" border=2 color=#EAEEC6> | |||
* MUKADIMAH * * KENAL PENULIS *
* Masa * * BUKU PELAWAT * View My Guestbook Sign My Guestbook * ARTIKEL LALU * March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 January 2006 April 2006 June 2006 July 2006 August 2007 * POST TERKINI * * KEDAI KOPI * * LINKS * ::Hilmimadani:: ::Diari Presiden:: ::Azwiralbukhairi:: ::EN SHUN:: ::Hudasoid:: ::Cik Fadh:: ::A thing to ponder:: ::K-Rol:: ::sharief ::zikri:: ::sheikh adli:: ::mukhriz:: ::didi:: ::tibe:: ::yazid rilex:: ::haruman sakura:: ::pzin:: ::zul labu:: ::Fahmi:: ::Bro Malie(AWANA):: ::Anjang:: ::Annida:: ::Zaiman:: ::Nabil Majdi:: ::Azmir Zakaria:: ::Kelambu:: ::Tok Ghimau:: ::Zaid Akhtar:: ::Nash:: ::Irawan surah:: ::Darkz05:: ::TOXICITYZ:: ::CEKODOK SEDAP:: ::UNA:: ::IKOKO:: ::DIANZ:: ::Mad'u sesat:: ::Syed:: ::Mior Isfandy:: ::Kak Sham:: * LINGKARAN MAKLUMAT * ::RAKAN TAULAN:: ::MAIL YAHOO:: ::YAHOO:: ::GOOGLE:: ::SUARA MAHASISWA:: ::IDEALIS MAHASISWA:: ::SYEIKH QARDAWI:: ::HARUN YAHYA:: :: CURRENT RULING PARTY:: ::OPOSISI:: ::BLOGGER:: ::IYC:: ::Palestin info:: ::BERITA HARIAN:: ::NEW STRAITS TIMES:: ::THE SUN:: ::HARIAN METRO:: ::THE STAR:: ::HARAKAH:: ::MALAYSIAKINI:: ::MALAYSIA TODAY:: ::SIN CHEW:: ::FREE ANWAR:: ::BERNAMA:: ::ABIM:: ::PUM:: ::JIM:: ::TURKI NEWS:: ::CNN:: ::BBC:: ::TIME MAGAZINE:: ::WORLD NEWS:: ::ASIA DAILY:: ::NEW YORK TIMES:: ::CHINA DAILY:: ::ARAB WORLD NEWS:: ::MUSLIMEDIA:: ::ECONOMIST:: ::FEER:: ::DAILY MIRROR:: ::DAILY EXPRESS:: ::THE SUN UK:: ::PHILIPINE NEWS:: ::JAWA POST:: ::KOMPAS:: ::HARIANASIB:: ::ACEH KITA:: ::DETIK:: ::ERA MUSLIM:: ::ENDONESIA:: ::REPUBLIKA:: ::MODUS:: ::GATRA:: ::SABILI:: * TAQWIM* * WAKTU SOLAT * * PULAUKAN * *PELAWAT * Free Hit Counter |
* Tuesday, May 03, 2005 *
Demokrasi menurut acuan Islam,mewajarkan prinsip-prinsip demokrasi diamalkan dan dilaksanakan selagi mana ianya tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Shariah Islamiah.Ini dapat dilihat melalui konsep "Rule of law" yang diterima pengamalannya oleh Shariah Islamiah.Namun berlainan pula dengan kebenaran atau kebebasan bersuara secara mutlak, apabila Islam menggariskan syarat-syarat dan hukum-hakam seperti hukum qazaf yang wajib dituruti dan dipatuhi, selain persoalan adab dan akhlaq yang wajar dititikberatkan di dalam melontarkan pandangan. Baru-baru ini, iaitu pada tanggal 1 Mei 2005, penulis dijemput untuk hadir ke Konvensyen Pengampunan D.S.A.I bertempat di Grand Seasons hotel. Justeru pada pandangan penulis DYMM YDPA , harus menilai dengan penuh cermat dan penuh hati-hati di dalam membuat keputusan berhubung rayuan pengampunan diraja ini.Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan YDPA berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan yang telah dibicarakan di Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tentera. Jelas proses pengampunan atau "Royal pardon" ini merupakan usaha terakhir bagi mengenepikan sabitan hukuman penyalahgunaan kuasa yang melarang D.S.A.I daripada aktif berpolitik di Malaysia. Di dalam artikel yang sama kurungan(10) memperuntukkan penubuhan Jemaah Pengampunan di dalam memberi nasihat kepada YDPA di dalam soal memberi keampunan ataupun tidak kepada pemohon, namun kuasa terakhir untuk memberi pengampunan, tetap tertakluk kepada YDPA,iaitu selepas proses menimbang segala pendapat bertulis daripada peguam negara dan permohonan daripada pemohon. Di dalam konteks Malaysia yang memperjuangkan konsep demokrasi acuan Islam, penulis terimbau dengan sajak mashyur lagi sayu Perdana menteri kita yang bertajuk "KU CARI DAMAI ABADI" apabila beliau menyebut "AKU CARI MANA DIA AL-GHAZALI". Imam Al-Ghazali, di dalam Ihya'Ulumuddin begitu menekankan keperluan sikap saling memaafkan walaupun berhadapan dengan musuh. Pandangan beliau ini diperkukuhkan lagi dengan ayat daripada Surah Al-Baqarah:237 "Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan itu lebih hampir kepada taqwa" Begitu juga dengan athar(perbuatan sahabat rasulullah s.a.w)yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat Rasulullah yang mendapat tarbiah daripada baginda sendiri,seperti Saidina Uthman r.a, yang mana beliau semasa menjadi khalifah,telah mengampunkan seorang warganegara Madinah yang membunuh orang yang membunuh ayahnya,dengan menggantikan hukum bunuh balas kepada membayar diyat, pada hal hukum bunuh balas adalah satu pilihan,tetapi beliau memilih satu pilihan lain yang juga tiada bercanggah dengan agama dan perundangan yang ada pada beliau. Demikian juga Saidina Ali k.w, ketika memegang tampuk pemerintahan tertinggi sebagai ketua negara dan ketua agama, telah memaaf dan mengampunkan orang-orang yang terlibat di dalam peperangan Siffin dan peperangan Jamal yang menentangnya.Bahkan beliau mengatakan bahawa mereka itu ialah saudaranya yang beriman. Justeru pada pandangan penulis,Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadi contoh kepada negara Islam yang lain, baik daripada segala aspek, perlu bertegas di dalam usaha-usaha mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi menurut acuan Islam, yang pasti ianya berpaksikan kepada konsep "ADALAH" keadilan yang menuntut, tanpa sedikitpun prejudis kepada mana-mana rakyatnya.Konsep"GOOD GOVERNANCE" terhadap kerajaan, perlu dipertingkatkan, berpandukan kepada amanah, dan konsep"Rule Of Law". Dengan usaha-usaha ini Insyallah, satu tamadun Islam akan terbina kembali,melahirkan generasi berjiwa rabbani, yang pasti,bagi mengharap keredhaan illahi, demi kebahagiaan abadi. TAJAM FIKIR 7.00PM, 3/5/2005, ITD. | |
||
Layout by Melissa |