Image Hosted by ImageShack.us" border=2 color=#EAEEC6>

* MUKADIMAH *

Image Hosted by ImageShack.us
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lawatan sahabat-sahabat adalah amat-amat dialu-alukan Segala artikel di dalam blog ini adalah daripada penulisan penulis sendiri dan beberapa artikel terpilih untuk manafaat kita semua.
Image Hosted by ImageShack.us

* KENAL PENULIS *

Muhammad Bukhori Bin Alias N9, quicquidplantatur@yahoo.com
Image Hosted by ImageShack.us
(gambar hiasan : Al-Farabi)

* Masa *

* BUKU PELAWAT *

Image Hosted by ImageShack.us
Salam Ukhuwwah Fillah. buat semua pengunjung semoga pertemuan singkat di blog ini akan dipanjangkan lagi atas dasar ukhuwwah kerana Allah demi mengangkat martabat Islam di sisiNya

View My Guestbook
Sign My Guestbook

* ARTIKEL LALU *

Image Hosted by ImageShack.us

March 2005

April 2005

May 2005

June 2005

July 2005

August 2005

September 2005

October 2005

January 2006

April 2006

June 2006

July 2006

August 2007

* POST TERKINI *

Image Hosted by ImageShack.us
  • Ayuh Mahasiswa Perangi Gejala Rasuah
  • AYUH BERSAMA PERTAHANKAN ISLAM !
  • WORLD WAR 4- TOGETHER WE BRING END TO IT
  • PERANG DUNIA KE 4 (WORLD WAR IV).BAHAGIAN PERTAMA
  • Surat Terbuka Tun Dr.Mahathir mengenai Jambatan Be...
  • Peradaban yang amat dirindui......
  • Pertanggungjawaban bersama......
  • ADAKAH KITA CUKUP PEKA...........
  • KEMBARA KE TURKI 2.........
  • KEMBARA KE TURKI 1.......
  • * KEDAI KOPI *

    Image Hosted by ImageShack.us

    * LINKS *

    Image Hosted by ImageShack.us
    ...
    ::Abg Nuar Kudus::
    ::Hilmimadani::
    ::Diari Presiden::
    ::Azwiralbukhairi::
    ::EN SHUN::
    ::Hudasoid::
    ::Cik Fadh::
    ::A thing to ponder::
    ::K-Rol::
    ::sharief
    ::zikri::
    ::sheikh adli::
    ::mukhriz::
    ::didi::
    ::tibe::
    ::yazid rilex::
    ::haruman sakura::
    ::pzin::
    ::zul labu::
    ::Fahmi::
    ::Bro Malie(AWANA)::
    ::Anjang::
    ::Annida::
    ::Zaiman::
    ::Nabil Majdi::
    ::Azmir Zakaria::
    ::Kelambu::
    ::Tok Ghimau::
    ::Zaid Akhtar::
    ::Nash::
    ::Irawan surah::
    ::Darkz05::
    ::TOXICITYZ::
    ::CEKODOK SEDAP::
    ::UNA::
    ::IKOKO::
    ::DIANZ::
    ::Mad'u sesat::
    ::Syed::
    ::Mior Isfandy::
    ::Kak Sham::

    * LINGKARAN MAKLUMAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    CARIAN UMUM.
    ::KUTUB KHANAH::
    ::RAKAN TAULAN::
    ::MAIL YAHOO::
    ::YAHOO::
    ::GOOGLE::
    ::SUARA MAHASISWA::
    ::IDEALIS MAHASISWA::
    ::SYEIKH QARDAWI::
    ::HARUN YAHYA::
    :: CURRENT RULING PARTY::
    ::OPOSISI::
    ::BLOGGER::
    ::IYC::
    ::Palestin info::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA TEMPATAN
    ::UTUSAN MALAYSIA::
    ::BERITA HARIAN::
    ::NEW STRAITS TIMES::
    ::THE SUN::
    ::HARIAN METRO::
    ::THE STAR::
    ::HARAKAH::
    ::MALAYSIAKINI::
    ::MALAYSIA TODAY::
    ::SIN CHEW::
    ::FREE ANWAR::
    ::BERNAMA::
    Image Hosted by ImageShack.us
    BADAN BUKAN KERAJAAN MALAYSIA(NG0)
    ::PKPIM::
    ::ABIM::
    ::PUM::
    ::JIM::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA ANTARABANGSA
    ::AL JAZEERA::
    ::TURKI NEWS::
    ::CNN::
    ::BBC::
    ::TIME MAGAZINE::
    ::WORLD NEWS::
    ::ASIA DAILY::
    ::NEW YORK TIMES::
    ::CHINA DAILY::
    ::ARAB WORLD NEWS::
    ::MUSLIMEDIA::
    ::ECONOMIST::
    ::FEER::
    ::DAILY MIRROR::
    ::DAILY EXPRESS::
    ::THE SUN UK::
    ::PHILIPINE NEWS::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA INDONESIA
    ::THE JAKARTA POST::
    ::JAWA POST::
    ::KOMPAS::
    ::HARIANASIB::
    ::ACEH KITA::
    ::DETIK::
    ::ERA MUSLIM::
    ::ENDONESIA::
    ::REPUBLIKA::
    ::MODUS::
    ::GATRA::
    ::SABILI::

    * TAQWIM*

    Image Hosted by ImageShack.us

    * WAKTU SOLAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    Image Hosted by ImageShack.us

    * PULAUKAN *

    Image Hosted by ImageShack.us
    Sesungguhnya negara ini telah banyak meminum darah dan air mata orang Islam.Mereka tidak akan redha sehinggalah kita umat Islam mengikuti mereka sebagai contoh terbaik
    Image Hosted by ImageShack.us

    *PELAWAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    (C)COPYRIGHT RESERVED HAK CIPTA TERPELIHARA TAJAM FIKIR 2005
    free hit counter
    Free Hit Counter

    * Friday, July 22, 2005 *

    BANGKITLAH BANGSAKU.......


    Image Hosted by ImageShack.us


    HASIL PERIKANAN SUMBER EKONOMI NEGARA

    Jatuh bangun sesuatu bangsa atau tamadun merupakan suatu lumrah kehidupan manusia.Di dalam konteks bangsa Melayu,adalah sukar untuk melihat,satu bangsa yang maju dan mempunyai empayar tamadunnya sendiri, kini merupakan bangsa yang melarat di bumi sendiri.
    Di dalam kita berbangga dengan adanya bangunan KLCC,kompleks pentadbiran Putrajaya dan segala macam bangunan mewah yang ada, masih lagi terdapat segelintir orang Melayu khususnya yang hidup melarat.
    Baru-baru ini,sebuah stesen televisyen swasta,telah memaparkan bagaimana sebuah keluarga berbangsa Melayu dan beragama Islam hidup dengan hanya tinggal di sebuah bekas kilang di kawasan terpinggir.Hidangan makanan mereka adalah nasi berlaukkan pucuk-pucuk kayu dan daging siput babi.Di samping tiadanya kemudahan elektrik dan bekalan air, keluarga terbabit hanya bergantung kepada hasil pendapatan ayah mereka sebagai pekerja mencuci kereta.
    Ini adalah segelintir kes kemiskinan yang mendapat perhatian pihak media,dan berkemungkinan besar,masih ramai lagi rakyatMalaysia khususnya daripada bangsa melayu yang tercicir di dalam gelombang kemiskinan.
    Baru-baru ini, Malaysia telah dilaporkan menduduki tangga ke 17 di dalam senarai negara-negara aktif di dalam perdagangan.Namun di sebalik pencapaian yang amat memberangsangkan di peringkat antarabangsa, bangsa Melayu masih lagi jauh ketinggalan dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia.
    Di dalam mengejar cita-cita untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020,keperihatinan terhadap rakyat dan pembasmian kemiskinan perlu dilakukan.
    Penumpuan kepada faktor pembinaan insan,merupakan usaha penting di dalam menjana kemajuan negara selari dengan garis panduan yang telah digariskan oleh agama Islam itu sendiri.

    DASAR EKONOMI BARU SATU PEMERKASAAN SEMULA.

    Image Hosted by ImageShack.us


    PERPADUAN BERSENDIKAN KEADILAN SISTEM

    Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke dua Allayarham Tun Abdul Razak merupakan individu yang bertanggungjawab di dalam memeperkenalkan satu dasar induk sosio-ekonomi kerajaan yang bertujuan untuk membangunkan ekonomi masyarakat melayu iaitu Dasar Ekonomi Baru pada 1971.
    Antara matlamat utama(DEB) :
    1. Membasmi kemiskinan dikalangan penduduk Malaysia yang berbagai kaum,terutamanya kemiskinan di kalangan bangsa melayu dan bumiputera.
    2. Menghapuskan identiti kaum di kalangan rakyat Malaysia yang berlandaskan kegiatan dan penglibatan ekonomi,dan lokasi tempat tinggal.

    Secara ringkasnya matlamat DEB adalah mengurangkan jurang perbezaan taraf ekonomi antara kaum yang begitu meruncing pada ketika itu, di samping mewujudkan satu bangsa Malaysia yang bersatu padu dan pengagihan kekayaan negara dengan lebih adil dan saksama.

    Namun realiti yang berlaku pada hari ini,perlaksanaan DEB masih lagi dilihat gagal untuk memperkasa taraf ekonomi orang Melayu.

    Melalui kajian-kajian yang telah dibuat oleh Yang Berbahagia Dato' Seri Abdul Rahman Maidin Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia di dalam kertas kerja beliau"Usahawan Melayu, status,masalah,halatuju dan prospek masa depan", kajian mendapati kedudukan orang melayu di dalam kumpulan berpendapatan rendah yang merangkumi 40 peratus jumlah penduduk Malaysia adalah sebanyak 74.8 peratus, berbanding 18.6peratus bagi masyarakat Cina dan 6.4 peratus bagi masyarakat India.

    Selain daripada itu apabila ditinjau mengenai bilangan isi rumah miskin bagi semua kaum, statistik pada tahun 2002 menunjukkan jumlah isi rumah miskin orang Melayu ialah sebanyak 233,100,Cina 23,300 dan India 8,000.

