Image Hosted by ImageShack.us" border=2 color=#EAEEC6>

* MUKADIMAH *

Image Hosted by ImageShack.us
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lawatan sahabat-sahabat adalah amat-amat dialu-alukan Segala artikel di dalam blog ini adalah daripada penulisan penulis sendiri dan beberapa artikel terpilih untuk manafaat kita semua.
Image Hosted by ImageShack.us

* KENAL PENULIS *

Muhammad Bukhori Bin Alias N9, quicquidplantatur@yahoo.com
Image Hosted by ImageShack.us
(gambar hiasan : Al-Farabi)

* Masa *

* BUKU PELAWAT *

Image Hosted by ImageShack.us
Salam Ukhuwwah Fillah. buat semua pengunjung semoga pertemuan singkat di blog ini akan dipanjangkan lagi atas dasar ukhuwwah kerana Allah demi mengangkat martabat Islam di sisiNya

View My Guestbook
Sign My Guestbook

* ARTIKEL LALU *

Image Hosted by ImageShack.us

March 2005

April 2005

May 2005

June 2005

July 2005

August 2005

September 2005

October 2005

January 2006

April 2006

June 2006

July 2006

August 2007

* POST TERKINI *

Image Hosted by ImageShack.us
  • Ayuh Mahasiswa Perangi Gejala Rasuah
  • AYUH BERSAMA PERTAHANKAN ISLAM !
  • WORLD WAR 4- TOGETHER WE BRING END TO IT
  • PERANG DUNIA KE 4 (WORLD WAR IV).BAHAGIAN PERTAMA
  • Surat Terbuka Tun Dr.Mahathir mengenai Jambatan Be...
  • Peradaban yang amat dirindui......
  • Pertanggungjawaban bersama......
  • ADAKAH KITA CUKUP PEKA...........
  • KEMBARA KE TURKI 2.........
  • KEMBARA KE TURKI 1.......
  • * KEDAI KOPI *

    Image Hosted by ImageShack.us

    * LINKS *

    Image Hosted by ImageShack.us
    ...
    ::Abg Nuar Kudus::
    ::Hilmimadani::
    ::Diari Presiden::
    ::Azwiralbukhairi::
    ::EN SHUN::
    ::Hudasoid::
    ::Cik Fadh::
    ::A thing to ponder::
    ::K-Rol::
    ::sharief
    ::zikri::
    ::sheikh adli::
    ::mukhriz::
    ::didi::
    ::tibe::
    ::yazid rilex::
    ::haruman sakura::
    ::pzin::
    ::zul labu::
    ::Fahmi::
    ::Bro Malie(AWANA)::
    ::Anjang::
    ::Annida::
    ::Zaiman::
    ::Nabil Majdi::
    ::Azmir Zakaria::
    ::Kelambu::
    ::Tok Ghimau::
    ::Zaid Akhtar::
    ::Nash::
    ::Irawan surah::
    ::Darkz05::
    ::TOXICITYZ::
    ::CEKODOK SEDAP::
    ::UNA::
    ::IKOKO::
    ::DIANZ::
    ::Mad'u sesat::
    ::Syed::
    ::Mior Isfandy::
    ::Kak Sham::

    * LINGKARAN MAKLUMAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    CARIAN UMUM.
    ::KUTUB KHANAH::
    ::RAKAN TAULAN::
    ::MAIL YAHOO::
    ::YAHOO::
    ::GOOGLE::
    ::SUARA MAHASISWA::
    ::IDEALIS MAHASISWA::
    ::SYEIKH QARDAWI::
    ::HARUN YAHYA::
    :: CURRENT RULING PARTY::
    ::OPOSISI::
    ::BLOGGER::
    ::IYC::
    ::Palestin info::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA TEMPATAN
    ::UTUSAN MALAYSIA::
    ::BERITA HARIAN::
    ::NEW STRAITS TIMES::
    ::THE SUN::
    ::HARIAN METRO::
    ::THE STAR::
    ::HARAKAH::
    ::MALAYSIAKINI::
    ::MALAYSIA TODAY::
    ::SIN CHEW::
    ::FREE ANWAR::
    ::BERNAMA::
    Image Hosted by ImageShack.us
    BADAN BUKAN KERAJAAN MALAYSIA(NG0)
    ::PKPIM::
    ::ABIM::
    ::PUM::
    ::JIM::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA ANTARABANGSA
    ::AL JAZEERA::
    ::TURKI NEWS::
    ::CNN::
    ::BBC::
    ::TIME MAGAZINE::
    ::WORLD NEWS::
    ::ASIA DAILY::
    ::NEW YORK TIMES::
    ::CHINA DAILY::
    ::ARAB WORLD NEWS::
    ::MUSLIMEDIA::
    ::ECONOMIST::
    ::FEER::
    ::DAILY MIRROR::
    ::DAILY EXPRESS::
    ::THE SUN UK::
    ::PHILIPINE NEWS::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA INDONESIA
    ::THE JAKARTA POST::
    ::JAWA POST::
    ::KOMPAS::
    ::HARIANASIB::
    ::ACEH KITA::
    ::DETIK::
    ::ERA MUSLIM::
    ::ENDONESIA::
    ::REPUBLIKA::
    ::MODUS::
    ::GATRA::
    ::SABILI::

    * TAQWIM*

    Image Hosted by ImageShack.us

    * WAKTU SOLAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    Image Hosted by ImageShack.us

    * PULAUKAN *

    Image Hosted by ImageShack.us
    Sesungguhnya negara ini telah banyak meminum darah dan air mata orang Islam.Mereka tidak akan redha sehinggalah kita umat Islam mengikuti mereka sebagai contoh terbaik
    Image Hosted by ImageShack.us

    *PELAWAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    (C)COPYRIGHT RESERVED HAK CIPTA TERPELIHARA TAJAM FIKIR 2005
    free hit counter
    Free Hit Counter

    * Friday, August 03, 2007 *

    Ayuh Mahasiswa Perangi Gejala Rasuah


    Image Hosted by ImageShack.us
    Gambar ketika perasmian konvensyen oleh Ketua Pengarah BPR Dato' Ahmad Said (tengah) kanan sekali Presiden PKPIM Sdr Hilmi Ramli


    Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia mengucapkan tahniah kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana telah berjaya menganjurkan Konvensyen Pencegahan Rasuah Rakan Muda IPT 2007 pada 8 hingga 10 Julai yang lepas bertempat di Pulau Pangkor Perak Darul Ridzuan. Penganjuran konvensyen tersebut yang melibatkan penyertaan mahasiswa-mahasiswi institut pengajian tinggi merupakan yang pertama kali diadakan oleh BPR sendiri dan amat penting bagi memupuk kesedaran dikalangan generasi muda bagi memahami bahaya gejala rasuah serta implikasi buruknya kepada pembentukan bangsa dan pembangunan negara.

