" border=2 color=#EAEEC6> | |||
* MUKADIMAH * * KENAL PENULIS *
* Masa * * BUKU PELAWAT * View My Guestbook Sign My Guestbook * ARTIKEL LALU * March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 January 2006 April 2006 June 2006 July 2006 August 2007 * POST TERKINI * * KEDAI KOPI * * LINKS * ::Hilmimadani:: ::Diari Presiden:: ::Azwiralbukhairi:: ::EN SHUN:: ::Hudasoid:: ::Cik Fadh:: ::A thing to ponder:: ::K-Rol:: ::sharief ::zikri:: ::sheikh adli:: ::mukhriz:: ::didi:: ::tibe:: ::yazid rilex:: ::haruman sakura:: ::pzin:: ::zul labu:: ::Fahmi:: ::Bro Malie(AWANA):: ::Anjang:: ::Annida:: ::Zaiman:: ::Nabil Majdi:: ::Azmir Zakaria:: ::Kelambu:: ::Tok Ghimau:: ::Zaid Akhtar:: ::Nash:: ::Irawan surah:: ::Darkz05:: ::TOXICITYZ:: ::CEKODOK SEDAP:: ::UNA:: ::IKOKO:: ::DIANZ:: ::Mad'u sesat:: ::Syed:: ::Mior Isfandy:: ::Kak Sham:: * LINGKARAN MAKLUMAT * ::RAKAN TAULAN:: ::MAIL YAHOO:: ::YAHOO:: ::GOOGLE:: ::SUARA MAHASISWA:: ::IDEALIS MAHASISWA:: ::SYEIKH QARDAWI:: ::HARUN YAHYA:: :: CURRENT RULING PARTY:: ::OPOSISI:: ::BLOGGER:: ::IYC:: ::Palestin info:: ::BERITA HARIAN:: ::NEW STRAITS TIMES:: ::THE SUN:: ::HARIAN METRO:: ::THE STAR:: ::HARAKAH:: ::MALAYSIAKINI:: ::MALAYSIA TODAY:: ::SIN CHEW:: ::FREE ANWAR:: ::BERNAMA:: ::ABIM:: ::PUM:: ::JIM:: ::TURKI NEWS:: ::CNN:: ::BBC:: ::TIME MAGAZINE:: ::WORLD NEWS:: ::ASIA DAILY:: ::NEW YORK TIMES:: ::CHINA DAILY:: ::ARAB WORLD NEWS:: ::MUSLIMEDIA:: ::ECONOMIST:: ::FEER:: ::DAILY MIRROR:: ::DAILY EXPRESS:: ::THE SUN UK:: ::PHILIPINE NEWS:: ::JAWA POST:: ::KOMPAS:: ::HARIANASIB:: ::ACEH KITA:: ::DETIK:: ::ERA MUSLIM:: ::ENDONESIA:: ::REPUBLIKA:: ::MODUS:: ::GATRA:: ::SABILI:: * TAQWIM* * WAKTU SOLAT * * PULAUKAN * *PELAWAT * Free Hit Counter |
* Saturday, August 27, 2005 * Apabila menyebut tentang Imam Al-Ghazali rahimahullah, sudah tentu kita terbayang akan antara karya terkenal beliau seperti Ihya'ulumudin dan Tahafut al-falasifah. Karya Ihya'ulumudin misalnya amat terkenal di seluruh dunia hingga diterjemah oleh para-para ilmuan sama ada di timur mahupun di dunia barat.Di alam Melayu misalnya khazanah agung ini antaranya telah diringkaskan dan menjadi antara pilihan utama bagi guru-guru agama di dalam pengajaran di masjid-masjid sekitar tanah air.Kitab ringkasan karya agung itu bertajuk Bimbingan mukmin. Tahafut al-falasifah pula adalah satu kitab peringatan daripada beliau berkenaan dengan penghayatan ilmu falsafah agar di dalam mempelajari ilmu tersebut tidak sampai memisahkan cabang ilmu tersebut dengan tuntutan syariah islamiah. Ini adalah di atas kecenderungan masyarakat pada waktu tersebut yang terlalu mengagungkan pandangan dan pendapat para-para filasuf Yunani seperti Aristotle,Plato Socrates dan lain-lain lagi.Maka penghasilan karya tersebut adalah semata-mata sekadar peringatan supaya budaya falsafah Yunani atau dasar ratio mutlak tidak dijadikan contoh oleh ahli-ahli falsafah islam. Kesempatan kali ini, tidaklah menuntut penulis untuk menghuraikan secara panjang lebar mengenai karya-karya besar Imam al- Ghazali, cuma ingatan penulis terimbau kembali terhadap