" border=2 color=#EAEEC6> | |||
* MUKADIMAH * * KENAL PENULIS *
* Masa * * BUKU PELAWAT * View My Guestbook Sign My Guestbook * ARTIKEL LALU * March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 January 2006 April 2006 June 2006 July 2006 August 2007 * POST TERKINI * * KEDAI KOPI * * LINKS * ::Hilmimadani:: ::Diari Presiden:: ::Azwiralbukhairi:: ::EN SHUN:: ::Hudasoid:: ::Cik Fadh:: ::A thing to ponder:: ::K-Rol:: ::sharief ::zikri:: ::sheikh adli:: ::mukhriz:: ::didi:: ::tibe:: ::yazid rilex:: ::haruman sakura:: ::pzin:: ::zul labu:: ::Fahmi:: ::Bro Malie(AWANA):: ::Anjang:: ::Annida:: ::Zaiman:: ::Nabil Majdi:: ::Azmir Zakaria:: ::Kelambu:: ::Tok Ghimau:: ::Zaid Akhtar:: ::Nash:: ::Irawan surah:: ::Darkz05:: ::TOXICITYZ:: ::CEKODOK SEDAP:: ::UNA:: ::IKOKO:: ::DIANZ:: ::Mad'u sesat:: ::Syed:: ::Mior Isfandy:: ::Kak Sham:: * LINGKARAN MAKLUMAT * ::RAKAN TAULAN:: ::MAIL YAHOO:: ::YAHOO:: ::GOOGLE:: ::SUARA MAHASISWA:: ::IDEALIS MAHASISWA:: ::SYEIKH QARDAWI:: ::HARUN YAHYA:: :: CURRENT RULING PARTY:: ::OPOSISI:: ::BLOGGER:: ::IYC:: ::Palestin info:: ::BERITA HARIAN:: ::NEW STRAITS TIMES:: ::THE SUN:: ::HARIAN METRO:: ::THE STAR:: ::HARAKAH:: ::MALAYSIAKINI:: ::MALAYSIA TODAY:: ::SIN CHEW:: ::FREE ANWAR:: ::BERNAMA:: ::ABIM:: ::PUM:: ::JIM:: ::TURKI NEWS:: ::CNN:: ::BBC:: ::TIME MAGAZINE:: ::WORLD NEWS:: ::ASIA DAILY:: ::NEW YORK TIMES:: ::CHINA DAILY:: ::ARAB WORLD NEWS:: ::MUSLIMEDIA:: ::ECONOMIST:: ::FEER:: ::DAILY MIRROR:: ::DAILY EXPRESS:: ::THE SUN UK:: ::PHILIPINE NEWS:: ::JAWA POST:: ::KOMPAS:: ::HARIANASIB:: ::ACEH KITA:: ::DETIK:: ::ERA MUSLIM:: ::ENDONESIA:: ::REPUBLIKA:: ::MODUS:: ::GATRA:: ::SABILI:: * TAQWIM* * WAKTU SOLAT * * PULAUKAN * *PELAWAT * Free Hit Counter |
* Wednesday, July 19, 2006 * ASSALAMUALAIKUM W.B.H Menemui saudaraku, didoakan agar anda sentiasa di dalam rahmat Allah s.w.t. Adalah diharapkan agar anda dapat meluangkan masa untuk membaca warkah ini dan kemudian merenung, memahami serta jika berkesempatan menyampaikan isi kandunganya kepada umum. Islam itu tinggi dan suaranya lantang kedengaran - Hakim Mohd Nor Wahai saudaraku, Sekitar tahun 1950-an, Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) pernah menyaksikan perjuangan orang Islam di dalam membela kesucian akidah seorang gadis belasan tahun (In-Re Maria Huberdina Hertogh-Natrah) yang baru memeluk agama Islam daripada usaha untuk dimurtadkan.Perjuangan yang pasti akan dikenang di dalam lipatan sejarah tersebut telah menyaksikan orang Islam di seluruh Tanah Melayu dan Singapura bangun bersatu tanpa mengira perbezaan bangsa, darjat mahupun pegangan ideologi politik masing-masing demi membela kesucian agama Islam sehingga berlakunya pertumpahan darah di luar perkarangan Mahkamah lama di Singapura. Selepas merdeka cabaran yang dihadapi oleh Agama Islam di Negara kita terus sengit. Islam pada hari ini sentiasa dicabar, diserang serta diperlekeh kedaulatanya daripada semua sudut oleh pelbagai golongan anti-Islam dan penganut agama Islam yang goyah kefahamanya terhadap Islam tidak terkecuali di dalam soal murtad. Sejak negara kita mencapai kemerdekaan, Institusi kehakiman tidak pernah sunyi daripada tuntutan-tuntutan untuk menukar pegangan agama Islam kepada agama-agama lain. Di dalam rekod perundangan Malaysia tercatat kes-kes seperti Daud Bin Mamat , Jamaluddin Bin Othman, Kamariah Ali, Dhalip Kaur, Soon Singh, Aishah Bukhari, Mohamad Said Nabi dan ramai lagi yang menunjukkan kepada kita, betapa besarnya gejala sedemikian. Wahai saudaraku, Kenyataan yang dibuat oleh Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Dato’ Seri Harussani Zakaria mengenai bilangan orang murtad di Malaysia yang sudah mencecah ke angka 100,000 harus direnung dengan penuh keinsafan. Soal sama ada angka tersebut tepat atau sebaliknya tidak perlu menjadi punca perbalahan, kerana masalah orang murtad sudah semakin membarah. Ketelusan mufti di dalam perkara di atas tidak harus dipersoalkan kerana sudah menjadi tugas para mufti untuk menasihati Raja-raja melayu di dalam hal-ehwal agama Islam. Jikalau