    Keadaan yang meruncing ini bertambah parah apabila pencapaian bumiputera di dalam pemilikan ekuiti sektor korporat pada tahun 2002 hanya berjumlah 18.7 peratus.Mengenai isu pendidikan tinggi, jumlah pelajar-pelajar berbangsa Melayu yang menuntut di IPTA dan IPTS tempatan, serta institusi-institusi luar negara juga adalah jauh lebih kecil bilanganya iaitu 30 peratus berbanding jumlah pelajar-pelajar berbangsa Cina dan India sebanyak 70 peratus.

    Di dalam kerancakkan penswastaan yang berlaku,ia sebenarnya menyumbang kepada gejala pengangguran graduan-graduan Melayu yang tinggi.Bilangan orang Melayu yang menduduki jawatan-jawatan tinggi dan pertengahan di dalam syarikat-syarikat swasta adalah terhad berbanding dengan suku kaum Cina dan India, dan ini seterusnya menyumbang kepada kelesuan kadar peningkatan pendapatan di kalangan guna tenaga Melayu.

    KESIMPULAN



    Image Hosted by ImageShack.us


    MALAYSIA OH TANAH AIRKU

    DEB merupakan satu dasar yang perlu untuk dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh, kerana ianya melibatkan kepentingan orang Melayu, sebagai bangsa utama di Malaysia.Kegagalan untuk memperkasa ekonomi orang Melayu akan menyumbang kepada ketidakstabilan politik dan sosial dan boleh mengugat suasana harmoni antara kaum dan agama.

    Jikalau diteliti, perlaksanaan DEB ini,terganggu seketika ketika berlakunya krisis ekonomi pada 1985 dan sekali lagi pada tahun 1997. Keputusan kerajaan untuk mengubah dasar daripada mengutamakan dasar dan strategi pengagihan(distributive policies and strategies) kepada dasar dan strategi pertumbuhan(growth policies and strategies) sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada perlaksanaan DEB.

    Impaknya ia menyumbang kepada empowerment sektor swasta dan memperluaskan lagi ketidakseimbangan kedudukan ekonomi orang melayu.Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan seharusnya dilengkapi dengan keinsafan konsep keadilan sosial yang menuntut.

    Isu-isu mutakhir seperti pemberian lesen kereta import(AP) di dalam jumlah yang banyak kepada segelintir individu-individu berkepentingan merupakan satu gejala yang merencatkan usaha untuk menghasilkan ramai usahawan melayu.

    Di dalam isu pendidikan pula, pengabaian bantuan pinjaman kewangan kepada 120,000 pelajar-pelajar melayu juga harus diselesaikan segera.

    Di dalam keinginan kita untuk melihat bangsa melayu bergerak seiring dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia ini, bantuan dan usaha-usaha untuk memperkasakan orang melayu itu sendiri perlu diambil perhatian dan dilaksanakan sebaik mungkin.Nafsu kapitalisma perlu dibendung segera agar survival bangsa Melayu yang beragama Islam tidak mati angkara perbuatan tidak bertanggungjawab yang rata-rata dilakukan oleh segelintir agas-agas daripada bangsanya sendiri.



    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 12:27 AM

    * * * * * * * * *

    * Tuesday, July 12, 2005 *

    BLOG SEBAGAI MEDIUM DAKWAH





    Image Hosted by ImageShack.us


    KUASA DAKWAH MELALUI WEBLOG

    Di dalam realiti kehidupan pada masa kini,tuntutan untuk melaksanakan dan menyampaikan seruan dakwah islamiah adalah perlu dan penting.
    Penekanan terhadap konsep menyeru kepada kebaikkan dan mencegah kemungkaran adalah perlu dan wajib dilaksanakan dengan penuh bijaksana.
    Kepentingan untuk menyampaikan seruan kebenaran ini telah dinyatakan dengan banyaknya di dalam Al-quran dan sunnah rasulullah s.a.w., dan kesan daripada penghayatan yang mendalam terhadap kepentingan berdakwah telah ditunjukkan oleh para sahabat baginda rasulullah s.a.w di dalam meneruskan misi dakwah selepas kewafatan baginda.
    Iltizam yang ditunjukkan oleh generasi sahabat seperti Saad bin Abi Waqas yang berkelana ke China untuk berdakwah adalah sesuatu yang perlu dihayati dan dicontohi terutamanya oleh generasi duat pada hari ini.
    Jikalau dahulu, jarak perjalanan yang jauh, masa yang panjang, dan kemudahan yang terhad di dalam melaksanankan misi dakwah tidak langsung dirungutkan, maka sudah semestinya generasi duat sekarang harus lebih proaktif dan dinamis berbekalkan kemudahan yang terlalu banyak dan perlu dimanafaatkan, demi tuntutan penyebaran rahmat ke serata alam.

    PENGARUH BLOG

    Rata-rata kebanyakkan pandangan dan pemikiran, apabila diajak untuk berbicara soal kaedah penyampaian dakwah,cara-cara seperti ceramah,kuliah,bengkel ziarah dan lain-lain pasti segera mendapat tempat di dalam benak pemikiran kita.Hakikat ini tidak boleh dinafikan kerana medium-medium ini telah berfungsi dan menjalankan peranan dengan baik dan berkesan sejak zaman-berzaman lagi.
    Namun, sebagai duat pada masa kini,kita dituntut untuk menggandakan strategi dan kaedah dakwah sesuai dengan tuntutan sezaman yang lebih mencabar dan bergerak pantas.
    Pada hari ini, teknologi maklumat merupakan salah satu wadah penting di dalam menyebarkan ilmu dan dakwah.
    Blog ataupun weblog telah diakui penting di peringkat antarabangsa, khususnya ketika siri peperangan Amerika Syarikat di Afghanistan dan Iraq, di dalam melancarkan propaganda menghalalkan peperangan berlaku.
    Melihat akan kepentingan blog itu sendiri, maka diperingkat tempatan, seorang anak muda yang bernama Saharil Hasrin Sanin,Pemenang Sayembara Cerpen Berunsurkan Islam 2000 telah mencetuskan penggunaan blog di dalam penghasilan karya-karya penulisan beliau.Usaha ini mendapat perhatian segolongan anak muda untuk mula terlibat di dalam penulisan blog, antaranya Mohd Nazmi Yaakub, seorang penuntut di Mesir ketika itu.
    Melihat akan usaha-usaha yang telah dimulakan oleh golongan muda di dalam merintis penggunaan blog di Malaysia ini, maka tidak hairanlah pada masa kini pengaruh blog lebih ketara dan dominan terutamanya terhadap golongan belia.

    BLOG SEBAGAI MEDIUM DAKWAH.


    Image Hosted by ImageShack.us

    JARINGAN UNIVERSAL

    Tok
    Rimau, salah seorang blogger terkenal menyifatkan blog sebagai sebuah laman yang kerap dikemaskinikan dan berfugsi untuk menyimpan dengan utuh hasil penulisan yang telah ditulis.
    Melihat akan kepentingan dan pengaruh blog pada masa kini, seharusnya para duat harus mengambil kesempatan di dalam mempelajari dan menjadikan blog sebagai salah satu medium dakwah.
    Bersesuaian dengan peredaran zaman yang semakin pesat, blog dilihat berperanan besar di dalam hal-hal penyampaian maklumat, ilmu mahupun seruan dakwah kepada mad'u. Kenyataan bahawa generasi kini amat kurang daripada segi budaya pembacaan perlu diakui, dan dikaji strategi untuk mengatasi kelemahan tersebut.Justeru, blog dilihat berperanan besar di dalam penyebaran dakwah khususnya kepada golongan muda.
    Ruang lingkup blog juga adalah luas dan boleh diakses dengan mudah oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira tempat.Justeru blog berperanan di dalam meluas dan menyebarkan seruan dakwah, bukan hanya bersifat tempatan malah bersifat global.
    Melalui aktiviti penulisan di dalam blog juga dapat merangsang stamina penulis untuk terus istiqomah di dalam menghasilkan karya-karya bermutu, di samping membantu daripada segi pengembangan idea dan penambahan ilmu.

    Kesimpulan.

    Peredaran zaman merupakan satu fenomena yang pasti, dan untuk memastikan Islam terus subur dan sampai pada hati-hati manusia, kaedah penyebaran dakwah perlu sentiasa dikemas kini.Para duat juga amat dituntut untuk lebih bersifat istiqamah, proaktif dan dinamis untuk menyebarkan risalah nubuwwah di dalam era globalisasi yang serba mencabar kini.


    Tajamfikir,
    ITD,
    IIUM.