sebuah makalah ringkas mengenai Nasihat Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya di dalam mendidik anak beragama, terbitan Bahagian Pengurusan Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor Darul Ehsan, yang pernah penulis baca. Antara nasihat-nasihat beliau yang sempat dirakamkan disini: ILMU DAN AMAL. Wahai anak! Jangan engkau hidup miskin dan malas beramal dan hilang kemahuan bekerja.Yakinlah bahawa ilmu semata-mata, tidaklah akan menyelamatkan.Bagaimanakah menurut fikiranmu,jika pada suatu tengah padang ada seorang yang gagah berani, padanya ada sepuluh pedang Hindi,lengkap dengan alat-alat senjata lainnya,lalu dihadapkan kepada seekor singa besar,dapatkah segala alat senjata itu melindunginya dari bahaya.Jelaslah, bahawa senjata itu tidak akan menolong melainkan jika dipergunakan menurut mestinya. Demikian pulalah, seseorang yang telah membaca seratus ribu masalah ilmiah serta dipelajarinya,jika tidak diamalkannya,tidak akan mendatangkan faedah suatu apa kepadanya.Umpama seseorang yang kena penyakit demam panas dan sakit kuning akan dapat disembuhkan dengan izin Allah dengan sakanjabin dan kasikat(kinine),tidaklah ia sembuh melainkan dengan menggunakan ubat-ubatan itu. Gaya pengungkapan beliau melalui contoh-contoh analogi akal adalah amat bertetapan di dalam mendidik anak-anak yang masih kecil umurnya. Penekanan kepada tanpa amal ilmu tidak akan berguna adalah bertetapan dengan pepatah arab AL-ILM BIL LA AMAL KA ALSHAJR BIL LA SHIMAR. Selain itu penulis tertarik dengan madah yang telah beliau susun di dalam nasihat beliau iaitu sebuah dialog di antara Syaqiq al-Balchi dan Hatim bin Asam mengenai teman setia dan teristimewa. TEMAN ISTIMEWA. Berkata Hatim kepada temannya Syaqiq, telah kupandang makhluk yang banyak ini.Maka ku saksikanlah, bahawa tiap-tiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat.Sebahagian dari kekasihnya itu hanya menemani sampai ke sakit yang membawa mati, dan sebahagian lagi sampai ke tepi kubur. Sesudah itu kesemuanya kembali dan meninggalkannya terbaring seorang diri, tak seorang juapun yang masuk bersama-sama dengan dia ke dalam kuburnya.Maka terfikirlah olehku kekasihku yang seutamanya ialah yang sanggup menyertaiku masuk ke dalam kubur dan menghiburkanku di dalamnya.Yang demikian tidak ku dapati selain dari amal soleh. Sebab itu maka ku ambillah ia menjadi kekasihku, supaya ia kelak menjadi pelita di dalam kuburku,menghiburku dan tidak akan sekali-kali meninggalkanku seorang diri. MUHASABAH DIRI. Adalah penting untuk kita sentiasa bermuhasabah diri, sebagai seorang manusia, dan sebagai seorang muslim ,Islam menuntut kita untuk sentiasa memperbaiki diri daripada masa ke semasa (islah mastata'tum) melakukan perubahan mengikut kadar keupayaan diri.Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa kali ini penulis seakan-akan mengenengahkan elemen tasauf di dalam penulisan ringkasnya, secara ringkas pernahkah kita terfikir bahawa tasawuf itu merupakan ilmu motivasi Islam. Tajamfikir, 8.30pm, Bilal's cyber cafe, IIUM.
| |
||
Layout by Melissa |