Image Hosted by ImageShack.us" border=2 color=#EAEEC6>

* MUKADIMAH *

Image Hosted by ImageShack.us
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lawatan sahabat-sahabat adalah amat-amat dialu-alukan Segala artikel di dalam blog ini adalah daripada penulisan penulis sendiri dan beberapa artikel terpilih untuk manafaat kita semua.
Image Hosted by ImageShack.us

* KENAL PENULIS *

Muhammad Bukhori Bin Alias N9, quicquidplantatur@yahoo.com
Image Hosted by ImageShack.us
(gambar hiasan : Al-Farabi)

* Masa *

* BUKU PELAWAT *

Image Hosted by ImageShack.us
Salam Ukhuwwah Fillah. buat semua pengunjung semoga pertemuan singkat di blog ini akan dipanjangkan lagi atas dasar ukhuwwah kerana Allah demi mengangkat martabat Islam di sisiNya

View My Guestbook
Sign My Guestbook

* ARTIKEL LALU *

Image Hosted by ImageShack.us

March 2005

April 2005

May 2005

June 2005

July 2005

August 2005

September 2005

October 2005

January 2006

April 2006

June 2006

July 2006

August 2007

* POST TERKINI *

Image Hosted by ImageShack.us
  • Ayuh Mahasiswa Perangi Gejala Rasuah
  • AYUH BERSAMA PERTAHANKAN ISLAM !
  • WORLD WAR 4- TOGETHER WE BRING END TO IT
  • PERANG DUNIA KE 4 (WORLD WAR IV).BAHAGIAN PERTAMA
  • Surat Terbuka Tun Dr.Mahathir mengenai Jambatan Be...
  • Peradaban yang amat dirindui......
  • Pertanggungjawaban bersama......
  • ADAKAH KITA CUKUP PEKA...........
  • KEMBARA KE TURKI 2.........
  • KEMBARA KE TURKI 1.......
  • * KEDAI KOPI *

    Image Hosted by ImageShack.us

    * LINKS *

    Image Hosted by ImageShack.us
    ...
    ::Abg Nuar Kudus::
    ::Hilmimadani::
    ::Diari Presiden::
    ::Azwiralbukhairi::
    ::EN SHUN::
    ::Hudasoid::
    ::Cik Fadh::
    ::A thing to ponder::
    ::K-Rol::
    ::sharief
    ::zikri::
    ::sheikh adli::
    ::mukhriz::
    ::didi::
    ::tibe::
    ::yazid rilex::
    ::haruman sakura::
    ::pzin::
    ::zul labu::
    ::Fahmi::
    ::Bro Malie(AWANA)::
    ::Anjang::
    ::Annida::
    ::Zaiman::
    ::Nabil Majdi::
    ::Azmir Zakaria::
    ::Kelambu::
    ::Tok Ghimau::
    ::Zaid Akhtar::
    ::Nash::
    ::Irawan surah::
    ::Darkz05::
    ::TOXICITYZ::
    ::CEKODOK SEDAP::
    ::UNA::
    ::IKOKO::
    ::DIANZ::
    ::Mad'u sesat::
    ::Syed::
    ::Mior Isfandy::
    ::Kak Sham::