    Sudah tentu satu kajian yang diperolehi oleh Institut Integriti Malaysia (IIM) yang telah dilaporkan oleh Berita Harian pada 29 Jun 2005, bahawa 31 peratus pelajar IPTA sanggup untuk menerima rasuah sekiranya mereka mempunyai kuasa dan peluang adalah amat membimbangkan kerana ianya mencerminkan tentang sikap generasi muda sekarang yang longgar kefahaman berkenaan keburukan rasuah serta bersikap simplistik sehingga sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengamalkan rasuah asalkan sesuatu tujuan tercapai.

    Berdasarkan kepada kajian di atas PKPIM berpandangan bagi melahirkan generasi muda yang bersih daripada gejala rasuah, pengukuhan kefahaman mendalam mengenai agama perlu diberi penekanan. Di dalam hal ini, Islam jelas melarang gejala rasuah seperti mana firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud:

    “ Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan batil, dan janganlah kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orasng yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”.

    Larangan amalan rasuah juga turut disebut di dalam hadith Nabi Muhammad S.A.W sendiri, “ Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya” ( Riwayat Ahmad).

    Kesedaran dalam beragama mampu untuk mencegah seseorang daripada melakukan rasuah jikalau penghayatan keagamaan dan keilmuan sentiasa dibugarkan.

    Rasuah perlu dilihat sebagai dosa yang berangkai, pertamanya kepada Allah, keduanya kepada diri sendiri, kerana makan sumber yang haram dan yang ketiga kepada orang lain yang terlibat di dalam rasuah samaada melalui pengainayaan, penindasan dan lain-lain.

    Kesedaran bahawa agama sangat berperanan dalam membantu mencegah gejala rasuah juga turut diakui oleh satu jurnal antarabangsa, Foreign Affairs edisi Mei/Jun 2006 yang menyebut “ there is the cultural dimension of anti- corruption, which involves transmitting positive values and norms that can strengthen the enforcement, prevention and state building measures”.

    Justeru nilai-nilai dan norma positif (positive values and norms) yang disebut oleh jurnal tersebut mengungkapkan peranan penting agama di dalam mencegah amalan rasuah.
    Modul pendidikan melalui kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Badan Pencegah Rasuah, Institut Integriti Malaysia dan lain-lain pihak amat perlu dihasilkan bagi memupuk kesedaran awal terhadap bahaya amalan rasuah kepada pelajar-pelajar di sekolah dan di institut pengajian tinggi.

    PKPIM juga melihat keperluan dianjurkan penerangan dan kempen anti rasuah kepada mahasiswa-mahasiswi yang akan menamatkan pengajian mereka di IPT sebagai salah satu langkah awal untuk membentuk integriti mereka sebelum memasuki alam pekerjaan. Usaha ini boleh dilakukan melui kerjasama pihak universiti melalui bahagian alumni dan BPR sendiri. PKPIM menyeru agar contoh tauladan yang baik perlu ditunjukkan kepada generasi muda supaya tidak mengamalkan rasuah.

    Kepimpinan di seluruh peringkat sama ada negara, masyarakat, dan organisasi terutamanya harus merdeka daipada gejala rasuah, sekaligus memberikan kesan positif kepada pembentukan generasi muda. Nilai niat dan keikhlasan untuk membasmi rasuah amat penting ke arah perlaksanaan usaha-usaha bagi membanteras gejala tersebut bagi melahirkan insan dan generasi yang mempunyai nilai integriti yang terpancar kekuatan integritinya dari dalam diri melalui kekuatan jati diri dan diluar diri melalui, pengamalan sahsiah murni yang menyeluruh.

    Usaha untuk melahirkan insan berintegriti ini adalah selari dengan cabaran keempat Wawasan 2020, iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti. Justeru usaha yang telah dilakukan oleh BPR ini harus diberikan pujian dan sokongan. PKPIM berharap agar penganjuran ataupun kempen menanam kesedaran membenci rasuah ini amat perlu dikembangkan kepada seluruh kelompok generasi muda, yang merangkumi pelajar sekolah, mahasiswa IPT, golongan belia dan lain-lain

    M/t:Artikel ini telah disiarkan oleh Akhbar Siasah m/s 46 pada edisi bulan julai 2007


    Penulis merupakan Pengerusi Jawatankuasa Dokumentasi Konvensyen Pencegahan


    Rakan Muda IPT


    Sebahagian gambar-gambar konvensyen:







    Image Hosted by ImageShack.us





















    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 1:29 AM

    * * * * * * * * *

    * Wednesday, July 19, 2006 *

    AYUH BERSAMA PERTAHANKAN ISLAM !


    ASSALAMUALAIKUM W.B.H

    Menemui saudaraku, didoakan agar anda sentiasa di dalam rahmat Allah s.w.t.
    Adalah diharapkan agar anda dapat meluangkan masa untuk membaca warkah ini dan kemudian merenung, memahami serta jika berkesempatan menyampaikan isi kandunganya kepada umum.

    Image Hosted by ImageShack.us

    Islam itu tinggi dan suaranya lantang kedengaran - Hakim Mohd Nor

    Wahai saudaraku,
    Sekitar tahun 1950-an, Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) pernah menyaksikan perjuangan orang Islam di dalam membela kesucian akidah seorang gadis belasan tahun (In-Re Maria Huberdina Hertogh-Natrah) yang baru memeluk agama Islam daripada usaha untuk dimurtadkan.Perjuangan yang pasti akan dikenang di dalam lipatan sejarah tersebut telah menyaksikan orang Islam di seluruh Tanah Melayu dan Singapura bangun bersatu tanpa mengira perbezaan bangsa, darjat mahupun pegangan ideologi politik masing-masing demi membela kesucian agama Islam sehingga berlakunya pertumpahan darah di luar perkarangan Mahkamah lama di Singapura.

    Selepas merdeka cabaran yang dihadapi oleh Agama Islam di Negara kita terus sengit. Islam pada hari ini sentiasa dicabar, diserang serta diperlekeh kedaulatanya daripada semua sudut oleh pelbagai golongan anti-Islam dan penganut agama Islam yang goyah kefahamanya terhadap Islam tidak terkecuali di dalam soal murtad. Sejak negara kita mencapai kemerdekaan, Institusi kehakiman tidak pernah sunyi daripada tuntutan-tuntutan untuk menukar pegangan agama Islam kepada agama-agama lain. Di dalam rekod perundangan Malaysia tercatat kes-kes seperti Daud Bin Mamat , Jamaluddin Bin Othman, Kamariah Ali, Dhalip Kaur, Soon Singh, Aishah Bukhari, Mohamad Said Nabi dan ramai lagi yang menunjukkan kepada kita, betapa besarnya gejala sedemikian.

