![]() |
|||
* MUKADIMAH * ![]() ![]() * KENAL PENULIS *
![]() * Masa * * BUKU PELAWAT * ![]() ![]() View My Guestbook Sign My Guestbook * ARTIKEL LALU * ![]() March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 January 2006 April 2006 June 2006 July 2006 August 2007 * POST TERKINI * ![]() * KEDAI KOPI * ![]() * LINKS * ![]() ::Hilmimadani:: ::Diari Presiden:: ::Azwiralbukhairi:: ::EN SHUN:: ::Hudasoid:: ::Cik Fadh:: ::A thing to ponder:: ::K-Rol:: ::sharief ::zikri:: ::sheikh adli:: ::mukhriz:: ::didi:: ::tibe:: ::yazid rilex:: ::haruman sakura:: ::pzin:: ::zul labu:: ::Fahmi:: ::Bro Malie(AWANA):: ::Anjang:: ::Annida:: ::Zaiman:: ::Nabil Majdi:: ::Azmir Zakaria:: ::Kelambu:: ::Tok Ghimau:: ::Zaid Akhtar:: ::Nash:: ::Irawan surah:: ::Darkz05:: ::TOXICITYZ:: ::CEKODOK SEDAP:: ::UNA:: ::IKOKO:: ::DIANZ:: ::Mad'u sesat:: ::Syed:: ::Mior Isfandy:: ::Kak Sham:: * LINGKARAN MAKLUMAT * ![]() ::RAKAN TAULAN:: ::MAIL YAHOO:: ::YAHOO:: ::GOOGLE:: ::SUARA MAHASISWA:: ::IDEALIS MAHASISWA:: ::SYEIKH QARDAWI:: ::HARUN YAHYA:: :: CURRENT RULING PARTY:: ::OPOSISI:: ::BLOGGER:: ::IYC:: ::Palestin info:: ![]() ::BERITA HARIAN:: ::NEW STRAITS TIMES:: ::THE SUN:: ::HARIAN METRO:: ::THE STAR:: ::HARAKAH:: ::MALAYSIAKINI:: ::MALAYSIA TODAY:: ::SIN CHEW:: ::FREE ANWAR:: ::BERNAMA:: ![]() ::ABIM:: ::PUM:: ::JIM:: ![]() ::TURKI NEWS:: ::CNN:: ::BBC:: ::TIME MAGAZINE:: ::WORLD NEWS:: ::ASIA DAILY:: ::NEW YORK TIMES:: ::CHINA DAILY:: ::ARAB WORLD NEWS:: ::MUSLIMEDIA:: ::ECONOMIST:: ::FEER:: ::DAILY MIRROR:: ::DAILY EXPRESS:: ::THE SUN UK:: ::PHILIPINE NEWS:: ![]() ::JAWA POST:: ::KOMPAS:: ::HARIANASIB:: ::ACEH KITA:: ::DETIK:: ::ERA MUSLIM:: ::ENDONESIA:: ::REPUBLIKA:: ::MODUS:: ::GATRA:: ::SABILI:: * TAQWIM* ![]() * WAKTU SOLAT * ![]() ![]() * PULAUKAN * ![]() ![]() *PELAWAT * ![]() Free Hit Counter |
* Saturday, September 17, 2005 * ![]() Keesokan harinya, selepas bersarapan, tepat pada pukul 9 pagi waktu Turki semua delegasi perwakilan mula memasuki dewan persidangan. Sesi persidangan dimulakan dengan pengenalan secara ringkas mengenai perwakilan-perwakilan yang hadir beserta negara-negara mereka.Sesi ini dipegerusikan sendiri oleh saudara Hasan .Ini diikuti dengan ucapan daripada Setiausaha Agung International Islamic Federation Student Organization(IIFSO), Ustaz Mustafa Tahhan. Di dalam ucapannya, beliau mengingatkan akan kepentingan golongan belia di dalam memainkan peranan pro aktif baik di dalam memperjuangkan nasib golongan belia sendiri dan ummah am nya.Selain daripada itu beliau juga berharap agar persidangan yang julung-julung kali diadakan ini dapat diteruskan penganjurannya dan berfungsi sebagai wadah untuk mempertemukan pemimpin-pemimpin belia Islam seluruh dunia bagi memudahkan pertukaran pandangan,pemikiran,pembinaan perhubungan dan lain-lain bentuk kerjasama. Ketika berlangsungnya persidangan, penulis menyedari bahawa penguasaan lebih daripada satu bahasa merupakan kemahiran yang penting bagi setiap pemimpin belia Islam.Terutamanya penguasaan di dalam bahasa Arab amat perlu dipertekankan.Ketika berlangsungnya persidangan,pihakpenganjur ada menyediakan alat penterjemahan bahasa,di dalam tiga bahasa iaitu bahasa Turki,Arab dan Inggeris untuk memudahkan setiap perwakilan yang mahir di dalam menggunakan salah satu daripada tiga bahasa tersebut, namun ketika sesi rehat penggunaan bahasa Arab amat ketara,kerana majoriti perwakilan tahu berbahasa Arab, dan ini sudah tentu memudahkan urusan taaruf yang lebih mendalam. Pihak penganjur telah menggariskan tiga isu utama untuk diperbincangkan pada persidangan kali ini iaitu 1) Isu pendidikan 2) Isu komunikasi dan penyiaran 3) Masaalah dan penyelesaian. Penulis dan saudara Hammad turut berpatisipasi secara aktif di dalam melontarkan idea-idea kami terutamanya