    * LINGKARAN MAKLUMAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    CARIAN UMUM.
    ::KUTUB KHANAH::
    ::RAKAN TAULAN::
    ::MAIL YAHOO::
    ::YAHOO::
    ::GOOGLE::
    ::SUARA MAHASISWA::
    ::IDEALIS MAHASISWA::
    ::SYEIKH QARDAWI::
    ::HARUN YAHYA::
    :: CURRENT RULING PARTY::
    ::OPOSISI::
    ::BLOGGER::
    ::IYC::
    ::Palestin info::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA TEMPATAN
    ::UTUSAN MALAYSIA::
    ::BERITA HARIAN::
    ::NEW STRAITS TIMES::
    ::THE SUN::
    ::HARIAN METRO::
    ::THE STAR::
    ::HARAKAH::
    ::MALAYSIAKINI::
    ::MALAYSIA TODAY::
    ::SIN CHEW::
    ::FREE ANWAR::
    ::BERNAMA::
    Image Hosted by ImageShack.us
    BADAN BUKAN KERAJAAN MALAYSIA(NG0)
    ::PKPIM::
    ::ABIM::
    ::PUM::
    ::JIM::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA ANTARABANGSA
    ::AL JAZEERA::
    ::TURKI NEWS::
    ::CNN::
    ::BBC::
    ::TIME MAGAZINE::
    ::WORLD NEWS::
    ::ASIA DAILY::
    ::NEW YORK TIMES::
    ::CHINA DAILY::
    ::ARAB WORLD NEWS::
    ::MUSLIMEDIA::
    ::ECONOMIST::
    ::FEER::
    ::DAILY MIRROR::
    ::DAILY EXPRESS::
    ::THE SUN UK::
    ::PHILIPINE NEWS::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA INDONESIA
    ::THE JAKARTA POST::
    ::JAWA POST::
    ::KOMPAS::
    ::HARIANASIB::
    ::ACEH KITA::
    ::DETIK::
    ::ERA MUSLIM::
    ::ENDONESIA::
    ::REPUBLIKA::
    ::MODUS::
    ::GATRA::
    ::SABILI::

    * TAQWIM*

    Image Hosted by ImageShack.us

    * WAKTU SOLAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    Image Hosted by ImageShack.us

    * PULAUKAN *

    Image Hosted by ImageShack.us
    Sesungguhnya negara ini telah banyak meminum darah dan air mata orang Islam.Mereka tidak akan redha sehinggalah kita umat Islam mengikuti mereka sebagai contoh terbaik
    Image Hosted by ImageShack.us

    *PELAWAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    (C)COPYRIGHT RESERVED HAK CIPTA TERPELIHARA TAJAM FIKIR 2005
    free hit counter
    Free Hit Counter

    * Saturday, September 17, 2005 *

    KEMBARA KE TURKI 2.........




    Image Hosted by ImageShack.us

    Penulis tiga dari kanan

    Keesokan harinya, selepas bersarapan, tepat pada pukul 9 pagi waktu Turki semua delegasi perwakilan mula memasuki dewan persidangan. Sesi persidangan dimulakan dengan pengenalan secara ringkas mengenai perwakilan-perwakilan yang hadir beserta negara-negara mereka.Sesi ini dipegerusikan sendiri oleh saudara Hasan .Ini diikuti dengan ucapan daripada Setiausaha Agung International Islamic Federation Student Organization(IIFSO), Ustaz Mustafa Tahhan. Di dalam ucapannya, beliau mengingatkan akan kepentingan golongan belia di dalam memainkan peranan pro aktif baik di dalam memperjuangkan nasib golongan belia sendiri dan ummah am nya.Selain daripada itu beliau juga berharap agar persidangan yang julung-julung kali diadakan ini dapat diteruskan penganjurannya dan berfungsi sebagai wadah untuk mempertemukan pemimpin-pemimpin belia Islam seluruh dunia bagi memudahkan pertukaran pandangan,pemikiran,pembinaan perhubungan dan lain-lain bentuk kerjasama.
    Ketika berlangsungnya persidangan, penulis menyedari bahawa penguasaan lebih daripada satu bahasa merupakan kemahiran yang penting bagi setiap pemimpin belia Islam.Terutamanya penguasaan di dalam bahasa Arab amat perlu dipertekankan.Ketika berlangsungnya persidangan,pihakpenganjur ada menyediakan alat penterjemahan bahasa,di dalam tiga bahasa iaitu bahasa Turki,Arab dan Inggeris untuk memudahkan setiap perwakilan yang mahir di dalam menggunakan salah satu daripada tiga bahasa tersebut, namun ketika sesi rehat penggunaan bahasa Arab amat ketara,kerana majoriti perwakilan tahu berbahasa Arab, dan ini sudah tentu memudahkan urusan taaruf yang lebih mendalam.

    Pihak penganjur telah menggariskan tiga isu utama untuk diperbincangkan pada persidangan kali ini iaitu 1) Isu pendidikan 2) Isu komunikasi dan penyiaran 3)
    Masaalah dan penyelesaian.