    Wahai saudaraku,
    Kenyataan yang dibuat oleh Mufti Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Dato’ Seri Harussani Zakaria mengenai bilangan orang murtad di Malaysia yang sudah mencecah ke angka 100,000 harus direnung dengan penuh keinsafan. Soal sama ada angka tersebut tepat atau sebaliknya tidak perlu menjadi punca perbalahan, kerana masalah orang murtad sudah semakin membarah. Ketelusan mufti di dalam perkara di atas tidak harus dipersoalkan kerana sudah menjadi tugas para mufti untuk menasihati Raja-raja melayu di dalam hal-ehwal agama Islam. Jikalau dahulu amukan orang Melayu akan tercetus apabila satu orang Islam murtad, maka kita tanya diri sendiri, apakah perasaan dan tindakan kita apabila menatap berita di dada akhbar mengenai kes-kes murtad yang semakin banyak berlaku.

    Terbaru, perasaan umat Islam dan kedaulatan Agama Islam dirobek lagi dengan kes permohonan untuk membuang perkataan Islam di dalam kad pengenalan seorang warganegara Malaysia berketurunan Melayu dan beragama Islam yang bernama Azlina Bt Jelani. Beliau yang telah mengaku murtad kini menggunakan nama Lina Joy. Kes beliau ini akan didengar di peringkat mahkamah persekutuan dan dijangka akan diputuskan pada awal bulan ogos pada tahun ini.

    Image Hosted by ImageShack.us

    Medan pertempuran penghujahan

    Wahai saudaraku,
    Marilah kita semua berdoa kepada Allah s.w.t agar panel hakim-hakim yang mendengar kes ini diberikan hidayah dan kekuatan untuk terus mempertahankan kedudukan agama Islam dan keluhuran perlembagaan persekutuan. Jika tidak, maka kita akan menyaksikan keruntuhan besar benteng pertahanan Islam di dalam sistem perundangan Malaysia. Kedudukan istimewa agama Islam di dalam perkara 3 Perlembagaan Persekutuan sebagai agama persekutuan akan terhakis, begitu juga dengan perkara 121 (1A) mengenai bidang kuasa mahkamah Syariah sebagai forum memutuskan kes-kes murtad juga akan terjejas, perkara 11(4) untuk menyekat dakyah agama lain kepada penganut Islam sudah tidak bermakana lagi jika kes Lina Joy dibenarkan, dan yang paling menyedihkan peruntukan istimewa perkara 160 yang menafsirkan Orang Melayu sebagai beragama Islam, berketurunan Melayu,mengamalkan budaya Melayu dan bercakap Melayu perlu dipinda, bagi memasukan peruntukan bahawa Orang Melayu juga boleh beragama selain Islam.. Nauzubillah…

    Wahai saudaraku,
    Berpeganglah bahawa Islam itu melangkaui batas definisi Undang-undang. Islam adalah identiti bangsa Melayu di Malaysia. Sejak Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka diruntuhkan oleh bangsa penjajah, Orang Melayu terus nekad dan istiqomah mempertahankan kekuatan akidah mereka walaupun kuasa kristian menjajah selama lebih 500 tahun.

    Wahai saudaraku,
    Apakah anda rela melihat Umat Islam pada masa akan datang tergugat daripada segi pegangan akidahnya dan hidup di Negara sendiri bagai melukut di tepi gantan. Harus diingat, keadaan dunia sekarang sudah kembali kepada era penjajahan, kejatuhan negara-negara Islam seperti Iraq dan Afghanistan memungkinkan pemurtadan berleluasa umat Islam di negara-negara terbabit berlaku.

    Wahai saudaraku,
    Aku percaya ibu-bapa Lina Joy , Aishah Bukhari, bahkan mana-mana ibu –bapa jua pun pasti tidak sanggup melihat anak-anak yang lahir hasil daripada pengorbanan dan kasih-sayang mereka semenjak kecil memungkiri segala ajaran agama yang telah diberikan. Tiada ibu-bapa yang sanggup melihat anak-anak yang dibesarkan dengan penuh pengharapan umpama menatang minyak yang penuh, di didik dengan pengajian Al-Quran di awal usia, diberikan pendidikan agama di sekolah dan universiti, di ajar dengan adab dan akhlaq di dalam pergaulan akhirnya menidakkan kewujudan Allah S.W.T sebagai satu-satunya tuhan yang patut disembah, dan Muhammad S.A.W sebagai rasulnya.
    Tiada seorang pun di antara kita yang sanggup melihat sesorang yang rapat sama ada mempunyai petalian darah ataupun tidak , baik ibu-bapa, anak, abang,kakak adik, ataupun sahabat akhirnya memilih untuk derhaka kepada Penciptanya.

    Wahai saudaraku,
    Tiupkanlah ruh dan kesedaran perjuangan di dalam dirimu, mantapkanlah ilmu di dadamu buat menagkis segala serangan musuh-musuh Islam untuk mencabut akar akidahmu dan keluaraga mu.Infaqkanlah harta mu untuk perjuangan membela kedaulatan dan kesucian Islam dan akhirnya berserahlah kepada Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, melalui pengaduan doa dengan penuh khusyuk. Janganlah sekali-kali lupa bahawa Dialah sebaik-baik tempat mengadu dan meminta pertolongan, mudah-mudahan Allah selamatkan umat Islam seluruhnya daripada sebarang kecelakaan dan musibah.

    Tajam fikir, Anjung rahmat,Gombak...




    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 8:40 PM

    * * * * * * * * *

    * Sunday, July 09, 2006 *

    WORLD WAR 4- TOGETHER WE BRING END TO IT

    Pelancaran peluru berpandu jenis Taepodong-2 oleh Korea Utara, di dalam siri ujian peluru berpandunya baru-baru ini terus menyemarakan lagi konflik senjata nuklear antarabangsa.Ini ditambah dengan kenyataan angkuh Pyongyang yang mengancam akan mengambil tindakan ketenteraan kepada mana-mana Negara yang berusaha di dalam memberikan tekanan kepada Negara Komunis itu untuk memberhentikan siri ujian peluru berpandunya.Menurut fakta yang diperolehi daripada Kementerian Luar Korea Utara, peluru berpandu jenis Taepodong-2 tersebut mampu memusnahkan sasaran pada jarak jauh, ini termasuk kemampuanya memusnahkan Alaska, Hawai dan wilayah Amerika Syarikat.

    Image Hosted by ImageShack.us

    PUSAT PERANCANG PERANG DUNIA KE -4.

    Tindakan berani Korea Utara tersebut jelas mengundang kebimbangan seluruh dunia terutamanya Amerika Syarikat terhadap keselamatan wilayahnya. Namun reaksi Negara Uncle Sam tersebut terhadap Korea Utara tidak terlalu menunjukan kebimbanganya bahkan lebih lembut dan berbeza dengan tindakan yang diambil terhadap Afghanistan, Iraq dan terbaru Iran.Di dalam hal Korea Utara, Amerika Syarikat masih percaya dan menghormati terhadap sebarang keputusan majlis keselamatan Pertubuhan bangsa-bangsa bersatu di dalam menangani isu sedemikian.

    Berkemungkinan kenyataan Presiden George W. Bush di bawah dapat menjelaskan rasional tindakan lembut Amerika Syarikat terhadap Korea Utara berbanding tindakan ganas mereka terhadap Afghanistan,Iraq dan ancaman ketenteraan terhadap Iran.