    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 2:12 AM

    * * * * * * * * *

    * Sunday, July 10, 2005 *

    ALIRAN PEMIKIRAN-PEMIKIRAN ISLAM DI MALAYSIA

    Mohd Rumaizuddin Ghazali, Exco Dakwah ABIM

    Image Hosted by ImageShack.us


    Muhammad 'Imarah menyebutkan bahawa aliran yang menghidupkan pembaharuan Islam, mereka ini berada dalam madrasah Asolah al-Fikriyyah Fi Shari‘atina wa Tasri‘atina (aliran pemikiran asli dalam syariah dan perundangan). Antara mereka yang berada dalam aliran ini ialah Muhammad al-Ghazali, Yusuf al-Qaradawi, Muhammad ‘Abduh, Rashid Rida, Mahmud Shaltut, Abdullah Darraz, Muhammad al-Khudari dan Abu Zahrah. Muhammad ‘Imarah membahagikan kepada empat aliran terpenting iaitu:
    Madrasah al-Ra’yu – Fuqaha yang lebih mirip melihat kepada sausana dan keadaan dalam menafsirkan sesuatu nas. Mereka menafsir berdasarkan keadaan sekeliling. Aliran ini bukan aliran yang menafikan nas tetapi ia hanya manhaj berinteraksi semasa berijtihad bagi menghasilkan hukum.
    Madrasah al-Ashar – Mereka tidak mengingkari aliran al-Ra’yu secara mutlak tetapi lebih kepada zahir nas dan pendekatan harfiah.
    Madrasah Muwazanah wa Tarjih bayn Madrasah al-Ra’yu wa al-Ashar (aliran pertimbangan dan tarjih antara aliran akal dan nas) Antara perintis aliran ini ialah Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim.
    Madrasah Asalah al-Fikriyyah fi Syari‘atina wa Tasri‘atina (aliran pemikiran asli dalam syariah dan perundangan). Mereka ini termasuk dalam golongan yang mahu menghidupkan pembaharuan pemikiran Islam. Mereka bergantung kepada aliran Ashar dan akal, mengikut manhaj mawazanat (pertimbangan) dan tarjih tetapi berbeza dari madrasah Ibn Taimiyyah tadi. Mereka membuat tarjih lebih kepada akal beserta dalil, meniktibarkan dalil-dalil akal merupakan asal bagi nas, lebih mengutamakan al-Qur’an dari al-Sunnah, bergantung kepada nas-nas kitab lebih dari hadith ahad, mengingkari nasakh yang membatalkan ayat-ayat terdahulu, mengambil fikrah-fikrah mazhab yang bersesuaian, mengingkari taqlid dan sentiasa menghormati ilmu ulama muktabar dan tidak bersandarkan kepada mana-mana aliran lama dan baru.
    Di samping itu terdapat satu lagi aliran yang lebih kepada aliran pemilihan individu (aliran talfiq di antara berbagai pandangan). Mereka ini muncul pada abad 13 dan 14 hijrah yang mahu keluar dari jumud pemikiran dan yang sentiasa terikat dengan matan-matan feqah semata-mata. Mereka ini seperti al-San‘ani, al-Shawkani, Sayyid Sabiq, Siddiq Khan dan al-Bani. Di dunia Islam, lahir pelbagai aliran pemikiran berdasarkan faktor persekitaran, budaya dan bangsa tersebut. Di benua India, nama-nama seperti Sir Ahmad Khan, Sabli al-Nu'mani, Maududi, Muhamad Iqbal dan Ali Hassan al-Nadwi, Di Mesir, Jamaluddin al-Afghani, Muhamad Abduh, Rashid Rida, Hassan al-Banna, Sayyid Qutb, Muhammad al-Ghazali dan al-Qaradawi, di Afrika Utara lahirnya Abdul Hamid Badis, Malik bin Nabi, Muhamad Tahir Asyhur dan di Turki, Badi'iuzzaman al-Nursi. Di rantau ini, lahirnya Syeikh Tahir Jalaluddin, Agus Salim dan Syeikh al-Hadi dan lain-lain. Namun pemikiran Islam pada abad ke 20 itu diwarnai dengan istilah-istilah dan penyelesaian kepada masalah secara simplistik.
    Dalam satu kajian bertajuk "Civil Democratic Islam: Patners, Resources and Strategis" (2003) telah diterbitkan oleh RAND Corporation sebuah badan penyelidikan dan penasihat yang berpengaruh di Washington. Dalam kajian ini, umat Islam di nilai dari segi kecenderungan pemikiran mereka sama ada tradisionalis, fundamentalis, modernis atau sekularis. Kajian ini memperlihatkan bagaimana cara untuk mengadu-dombakan umat Islam melalui pengelompokan ini. Kajian itu menegaskan bahawa golongan modernis dan sekularis (spt. aliran Kamal Atartuk) perlu didokong secara halus dengan lambakan dana penajaan, ruang media dan penonjolan idola untuk dipuja. Golongan tradisional (Salafi dan Wahabi) pula disaran agar didokong manakala golongan fundamentalis (spt Ikhwan al-Muslimun) hendaklah dipinggirkan. Berlaku perbalahan antara golongan tradisional dan fundamentalis dalam isu-isu remeh dan persoalan furu'. Perbalahan dan pertelingkahan perlu disuburkan agar sumber kekuatan umat Islam dilelahkan tanpa sebarang manfaat yang jelas. Oleh itu umat Islam tidak perlu terperangkap dengan pengelompokan tersebut. Pada masa yang sama umat Islam harus mempunyai kajian-kajian untuk menangani strategi-strategi dalam menghadapi globalisai dunia Barat.
    Fazlur Rahman menegaskan dalam bukunya Islam, bahawa pembaharuan Islam mestilah dimulai dengan pendidikan. Menurut Rahman, pembaharuan pendidikan adalah satu-satunya pendekatan untuk suatu penyelesaian jangka panjang atas masalah yang menimpa umat Islam kini iaitu berupa dikotomi mental dan kehidupan peribadi maupun sosial yang berpecah belah yang mengakibatkan kekacauan dalan segala usaha serta krisis yang melumpuhkan kehidupan.Walaupun demikian ia mengakui pendidikan memerlukan jangka masa yang panjang paling kurang dua generasi. Kerana iu, beliau menawarkan program jangka pendek iaitu pertama; menciptakan orientasi politik Islam yang asli dan kedua menciptakan iklim intelektualisme sebagai langkah awal pengislaman seluruh segi kehidupan. Kedangkalan dan kekakuan dalam pendidikan adalah penyebab terjadinya kelemahan intelektualisme Islam. Keadaan yang tidak menguntungkan ini, terutama sikap ulama tradisi terhadap ilmu pengetahuan sekular yang nampaknya ingin memadamkan semangat penelitian yang besar dan keseluruhan pertumbuhan ilmu pengetahuan positif. Oleh itu, beliau mengkritik golongan tradisional dan moden yang seringkali bercakaran. Beliau menawarkan kepada umat Islam satu pendekatan yang terbaik untuk mengkaji ajaran Islam yang disebut sebagai neomodernisme Islam.
    Menurut Greg Barton, Fazlur Rahman merupakan orang yang pertama kali mengunakan istilah neomodernisme dalam sebuah model yang sistematik. Menurut Rahman, neomodernisme bererti pemikiran Islam yang progresif yang muncul dari modernisme Islam namun mencakup juga aspek-aspek kesarjanaan tradisional. Neomodernisme lebih mengusulkan penggunaan ijtihad secara terus menerus dalam konteks berusaha untuk menemukan lingkungan tapak jalan pesan dari al-Quran daripada pendekatan ad hoc kaum modernis.
    Neomodernisme merupakan suatu sistem penjelasan tentang kondisi umat Islam yang lain dari modernisme, tradisiolisme, fundamentalisme dan lain-lain. Ini kerana ketiga-tiga aliran tersebut mengalami krisis. Fazlur Rahman menginginkan bagaimana Islam ini boleh berubah dalam masyarakat yang sedang mengalami perubahan luar biasa.
    Fazlur Rahman menjelaskan bahawa sejarah pergerakan reformasi Islam yang telah berjalan lebih dua abad yang lampau dapat dijelaskan dalam empat aliran gerakan refomasi yang berbeda. Empat gerakan tersebut adalah: (i) Gerakan revivalis (salafi) pada akhir abad 18 dan awal abad 19 (misalnya Wahabiyah di Arab Saudi, Sanusiyah di Afrika Utara dan Fulaniyah di Afrika Barat). (ii) Gerakan Modernis (Sayyid Ahmad Khan di India, Jamaluddin al-Afghani di Timur Tengah dan Muhammad Abduh di Mesir) (iii) neorevivalis (kelompok modern, namun lebih reaksioner seperti Mawdudi dan Jama’at Islami) (iv) neomodernisme yang Fazlur Rahman adalah pelopornya yang merupakan sintesis progresif dari rasionaliti modernis dan ijtihad serta ajaran klasik. Beliau memandang neomodernisme merupakan pra-syarat bagi kebangkitan Islam.
    Salah satu dari ciri khas neomodernisme Fazlur Rahman ini adalah memiliki akses yang kuat pada akar tradisi klasik Islam. Ertinya, pengembangan pemikiran Islam yang tidak berakar pada kekayaan pemikiran Islam klasik adalah tidak otentik. Selain itu, aksesnya yang kuat terhadap pemikiran Barat. Dengan begitu, kaum neomodernisme mampu mengembangkan sikap kritisnya terhadap Barat dan warisan-warisannya. Jadi, neomodernisme dibentuk oleh pola pemikiran yang berusaha menggabungkan dan menyatupadukan dua aliran pemikiran modernisme dan tradisionalism. Perbedaan pokok antara neomodernisme dengan kedua pola pemikiran di atas adalah kesediaannya untuk menyatukan ide-ide modernis yang paling maju sekalipun dengan ide-ide tradisionali sekaligus. Kemunculan neomodernisme ini muncul akibat kegagalan modernisme membawa diri sebagai mempertahankan kesegaran pemikiran Islam ketika gerakan ini semakin membesar. Apa yang terjadi adalah kerutinan kerja mengolah dan menyelenggara lembaga-lembaga pembaharuan secara amat praktikal. Kerutinan ini menyebabkan kesempatan untuk membina intelektual relatif semakin menghilang. Sementara golongan tradisional yang kaya dengan khazanah klasik terlalu berorientasikan masa lampau dan sangat selektif menerima gagasan-gagasan modernisme. Berlatar belakang seperti inilah pola pemikiran neomodernisme muncul menjembatani kedua pola pemikiran tersebut.
    Antara ciri-cirinya yang lain ialah (i) penafsiran al-Quran secara sistematik dan komprehensif (ii) Penggunaan metod hermeneutika yang digunakan untuk memahami teks-teks kuno seperti teks kitab suci, sejarah, hukum, falsafah dan kritik sejarah yang merupakan sebuah pendekatan sejarah yang pada prinsipnya bertujuan menemukan fakta-fakta objektif secara utuh dan mencari nilai-nilai tertentu yang terkandung di dalamnya. (iii) Pembedaan secara jelas antara Islam normatif dan Islam historis (iv) penggabungan paradigma tradisionalisme dan modernisme. Fazlur Rahman mengemukakan bahawa al-Quran menjadi landasan etika moral bagi pendidikan Islam. Di samping ia menjadi rujukan utama dalam membentuk intelektualisme Islam.
    Di Indonesia, istilah neomodernisme mengandungi makna ‘Pembaharuan Pemikiran Islam’ dan banyak diperkatakan oleh Nurcholish Madjid, Abdurrahman Wahid dan Djohan Effendi. Kebanyakan mereka yang tergolong dalam golongan ini ialah orang yang mendapat didikan tradisional dan modern. Nurcholis Madjid mengalami pendidikan pondok di masa kanak-kanak dalam kubu tradisionalis dan semasa remaja mendapat pendidikan modern dari Pesantren Gontor. Fachry Ali dan Bahtiar Effendi dalam bukunya Merambah Jalan Baru Islam Rekontrukasi Pemikiran Islam Indonesia Masa Orde Baru (Bandung: Mizan, 1992) menganggap kedua-dua tokoh tersebut merupakan pengasas kepada pola pemikiran neomodernisme di Indonesia. Beliau menyebutkan asas-asas penting pembaharuan pemikiran yang berlaku di Indonesia sekarang adalah bersifat neomodernisme yang mana tokoh generasi pertama gerakan ini adalah Nurcholish Madjid, Abdurrahman Wahid, Djohan Effendi dan Ahmad Wahib.
    Sementara Rusli Karim dalam karyanya Dinamika Islam di Indonesia: Suatu tinjauan Sosial dan Politik (Penerbit Pt. Hanindita, Jogyakarta, 1985) mencatat dengan penuh optimis tentang kebangkitan sebuah bentuk baru intelektual Islam yang maju dan modern di masyarakat Indonesia yang diwakili oleh tokoh-tokoh tersebut. Beg Barton menyebutkan bahawa jelas sekali Pembaharuan Pemikiran Islam Nurcholish Madjid, Djohan Effendi, Ahmad Wahibi dan kemudian Abdurrahman Wahid adalah sama dengan neomodernisme Fazlur Rahman. Oleh kerana itu, ketika mereka mulai mempelajari aliran Fazlur Rahman, mereka menanggapi dengan sangat teliti pemikiran Fazlur Rahman tersebut dan dengan sendirinya mereka juga menganggap neomodernisme sebagai penganti yang cukup tepat untuk istilah Pembaharuan Pemikiran Islam.