    Penulis dan saudara Hammad turut berpatisipasi secara aktif di dalam melontarkan idea-idea kami terutamanya ketika membahaskan isu komunikasi dan penyiaran.Ketika membahaskan isu tersebut,penulis menyarankan agar cadangan perlaksanaannya perlu dijalankan secara menyeluruh terhadap individu,organisasi dan di peringkat negara masing-masing.Penulis juga menerangkan kepada delegasi perwakilan yang hadir mengenai peranan dan pengaruh Web blog pada hari ini sebagai salah satu medium penyebaran dakwah yang amat berkesan terutamanya kepada golongan remaja.
    Saudara Hammad juga tidak kalah dengan pendapatnya.Beliau dengan tegas menyeru para perwakilan agar tidak terlalu menyempitkan paradigma komunikasi dengan hanya merujuk kepada internet tetapi beliau menyarankan agar lebih banyak aktiviti-aktiviti bersifat antarabangsa dijalankan,tanpa mengenepikan sifat kebeliaan di dalam program yang dijalankan contohnya seperti perkhemahan,seminar dan lain-lain. Penulis juga diberi peluang untuk memperkenalkan organisasi PKPIM dan negara Malaysia secara amnya, kepada para perwakilan ketika sesi presentation of countries and organizations.Sepatutnya untuk sesi tersebut, saudara Hammad dipertanggungjawabkan untuk memberikan penyampaian,namun atas masaalah-masaalah kesihatan,penulis menggantikan beliau di saat-saat akhir.


    Image Hosted by ImageShack.us

    Penulis ketika mengemukakan pandangan kepada perwakilan.

    Secara amnya persidangan yang berlangsung daripada 6 hingga 11 ogos itu telah banyak memberikan pengalaman berharga kepada penulis.Antaranya, kami berpeluang untuk bertemu dengan mantan perdana menteri Turki, Prof Dr.Necmettin Erbakan, Recai Kutan, Prof Arif Esoy, seorang professor sejarah dan ketamadunan dan ramai tokoh-tokoh lain.


    Image Hosted by ImageShack.us

    Penulis dan Hammad bergambar bersama Recai Kutan

    Dr. Necmettin di dalam sesi ucapan beliau, menekankan tentang pengaruh gerakan zionisma di dalam iklim politik,ekonomi dan,sosial sejagat. Beliau juga mengingatkan kepada perwakilan bahawa para belia Islam tidak harus lupa akan konspirasi pemimpin-pemimpin gerakan zionisma yang kerap mengatur strategi untuk melumpuhkan kekuatan umat Islam.Beliau juga menyeru agar gagasan yang beliau perkenalkan dahulu kepada para pemimpin negara-negara Islam termasuk kepada mantan perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, semasa beliau memegang jawatan perdana menteri pada tahun 1996-1997, sebelum rampasan kuasa military coup’dete oleh tentera, dikaji dan dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin negara Islam.Gagasan tersebut dikenali sebagai D8.

    Persidangan kali ini juga turut disertai oleh Timbalan Menteri Belia Indonesia Dr Muhammad Budi Setiawan, ahli Dewan Perwakilan Rakyat bahagian Jakarta 1 Rama Pratama dan beberapa perwakilan yang mewakili delegasi daripada Indonesia.

    Dianggarkan seramai 200 perwakilan daripada 50 buah negara-negara Islam hadir pada persidangan kali ini.

    Menjelang hari terakhir persidangan, 2 orang lagi wakil daripada Malaysia yang merupakan wakil daripada Jemaah Islah Malaysia(JIM) telah hadir.Mereka ialah Ustaz Harris dan Saudara Ariff.Hasil daripada perbualan mesra di antara kami,Ustaz Harris memaklumkan kepada kami informasi yang diterima oleh JIM mngenai persidangan ini agak lewat.

    Image Hosted by ImageShack.us

    Bergambar kenangan bersama Ust Mustafa Tahan
    Pada hari terakhir, para perwakilan berikrar akan menyampaikan segala maklumat yang diperolehi ke organisasi masing-masing, dan sesi penutup disudahi dengan acara bergambar beramai-ramai.Sebelum bersurai, pihak penganjur memberitahu kepada semua perwakilan bahawa kami akan meninggalkan hotel pada esok pagi,untuk bertolak ke kota Bursa.

