akibat pemahaman mengenai keadilan yang sempit
    Katanya "Kami mempunyai institusi pelacuran kelas tinggi(courtesans)untuk keseronokkan,gundik untuk kesihatan harian tubuh badan,dan isteri untuk melahirkan zuriat halal dan untuk menjadi penjaga rumah yang dipercayai".

    Hakikatnya,faham keadilan terhadap diri menurut Islam nyata menitikberatkan soal pembangunan sahsiah serta menghindari daripada melakukan perkara-perkara yang merosakkan.

    Justeru, di dalam sistem perundangan islam,tuntutan melaksanakan Keadilan, adalah satu kewajipan sesuai dengan kehampiran keadilan itu sendiri dengan ketaqwaan kepada ilahi.

    Undang-undang shariah seperti hukum hudud,qisas dan ta'zir dilihat berperanan penting di dalam memelihara dan melaksanakan keadilan.

    Jelas, tunjang kepada prinsip-prinsip demokrasi menurut acuan islam ialah keadilan itu sendiri,yang mana ianya berkait rapat bagi memelihara"Karamah Insaniah" dan pasti menyumbang ke arah pembinaan tamadun khayra ummah.

    KONVENSYEN PENGAMPUNAN D.S.A.I

    Baru-baru ini, iaitu pada tanggal 1 Mei 2005, penulis dijemput untuk hadir ke Konvensyen Pengampunan D.S.A.I bertempat di Grand Seasons hotel.
    Konvensyen ini adalah sebagai satu mekanisma awal untuk menggerakkan sokongan kepada proses permohonan pengampunan D.S.A.I kepada YDPA.

    Majlis dimulakan dengan ucapan Saudara Mohd Zaki Abdul Rahman selaku Pengerusi Konvensyen, dan kemudian diikuti ucapan daripada saudara Aris Rizal Christopher Fernando, peguam D.S.A.I mengenai proses pengampunan diraja, dan pembentangan secara ringkas kronologi kes penyalahgunaan kuasa D.S.A.I.

    Melalui penerangan yang disampaikan oleh saudara Aris itu, penulis berpandangan bahawa harapan untuk D.S.A.I dibebaskan amat cerah.Pandangan ini dizahirkan apabila diambil kira beberapa faktor:

    1)Terdapatnya precedent, yang kuat seperti kes Dato'Mokhtar Hashim dan kes Dato' Harun Idris.Di dalam kedua-dua kes tersebut, kedua-dua tertuduh telah diberikan pengampunan di raja oleh YDPA diatas kesalahan masing-masing.Dato' Mokhtar di atas kesalahan membunuh, manakala Dato' Idris di atas kesalahan rasuah.

    2)Melihat kepada jasa dan sumbangan beliau di dalam pembangunan negara,khususnya di dalam pembentukkan generasi muda.Penglibatan beliau di dalam Abim dan Pkpim di dalam mendokong dan memperjuangkan prinsip keadilan dan kebenaran dan nilai-nilai islam amat jelas peranannya.Kemudian dengan jawatan-jawatan yang pernah beliau sandang seperti,Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Menteri Pertanian,Menteri Pendidikan,Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri memungkinkan beliau mempunyai jasa yang besar kepada negara.

    3)Wujudnya keraguan di dalam kes penyalahgunaan kuasa yang melibatkan Azizan Abu Bakar. Jika sabitan di dalam kes yang melibatkan Azizan ini diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan seperti mana yang berlaku pada tanggal 2 September 2004 seperi mana yang terdapat di dalam keputusan penghakiman:
    "For all the above reason,we are not prepared to up hold the conviction.Since the applicable law in this case required that the prosecution must prove its case beyond reasonable doubt before a defence may ba called, the burden being the same as it required to convict the appellants at the end of the case for the defence, we are of the view the high court has misdirected itself in calling for the appellants to enter their defence.They should have been acquitted at the end of the case for the prosecution"

    Maka wajarlah pengampunan diberikan kepada D.S.A.I, kerana sabitan kes tersebut telah menjadi tidak relevan.


    Image Hosted by ImageShack.us
    DYMM YANG DIPERTUAN AGONG MALAYSIA.

    Justeru pada pandangan penulis DYMM YDPA , harus menilai dengan penuh cermat dan penuh hati-hati di dalam membuat keputusan berhubung rayuan pengampunan diraja ini.Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan YDPA berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan yang telah dibicarakan di Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tentera.

    Jelas proses pengampunan atau "Royal pardon" ini merupakan usaha terakhir bagi mengenepikan sabitan hukuman penyalahgunaan kuasa yang melarang D.S.A.I daripada aktif berpolitik di Malaysia.

    Di dalam artikel yang sama kurungan(10) memperuntukkan penubuhan Jemaah Pengampunan di dalam memberi nasihat kepada YDPA di dalam soal memberi keampunan ataupun tidak kepada pemohon, namun kuasa terakhir untuk memberi pengampunan, tetap tertakluk kepada YDPA,iaitu selepas proses menimbang segala pendapat bertulis daripada peguam negara dan permohonan daripada pemohon.

    Di dalam konteks Malaysia yang memperjuangkan konsep demokrasi acuan Islam, penulis terimbau dengan sajak mashyur lagi sayu Perdana menteri kita yang bertajuk "KU CARI DAMAI ABADI" apabila beliau menyebut "AKU CARI MANA DIA AL-GHAZALI".

    Imam Al-Ghazali, di dalam Ihya'Ulumuddin begitu menekankan keperluan sikap saling memaafkan walaupun berhadapan dengan musuh.

    Pandangan beliau ini diperkukuhkan lagi dengan ayat daripada Surah Al-Baqarah:237
    "Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan itu lebih hampir kepada taqwa"

    Begitu juga dengan athar(perbuatan sahabat rasulullah s.a.w)yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat Rasulullah yang mendapat tarbiah daripada baginda sendiri,seperti Saidina Uthman r.a, yang mana beliau semasa menjadi khalifah,telah mengampunkan seorang warganegara Madinah yang membunuh orang yang membunuh ayahnya,dengan menggantikan hukum bunuh balas kepada membayar diyat, pada hal hukum bunuh balas adalah satu pilihan,tetapi beliau memilih satu pilihan lain yang juga tiada bercanggah dengan agama dan perundangan yang ada pada beliau.

    Demikian juga Saidina Ali k.w, ketika memegang tampuk pemerintahan tertinggi sebagai ketua negara dan ketua agama, telah memaaf dan mengampunkan orang-orang yang terlibat di dalam peperangan Siffin dan peperangan Jamal yang menentangnya.Bahkan beliau mengatakan bahawa mereka itu ialah saudaranya yang beriman.

    Justeru pada pandangan penulis,Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadi contoh kepada negara Islam yang lain, baik daripada segala aspek, perlu bertegas di dalam usaha-usaha mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi menurut acuan Islam, yang pasti ianya berpaksikan kepada konsep "ADALAH" keadilan yang menuntut, tanpa sedikitpun prejudis kepada mana-mana rakyatnya.Konsep"GOOD GOVERNANCE" terhadap kerajaan, perlu dipertingkatkan, berpandukan kepada amanah, dan konsep"Rule Of Law".

    Dengan usaha-usaha ini Insyallah, satu tamadun Islam akan terbina kembali,melahirkan generasi berjiwa rabbani, yang pasti,bagi mengharap keredhaan illahi, demi kebahagiaan abadi.

    TAJAM FIKIR
    7.00PM,
    3/5/2005,
    ITD.



    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 5:12 AM

    * * * * * * * * *

    Layout by Melissa
    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com