dahulu amukan orang Melayu akan tercetus apabila satu orang Islam murtad, maka kita tanya diri sendiri, apakah perasaan dan tindakan kita apabila menatap berita di dada akhbar mengenai kes-kes murtad yang semakin banyak berlaku. Terbaru, perasaan umat Islam dan kedaulatan Agama Islam dirobek lagi dengan kes permohonan untuk membuang perkataan Islam di dalam kad pengenalan seorang warganegara Malaysia berketurunan Melayu dan beragama Islam yang bernama Azlina Bt Jelani. Beliau yang telah mengaku murtad kini menggunakan nama Lina Joy. Kes beliau ini akan didengar di peringkat mahkamah persekutuan dan dijangka akan diputuskan pada awal bulan ogos pada tahun ini. Medan pertempuran penghujahan Wahai saudaraku, Marilah kita semua berdoa kepada Allah s.w.t agar panel hakim-hakim yang mendengar kes ini diberikan hidayah dan kekuatan untuk terus mempertahankan kedudukan agama Islam dan keluhuran perlembagaan persekutuan. Jika tidak, maka kita akan menyaksikan keruntuhan besar benteng pertahanan Islam di dalam sistem perundangan Malaysia. Kedudukan istimewa agama Islam di dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan sebagai agama persekutuan akan terhakis, begitu juga dengan perkara 121 (1A) mengenai bidang kuasa mahkamah Syariah sebagai forum memutuskan kes-kes murtad juga akan terjejas, perkara 11(4) untuk menyekat dakyah agama lain kepada penganut Islam sudah tidak bermakana lagi jika kes Lina Joy dibenarkan, dan yang paling menyedihkan peruntukan istimewa perkara 160 yang menafsirkan Orang Melayu sebagai beragama Islam, berketurunan Melayu,mengamalkan budaya Melayu dan bercakap Melayu perlu dipinda, bagi memasukan peruntukan bahawa Orang Melayu juga boleh beragama selain Islam.. Nauzubillah… Wahai saudaraku, Berpeganglah bahawa Islam itu melangkaui batas definisi Undang-undang. Islam adalah identiti bangsa Melayu di Malaysia. Sejak Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka diruntuhkan oleh bangsa penjajah, Orang Melayu terus nekad dan istiqomah mempertahankan kekuatan akidah mereka walaupun kuasa kristian menjajah selama lebih 500 tahun. Wahai saudaraku, Apakah anda rela melihat Umat Islam pada masa akan datang tergugat daripada segi pegangan akidahnya dan hidup di Negara sendiri bagai melukut di tepi gantan. Harus diingat, keadaan dunia sekarang sudah kembali kepada era penjajahan, kejatuhan negara-negara Islam seperti Iraq dan Afghanistan memungkinkan pemurtadan berleluasa umat Islam di negara-negara terbabit berlaku. Wahai saudaraku, Aku percaya ibu-bapa Lina Joy , Aishah Bukhari, bahkan mana-mana ibu –bapa jua pun pasti tidak sanggup melihat anak-anak yang lahir hasil daripada pengorbanan dan kasih-sayang mereka semenjak kecil memungkiri segala ajaran agama yang telah diberikan. Tiada ibu-bapa yang sanggup melihat anak-anak yang dibesarkan dengan penuh pengharapan umpama menatang minyak yang penuh, di didik dengan pengajian Al-Quran di awal usia, diberikan pendidikan agama di sekolah dan universiti, di ajar dengan adab dan akhlaq di dalam pergaulan akhirnya menidakkan kewujudan Allah S.W.T sebagai satu-satunya tuhan yang patut disembah, dan Muhammad S.A.W sebagai rasulnya. Tiada seorang pun di antara kita yang sanggup melihat sesorang yang rapat sama ada mempunyai petalian darah ataupun tidak , baik ibu-bapa, anak, abang,kakak adik, ataupun sahabat akhirnya memilih untuk derhaka kepada Penciptanya. Wahai saudaraku, Tiupkanlah ruh dan kesedaran perjuangan di dalam dirimu, mantapkanlah ilmu di dadamu buat menagkis segala serangan musuh-musuh Islam untuk mencabut akar akidahmu dan keluaraga mu.Infaqkanlah harta mu untuk perjuangan membela kedaulatan dan kesucian Islam dan akhirnya berserahlah kepada Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, melalui pengaduan doa dengan penuh khusyuk. Janganlah sekali-kali lupa bahawa Dialah sebaik-baik tempat mengadu dan meminta pertolongan, mudah-mudahan Allah selamatkan umat Islam seluruhnya daripada sebarang kecelakaan dan musibah. Tajam fikir, Anjung rahmat,Gombak... | |
||
Layout by Melissa |