    Image Hosted by ImageShack.us


    FUNDAMENTALISME
    Fundamentalis ialah berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar. Selama ini, bagi masyarakat Barat memahami fundamentalis sebagai orang yang ganas, yang membuat bermacam-macam perkara tidak baik.
    Bagi pihak Barat sering menafsirkan istilah ini dalam konteks politik Islam dengan gerakan radikal dan ekstrem yang dilakukan oleh aktivis dan kumpulan Islam tertentu. Golongan yang memperjuangkan sesuatu matlamat dengan mengambil jalan kekerasan dan keganasan, terutama yang berlaku di kalangan umat Islam sering dilabelkan sebagai fundamentalis. Bagi sarjana Islam, fundamentalis ialah orang yang berpegang dan mengamalkan ajaran Islam dengan penuh komited. Fundamentalis agama bukanlah golongan pelampau dan pengganas atau puak radikal dan ektrem seperti yang dianggap oleh Barat atau yang difahami dalam konteks agama Kristian. Bagi umat Islam, istilah dan persepsi serta petafsiran begini seharusnya dilihat dari perspektif agama Islam sendiri. Mengikut perspektif Islam, fundamentalis sebagai golongan yang berilmu, toleran dan beretika dan golongan fundamentalis islam inilah yang telah mengharmonikan integrasi rakyat Malaysia dsaripada pelbagai kaum dan agama. Mereka ingin melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi sosial, pendidikan, ekonomi dan politik negara. Mereka merupakan golongan yang cintakan perdamaian dan keamanan seperti nama Islam itu sendiri yang membawa makna perdamiaan dan keamanan. Golongan umat yang fundamentalis ini mempunyai hikmah dan kebijaksanaan untuk memenangi hati dan jiwa orang lain dengan mengikuti adab dan nilai agama yang murni dan universal, bukan secara kekerasan dan bersikap konfrontasi dengan golongan yang dianggap sebagai musuh.
    Pihak Barat terutama yang diwakili oleh kuasa besar Amerika Syarikat sering memandang gerakan Islam dan aktivitinya sebagai gerakan radikal dan ganas. Segala label keganasan itu akan dihubungkan dengan agama.Sedangkan perbuatan kejam dan ganas yang dilakukan oleh mereka terhadap dunia Islam tidak kira sebagai ganas dan radikal. Sebahagian sarjana menyebutkan fundamental Islam adalah baik. Umat Islam terdahulu yang berjaya membina keagungan tamadun Islam semestinya fundamentalis kerana tidak banyak tafsiran bercanggah yang mengelirukan ummah ketika itu. Oleh itu, umat Islam kini perlu menilai semula amalan Islam yang diamalkan kini adakah ia bersamaan dengan kehendak Islam yang sebenar. Oleh itu, mereka hendaklah memahami ajaran Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah dan melihat sama ada wujud sebarang perbezaan antara Islam yang dibawanya dengan Islam yang kita percaya dan amalkan hari ini.
    Al-Qaradawi mempunyai pandangan tersendiri mengenai istilah fundamentalisme atau dalam bahasa Arab dikenali sebagai "usuli". Menurutnya, kalimat tersebut adalah berbeza dengan tanggapan orang Barat terhadap kalimah tersebut. Bagi orang Barat, golongan fundamentalis adalah golongan penganas, penjenayah dan seumpamanya. Perkara ini dinyatakan oleh al-Qaradawi bagi menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh rakanya, Saudara Thabit bin Id, rakannya dari Zurich. Al-Qaradawi menyebutkan bahawa beliau lebih menyukai kalimah 'kebangkitan Islam' daripada kalimah fundamentalisme. Walaupun begitu, kalimah fundamentalisme dalam warisan Islam adalah kata-kata yang baik . Perkara ini disebabkan kita adalah umat yang menyeru manusia untuk kembali kepada dasar dan asas yng mengandungi satu pengertian untuk mengaitkan diri dengan asas dan intipati. Kalimah fundamentalis adalah satu perkataan yang murni dalam semua agama termasuk agama Kristian. Muhamad Imarah pula menyatakan bahawa umat Islam terlalu terjebak dengan termonologi yang merugikan dan menjadi kewajipan kita untuk membebaskan terminologi-terminologi dengan makna yang sebenar dan menyelamatkan pemikiran Islam dari bahaya yang ditimbulkan. Menurut Muhamad Imarah, terminologi fundamentalisme yang beredar di kalangan sarjana, kebudayaan dan tokoh politik sekarang adalah terminology yang tumbuh di Barat dan memuatkan kandungan pengertian Barat. Sedangkan terjemahan ke dalam bahasa Arab dengan al-Usuliyyat yang bererti mempunyai akar Islam dan mengandungi makna islami yang terkandung dalam makna. Percampuran makna dan istilah-istilah ini menyebabkan ia mempunyai pengertian, latar belakang dan isyarat yang berbagai-bagai. Hujah Imarah lagi, kalimat al-yasar dalam dunia Barat adalah untuk para pekerja, golongan miskin dan orang-orang memerlukan bantuan.
    Sedangkan dalam pengertian Islam terminologi Islam ini memberi pengertian sebaliknya iaitu golongan kaya, yang mendapat kemudahan material dan makmur. Fundamentalis pada pandangan Barat pada dasarnya sebuah gerakan Protestan yang tumbuh di Amerika dan muncul pada abad 19 masehi dari kalangan gerakan yang lebih luas iaitu golongan Mesianik yang menyakini kembalinya al-Masih secara jasad ke dunia sekali lagi. Mereka juga mmpunyai lembaga-lembaga yang berperanan memelihara kitab suci Injil.
    Muhamad Imarah menyebutkan bahawa perlukah kita memahami fundamentalisme Islam dengan pengertian Barat iaitu sikap aliran fundamentalis Kristian terhadap agama mereka. Menurutnya lagi, trend pemikiran fundamentalis yang difahami oleh Barat tidak tidak ada dalam bidang pemikiran Islam kerana perbezaan dan keragaman antara aliran-aliran Islam ini telah mengambil jalan tengah terhadap ta'wil dan tidak ada satu mazhabpun yang menolak teks-teks secara ta'wil. Menurutnya, fundamentalisme dalam Islam adalah golongan para ulamak usul fiqh yang mewakili salah satu bidang kontribusi umat Islam dalam kajian-kajian ilmu-ilmu akal. Iaitu bahawa mereka adalah para pakar dalam bidang pengambilan kesimpulan hukum (intinbat), menggunakan dalil melalui isyarat teks agama, ijtihad dan pembaharuan (tajdid).
    Muhamad Natsir pula berpendapat bahawa istilah ini ialah orang yang berpegang pada dasar Islam iaitu apa yang dipesankan oleh nabi iaitu berpegang teguh kepada al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, menurutnya fundamentalis Islam mengandungi ajaran yang mendorong manusia untuk menuju kemajuan. Namun dalam kenyataannya, fundamentalisme Islam diberi erti lain iaitu dengan memutarbelitkan istilah yang baik dengan menjadikannya sebagai istilah untuk meraih apa yang tidak disukai. Fundamentalis dinyatakan dengan orang yang kolot dan beku serta ganas. Oleh itu, beliau menyarankan istilah yang datang dari Barat ini perlu ditinjau penggunaannya dan diletakkan pada tempatnya yang betul apabila dikaitkan dengan Islam. Malah beliau lebih cenderung menganjurkan agar jangan memakai atau mempopularkan istilah fundamentalisme Islam. Bagi Barat khususnya pentadbiran Amerika mempunyai sikap yang berbeza terhadap golongan fundamental. Bagi pihak pentadbiran kerajaan, mereka mahukan bekerjasama dengan golongan fundamentalisme Islam manakala bagi Kementerian Pertahanan Amerika, golongan fundamentalis ini perlu dihapuskan. Golongan fundamentalis ini merujuk kepada golongan radikal di Mesir, Algeria, Tunisia dan Sudan. Mereka melihat ia merupakan bahaya baru kepada dunia Barat selepas tamatnya perang dingin.
    Al-Qaradawi berkeyakinan bahawa yang harus menjadi pertimbangan adalah apa yang ada disebalik nama dan kandungannya, bukan terletak pada nama dan judulnya. Perkara yang penting adalah membatasi pengertian yang ada secara jelas mengikut perspektif kita sehingga Barat memahami bahawa fundamentalisme yang kita fahami bukan sepertimana yang mereka ertikan.
    Oleh itu, penggunaan istilah itu bukanlah sesuatu perkara asas yang hendak menjadikan kita bertengkar. Kita boleh menerima istilah tersebut dengn penafsiran yang selaras dengan pendirian kita. Fundamentalisme pada pandangan ajaran Islam adalah membawa maksud kembali kepada asas, pokok dan inti dalam memahami ajaran Islam, pengamalannya dan dakwah kepadanya. Ada tiga asas dalam ajaran Islam iaitu;
    al-Quran yang merupakan asas dari segalanya. Al-Quran merupakan kitab yang jelas, mudah dan terpelihara.Sunnah nabi iaitu hadith-hadith sahih yang merupakan perundangan kepada umat Islam.Ijmak ulamak dengan keyakinan yang teguh dalam masalah agama. Ini merupakan asas dari segi sumber rujukan. Jika kita melihat dasar dari segi asas agama, maka ia dapat dilihat dalam empat bidang iaitu :
    Akidah seperti beriman kepada Allah, malaikat, rasul, kitab-kitab dan hari akhirat.Rukun-rukun dalam ibadat seperti solat, zakat, puasa dan haji.Perundangan Syariat yang pasti yang telah dibawa oleh Islam seperti hukum halal dan haramNilai-nilai akhlak dan peradaban sebagaimana yang dibawa oleh Islam dengan nilai-nilai ini, keadilan ditegakkan, kebaikan disuburkan dan kemakmuran diluaskan. Fundamentalisme yang sebenar adalah orang yang berpegang teguh kepada dasar-dasar agama yang sebenar seperti di atas dari segi kefahaman, keyakinan, pengamalan mahupun dakwah walaupun di sana ada tingkatan dan tahap-tahap keutaman dalam dasar-dasar tersebut. Fundamentalisme menurut kefahaman ini memiliki nilai tersendiri, bukan merupakan keganasan dan kejahatan. Sekiranya kita berpegang kepada ajaran Islam secara benar, baik dalam bidang akidah, ibadat dan dakwah dianggap sebagai fundamentalisme, maka biarlah orang-orang itu mengecapnya.
