" border=2 color=#EAEEC6> | |||
* MUKADIMAH * * KENAL PENULIS *
* Masa * * BUKU PELAWAT * View My Guestbook Sign My Guestbook * ARTIKEL LALU * March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 January 2006 April 2006 June 2006 July 2006 August 2007 * POST TERKINI * * KEDAI KOPI * * LINKS * ::Hilmimadani:: ::Diari Presiden:: ::Azwiralbukhairi:: ::EN SHUN:: ::Hudasoid:: ::Cik Fadh:: ::A thing to ponder:: ::K-Rol:: ::sharief ::zikri:: ::sheikh adli:: ::mukhriz:: ::didi:: ::tibe:: ::yazid rilex:: ::haruman sakura:: ::pzin:: ::zul labu:: ::Fahmi:: ::Bro Malie(AWANA):: ::Anjang:: ::Annida:: ::Zaiman:: ::Nabil Majdi:: ::Azmir Zakaria:: ::Kelambu:: ::Tok Ghimau:: ::Zaid Akhtar:: ::Nash:: ::Irawan surah:: ::Darkz05:: ::TOXICITYZ:: ::CEKODOK SEDAP:: ::UNA:: ::IKOKO:: ::DIANZ:: ::Mad'u sesat:: ::Syed:: ::Mior Isfandy:: ::Kak Sham:: * LINGKARAN MAKLUMAT * ::RAKAN TAULAN:: ::MAIL YAHOO:: ::YAHOO:: ::GOOGLE:: ::SUARA MAHASISWA:: ::IDEALIS MAHASISWA:: ::SYEIKH QARDAWI:: ::HARUN YAHYA:: :: CURRENT RULING PARTY:: ::OPOSISI:: ::BLOGGER:: ::IYC:: ::Palestin info:: ::BERITA HARIAN:: ::NEW STRAITS TIMES:: ::THE SUN:: ::HARIAN METRO:: ::THE STAR:: ::HARAKAH:: ::MALAYSIAKINI:: ::MALAYSIA TODAY:: ::SIN CHEW:: ::FREE ANWAR:: ::BERNAMA:: ::ABIM:: ::PUM:: ::JIM:: ::TURKI NEWS:: ::CNN:: ::BBC:: ::TIME MAGAZINE:: ::WORLD NEWS:: ::ASIA DAILY:: ::NEW YORK TIMES:: ::CHINA DAILY:: ::ARAB WORLD NEWS:: ::MUSLIMEDIA:: ::ECONOMIST:: ::FEER:: ::DAILY MIRROR:: ::DAILY EXPRESS:: ::THE SUN UK:: ::PHILIPINE NEWS:: ::JAWA POST:: ::KOMPAS:: ::HARIANASIB:: ::ACEH KITA:: ::DETIK:: ::ERA MUSLIM:: ::ENDONESIA:: ::REPUBLIKA:: ::MODUS:: ::GATRA:: ::SABILI:: * TAQWIM* * WAKTU SOLAT * * PULAUKAN * *PELAWAT * Free Hit Counter |
* Saturday, April 30, 2005 * HIJRAH RASULKU,MEMBAWA RAHMAT, HIJRAH RASULKU,RAHMAT UNTUK SEMUA, HIJRAH RASULKU, BAWA SYAFAAT, HIJRAH RASULKU,ISLAM TINGGI MENJULANG. Pemandangan Masjid Nabawi Madinah al-Munawwarah. Peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w dari Mekah ke Madinah yang didendangkan melalui rangkap lagu di atas, begitu menyentuh hati penulis apabila mengimbas dan mengenangkan sirah junjungan Rasulullah s.a.w. Bermula dengan terbitnya sinar kemuliaan ke serata alam ketika lahirnya baginda ke dunia ini, sehinggalah masa seolah-olah terhenti ketika baginda menghadapi sakaratul-maut, menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w merupakan insan maksum pemimpin ummah. Hal ini diperkukuhkan lagi, apabila Al-Quran menyebut mengenai peranan dan tujuan baginda diutuskan kepada ummah.Antaranya: wama arsalnaka illa rahmatalilalamin Tidak Aku utus engkau,melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam Di dalam ayat Al-Quran yang lain juga, menyebut bahawa pengutusan Rasulullah s.a.w adalah sebagai utusan terakhir kepada manusia. wamaarsalnaka illa kaffata linnas Tidak Aku utus engkau,melainkan kepada seluruh umat manusia Menurut Abdul Basit Bin Abdul Rahman di dalam bukunya “Makkah Al-Mukarramah Kelebihan Dan Sejarah”, beliau mengambil