![]() |
|||
* MUKADIMAH * ![]() ![]() * KENAL PENULIS *
![]() * Masa * * BUKU PELAWAT * ![]() ![]() View My Guestbook Sign My Guestbook * ARTIKEL LALU * ![]() March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 January 2006 April 2006 June 2006 July 2006 August 2007 * POST TERKINI * ![]() * KEDAI KOPI * ![]() * LINKS * ![]() ::Hilmimadani:: ::Diari Presiden:: ::Azwiralbukhairi:: ::EN SHUN:: ::Hudasoid:: ::Cik Fadh:: ::A thing to ponder:: ::K-Rol:: ::sharief ::zikri:: ::sheikh adli:: ::mukhriz:: ::didi:: ::tibe:: ::yazid rilex:: ::haruman sakura:: ::pzin:: ::zul labu:: ::Fahmi:: ::Bro Malie(AWANA):: ::Anjang:: ::Annida:: ::Zaiman:: ::Nabil Majdi:: ::Azmir Zakaria:: ::Kelambu:: ::Tok Ghimau:: ::Zaid Akhtar:: ::Nash:: ::Irawan surah:: ::Darkz05:: ::TOXICITYZ:: ::CEKODOK SEDAP:: ::UNA:: ::IKOKO:: ::DIANZ:: ::Mad'u sesat:: ::Syed:: ::Mior Isfandy:: ::Kak Sham:: * LINGKARAN MAKLUMAT * ![]() ::RAKAN TAULAN:: ::MAIL YAHOO:: ::YAHOO:: ::GOOGLE:: ::SUARA MAHASISWA:: ::IDEALIS MAHASISWA:: ::SYEIKH QARDAWI:: ::HARUN YAHYA:: :: CURRENT RULING PARTY:: ::OPOSISI:: ::BLOGGER:: ::IYC:: ::Palestin info:: ![]() ::BERITA HARIAN:: ::NEW STRAITS TIMES:: ::THE SUN:: ::HARIAN METRO:: ::THE STAR:: ::HARAKAH:: ::MALAYSIAKINI:: ::MALAYSIA TODAY:: ::SIN CHEW:: ::FREE ANWAR:: ::BERNAMA:: ![]() ::ABIM:: ::PUM:: ::JIM:: ![]() ::TURKI NEWS:: ::CNN:: ::BBC:: ::TIME MAGAZINE:: ::WORLD NEWS:: ::ASIA DAILY:: ::NEW YORK TIMES:: ::CHINA DAILY:: ::ARAB WORLD NEWS:: ::MUSLIMEDIA:: ::ECONOMIST:: ::FEER:: ::DAILY MIRROR:: ::DAILY EXPRESS:: ::THE SUN UK:: ::PHILIPINE NEWS:: ![]() ::JAWA POST:: ::KOMPAS:: ::HARIANASIB:: ::ACEH KITA:: ::DETIK:: ::ERA MUSLIM:: ::ENDONESIA:: ::REPUBLIKA:: ::MODUS:: ::GATRA:: ::SABILI:: * TAQWIM* ![]() * WAKTU SOLAT * ![]() ![]() * PULAUKAN * ![]() ![]() *PELAWAT * ![]() Free Hit Counter |
* Wednesday, June 07, 2006 * ![]() Istilah perang seringkali ditakrifkan sebagai satu perkelahian atau pertempuran yang menggunakan senjata melibatkan dua pihak ataupun lebih.Ianya juga ditakrifkan sebagai perbuatan beradu tenaga,pergaduhan, dan salah satu kaedah perjuangan di dalam memperjuangkan sesuatu. Kedua-dua takrifan di atas lahir daripada pengalaman manusia yang terakam kemas melalui pengalaman,peristiwa dan akhirnya membentuk sejarah.Jikalau ditelusuri peristiwa perang dunia pertama dan kedua ianya jelas memberi kesan yang amat mendalam kepada peradaban dunia amnya dan negara-negara yang terlibat di dalam peperangan tersebut khususnya. Pertempuran sengit akibat nafsu imperialisma ini jelas membawa kepada kemusnahan dan mengakibatkan penderitaan yang amat pedih.Pembunuhan beramai-ramai ke atas orang awam(genocide), kemusnahan infrastuktur sesebuah negara,kebuluran yang melampau, pembangunan teknologi persenjataan termasuk penghasilan bom atom,penjanaan unsur-unsur plutonium dan uranium di dalam menghasilkan bom nuklear adalah contoh-contoh kesan akibat daripada peperangan dunia pertama dan kedua. Selepas mengalami pengalaman yang dashyat, masyarakat dunia mula mengimpikan keamanan dan kedamaian di dalam hidup mereka.Keinginan mereka ini dimanifestasikan dengan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang diantara tujuan penubuhannya berperanan sebagai sebuah badan bebas bagi menyelesaikan konflik-konflik antarabangsa. Namun kewujudan PBB, tidak mampu menghalang segelintir negara-negara kuasa dunia untuk melancarkan Perang Dunia Ketiga ataupun lebih dikenali sebagai Perang Dingin(Cold War) daripada berlaku.Sekali lagi kesan-kesan daripada peperangan tersebut mengakibatkan penderitaan terhadap majoriti penduduk dunia.Namun perang dingin yang telah berlaku di dalam tempoh lebih kurang 40 tahun, sehinga kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1990 lebih memperlihatkan pertempuran strategi dan perang saraf bagi mendaulatkan ideologi kapitalis yang dipelopori oleh Amerika Syarikat dan negara-negara eropah barat menentang ideologi komunis oleh Kesatuan Soviet dan negara-negara eropah timur dan lain-lain negara komunis.Faktor dominan yang mencorakkan perang dingin ini ialah kekuatan di dalam menghadapi perang propaganda bagi mendaulatkan ideologi politik negara masing-masing.Berbeza dengan peperangan dunia pertama dan kedua yang melibatkan pertempuran ketenteraan yang besar,perang dingin memperlihatkan skop pertempuran yang lebih luas tanpa terhad kepada pertempuran senjata sahaja.Ini termasuklah perlumbaan teknologi angkasa lepas, pembangunan persenjataan, pembinaan maklumat risikkan,penghasilan karya-karya seni termasuk filem-filem propaganda dan lain-lain lagi. Ternyata definisi perang ketika berlakunya perang dingin mencakupi perang propaganda yang amat penting di dalam menentukan kejayaan peperangan persenjataan. Bersambung....... TAJAMFIKIR, LAB LAW IIUM..... Read more! | ![]() |
||
Layout by Melissa |