    Al-Qaradawi juga membahagikan fundamentalisme kepada empat bahagain utama iaitu:
    golongan takfir iaitu golongan yang mudah mengkafirkan orang. Kumpulan ini mulanya muncul di Mesir dengan persepsi pemikiran untuk mengkafirkan masyarakat atau orang ramai secara keseluruhan kecuali orang-orang yang percaya kepada prinsip-prinsip mereka dan bergabung dengan jamaah mereka.golongan yang mengunakan kekerasan dan senjata untuk menghadapi kebatilan dan merubah apa yang dilihatnya sebagai mungkar. Pada dasarnya, kekerasan kelompok ini lebih ditujukan kepada para penguasa yang tidak menjalankan syariat tuhan.Golongan jumud dalam pemikiran dan literal dalam fiqh, mencari yang sulit dalam fatwa, keras dalam berdakwah dan kasar dalam berinteraksi. Mereka mengingkari tajdid atau pembaharuan dalam agama , ijthad dalam fiqh, kemudahan dalam berfatwa, khabar gembira dalam berdakwah, tidak membuat keseimbangan antara teks dan tujuan syariat, lalu akhirnya bersikap keras terhadap orang lain. Mereka seringkali mengeluarkan kata-kata haram mahupun bid'ah. Masalah-maasalah yang ditimbulkan oleh kumpulan ini bukanlah perkara yang asas tetapi perkara remeh, memperhatikan rupa dan mengabaikan hakikat, memperhatikan perkara-perkara yang diperselisihkan dan mengabaikan perkara-perkara yang telah disepakati.Kelompok keempat adalah kelompok yang terbesar, banyak pengikutnya dan panjAng umurnya adalah kelompok pertengahan. (Wasatiyyah). Aliran ini yang diperjuangkan oleh al-Qaradawi dan beliau yakin aliran inilah yang dapt mengambarkan Islam yang sebenarnya sama ada dari sudut ilmu mahupun amalan. Aliran ini berdasarkan kepada tiga dasar terpenting iaitu: mudah, pembaharuan dan pertengahan.Ciri-ciri fundmentalis yang diidamkan ialah:
    Mempunyai metode yang mudah dalam berfatwa dan memberi khabar gembira dalam berdakwah. Ini adalah manhaj yang telah digariskan oleh Nabi dengn sabdanya bermaksud: "buatlah yang lebih mudah dan janganlah mempersulitkan, buatlah mereka gembira dan jangan buat mereka lari" (muttafaq alaihi). Termasuk dalam perkara ini adalah bebas dari fanatik terhadap kelompok atau mazhab tertentu dan melaksanakan kaedah perubahan fatwa berdasarkan perubahan zaman, tempat, tradisi dan adat. Sementara khabar gembira dalam bedakwah adalah menunjukkan manifestasi kecintaan kepada Allah, menanamkan dalam hati mereka harapan dan bukan putus asa, membangkitkan semangat untuk hal yang lebih baik dan banyak menyampaikan berita-berita kemenangan.Tajdid dan Ijtihad. Ciri pemikiran fundamentalisme ialah mereka brerdakwah kepad pembaharuan agama. Dengan pembaharuan agama, akal pun menjadi baru dengan diisi makrifat, hati menjadi baru kerana diisi iman dan segala aspek kehidupan menjadi baru kerana diisi dengan pergerakan dan maju ke hadapan. Di antara fenomena pembaharuan agama ialah ijtihad iaitu mengeluarkan hukum-hukum yang baru berdasarkan teks al-Quran dan al-sunnah. Ijtihad merupakan keperluan umat Islam dan tuntutan agama. Ijtihad hendaklah dilakukan oleh orang yng selayaknya dan tidak boleh berijtihad dalam perkara-perkara yang pintunya memang tertutupPemikiran yang seimbang dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain, suatu pandangan yang menggambarkan jalan pertengahan bagi umat pilihan, jauh dari sikap berlebih-lebihan dan pengabaian. Pemikiran ini seimbang anata penyeruan kepada pemikiran mazhab yang sempit dan penyeruan tanpa mazhab, pertengahan antara orang yang mengangungkan akal walaupun bertentangan dengan teks dengan golongan yang mengabaikan akal walaupun dalam memahami teks, pertengahan antara keras dalam masalah cabangan dengan golongan yang mengabaikan dalam masalah asas dan pokok.Masa depan fundamentalisme ini dalah bergantung kepada sejauh mana terikatannya dengan dasar-dasar Islam dengan kefahaman yang jelas, kesanggupan memenuhi keperluan masyarakat moden dan berbagai-bagai tuntutannya sama ada material mahupun spiritual, memiliki pengaruh yang kuat dalam masyarakat dan berkembang secara meluas dalam masyarakat. Kita tidak boleh lagi mengecilkan diri. Kita harus menjalinkan hubungan dengan semua lapisan masyarakat.
    Al-Qaradawi berkeyakinan penuh bahawa kekuatan umat ini adalah Islam. Umat ini tidak boleh hidup tanpa Islam, tidak boleh bangun kecuali dari Islam, tidak boleh mengorbankan harta dan jiwanya kecuali untuk Islam, tidak boleh berhimpun kalimatnya kecuali atas Islam. Islam adalah satu-satunya pintu kemenangan umat. Kemengangan tidak akan muncul sepanjang sejarah umat ini kecuali bernaung dibawah benderanya. Umat ini akan mencipta kegemilangan apabila kita bersama al-Quran dan keimanan. Oleh itu al-Qaradawi berharap kebangkitan Islam mestilah menyeluruh tanpa mengira kelompok atau golongan tertentu atau berlakunya pemisahan antara sesama umat Islam kerana berbeza pendekatan. Di samping itu, kita harus memberi iklim yang bebas dan aman bagi perkembangan kebangkitan Islam untuk mempratikkannya tanpa merasai ketakutan, Al-Qaradawi menggariskan kewajipan umat Islam terhadap kebangkitan Islam iaitu:
    Setiap orang perlu melibatkan diri dengan kebangkitan Islam.Meluruskan kefahaman yang salah tentang ajaran Islam.Menjadikan kebangkitan Islam sebagai hasratnya yang paling besar.Harus menjadikan kebangkitan Islam untuk membangun, bukan untuk merosakkannya.Membuka dialog dengan semua golongan yang berbeza pandangan.Jangan menyibukkan diri dalam masalah-masalah cabang dan melalaikan masalah yang mendasar.Memperhatikan sunnatullah terhadap alam dan manusia. Apabila kita berbuat sesuai dengan sunnatullah, nescaya akan mencapai kebahagian hakiki di dunia dan akhirat. Namun al-Qaradawi khuatir, gelombang kebangkitan Islam ini dicemari oleh unsur-unsur seperti berikut:
    Aliran jumud yang menolak pembaharuan dan ijtihad.Aliran fanatik dan keras iaitu mempersempitkan apa yang dilapangkan Allah, bersikap keras di tempat yang seharusnya lembut.Aliran yng terburu-buru dan bertempur dengan penguasa sebelum tiba waktunya tanpa ada keperluan yang sebenarnya.Aliran merasa hebat di tengah masyarakat dan tidak mahu bercampur dengan masyarakat dalam proses perubahan.Fanatik kepada individu dan organisasinya sendiri tanpa melihat kebaikan organisasi lain.Tenggelam dalam politik tempatan yang keterlaluan dan membatasi dalam bidang politik sahaja dan tidak peduli mengenai bidang-bidang yang lain. Al-Qaradawi juga berkeyakinan bahawa kebangkitan Islam yang sederhana ini akan terus subur.Ketakutan-ketakutan terhadap unsur-unsur di atas tidaklah menyebabkan kita berputus asa. Perkara yang pasti bahawa gelombang jalan tengah yang bertindak, secara hati-hati dan penuh kesabaran, secara berimbang dan mengambil jalan tengah, dengan penuh kesedaran dan perencanaan akan memperoleh kemenangan dan kekuatan dalam menghadapi setiap gelombang yang menakutkan itu.
    Kebangkitan aliran sederhana ini merupakan gelombang hari besok, yang diharap dan yang didampakan oleh kita. Gelombang ini harus menjadi dominan dalam masyarakat dan melakukan perubahan dari dalam diri dan masyarakat. Islam adalah kekuatan umat ini. Tidak ada jalan keluar bagi umat ini kecuali dengan Islam, tidak ada kemuliaan dan kebangkitan kecuali dengan Islam. John L. Esposito melihat bahawa Barat menggunakan istilah fundementalisme Islam sebagai ancaman baru kepada mereka.
    Akibatnya, banyak kerajaan Islam menggunakan bahaya fahaman radikal atau keganasan Islam sebagai alasan untuk mengawal atau menghapuskan gerakan Islam. Menyamakan Islam dengan gerakan ekstremis yang mengancam Barat sudah menjadi kebiasaan dalam media Barat.
    ISLAM LIBERAL
    Ungkapan 'Islam Liberal" merupakan satu istilah yang digunakan untuk menjelaskan agama Islam yang bersikap toleransi, tidak mengunakan kekerasan, lawan bagi unsur fanatisme yang difahami oleh Barat. Bagi sesetengah pengkaji Barat, kekuasaan politik Islam disamakan dengan kezaliman, tradisi Islam disamakan dengan kemunduran dan keganasan. Oleh itu, ungkapan "Islam Liberal' adalah untuk menyanggah pendapat tersebut. Secara literal 'liberal' bererti mempunyai luas pandangan. Secara khusus merujuk kepada fahaman yang mementingkan kebebasan individu untuk bertindak dan melahirkan pendapat mengikut cara dan pilihannya sendiri. Liberalisme ialah aliran pemikiran yang didasarkan kepada pandangan yang luas dan terbuka terutama dalam urusan masyarakat dan politik kenegaraan. Yang diutamakan dalam aliran liberalisme ialah kebebasan individu.