ketika membahaskan isu komunikasi dan penyiaran.Ketika membahaskan isu tersebut,penulis menyarankan agar cadangan perlaksanaannya perlu dijalankan secara menyeluruh terhadap individu,organisasi dan di peringkat negara masing-masing.Penulis juga menerangkan kepada delegasi perwakilan yang hadir mengenai peranan dan pengaruh Web blog pada hari ini sebagai salah satu medium penyebaran dakwah yang amat berkesan terutamanya kepada golongan remaja. Saudara Hammad juga tidak kalah dengan pendapatnya.Beliau dengan tegas menyeru para perwakilan agar tidak terlalu menyempitkan paradigma komunikasi dengan hanya merujuk kepada internet tetapi beliau menyarankan agar lebih banyak aktiviti-aktiviti bersifat antarabangsa dijalankan,tanpa mengenepikan sifat kebeliaan di dalam program yang dijalankan contohnya seperti perkhemahan,seminar dan lain-lain. Penulis juga diberi peluang untuk memperkenalkan organisasi PKPIM dan negara Malaysia secara amnya, kepada para perwakilan ketika sesi presentation of countries and organizations.Sepatutnya untuk sesi tersebut, saudara Hammad dipertanggungjawabkan untuk memberikan penyampaian,namun atas masaalah-masaalah kesihatan,penulis menggantikan beliau di saat-saat akhir. ![]() Secara amnya persidangan yang berlangsung daripada 6 hingga 11 ogos itu telah banyak memberikan pengalaman berharga kepada penulis.Antaranya, kami berpeluang untuk bertemu dengan mantan perdana menteri Turki, Prof Dr.Necmettin Erbakan, Recai Kutan, Prof Arif Esoy, seorang professor sejarah dan ketamadunan dan ramai tokoh-tokoh lain. ![]() Dr. Necmettin di dalam sesi ucapan beliau, menekankan tentang pengaruh gerakan zionisma di dalam iklim politik,ekonomi dan,sosial sejagat. Beliau juga mengingatkan kepada perwakilan bahawa para belia Islam tidak harus lupa akan konspirasi pemimpin-pemimpin gerakan zionisma yang kerap mengatur strategi untuk melumpuhkan kekuatan umat Islam.Beliau juga menyeru agar gagasan yang beliau perkenalkan dahulu kepada para pemimpin negara-negara Islam termasuk kepada mantan perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad, semasa beliau memegang jawatan perdana menteri pada tahun 1996-1997, sebelum rampasan kuasa military coup’dete oleh tentera, dikaji dan dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin negara Islam.Gagasan tersebut dikenali sebagai D8. Persidangan kali ini juga turut disertai oleh Timbalan Menteri Belia Indonesia Dr Muhammad Budi Setiawan, ahli Dewan Perwakilan Rakyat bahagian Jakarta 1 Rama Pratama dan beberapa perwakilan yang mewakili delegasi daripada Indonesia. Dianggarkan seramai 200 perwakilan daripada 50 buah negara-negara Islam hadir pada persidangan kali ini. Menjelang hari terakhir persidangan, 2 orang lagi wakil daripada Malaysia yang merupakan wakil daripada Jemaah Islah Malaysia(JIM) telah hadir.Mereka ialah Ustaz Harris dan Saudara Ariff.Hasil daripada perbualan mesra di antara kami,Ustaz Harris memaklumkan kepada kami informasi yang diterima oleh JIM mngenai persidangan ini agak lewat. ![]() Pada hari terakhir, para perwakilan berikrar akan menyampaikan segala maklumat yang diperolehi ke organisasi masing-masing, dan sesi penutup disudahi dengan acara bergambar beramai-ramai.Sebelum bersurai, pihak penganjur memberitahu kepada semua perwakilan bahawa kami akan meninggalkan hotel pada esok pagi,untuk bertolak ke kota Bursa. Malam terakhir penulis bermalam di hotel grand yazicl,sahabat penulis Nuri seorang ahli jawatan kuasa program sedang sibuk bercerita kepada Hammad mengenai Kota Bursa. Penulis memilih untuk berkembara mimpi bagi mendapatkan rehat secukupnya selepas 5 hari bersidang,tambahan pula pengamatan amat diperlukan pada keesokan harinya di dalam menghayati keindahan kota Bursa. | ![]() |
||
Layout by Melissa |