    The 20th century witnessed the triumph of freedom over the treats of fascism and communism. Yet a new totalitarian ideology now threatens, an ideology grounded not in secular philosophy but in the perversion of proud religion. Its content may be different from the ideologies of the last centuries, but it means are similar: intolerance, murder, terror, enslavement and repression. – March, 2006, the National Security Strategy of the United States of America

    Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden perang ini membuktikan bahawa kempen memerangi keganasan yang ditaja Amerika Syarikat, termasuk pemusnahan senjata biologi dan nuklear berbahaya ataupun lebih dikenali dengan Weapons mass destruction(WMD) adalah terarah kepada sesetengah Negara dan lebih sekadar kosmetik untuk menghalalkan tindakan ketenteraan terhadap Afghanistan dan Iraq.Kenyataan di atas juga memperlihatkan Presiden perang ini melabelkan Islam sebagai musuh utama yang perlu diperangi Amerika Syarikat selepas Komunisme dan Fascisme.

    Max Boot di dalam The Weekly Standard pada 5, Mei 2003 menyebut:

    We have already vanquished Nazism and Communism; only one of the twentieth century’s evil ideologies-fascism, this time in its Islamic variant-remains to be defeated for liberalism to breathe easier. Victory is almost in sight. We ought not to return to passivity now.

    Kenyataan yang dibuat oleh Max Boot telah memperlihatkan nafsu serakah Amerika Syarikat untuk meneruskan tradisi imperialisme negara-negara barat. Misi-misi kosmetik yang dirangka seperti ke arah pendemokrasian Iraq dan Afghanistan adalah strategi baru Amerika syarikat untuk menjajah Negara-negara Islam, daripada semua aspek termasuk politik,ekonomi,sosial dan lain-lain.
    Persedian misi penjajahan ini telah lama dirancang oleh Amerika Syarikat.Tragedi 11 September 2001 dan lain-lain strategi propaganda perang yang dimainkan media telah digunakan sepenuhnya untuk menghalalkan tindakan peperangan ke atas Afghanistan dan Iraq serta bagi mengaut kekayaan Negara-negara yang diserang.Kekayaan simpanan minyak Iraq dan kepentingan wilayah Afganistan bagi laluan pembinaan saluran paip minyak merentasi Negara-negara bekas jajahan kesatuan soviet menjustifikasikan penaklukan dilakukan.

    Menyedari akan perancangan yang telah dilakukan oleh kumpulan neo-American- zionisme- ini, maka satu inisiatif telah dilakukan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad melalui Yayasan Kepimpinan Perdana untuk menganjurkan Global Peace Public Forum, atupun Forum Awam Keamanan Global. Forum yang dihadiri oleh tokoh-tokoh terkemuka di dalam pelbagai bidang seperti undang-undang antarabangsa, polisi politik antarabangsa, kimia dan nuklear serta kehadiran dua bekas timbalan setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini berperanan besar di dalam membincangkan perancangan Amerika dan Zionis untuk menguasai dunia.

    Image Hosted by ImageShack.us

    LOGO YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA


    Menurut bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad,Mr Mathias Cheng, perancangan yang dibuat oleh golongan Amerika-Zionis ini untuk menguasai Negara-negara Islam terutamanya Negara-negara di Asia Barat telah lama dirancang. Ini termasuklah peranan yang telah dimainkan oleh Media-media di Amerika Syarikat seperti Fox TV, CNN dan lain-lain yang melabelkan kempen penaklukan tersebut sebagai Perang Dunia ke 4 atau World War 4. Jikalau perang dunia pertama dan kedua menyaksikan Amerika Syarikat sebagai jaguh kebebasan dan demokrasi melancarkan perang kepada fahaman Fascisme dan Nazisme, perang dingin melibatkan pertempuran dengan Komunisme, maka kenyataan Bush di atas memperlihatkan pentadbiran beliau kini adalah untuk melancarkan peperangan ke atas Islam .

    Penerbitan beberapa buah buku di Amerika Syarikat seperti Unfinished Business, Another Bloody Century,Jewish Century, An End to Evil dan lain-lain adalah sebahagian daripada kronologi perancangan golongan Neo-Amerika-Zionis untuk memburukan Islam dan seterusnya menghalalkan peperangan ke atas Negara- Negara Islam.

    Apa yang lebih merisaukan komuniti antarabangsa, strategi peperangan dunia ke 4 ini juga lebih zalim daripada siri-siri peperangan sebelumnya. Kekerapan pentagon untuk menggunakan peluru berpandu kimia dan kemudianya mensasarkan ke beberapa lokasi orang awam adalah bertujuan untuk memusnahakan penduduk di sebuah Negara yang ditakluki di samping menjejaskan alam sekitar Negara yang diserang.
    Kawasan tadahan air, tanah dan udara yang telah tercemar memungkinkan penularan pelbagai penyakit akibat radiasi daripada senjata-senjata yang digunakan. Akibatnya kelahiran bayi cacat fizikal dan mental banyak berlaku.

    Menyedari akan bencana sedemikian, maka seluruh komuniti antarabangsa harus terlibat di dalam usaha untuk menghentikan misi peperangan ini. Propaganda perang yang sedang rancak dijalankan harus ditangani dengan pelbagai kempen untuk menjelaskan setiap isu ini kepada orang ramai.

    Penganjuran Global Peace Forum oleh Yayasan Kepimpinan Perdana harus dicontohi dan diberikan publisiti secara meluas oleh media bagi meningkatakan kesedaran di kalangan orang ramai terhadap peperangan sedemikian.

    Sikap membisu Pengerusi OIC terhadap pelbagai isu yang melibatkan survival orang Islam diperingkat antarabangsa dan tempatan harus tidak sampai menjejaskan semangat dan inisiatif pelbagai pihak untuk menjana pembentukan minda madani orang ramai.

    Polisi luar Amerika Syarikat yang kononya pro demokrasi sudah tidak relevan untuk dicontohi kerana ianya lebih banyak merosakkan daripada memperjuangkan keamanan sejagat. Sikap Amerika syarikat untuk berdiam diri serta menghalang sebarang resolusi bagi mengutuk tindakan pencerobohan Israel ke atas Negara palestin melalui kuasa vetonya adalah satu jenayah dan konspirasi kepada pencabulan kedaulatan sesebuah Negara.

    Sesunguhnya setiap golongan harus berusaha serta wajib untuk memelihara keamanan sejagat bagi menghentikan perang dunia ke 4 ini mengikut kemampuan masing.

    Tajam Fikir,
    10/7/2006,
    Lab Law IIUM.





    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 11:40 PM

    * * * * * * * * *

    * Wednesday, June 07, 2006 *

    PERANG DUNIA KE 4 (WORLD WAR IV).BAHAGIAN PERTAMA


    Image Hosted by ImageShack.us

    Bersediakah kita......
    Istilah perang seringkali ditakrifkan sebagai satu perkelahian atau pertempuran yang menggunakan senjata melibatkan dua pihak ataupun lebih.Ianya juga ditakrifkan sebagai perbuatan beradu tenaga,pergaduhan, dan salah satu kaedah perjuangan di dalam memperjuangkan sesuatu.