    Charles Kurzman membahagikan kepada tiga tradisi interpretasi sosia-religios di dalam wilayah dunia Islam sejak dua abad yang lalu. Tradisi-tradisi ini saling melengkapi dan jalin menjalin dan semestinya tidak dianggap berbeda satu sama lain atau homogen secara internal tetapi sebagai alat bantu, ketiga jenis tradisi itu memberikan sudut pandang yang singnifikan bagi sejarah wacana Islam masa kini. Tradisi-tradisi itu ialah;
    i. Islam adat (customary Islam) iaitu yang ditandai oleh kombinasi kebiasaan-kebiasaan kedaerahan dan kebiasaan-kebiasaan yang juga dilakukan oleh dunia Islam termasuk penghormatan terhadap tokoh-tokoh yang berlebihan, pertunjukan-prtunjukan ritual agama dan kekuatan yang mengekpresikan tradisi daerah, amalan-amalan pendewaan dan pemujaan.
    ii. Islam revivalis (revivalist Islam ) iaitu tradisi kedua dan alternatif terpenting dari Islam adat. Mereka juga mengenalinya sebagai islamisme, fundamentalisme atau wahabisme. Namun, mengelarkan revivalis dengan menyamakan dengan fundamentalisme atau wahabisme adalah kurang tepat kerana fundamentalis dan wahabisme juga mempunyai ciri-ciri yang berbeza dalam setiap aliran tersebut. Menurut tradisi ini, mereka menyerang interpretasi adat yang kurang memberi perhatian terhadap inti pati doktrin Islam. Menghadapi penyimpangan-penyimpangan lokal. Tradisi revivalis ini menginginkan penekanan kepada bahasa Arab sebagai bahasa wahyu, menegaskan kepalsuan institusi-institusi politik lokal, ororitas kaum revivalis sebagai satu-satunya kelompok penafsir Islam yang memenuhi syarat Menurut Charles Kurzman, antara tokoh dalam kelompok ini ialah Syah Waliyullah (India, 1703-1762) dan Aqa Muhammad Baqir Bihbihani (Iran, 1790).
    iii. Islam liberal mendefinisikan dirinya secara kontras dengan Islam adat menyerukan keutamaan periode Islam yang paling awal untuk menegaskan ketidakabsahan praktik-pratik keagamaan masa kini. Islam liberal menghadirkan kembali masa lalu itu untuk kepentingan kemodenan sedangkan Islam revivalis menegaskan kemodenan atas nama masa lalu. Salah satu ciri terpenting bagi golongan ini ialah mengkritik kemunduran yang melanda dunia Islam yang pada pandangan mereka menghalangi dunia Islam untuk menikmati buah kemodenan, kemajuan ekonomi, demokrasi, hak-hak hukum dan sebagainya. Kelompok ini muncul pada abad ke 19 sama ada secara individu mahupun institusi dengan melaaungkan tema kembali kepada ijtihad dan m penggunaan akal.
    Antara tokoh dalam kategori ini seperti Jamaluddin al-Afghani ( 1838-1897), Sayyid Ahmad Khan (India, 1817-1898), Muhamad Abduh (Mesir1849-1905). Islam liberal ini muncul dengan membawa tema memerangi taklid, melakukan ijtihad dan mendirikan institusi-institusi pendidikan. Termasuk dalam kumpulan ini seperti Rifa'at al-Tahtawi, (1801-1873), Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin (1851-1957), K.H Ahmad Dahlan (1869-1923).
    Ciri khas dari gerakan ini adalah pengenalan pelajaran-pelajaran Barat dan mengunakan media sebagai media baru untuk mempengaruhi orang awam. Di samping itu, pada dua dekad pertama abad ke 20, golongan liberal ini mendapat dukungan dari pemerintah yang berpandangan moden seperti Muhammad Ali di Mesir dan Mahmud II di kerajaan Uthmani. Namun, kelompok liberal ini digolongkan oleh kaum revivalis sebagai kelompok yang ingkar agama dan murtad dan juga sebagai sekularisme.
    Namun bagi Charles Kurzman, tidak diragukan lagi bahawa beberapa pemikir liberal pada zaman ini memang salah, mengadopsi perspektif orientalis dan menyebut Islam sebagai sesuatu yang terbelakang dan mundur seperti pandangan Ali Abdul Raziq (Mesir 1888-1966)
    Namun sejak tahun 1970an, Islam liberal memperolehi populariti baru apabila perdebatan-perdebatan Islam semasa dibincangkan scara terbuka, lahirnya tokoh-tokoh kaum liberal yang mendapat pendidikan Barat melakukan pembaharuan pendisiplin keilmuan dan perlu kontribusi Islam terhadap masalah-masalah moden dan kritis terhadap Barat.
    Kelompok ini mengalami berbagai-bagi tekanan termasuk dibunuh dan dihukum murtad seperti Mahmoud Muhamaed Taha (sudan, 1910-1985), Subhi Salih (Lebnon m.1986), Farag Fuda (Mesir, 1945-1992). Kelompok ini juga mendapat kecaman yang hebat seperti Muhamamd Khalaf – Allah yang dipaksa untuk menegaskan kembali keimananya kepada Islam dan Abdul Karim Soroush dilarang berbicara di depan rakyat Iran serta diancam pembunuhan.
    Islam Liberal ini mempunyai masa depan disebabkan peningkatan taraf pendidikan di dunia Islam dan lahirnya tokoh-tokoh Islam yang bukan berlatar belakang pendidikan tradisi Islam seperti Rachid Ghannouchi sebagai filosuf, dan Syari'ati sebagai ilmuan sosial. Di samping kemunculan inrastruktur organisasi bagi Islam liberal. Charles Kurzman menyifatkan organisasi "aliran" pimpinan Chandra Muzaffar sebagai aliran Islam liberal. Termasuk yang dikategorikan dalam kelompok ini ialah Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) di Herndon, Virginia, Institut Penelitian dan Kajian Islam di Houston, Texas dan Masyarakat Ibn Khaldun (Ibn khaldun society) di London dan Washington D.C. Kegiatan-kegiatan organisasi ini ditujukan bagi orang-orang Barat dengan menunjukkan sisi Islam yang tidak fanatik dan juga kepada orang-orang Islam dalam supaya menyebarkan perspektif liberal dalam dunia Islam.
    Islam Liberal terbentuk dalam tiga aspek utama iaitu:
    Hubungan liberalisme dengan sumber-sumber primer Islam iaitu al-Quran dan al-Sunnah yang secara bersamaan menetapkan dasar hukum islam (liberal Shari'a).Kaum Muslimin bebas mengadopsi sikap liberal dalam hal-hal yang oleh syariat dibiarkan terbuka untuk difahami oleh akal budi dan kecerdasan manusia. Syariah tidak memberi jawapan jelas mengenai topik-topik tertentu dan terpulang kepada akal untuk menafsirkannya (silent Shari'a).Memberi kesan bahawa syariat yang bersifat ilahiah, ditujukan bagi berbagai penafsiran manusia yang beragam. Penafsiran yang berbagai-bagai itu menimbulkan konflik dan kekeliruan. (interpreted shari'a). Mereka berpendapat bahawa penafsiran-penafsiran manusia seharusya tidak disamakan derajatnya dengan wahyu yang bersifat ilahiah, kerana penafsiran-penafsiran manusia dapat keliru dan terbuka untuk diperdebatkan. Antara tema-tema perjuangan Islam liberal ialah :
    Menentang teokrasi seperti menerapkan bentuk 'silent shari'a': wahyu ilahi menyerahkan bentuk pemerintahan pada konstruksi pemikiran manusia seperti pandangan Ali Abd Raziq dan Khalaf–Allaf.Demokrasi secara meluas diperdebatkan dalam model "liberal shari'a" dengan penekanan khusus pada konsep syura atau musyawarah.Hak-hak kaum wanita tentang poligami, perceraian dan harta pusaka.Hak-hak orang bukan Islam dan hubungan antara agama.Kebebasan berfikir agar dapat memberikan dasar kebenaran terhadap pengungkapan pemikiran-pemikiran mereka yang lain. Termasuk dalam aspek ini ialah ijtihad.Gagasan-gagasan tentang kemajuan, memandang kemodenan dan perlunya perubahan. Namun, bagi sesetengah pihak mereka menanggap Islam liberal sebagai satu kelompok yang tidak suka kepada pelaksanaan syariat, memperjuangkan sekularisasi, menyamakan agama Islam dengan agama-agama lain dan memperjuangkan demokrasi Barat. Di Indonesia, kelompok ini diketuai oleh Nurcholish Majdjid dan di Malaysia nama-nama seperti Zainah Anwar, Kassim Ahmad, Farish A. Noor dan Akbar Ali dikaitkan dengan Islam Liberal. Di Indonesia, Islam liberal ini lebih dikenali dengan Jaringan Islam Liberal. Mereka juga menamakan Syafii Maarif sebagai pendokong Islam Liberal. Persatuan Ulamak Malaysia (PUM) telah membantah beberapa penulis dan tokoh politik yang dikatakan mencabar Islam dan penghinaan kepada Rasulullah dan ulamak. Antaranya ialah Farish A.Noor, Akbar Ali, Zainah Anwar dan Malik Imtiaz Sarwar.
    AKAR UMBI ISLAM LIBERAL
    Islam liberal melihat majoriti umat Islam mengikut aliran tradisional konservatif yang jumud dan tidak memberi ruang kepada akal untuk berperanan dan berijtihad.Oleh itu, mereka lebih menggunakan akal dan apabila berlakunya pertentangan antara nas dan akal maka didahulukan akal. Mereka berhujahkan pandangan al-Tusi yang yang mengharuskan taqdim maslahah ala nas. (Mendahulukan kepentingan umum atas teks). Sebenarnya, ajaran Islam memandang mulia kedudukan akal dan meletakkannya di tempat yang tinggi. Akal digunakan dalam semua disiplin ilmu Islam seperti ilmu kalam, fiqh, mantiq dan usul fiqh. Kaedah qiyas, istihsan, masalih al-Mursalah yang merupakan sumber perundangan Islam adalah bersumberkan akal.Namun akal harus dipimpin oleh wahyu.