pandangan Ibnu Sa’ad di dalam At-Tabaqah yang menganggarkan zaman diantara Nabi Isa a.s hingga kepada zaman Nabi Muhammad s.a.w berjarak selama 569 tahun. Berdasarkan hukum akal, jarak masa sedemikian, dan ditambah pula dengan sikap Bani Israil yang terkenal di dalam mendustakan ajaran samawi yang diterima mereka, termasuklah perlakuan jenayah dan mungkar membunuh nabi dan rasul, memungkinkan berlakunya penyelewangan total terhadap ajaran agama Allah yang sebenarnya.. Fakta sejarah yang membuktikan kejahilan umat sebelum dan semasa baginda Rasulullah s.a.w diutuskan juga,mengukuhkan lagi, bahawa peranan utama baginda sebenarnya adalah untuk memisahkan antara hak(kebenaran) dan batil(kesesatan). Sejarah telah merekodkan, bahawa ketika Mekah di bawah kepimpinan Amru Bin Luhai Al-Khuza’i penyembahan berhala telah mula berlaku.Beliau merupakan orang yang pertama mengubah ajaran Nabi Ibrahim dengan membawa masuk berhala Hubal ke Mekah yang dibawa balik daripada Syam dan meletakkannya di dalam ka’bah serta menyeru penduduk Mekah untuk menyembahnya.Amru Bin Luhai dan anak cucunya memerintah Mekah selama 500 tahun sehinggalah selepas itu,kekuasaan Mekah beralih kepada Qusai dari keturunan Quraish. Namun jenayah yang dilakukan oleh Amru itu ternyata sia-sia dan dibalas dengan azab daripada Allah s.w.t yang maha pedih.Hal ini dijelaskan melalui sabda Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muhammad Bin Ismail Al-Bukhari “Aku melihat Amru Bin Amir Bin Luhai Al-Khuzai menarik usus perutnya di dalam neraka, dialah orang yang pertama membebaskan haiwan untuk berhala” Kejahilan umat tidak hanya berlaku di Mekah, tetapi berlaku di seluruh pelosok dunia. Di Parsi misalnya, pengiktirafan api sebagai tuhan dibuktikan dengan pemujaan dan penyembahaan api siang dan malam. Begitu juga di Greek, kepercayaan dan keimanan terhadap dewa-dewi amat subur, dan di sekitar negara-negara kota seperti di Athens, Thebes, Sprata dan lain-lain berdiri megah kuil-kuil pemujaan. Ternyata tatkala umat manusia meraba-raba di dalam kegelapan, mencari sinar bahagia ataupun dengan sengaja menutup rapat pintu hati kepada kebenaran hakiki, Rasulullah lahir untuk membebaskan umat manusia daripada kegelapan, memisahkan di antara kebenaran dan kebatilan dan menyeru seluruh umat manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah yang Maha Esa. Gambar mimbar di dalam Masjid Nabawi. Di dalam konteks umat Islam sebagai daie yang menggalas tanggungjawab untuk menyeru umat kepada kebaikkan dan ma’ruf serta melarang umat daripada melakukan perkara-perkara mungkar, rujukkan terbaik haruslah dilihat kepada keperibadian Rasulullah s.a.w. Umat islam harus sedar akan tanggungjawab melaksanakan tuntutan dakwah islamiyyah, disamping tuntutan mendalami ilmu yang menuntut. Sirah kehidupan Rasulullah s.a.w merupakan khazanah yang amat bernilai dan perlu bagi mendidik umat islam untuk mencontohi keperibadian unggul baginda. Keperibadian baginda ini terpancar melalui peranan beliau sebagai