    Malam terakhir penulis bermalam di hotel grand yazicl,sahabat penulis Nuri seorang ahli jawatan kuasa program sedang sibuk bercerita kepada Hammad mengenai Kota Bursa. Penulis memilih untuk berkembara mimpi bagi mendapatkan rehat secukupnya selepas 5 hari bersidang,tambahan pula pengamatan amat diperlukan pada keesokan harinya di dalam menghayati keindahan kota Bursa.



    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 9:57 AM

    * * * * * * * * *

    * Monday, September 05, 2005 *

    KEMBARA KE TURKI 1.......


    Image Hosted by ImageShack.us


    Penulis bergambar di hadapan Selat Bosphorus.

    Pengkajian mengenai ketamadunan dan peradaban Islam tidak akan sempurna tanpa pemerhatian dan kajian ke atas Kerajaan Khilafah Uthmaniah Turki.Kerajaan Khilafah Uthmaniah yang runtuh pada sekitar tahun 1924, dahulunya merupakan salah sebuah kuasa besar dunia.Jajahan takluknya meliputi Negara-negara Arab,Negara-negara Balkan(Romania,Bosnia,Serbia,Yugoslavia,Bulgaria dan lain-lain),Afrika utara dan sebahagian Negara-negara Eropah pada hari ini.

    Namun ,kerajaan Turki yang dahulunya merupakan tempat bergantung bagi kerajaaan-kerajaan Islam yang lain realitinya pada hari ini merupakan negara yang mendaulatkan ideologi sekular, kesan daripada peristiwa rampasan kuasa yang diketuai oleh Mustafa Kamal Attartuk. Beliau kemudianya dikenali sebagai bapa pemodenan turki.
    Baru-baru ini penulis bersama-sama seorang sahabat(Saudara Hammad) telah berkesempatan berkunjung ke Turki yang juga merupakan negara asal bagi bunga tulip.Namun pada hari ini bunga tulip sering dikaitkan dengan negara Belanda.Benih bunga ini dihadiahkan oleh sultan kerajaan Uthmaniah ketika itu kepada Ratu Belanda sebagai hadiah atas hubungan diplomatik yang terjalin erat.

    Kunjungan kami berdua adalah bagi mewakili Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia(PKPIM) ke Persidangan Kerjasama Budaya di antara Belia Islam yang mana persidangan tersebut menghimpunkan persatuan-persatuan belia Islam sedunia. Program selama 7 hari tersebut memperuntukkan 5 hari untuk berseminar dan baki 2 hari lagi, para peserta akan dibawa melawat ke tempat-tempat bersejarah di sekitar Istanbul dan Bursa.

    PENGEMBARAAN BERMULA.

    Kami berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9 pagi pada tanggal 5/8/2005 bersamaan hari jumaat dengan menaiki pesawat MAS ke Istanbul. Perjalanan kami dijangka memakan masa selama 10 jam tanpa transit.Berada di udara selama 10 jam tidak begitu membosankan bagi penulis,kerana layanan yang diberikan oleh kakitangan penerbangan amat memuaskan, kebetulan pula MAS ketika itu menayangkan filem Kingdom Of Heaven yang merupakan antara filem kegemaran penulis kepada penumpangnya.

    Kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Attartuk di Istanbul pada pukul 2.30 petang waktu Turki, bersamaan pukul 7.30 petang waktu Malaysia. Sejurus selepas kami keluar daripada pintu utama lapangan terbang tersebut, kami telah disambut oleh Saudara Hassan Bitmez. Saudara Hassan merupakan pengarah kepada program persidangan yang akan berlangsung esok.Beliau kemudiannya menahan teksi untuk membawa kami ke ibu pejabat persatuan belia Islam Turki ataupun nama rasminya Anadolu genclik.

    Sepanjang perjalanan, penulis melihat suasana di sekitar ibu kota Istanbul agak sibuk dengan pelbagai kenderaan bertali arus untuk menuju ke destinasi masing-masing.Pemandangan sedemikian tidak jauh bezanya dengan suasana di bandar-bandar utama di tanahair.Namun mungkin perbezaanya terletak kepada sikap pemandu-pemandu di Istanbul yang gemar membunyikan hon dengan kerap ketika berada di jalan raya, dan memandu dengan keadaan tergesa-gesa dan kurang cermat.Saudara Hammad, berbisik kepada penulis tentang pengalaman beliau ketika di Jordan katanya , sikap sedemikian merupakan kebiasaan bagi penduduk di Asia barat.Berkemungkinan juga hipotesis beliau itu ada kebenarannya.