    Penolakan terhadap otoriti agama. Mereka menekankan tentang kebebasan berpendapat dan sesiapa sahaja berhak bercakap tentang agama dan hukum. Islam menetapkan bahawa otoriti dalam ilmu pengetahuan amat penting. Banyak ayat dan hadith yang menyarankan agar menghormati ilmuwan dan berpegang kepada disiplin ilmu dan adab-adab belajar dan mengajar.Termasuk dalam seruan ini ialah penafsiran semula al-Quran yang dikatakan tidak sesuai untuk zaman sekarang dan penganayaian terhadap wanita.Islam Liberal menyeru kepada pluralisme agama dan menanggap semua agama menuju ke arah kebenaran. Mereka berdalilkan bahawa kedatangan nabi Muhamamd itu tidak memansuhkan syariat yang terdahulu dan Islam adalah menyempurnakan agama yang terdahulu. Hakikatnya, agama yang diakui oleh Allah adalah Islam yang jelas disebut dalam al-Quran dan banyak ayat-ayat al-quran yang menjelaskan orang beriman dan orang fasik adalah tidak sama (al-Sajadah, ayat 18), (al-Hasyr, ayat 20), (ali Imran, ayat 19).Penolakan terhadap syariat Islam dan beranggapan bahawa syariat adalah ciptaan ulamak dan fuqaha selama 300 tahun pertama hijrah. Menurut mereka, syariat Islam tidak suci (divine) dan menyimpulkan bahawa syariah adalah produk ulamak dan pemerintah yang tertentu untuk terus berkuasa. Di sini jelas kekeliruan mereka kerana tidak membezakan antara syariah dan fiqh, di antara thabit dan mutaghayyirrat diantara perkara yang disepakati atau qat'iyyat dan perkara-perkara ijtihadi. Tanpa melihat kepada perkara-perkara tersebut sudah tentu kekeliruan akan timbul. Penelitian penulis mendapati, bahawa pendapat sekiranya keinginan Islam liberal bermaksud kepada kemajuan Islam menurut perspektif al-Quran dan al-Sunnah dengan mengambil kira pelbagai pandangan tokoh-tokoh dan sarjana muslim dan meraikan realiti dan keadaan, maka tiadalah salah penggunaan tersebut. Dengan mengambil kira juga, tema-tema yang enam yang disebutkan oleh Charles Kurzman tersebut. Maka kekelomokan ini termasuk tokoh-tokoh yang disebut oleh Charles Kurzman seperti al-Qaradawi dan M.Natsir yang mana mereka adalah orang yang tidak suka kepada bentuk keganasan dan kekerasan, menyokong yang baik dari sistem demokrasi dan yakin kepada syariat Islam sesuatu yang terbaik. Kemasukan nama-nama seperti al-Qaradawi dan M. Natsir sama ada disengajakan atau untuk menarik perhatian umat Islam agar mudah terpengaruh dengan dakyah mereka. Ironisnya, kenyataan Kurzman tersebut disangkal oleh kalangan orang Barat yang melihat al-Qaradawi sebagai fundamentalis.
    Sekiranya yang dimaksudkan dengan Islam liberal dengan penolakan terhadap al-Quran dan al-Hadith secara terang-terangan, maka ia adalah sesuatu yang perlu diperjelaskan dengan betul seperti pendapat Ali Abdul Raziq. Di Malaysia, Abdul Rahman Abdullah membahagikan kepada tiga aliran sebagai mewakili pemikiran Islam iaitu tradisionalisme, modernisme dan reformisme. Tradisional difahamkan dengan sifat konservatif atau mempertahankan yang lama. Ia hanya melihat sejarah yang lama atau masa yang lalu sebagai sumber inspirasi atau sesuatu yang harus dipertahankan. Tradisionalisme konversatif ini ialah golongan ulamak yang berpegang kepada bertaqlid kepada mazhab ahli sunnah wal jamaah dalam ilmu tauhid, kepada mazhab Syafi'i dalam feqah. Tradisionalisme reformatif ditujukan kepada gerakan Jamaat Tabligh. Neo-tradisiolisme ditujukan sebagai gerakan al-Arqam. UMNO pula digolongkan dalam gerakan modernis sementara ABIM digolongan dalam reformis intelektual. Menurutnya, Modernisme merupakan aliran yang berasaskan kebudayaan dan pemikiran Barat moden. Antara cirinya yang terpenting adalah nasionalisme dan sekularisme. Sementara reformisme iaitu penekanan kepada ajaran Islam yang tulen, islah dan tajdid.
    Soedjatmoko mendefinisikan modernisasi dengan "menambahkan kemampuan suatu sistem sosial untuk mengulangi tantangan-tantangan serta persoalan-persaoalan baru yang dihadapinya, dengan pengguanan secara rasional daripada ilmu dan teknologi atas segala sumber kemamapuannya. Sementara Mukti Ali menamakan modernisasi sebagai " suatu proses dimana rakyat dalam suasananya sendiri menyelesaikan dirinya terhadap keperluan-keperluan waktu di mana mereka hidup." Rasionalisme adalah penerimaan bahawa fikiran sebagai prinsip yang tertinggi yang merupakan organ ilmu yang menghakimkan segala dan penolakan segala yang mengatasinya seperti wahyu, nubuwwah. Makna modenisasi dan prinsip seperti ini adalah berlawanan dengan tradisi yang ditimbulkan oleh Islam.
    Golongan Islam liberal sering mengkritik ulamak yang dikatakan kurang memberi sumbangan kepada pemodenan umat. Namun begitu, dalam konteks Malaysia pada hari ini kekuatan ulamak harus diperkasakan. Ulamak harus sedar bahawa banyak pertubuhan Islam yang memberi sokongan padu kepada mereka. Oleh itu, mereka harus menyedari apakah sumbangan mereka terhadap kebangkitan Islam umat itu sendiri. Islam tidak tertegak atas 'penceramah bebas' tetapi atas kekuatan dan kerjasama jamaah. Kita lihat gerakan Islam banyak dipelopori oleh golongan intelektual yang bukan dari aliran agama.. Malah kesedaran Islam pada awal tahun 1970an dan 80an juga dipelopori oleh bukan beraliran agama. Sedangkan secara khususnya ABIM sebagai sebuah gerakan Islam turut berperanan mengangkat martabat golongan ustaz-ustaz dan ulamak-ulamak serta mufti-mufti sehingga mereka mendapat kedudukan yang baik dalam kerajaan dan masyarakat. Namun, apa pula sumbangan mereka terhadap umat? Apakah dakwah Islamiah tidak tersahut dengan usaha saling mengukuhi antara sesama kita? Sumbangan mereka terhadap umat harus lebih agresif dan menyeluruh, bukan sekadar apabila dikritik dan dihina oleh golongan Islam liberal barulah mengajak umat bangun membela mereka. Sepatutnya kita perlu bersama-sama turun ke medan umat dalam kapasiti masing-masing, bukan hanya duduk menunggu umat untuk bertandang ke pejabat mereka seolah-olah seperti menagih simpati.
    KESIMPULAN
    ABIM memainkan peranan yang penting dalam mencorak pemikiran masyarakat dengan ciri kesederhanaannya. Ini diakui oleh oleh Mahmud Zuhdi baru-baru ini dengan mengiktirafkan peranan ABIM sebagai pemangkin kepada wacana pemikiran umat Islam di Malaysia. Kebangkitan umat harus bermula dengan keilmuan dan keimanan kepada Allah. Dari format dan simbol kepada hakikat dan substansi, dari retorika dan perdebatan menuju penerapan dan tindakan, dari sikap sentimental dan emosional menuju sikap rasional dan ilmiah, dari orientasi masalah cabang dan remeh menuju masalah pokok dan utama, dari menyulitkan dan ancaman menuju kemudahan dan khabar gembira, dari sikap kejumudan dan taklid menuju ijtihad dan pembaruan. Umat Islam sama ada generasi muda atau dewasa, tidak mungkin dapat survive sebagai muslim secara individu atau sebahagian dari sebuah tamadun gemilang dan umat nabi Muhammad s.a.w. sekiranya tidak dapat menangani cabaran yang dihadapkan oleh dunia moden kepada mereka. Mereka perlu memahami dunia moden kini dengan mendalam dan secara bijak, dan menangani perubahan dan cabaran tanpa pengaruh emosi, tetapi di atas asas ilmu yang sahih dan benar tentang dunia moden ini bersandarkan tradisi keilmuan Islam secara menyeluruh. - Ehsan Minda Madani Online
    _______________Nota: Penulis di lahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1971. Beliau mendapat pendidikan menengah di Maktab Mahmud, Alor Setar (1984-1990). Setelah itu mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Pusat Makrikulasi Universiti Islam Antarabangsa, Lembah Pantai (1990-1991). Namun kerana minat yang mendalam di bidang pengajian Bahasa Arab, beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di Universiti al-Azhar, Mesir dan memperelohi ijazah dalam Kuliah Bahasa Arab pada tahun 1996. Seterusnya, pada tahun 1998 beliau melanjutkan pengajian di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan memperolehi ijazah Sarjana pada tahun 2000 di samping memperolehi Diploma KPLI dari Maktab Perguruan Islam, Bangi pada tahun yang sama dengan keputusan cemerlang. Kini, sedang meneruskan pengajian di peringkat Ph.D juga di Universiti Malaya.
    Beliau banyak menulis artikel-artikel di dalam akhbar dan majalah tempatan sejak di alam universiti lagi. Sehingga kini beliau menyumbang lebih dari 50 artikel di ruangan agama dalam akhbar Berita Harian. Juga, telah menerbitkan buku antaranya ialah Syeikh Muhammad al-Ghazali : Sejarah Hidup dan Pemikiran Jabatan Agama Islam Johor,(1999) Teks STPM Tamadun Islam, Longman (2003), ABIM dan Isu Palestin, ABIM (2003), Panduan Berdakwah Kontemporari, PTS Publications (2003), Tokoh Islam Kontemporari, Tradisi Ilmu (2005) dan Minda Hadhari, Tradisi Ilmu (2005).
    Semasa menuntut di Mesir, beliau merupakan YDP ABIM Mesir (1994-1996). Sekembalinya ke tanahair, beliau merupakan Setiausaha Sekretariat Dakwah dan Tarbiah ABIM (1996-1998), Ketua Biro Dakwah ABIM Wilayah Persekutuan (1998/1999), Exco Dakwah ABIM Pusat (2001-kini). Selain itu, beliau juga merupakan AJK Nadwah Persuratan Islam (NAFIS)
    Posted by:
    Tajamfikir
    12.45pm
    11/7/2005
    ITD.