pemimpin,pendakwah,ilmuan,perwira,bapa,suami,anak dan lain-lain. Daripada sudut akhlak pula,jelas melalui hadith baginda: innama buithtu li utammima makarimal akhlak aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak Sikap baginda yang cintakan ilmu, serta menghormati taraf keilmuan seseorang, selagi tidak bercanggah dengan shariah jelas dapat dilihat apabila beliau diajukan soalan oleh umat islam ketika itu mengenai adakah islam membenarkan teknologi perkahwinan tanaman(pokok kurma), maka jawab baginda: antum a'lamu bi umuri duniakum kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu Menyoroti sikap baginda di dalam menyampaikan dakwah islamiyyah, kaedah menyampaikan dakwah secara berhikmah, serta penuh toleransi merupakan asas kepada kejayaan pengembangan agama Allah. Kesabaran,ketabahan,kegigihan dan keredhaan baginda di dalam menyebarkan dakwah islamiyyah jelas diuji dengan pelbagai peristiwa contohnya layanan buruk terhadap baginda ketika menyampaikan risalah nubuwwah di Taif, sikap biadab penduduk Mekah terhadap baginda dan lain-lain. Ternyata, walaupun beliau menghadapi cabaran, mehnah dan tribulasi yang amat besar, namun komitmen dan iltizam baginda di dalam menyampaikan risalah nubuwwah perlu kita jadikan iktibar dan panduan. Bukit Uhud menjadi saksi tanggungjawab baginda di dalam menyampaikan dakwah islamiah Justeru itu apabila ada pandangan yang menyatakan bahawa sambuatan maulidurasul ini merupakan sambutan yang bercanggah dengan Islam, penulis berfikir adakah terdapatnya nas-nas mutlak yang mengharamkan sambutan sedemikian? Dan jikalau tiada,maka penulis berpandangan penggunaan satu kaedah fiqh terhadap persoalan ini adalah amat relevan: alaslu fi alashya' ibahah Asal bagi sesuatu perkara adalah harus(dibolehkan) melainkan ada nas Ditambah pula dengan budaya kelekaan yang dominan serta mengancam umat Islam pada masa kini, memerlukan kepada penghayatan terhadap sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. Kaedah fiqh yang lain juga menyebut: ma la yatimmulwajib illa bihi fa hua wajib Tidak akan sempurna sesuatu itu melainkan dengan kemasukkan sesuatu perkara,dan perkara itu adalah wajib Justeru, penulis melihat sambutan sedemikian perlu dilakukan, kerana mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik, dan ini merupakan sebahagian daripada saluran dakwah bagi umat Islam dan bukan islam untuk mengimbas dan mengenali sejarah junjungan Rasulullah s.a.w, dan sebagai wasilah untuk memupuk rasa cinta kepada junjungan Rasulullah s.a.w. Kecintaan Rasulullah s.a.w kepada umatnya melangkaui rasa cinta baginda kepada isteri,harta dan anak-anak baginda.Namun rasa cinta umat terhadap Rasulullah s.a.w masih lagi meragukan,dan tanggungjawab kita sebagai daie adalah untuk memikirkan mekanisme terbaik mengajak umat untuk mencontohi serta menghayati perjuangan dan pengorbanan Rasulullah s.a.w demi survival ummah di dalam menghadapi situasi terkini yang amat mencabar. Tajamfikir, 8.30am, 30/4/2005. | |
||
Layout by Melissa |