    Kedua-dua takrifan di atas lahir daripada pengalaman manusia yang terakam kemas melalui pengalaman,peristiwa dan akhirnya membentuk sejarah.Jikalau ditelusuri peristiwa perang dunia pertama dan kedua ianya jelas memberi kesan yang amat mendalam kepada peradaban dunia amnya dan negara-negara yang terlibat di dalam peperangan tersebut khususnya.
    Pertempuran sengit akibat nafsu imperialisma ini jelas membawa kepada kemusnahan dan mengakibatkan penderitaan yang amat pedih.Pembunuhan beramai-ramai ke atas orang awam(genocide), kemusnahan infrastuktur sesebuah negara,kebuluran yang melampau, pembangunan teknologi persenjataan termasuk penghasilan bom atom,penjanaan unsur-unsur plutonium dan uranium di dalam menghasilkan bom nuklear adalah contoh-contoh kesan akibat daripada peperangan dunia pertama dan kedua.
    Selepas mengalami pengalaman yang dashyat, masyarakat dunia mula mengimpikan keamanan dan kedamaian di dalam hidup mereka.Keinginan mereka ini dimanifestasikan dengan penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) yang diantara tujuan penubuhannya berperanan sebagai sebuah badan bebas bagi menyelesaikan konflik-konflik antarabangsa.
    Namun kewujudan PBB, tidak mampu menghalang segelintir negara-negara kuasa dunia untuk melancarkan Perang Dunia Ketiga ataupun lebih dikenali sebagai Perang Dingin(Cold War) daripada berlaku.Sekali lagi kesan-kesan daripada peperangan tersebut mengakibatkan penderitaan terhadap majoriti penduduk dunia.Namun perang dingin yang telah berlaku di dalam tempoh lebih kurang 40 tahun, sehinga kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1990 lebih memperlihatkan pertempuran strategi dan perang saraf bagi mendaulatkan ideologi kapitalis yang dipelopori oleh Amerika Syarikat dan negara-negara eropah barat menentang ideologi komunis oleh Kesatuan Soviet dan negara-negara eropah timur dan lain-lain negara komunis.Faktor dominan yang mencorakkan perang dingin ini ialah kekuatan di dalam menghadapi perang propaganda bagi mendaulatkan ideologi politik negara masing-masing.Berbeza dengan peperangan dunia pertama dan kedua yang melibatkan pertempuran ketenteraan yang besar,perang dingin memperlihatkan skop pertempuran yang lebih luas tanpa terhad kepada pertempuran senjata sahaja.Ini termasuklah perlumbaan teknologi angkasa lepas, pembangunan persenjataan, pembinaan maklumat risikkan,penghasilan karya-karya seni termasuk filem-filem propaganda dan lain-lain lagi.
    Ternyata definisi perang ketika berlakunya perang dingin mencakupi perang propaganda yang amat penting di dalam menentukan kejayaan peperangan persenjataan.
    Bersambung.......
    TAJAMFIKIR,
    LAB LAW IIUM.....


    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 10:07 PM

    * * * * * * * * *

    * Wednesday, April 26, 2006 *

    Surat Terbuka Tun Dr.Mahathir mengenai Jambatan Bengkok.

    Artikel ini saya dapati di dalam email saya, dan saya percaya secara "Bonafide" bahawa ianya akan memberikan manafaat buat pembaca sekalian.Justeru saya menyiarkannya di dalam blog ini buat tatapan dan renungan pembaca khususnya.


    Image Hosted by ImageShack.us

    TINGGAL KENANGAN(MODEL JAMBATAN INDAH).


    Surat Terbuka Tun Dr. Mahathir mengenai Jambatan Bengkok


    Oleh YBhg Tun Dr. Mahathir Mohamad :

    Saya menulis surat terbuka ini sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan negara untuk sesiapa saja yang ingin membacanya.

    Fakta-fakta yang terkandung dalam surat ini perlu saya hebahkan dengan cara ini kerana pada akhir-akhir ini tidak banyak lagi kenyataan saya yang disiarkan, sama ada oleh media massa elektronik atau cetak, walaupun mereka menghantar wakil untuk menghadiri sidang akhbar saya.

    Mengenai isu di atas, saya telah menyatakan pandangan saya iaitu Kerajaan Malaysia telah gagal mempertahankan kedaulatan negara. Akibat daripada itu negara mengalami kerugian berbilion ringgit. Wang ini adalah wang rakyat.

    Saya juga mahu rakyat faham sikap dan tindak-tanduk Kerajaan Singapura serta dakwaan Kerajaan Malaysia yang ia memberhentikan pembinaan jambatan itu kerana isu undang-undang dan kerana sentimen rakyat yang tidak sanggup menyerahkan ruang udara serta penjualan pasir kepada Singapura, dan ini disalahertikan secara sengaja bahawa rakyat tidak mahu jambatan. Rakyat mahu jambatan tetapi menolak syarat Singapura, kerana ia tidak berasas dan bukan hak Singapura.


    Singapura sangat gemar mencetak surat-menyurat antara pemimpinnya dengan pemimpin Malaysia dengan tujuan membuktikan yang ia di pihak yang benar.

    Kerajaan Malaysia sekarang percaya bahawa dengan tidak menyanggah kempen memutarbelitkan oleh Singapura, masalah yang dihadapi akan selesai dengan sendirinya. Tetapi ini angan-angan yang tidak akan jadi kenyataan.

    Di dalam amalan diplomatik, surat-surat yang ditulis oleh suatu pihak dengan memetik persetujuan-persetujuan lisan yang kononnya dicapai di dalam rundingan tidak rasmi di kalangan pemimpin, adalah tidak sah.

    Untuk menjadikan ianya sah, rundingan hendaklah dicatat dan dirakam dengan sempurna, disahkan dan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak. Kenyataan yang dibuat di dalam sidang akhbar oleh salah satu pihak tanpa pengesahan pihak satu lagi juga adalah tidak sah.

    Encik Lee Kuan Yew, ketika dia menjadi Menteri Kanan Singapura, sangat gemar meminta diadakan pertemuan empat mata tanpa agenda yang sempurna dan kemudian merakamkan hasil pertemuan itu di dalam suratnya sendiri kepada pihak ketiga. (Sila Rujuk Apendiks 1)


    Berdasarkan surat-surat itu juga, dia harap rakan sejawatnya akan menyetujui kandungannya dan oleh yang demikian terikat dengan kandungan surat-surat itu. Dia tidak mengambil kira jika catatannya tidak dianggap tepat dan tidak disahkan.