    Cuaca ketika itu agak panas, sekitar 32 darjah celcius. Selepas 30 minit mengharungi kesibukkan jalan raya, akhirnya kami tiba di ibu pejabat Anadolu Genclik.Kami disambut oleh beberapa ahli persatuan tersebut dan dibawa masuk ke sebuah bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat program yang bermula keesokan harinya.Di dalam bilik tersebut penulis dapat melihat pelbagai perwakilan hadir daripada pelbagai negara-negara di seluruh dunia. Pengalaman melihat manusia berlainan bangsa secara langsung bukanlah sesuatu yang asing bagi penulis kerana di UIAM terdapat pelajar-pelajar daripada 50 buah negara-negara Islam belajar di sana.Kami diberitahu bahawa persidangan esok akan berlangsung di Bursa. Selepas mendengar taklimat, kami pun bertolak ke kota Bursa dengan menaiki bas yang telah disediakan.Destinasi kami ialah Hotel Grand Yazicl yang terletak di atas bukit di dalam daerah Bursa.Terdapat dua jalan untuk ke Bursa.Pertama dengan menggunakan jalan darat,iaitu dengan menyusuri tebing daripada Istanbul ke Bursa yang memakan masa selama 6 jam, dan yang kedua dengan menggunakan feri untuk menyeberang Laut Marmara yang memisahkan dua kota tersebut dan hanya memakan masa selama 3 jam.Namun kerana kesesakan yang berlaku di jeti ketika itu,pihak menganjur memilih untuk menggunakan jalan darat.

    Perjalanan yang memakan masa 16 jam dari Malaysia ke Bursa itu amat meletihkan ditambah pula untuk menyesuaikan diri dengan waktu di sana yang 5 jam lebih lambat daripada waktu tanah air.Namun semua itu terubat,apabila melihatkan keindahan pemandangan di sepanjang perjalanan.Penulis dapat melihat terdapat banyak musolla dan masjid lama di kota Istanbul sekaligus membuktikan kota tersebut dahulunya merupakan pusat pemerintahan kerajaan Islam.Lantas penulis teringatkan akan kata-kata seorang rakan penulis Saudara Najmudin yang kini sedang mengetuai Grup Pengkajian Ketamadunan Turki(GPTD) yang ditubuhkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM).Beliau menerangkan kepada penulis sebelum ini iaitu setiap 400 meter perjalanan di kota Istanbul akan terdapat masjid ataupun musolla.Di sini, untuk membezakan masjid dan musolla,adalah terletak pada tiang menaranya,dua menara akan dibina pada masjid ataupun di dalam bahasa Turki disebut Camii, manakala satu menara pula dibina pada musolla.

    Apabila kami berhenti di persimpangan lampu isyarat ataupun ketika melalui pos tiket untuk melalui lebuhraya, bas kami akan dihampiri oleh sekumpulan kanak-kanak yang menjual sejenis roti turki dan air mineral.Berkemungkinan akibat cuaca panas di Istanbul ketika ini membuatkan penjualan air mineral agak laris.

    Ketika penulis sibuk melayan khayalan sendiri,tiba-tiba seorang perwakilan telah pergi ke hadapan bas dan mencapai mikrofon.Beliau memperkenalkan diri beliau dengan nama Ustaz Hamid .Beliau berasal daripada Jordan dan kini menjadi pensyarah di Universiti Jordan di dalam jurusan kejuruteraan sivil.Kemudian beliau terus memberikan tazkirah beliau di dalam bahasa Arab.Antara isi tazkirah beliau yang sempat penulis tangkap ialah mengenai peranan yang perlu dimainkan oleh belia sebagai jurucakap ummah,dan kepentingan mengukuhkan persaudaraan sesama belia Islam.Penulis melayangkan pandangan ke sebelah kiri tempat duduk,kelihatan saudara Hammad sedang tenang berkembara mimpi.Akhirnya perjalanan yang agak jauh membuat penulis ikut berkembara mimpi juga.