    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 9:32 PM

    * * * * * * * * *

    * Wednesday, July 06, 2005 *

    KRISIS KEPIMPINAN


    Image Hosted by ImageShack.us


    Pemimpin harapan rakyat.

    Krisis kepimpinan merupakan satu fenomena yang amat dibimbangi.Ini adalah disebabkan kepimpinan merupakan satu elemen penting di dalam mewujudkan suasana aman dan stabil khususnya di dalam konteks kenegaraan.
    Kesedaran mengenai peri pentingnya amanah di dalam menggalas tanggungjawab memimpin adalah amat penting demi tuntutan keadilan dan kesejahteraan.Ini juga merupakan harapan rakyat terbanyak untuk melihat taklifan yang telah diberikan dilaksana dengan sebaik mungkin.
    Islam melihat konsep kepimpinan adalah sesuatu yang paling utama.Pemimpin sesebuah negara atau ummah dilihat sebagai khalifah di muka bumi ini, dan sebagai khalifah kebergantungan dengan pencipta tidak dapat ditolak mahupun dinafikan.
    Ini jelas melalui firman Allah s.w.t bahawa manusia ini kesemuanya diciptakan untuk memperhambakan diri kepadaNya.
    Menyentuh mengenai krisis kepimpinan,ianya adalah lumrah di dalam hidup berorganisasi, sedangkan lidah boleh tergigit ini kan pula sesama pimpinan.
    Adalah lumrah juga apabila manusia yang masing-masing mempunyai cara berfikir yang berlainan duduk di dalam satu wadah, maka sudah tentu, jikalau tidak teruk pasti berlaku sedikit krisis kepimpinan.
    Namun dengan hanya berlandaskan fenomena lumrah ini tidak cukup, untuk meredhakan ianya berlaku, kelak bakal mengundang padah kepada organisasi dan kepada golongan yang dipimpin.

    KEADAAN SEMASA

    Penulis berpandangan, terdapat banyak contoh-contoh krisis kepimpinan yang berlaku pada masa kini.Hal ini berlaku kepada sebesar-besar organisasi hinggalah sekecil-kecil organisasi.
    Namun yang amat malang dan menyedihkan,gejala ini berlegar disekitar bangsa Melayu berbanding degan bangsa-bangsa lain di Malaysia ini.
    Mutakhir ini kita dikejutkan dengan drama penggantungan Tan Sri Isa Samad sebagai naib presiden UMNO, dan sejumlah besar tokoh-tokoh di dalam parti berkenaan kerana di dapati bersalah oleh lembaga disiplin parti di atas kesalahan rasuah politik.

    Image Hosted by ImageShack.us


    Mengenang nasib?

    Ini sedikit sebanyak memperlihatkan kepada umum bahawa UMNO yang sentiasa dianggap sebagai wadah terbesar dan terbaik bagi membela nasib orang melayu kini bergolak kencang angkara segelintir agas-agas yang bergentayangan ke hulu- ke hilir meniup virus kerosakan.
    Apakah ini corak politik yang ditonjolkan oleh parti berkenaan, tatkala, akhbar-akhbar dan stesen-stesen televisyen tempatan baru sahaja menyiarkan Re-organizing PAS sebagai sebuah wadah politik alternatif.
    Ketidakstabilan ini terus berlaku apabila wujudnya pertentangan pendapat yang sengit diantara Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Menteri Perdagangan Dan Industri negara Tan Sri Rafidhah Aziz mengenai isu Tengku Mahaleel dan Proton.
    Persoalanya apakah kebanggaan kita,sebagai sebuah negara yang stabil ekonomi,politik dan sosial masih lagi relevan untuk diperkatakan?
    Tatkala harga minyak dan diesel melambung tinggi di pasaran dunia,kesannya turut sama dirasai oleh penduduk Malaysia walaupun kita adalah antara negara yang kaya dengan hasil minyak.
    Benar,pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat minyak asing yang beroperasi di dalam negara akan merugikan, apabila wang negara dibawa keluar, namun ini bukanlah alasan kukuh bagi sebuah negara yang mempunyai kepakaran di dalam menangani krisis ekonomi dahulu.
    Ketika Tun Dr Mahathir memegang jawatan sebagai menteri kewangan, strategi ampuh telah dirangka demi kesejahteraan masyarakat Malaysia, contoh teladan ini wajib dan harus hukumnya dicontohi oleh pemimpin sekarang.

    SATU MUHASABAH

    Tatkala orang melayu dilanda krisis kepimpinan,bangsa Cina dan India sedang pesat berusaha untuk meningkatkan kualiti kepimpinan mereka.
    Tindakan berani Datuk S.Sothinathan di dalam melontarkan isu institusi dan pelajar perubatan telah menarik perhatian ramai pihak, namun atas semangat pemuafakatan politik seorang anak muda yang berani mempersoalkan ketidakpastian dihukum dengan penggantungan jawatan selama 3 bulan.
    Adakah ini wajar berlaku?Pada pandangan penulis tindakan beliau adalah wajar kerana ianya dipersoalkan di dalam Parlimen, bukanya di luar Parlimen.
    Parlimen sebagai sebuah institusi tertinggi perundangan negara harus dimanafaatkan sepenuhnya.Persoalanya di sini tindakan-tindakan yang sama tidak pula dikenakan ke atas ahli-ahli parlimen yang pernah menggesa agar menteri untuk meletakkan jawatan ataupun yang pernah menggusulkan agar gaji menteri dipotong.
    Begitu juga dengan pencalonan Datuk Chua Jui Meng untuk bertanding merebut jawatan Presiden MCA.Beliau dilihat sebagai seorang "Brilliant" untuk memimpin parti politik tersebut.
    Ketika bangsa-bangsa lain sedang sibuk untuk mempersiapkan kepimpinan bagi menerajui negara pada masa akan datang,wadah orang melayu pula sibuk di dalam tidur lena,bercakaran sesama sendiri, sibuk dengan gejala rasuah politik dan mengalami krisis kepimpinan yang lemah.
    Adakah kita kekurangan pemimpin-pemimpin yang berkarisma, sudah tentu jawapanya tidak, kita masih mempunyai individu-individu tertentu yang berkeupayaan memimpin, namun pra-syarat utama singkap dan buangkan "political prejudice or sentiment" yang melampau di antara kita.
    Jikalau bangsa-bangsa lain boleh bersatu di dalam hal-hal kebaikkan bangsa mereka tanpa mengambil kira sentimen parti-parti politik, kita juga boleh melakukanya.Sudah tentu ianya tidak merugikan malah membawa kebaikkan dan kesejahteraan pada masa hadapan.
    Tajamfikir
    7/7/2005
    11.00am
    ITD.


    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 5:51 PM

    * * * * * * * * *

    Layout by Melissa
    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com