    Saya menganggap apa-apa pun yang tidak menepati amalan diplomatik sebagai tidak sah. Tanggapan beliau adalah tanggapan beliau sahaja, tidak Iebih dan tidak kurang. Tindakannya mencetak surat-suratnya sebagai bukti bahawa saya telah bersetuju tidak bermakna sama sekali. Hanya jika saya membalas surat itu dan mengesahkan perkara-perkara tertentu, barulah perkara-perkara berkenaan boleh dianggap benar. Tetapi sama ada ia sah dan kita terikat dengannya, bergantung pada pengesahan dan persetujuan kedua-dua belah pihak, secara rasmi.

    Berdolak-dalik mengenai apa yang disebut pakej dan ketidakmampuan mencapai sebarang persetujuan adalah kerana kelulusan yang berasaskan pakej tidak praktikal. Jika persetujuan tidak boleh dicapai mengenai mana-mana satu perkara maka persetujuan tidak boleh dicapai bagi semua perkara dalam pakej itu.

    Atas sebab inilah yang saya mencadangkan dan Encik Goh Chok Tong bersetuju iaitu kita menyelesaikan perkara demi perkara secara berasingan. Ini siperakukan dan diterima oleh Encik Goh Chok Tong selaku Perdana Menteri melalui surat bertarikh Oktober 14 2002 yang antara lain menyebut. (Sila Rujuk Apendiks 2)


    Pada penghujung pertemuan (di Hanoi) anda berkata kita perlu mencuba menyelesaikan isu air, lagi cepat lagi baik. Saya bersetuju....

    Tetapi di dalam surat yang sama, Encik Goh Chok Tong berkata;

    Oleh yang demikian, saya tidak menjangka menerima surat anda bertarikh 7 hb Oktober pada l0 hb Oktober di mana anda menyatakan Malaysia telah memutuskan untuk tidak meneruskan pendekatan pakej……

    JAMBATAN .


    Setelah menolak pendekatan pakej, saya membuat jangkaan yang isu pembinaan jambatan tidak akan dikaitkan dengan sebarang isu lain. Saya menaruh harapan yang sangat tinggi apabila isu pembinaan jambatan disebutkan di dalam surat-surat Menteri Kanan Lee Kuan Yew dan Perdana Menteri Goh Chok Tong.

    Dalam sepucuk surat kepada Tun Daim Zainuddin, Lee berkata.(Sila Rujuk Apendiks 1 perenggan 6)


    Mengenai cadangan Mahathir membina Jambatan Tambak, Perdana Menteri saya (Goh) bersetuju dengannya tetapi mencadangkan agar kita tidak merobohkan Tambak Johor.

    Nampaknya rakyat Singapura lebih menyetujui jika kedua-dua jambatan baru dan Tambak Johor ada. Ini tentulah tidak masuk akal kerana cadangan pembinaan jambatan baru adalah bertujuan membuka laluan di antara kedua-dua belah di Selat Tebrau supaya air boleh mengalir tanpa sekatan. Ia bukan bertujuan menambah kapasiti hubungan antara Singapura dan Johor. Jika ini berlaku, ia hanyalah satu kebetulan.

    Satu lagi hujah menarik Encik Lee ialah (sekiranya Singapura bersetuju dengan pembinaan jambatan itu) ;

    Singapura akan menambak laut di sebelah wilayahnya hingga ke sempadan dengan Malaysia.” ( surat Menteri Kanan Lee kepada Dr Mahathir bertarikh Sept 8, 2001).(Sila Rujuk Apendiks 3 )



    Sempadan antara Singapura dan Malaysia di Selat Tebrau adalah dasar laut yang paling dalam. Bagaimanapun, bagi Tambak Johor sempadannya adalah di tengah-tengah jambatan. Jika Singapura menambak laut di sebelah wilayahnya sehingga ke sempadan, ia bererti hanya laut di sebelah Malaysia akan kekal. Jadi apa halnya dengan konsep sempadan berasaskan dasar laut paling dalam? Dalam surat yang sama kepada Daim , Menteri Kanan Lee berkata..(Sila Rujuk Apendiks 1 perenggan 12)


    Saya sentiasa memaklumkan inisiatif saya kepada Perdana Menteri saya. Dia (Perdana Menteri Goh) bagaimanapun, berkata dia menyerahkan hal ini kepada saya sehingga peringkat akhir apabila dia akan mengkajinya dengan teliti sebelum memberi sebarang persetujuan.

    Menteri Kanan Lee juga menulis di dalam perenggan 12 surat berkenaan; semua nota atau surat yang saya hantar kepada anda dan kepada Mahathir dan sebaliknya perlulah dianggap sebagai Tanpa Prejudis (Without Prejudice) iaitu tidak akan ada sebarang perjanjian sehingga semua perkara dipersetujui dan ditandatangani oleh kedua-dua Perdana Menteri.

    Jelas bahawa Menteri Kanan Lee tidak diberi kuasa untuk memutuskan apa-apa kerana beliau perlu memaklumkannya kepada Perdana Menteri Goh untuk dikaji sebelum dipersetujui. Jika tidak, maka tidak akan ada sebarang persetujuan mengenai semua perkara sehinggalah diperakui dan ditandatangani oleh kedua-dua Perdana Menteri.

    Dalam jawapan kepada cadangan saya agar terminal Keretapi Tanah Melayu dibina di Johor Baru, Menteri Kanan Lee, melalui surat bertarikh 10 Disember 2001 berkata;.(Sila Rujuk Apendiks 4 perenggan 10)


    Saya harap anda juga akan menimbangkan kepentingan jangka panjang dan nilai perkhidmatan KTM. Sejak tahun 1923 kereta api merupakan perhubungan yang sangat berharga.Saya rasa mengekalkan hubungan kereta api antara Kuala Lumpur dan Singapura menguntungkan kedua-dua buah Negara.Bagaimanapun, oleh sebab KTM milik negara anda, Singapura akan mematuhi keputusan anda.


    Dalam surat ini, Menteri Kanan Lee berikrar mematuhi keputusan saya. Namun beliau boleh juga berkata Perdana Menteri Goh tidak bersetuju dan segala surat-menyurat kami adalah tanpa prejudis.

    Namun begitu, apabila beliau atau Perdana Menteri Goh Chok Tong dan saya sendiri menurunkan pandangan-pandangan kami dalam bentuk tulisan, ia menggambarkan apa yang kami fikirkan. Tetapi oleh sebab ia dilakukan tanpa prejudis, kami tidak terikat dengan apa yang kami katakan.

    Justeru itu, tidak timbul persoalan berdolak-dalik atau memindahkan tiang gol. Kedudukan tiang gol belum diputuskan. OIeh sebab apa yang dilakukan itu berasaskan konsep tanpa prejudis, maka ia tidak Iebih daripada cadangan sahaja.

    Dalam surat bertarikh 11 April 2002 Perdana Menteri Goh menyebut;.(Sila Rujuk Apendiks 5)


    Saya sekarang memutuskan untuk mengendalikan sendiri perbincangan kita mengenai pakej dua hala.

    Sekarang barulah seorang yang berkuasa bercakap (bagi pihak Singapura).