    Penulis terjaga kembali apabila mendengar pihak penganjur mengumumkan bahawa kami akan sampai di funduk (hotel) di dalam masa 5 minit lagi.Akhirnya selepas kira-kira 6 jam perjalanan, kami tiba di perkarangan hotel.Ketika penulis keluar daripada bas, angin malam yang agak dingin terus menyerap ke dalam tubuh.Suhu di luar hotel agak sejuk kerana hotel terletak di atas bukit.Selepas mengeluarkan beg, kami dibawa oleh pihak penganjur untuk menikmati makan malam.Suasana pada malam tersebut agak meriah dengan keramahan ahli-ahli jawatankuasa program berbual-bual dengan para peserta program.Berkemungkinan kerana jarak perjalanan yang mereka lalui untuk ke Turki tidak sejauh yang kami lalui membuatkan mereka masih mempunyai tenaga untuk berbual.Penulis hanya mampu untuk berbual sebentar, kemudian hanya melemparkan senyuman mesra bercampur rasa keletihan sahaja,begitu juga dengan saudara Hammad.Selepas makan, kami dibawa ke kaunter pendaftaran program, dan kemudiannya ke kaunter pendaftaran hotel untuk urusan penginapan.Kami berdua ditempatkan di dalam satu bilik di tingkat 2 hotel.


    Image Hosted by ImageShack.us


    Bergambar di hadapan Hotel Grand Yazici.Dari kanan penulis,Hammad dan 2 perwakilan daripada Scotland.


    Selepas berkemas dan mandi,kami mencari sebarang tanda arah kiblat di bilik kami.Tetapi tidak berjumpa.Saudara Hammad menelefon pihak pengurusan hotel,bertanyakan arah kiblat,dan mereka menghantar 2 orang pekerja untuk tujuan tersebut.Apabila mereka sampai di bilik kami, saya bertanyakan arah kiblat kepada mereka di dalam bahasa Inggeris, tetapi mereka tidak faham, lalu saya cuba pula di dalam bahasa Arab, namun mereka hanya tahu berkomunikasi di dalam bahasa Turki.Kemudiannya dengan menggunakan satu bahasa yang diketahui oleh seluruh penduduk dunia iaitu bahasa isyarat, akhirnya mereka menunjukkan arah kiblat kepada kami.

    Perjalanan selama 16 jam daripada bumi Malaysia membuatkan kami agak keletihan,namun dengan pelbagai peristiwa lucu terutamanya ketika berkomunikasi dengan 2 orang pekerja hotel membuatkan kami tertawa.Ketika merebahkan badan di atas katil, ingatan penulis terus melayang ke tanah air,terutamanya kepada rakan-rakan di UIAM,tentu mereka sedang sibuk mengulangkaji pelajaran. Bagi teman-taman seperjuangan di dalam PKPIM tentu mereka tengah sibuk merangka perancangan dan strategi dakwah yang lebih mapan dan berkesan.Selama seminggu berada di sini tentu penulis akan ketinggalan di dalam bidang pelajaran,namun penulis bersyukur, kerana diberikan tanggungjawab untuk mewakili PKPIM ke program sedemikian,lantas penulis teringatkan nasihat yang diberikan oleh saudara Azwiral Buhairi Setiausaha Agung PKPIM kepada penulis sebelum bertolak ke Turki, kata beliau Perbanyakkan kawan luaskan jaringan,jauhi sengketa dan hormati perbedaan.

    Image Hosted by ImageShack.us

    Saudara Azwira di apit oleh dua aktivis GPTD.



    Persidangan akan bermula esok.Saudara Hammad kelihatan masih gagah menonton rancangan BBC news.Namun dek kerana keletihan, penulis memilih untuk berkembara mimpi,meninggalkan Hammad dengan keasyikkan pencarian maklumat.

    P/s Artikel ini akan ditulis secara bersiri, bagi mengelakkan kebosanan membaca artikel yang bersifat long distance.

    Tajamfikir
    6/sept/2005
    10.48am
    ITD IIUM.




    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 6:55 AM

    * * * * * * * * *

    Layout by Melissa
    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com