    Di dalam apa yang boleh dianggap sebagai komitmen mutakhir, Perdana Menteri Goh menulis (kepada saya):

    Di antara sebuah jambatan baru bagi menggantikan keseluruhan Tambak, dan yang menggantikan hanya bahagian di sebelah Malaysia, saya lebih suka kepada pilihan pertama.
    Sebaik sahaja jambatan baru siap, Tambak bolehlah dirobohkan, yang mana saya gembira jika dilakukan selepas tahun 2007.
    Tetapi sekiranya anda mahu menggantikan Tambak di sebelah negara anda dengan sebuah jambatan dengan serta-merta, saya akan menyetujuinya, walaupun pada pendapat saya ini tidaklah ideal.


    Apakah kesimpulan yang boleh kita buat kepada kenyataan ini? Tidak pun disebut mengenai pasir dari Malaysia dan pembukaan ruang udara kepada kapal terbang tentera Singapura. Juga tidak disebutkan tentang nostalgia, hanya keutamaan supaya Tambak dirobohkan selepas tahun 2007.

    Sekarang dihujahkan pula bahawa jika Malaysia sentuh paip yang membawa air ke Singapura, ia adalah tindakan perang (act of war). Adakah ini perisytiharan perang?

    Peruntukan Wayleave Agreement dengan Singapura cukup jelas. Berikut adalah apa yang dipersetujui mengenai paip air;

    That the Licensee (Singapore) shall take full responsibility financially or otherwise for any alteration to the pipeline that may become necessary by reason of any alterations or improvements made or to be made on the Johor Causeway and on receiving not less than six months previous notice in writing from the Licensors (Malaysia) shall thereupon carry out the alteration in accordance with such notice and shall have no claim for any compensation.


    Terjemahanya: Bahawa Pemegang Lesen (Singapura) akan mengambil sepenuh tanggungjawab kewangan atau sebaliknya bagi sebarang pindaan kepada saluran paip apabila ia diperlukan untuk sebarang pengubahsuaian atau pembaikan atau yang diperlukan di Tambak sebelah negeri Johor dan apabila menerima notis bertulis enam bulan sebelumnya daripada Pelesen (Malaysia) akan melakukan pengubahsuaian itu seperti yang disebutkan di dalam notis tanpa sebarang tuntutan ganti rugi.


    Perjanjian itu tidak menyebut mengenai hak Pemegang Lesen (Singapura) mengingkarinya. Peruntukan akan melaksanakan pengubahsuaian (Shall carry out the alteration) sangat jelas dan kuat. Singapura wajib melaksanakan pengubahsuaian itu. Tetapi jika Singapura ingkar, ia mungkin merupakan tindakan perang dan bukan sebaliknya.

    Apabila kerja awal pembinaan jambatan dimulakan tidak ada protes dan tidak ada permintaan membeli pasir atau menggunakan ruang udara kita. Sekarang pembinaan jambatan di sebelah wilayah kita pun nampaknya tertakluk kepada syarat kita membekalkan berjuta meter padu pasir kepada Singapura untuk menambak laut dan membuka ruang udara kita kepada jet tentera udaranya. Daripada mana datang semua syarat ini? Apakah kaitan antara perluasan wilayah Singapura dengan kita membina jambatan di dalam wilayah kita sendiri?

    Tindak-tanduk Singapura mengaitkan pembinaan jambatan di wilayah kita dengan tuntutan kita menjual pasir dan membuka ruang udara kepadanya tidak berasas sama sekali.

    Mengapa Kerajaan Malaysia perlu bersetuju memberi pasir dan membuka ruang udara kepada Singapura, jika tidak terpaksa memberhentikan pembinaan jambatan bengkok di wilayah kita sendiri adalah di luar kemampuan saya memahaminya.

    Adalah hak rakyat Malaysia tidak menjual pasir kepada Singapura atau membuka ruang udara kepadanya. Tetapi rakyat tidak pernah mengatakan yang mereka bersedia mengorbankan projek jambatan. Yang mereka tidak mahu adalah mengalah kepada tuntutan Singapura supaya kita menjual pasir dan membuka ruang udara. Mereka mahukan jambatan tetapi mereka juga mahu Kerajaan mereka menyanggah tuntutan Singapura kerana di segi undang-undang Malaysia tidak perlu melayan syarat-syarat Singapura.

    Tindak-tanduk Singapura ini telah dijangkakan. Tetapi Kerajaan Malaysia gagal mempertahankan kedaulatan negara. Di samping itu, ia telah menyebabkan kerugian berbilion ringgit wang rakyat jelata.

    Biarlah rakyat Malaysia, khasnya orang Melayu, Melayu Johor terutamanya, ingat bahawa lnggeris telah menipu Sultan untuk menyerahkan Singapura dengan percuma kepada mereka (Inggeris).

    Seperti Pulau Pinang, Lumut dan Melaka, Singapura sepatutnya dikembalikan kepada kita apabila lnggeris melepaskan hak mereka. Tetapi Singapura telah menjadi begitu asing keadaannya sehingga ia tidak boleh lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

    Apakah Malaysia sekarang akan memberi lebih banyak tanah kepada Singapura supaya ia boleh memperluaskan wilayahnya dan menambah bilangan penduduknya? Menyerahkan dasar laut kita kepada Singapura tidak ada bezanya dengan memberikan bumi kita kepada Singapura. Kesudahannya ialah perluasan wilayah Singapura. Ia tidak ada bezanya dengan menyerahkan sebahagian daripada Johor untuk tujuan ini. Apakah kita begitu miskin sehingga kita perlu menjual sekeping bumi kita kepada orang lain?

    Generasi rakyat Malaysia yang akan datang, sama ada Melayu atau Johor, akan menyumpah kita jika kita melakukan semua ini sedangkan kita berhak membina jambatan di atas bumi dan laut kita sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

    Cukuplah kita menyerahkan Singapura (kepada Inggeris). Tidak perlulah kita menyerahkan lagi tanah kita kepada Singapura walaupun ada orang yang berpendapat kita hanya boleh membina jambatan di negara kita jika Singapura bersetuju.

    Rakyat Malaysia tidak pernah mengatakan demikian. Janganlah ada sesiapa yang menyumbat hujah ke dalam mulut mereka semata-mata kerana orang itu takut untuk mempertahankan hak dan kedaulatan negara serta rakyat Malaysia.

    Dr. Mahathir bin Mohamad.






    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 8:44 PM

    * * * * * * * * *

    * Wednesday, April 05, 2006 *

    Peradaban yang amat dirindui......

    Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun yang banyak menyumbang kepada kesejahteraan manusia sejagat.Perkembangan ajaran Islam di samping penggalakan pembudayaan ilmu, pengukuhan ukhuwwah tanpa memandang darjat,bangsa dan keturunan, perkembangan sains dan teknologi dan lain-lain nilai positif telah membantu di dalam pembangunan ketamadunan pada hari ini.
    Apabila membicarakan mengenai Tamadun Islam, sudah tentu siri ketamadunan tersebut pasti berkait dengan Sejarah kegemilangan Turki Uthmaniyyah.Di bawah adalah sebuah artikel di internet, dan bermanafaat untuk penambahan maklumat kita semua.
    Sultan Muhammad Al-Fatih
    Dan Pembukaan Istanbul 1453M
    oleh: Hasrizal Abdul Jamil
    BA (Hons) SHARIA Mu'tah University, Jordan


    Pengenalan

    Istanbul atau yang dulunya dikenali sebagai Costantinople, adalah salah sebuah bandar nostalgia dunia. Tidak setakat tercatat oleh tinta Sejarah Islam, bahkan statusnya sebagai salah sebuah bandar utama dunia, pasti mengundang seisi alam manusia untuk meninjau dan menghubungkan sejarah kegemilangan masing-masing dengannya Istanbul diasaskan pada tahun 330M oleh Maharaja Byzantine iaitu Costantine I.

    Kedudukannya yang strategik, diungkapkan oleh Napoleon Bonapart kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Costantinople inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya. Costantinople telah pun menjadi ibu negara Empayar Byzantine semenjak penubuhannya. Ini menjadikan bandar berkenaan sebagai salah sebuah bandar terbesar dan utama dunia.

    Kedudukan Costantinople yang sedemikian rupa, meletakkan ia di kedudukan yang istimewa apabila umat Islam memulakan agenda pertembungan mereka dengan Empayar Byzantine. Rasulullah SAW telah pun beberapa kali memberikan khabar gembira tentang pembukaan kota ini di tangan umat Islam seperti yang dinyatakan oleh Baginda SAW di dalam peperangan Khandak. Sabda baginda SAW :


    Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.

    Terdapat banyak lagi hadith lain seperti ini dan ia menimbulkan keghairahan para khalifah dan pemimpin Islam untuk berusaha menawan kota Costantinople berkenaan. Usaha pertama dilancarkan pada tahun 44H iaitu di zaman Muawiyah bin Abi Sufian RA. Akan tetapi, usaha berkenaan gagal dan Abu Ayyub Al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat Nabi yang menyertainya, syahid di pinggir kota Costantinople berkenaan. Manakala di zaman Sulaiman bin Abdul Malik pula, Khilafah Umayah telah menyediakan pasukan terhandal untuk menawan kembali kota berkenaan pada tahun 98H tetapi masih belum diizinkan oleh Allah SWT. (rujuk Al-Ibar oleh Ibnu Khaldun 3 / 70 dan Tarikh Khalifah bin Khayyath ms. 315)

    Di zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyyah, beberapa usaha diteruskan tetapi masih menemui kegagalan termasuk usaha di zaman Khalifah Harun Ar-Rasyid tahun 190H.

    Selepas kejatuhan Baghdad tahun 656H, usaha menawan Costantinople diteruskan pula oleh kerajaan-kerajaan kecil di Asia Minor (Anatolia) terutamanya Kerajaan Seljuk. Pemimpin masyhurnya, Alp Arslan (455-465H / 1063-1072M) telah berjaya mengalahkan Maharaja Rum, Dimonos, pada tahun 463H / 1070M. Beliau telah menangkap lalu memenjarakannya sebelum dibebaskan dengan persetujuan untuk membayar jizyah tahunan kepada Kesultanan Seljuk. Peristiwa ini telah meletakkan sebahagian besar Empayar Rom di bawah pengaruh Kerajaan Islam Seljuk.

    Bagaimana pun, selepas daripada merosot dan jatuhnya Kerajaan Seljuk berkenaan, terbentuk pula beberapa kerajaan kecil di Anatolia. Antaranya ialah kerajaan Seljuk Rum yang telah berjaya meluaskan kekuasaannya sehingga ke pantai Laut Ege di barat, seterusnya melemahkan pengaruh dan kekuasaan Empayar Rom.

    Costantinople Dan Daulah Othmaniyyah

    Di awal kurun ke-8 hijrah / 14M, Daulah Othmaniyyah telah mengadakan persepakatan bersama Seljuk Rum yang ketika itu berpusat di bandar Konya. Persepakatan ini memberikan nafas baru kepada usaha umat Islam untuk menawan Costantinople. Usaha awal yang dibuat ialah di zaman Sultan Yildrim Beyazid yang mana beliau telah berjaya mengepung kota itu pada tahun 796H / 1393M. Peluang yang ada telah digunakan oleh Sultan Beyazid untuk memaksa Maharaja Byzantine menyerahkan Costantinople secara aman kepada umat Islam. Akan tetapi, usahanya itu menemui kegagalan dengan kedatangan bantuan Eropah dan dalam masa yang sama, tentera Mongol di bawah pimpinan Timurlank telah menyerang Daulah Othmaniyyah. Serangan itu dikenali sebagai Perang Ankara dan ini telah memaksa Sultan Beyazid untuk menarik balik tenteranya bagi mempertahankan negara dari serangan Mongol. Dalam peperangan itu, beliau telah ditawan dan kemudiannya meninggal dunia pada tahun 1402M. Kejadian itu telah menyebabkan idea untuk menawan Costantinople terhenti untuk beberapa ketika.

    Selepas Daulah Othmaniyyah mencapai ke peringkat yang lebih maju dan tersusun, roh jihad telah hidup semua dengan nafas baru. Semangat dan kesungguhan yang ada itu telah mendorong Sultan Murad II (824-863H / 1421-1451M) untuk meneruskan usaha menawan Costantinople. Beberapa usaha telah berjaya dibuat untuk mengepung kota itu tetapi dalam masa yang sama berlaku pengkhianatan di pihak umat Islam. Mahajara Byzantine telah mengambil peluang ini untuk menabur fitnah dan mengucar-kacirkan saf tentera Islam. Usaha Sultan Murad II itu tidak berjaya sampai ke sasarannya sehinggalah di zaman anak beliau, Sultan Muhammad Al-Fatih, sultan ke-7 Daulah Othmaniyyah.

    Semenjak kecil, Sultan Muhammad Al-Fatih telah meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Costantinople. Bahkan beliau terus mengkaji tentang usaha-usaha yang pernah dibuat sepanjang sejarah Islam ke arah itu, sehingga menimbulkan keazaman yang kuat untuk beliau meneruskan cita-cita umat Islam zaman berzaman itu. Ketika menaiki takhta pada tahun 855H / 1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan..

    Kekuatan Sultan Muhammad Al-Fatih banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Semenjak kecil, beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulamak terulung di zamannya. Di zaman ayahnya, iaitu Sultan Murad II, Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani telah menjadi murabbi Amir Muhammad (Al-Fatih). Ketika itu, Amir Muhammad adalah ketua bagi kawasan Manisa. Sultan Murad II telah menghantar beberapa orang ulamak untuk mengajar anaknya sebelum itu, tetapi tidak diendahkan oleh Amir Muhammad. Lalu, beliau menghantar Asy-Syeikh Al-Kurani dan memberikan kuasa kepadanya untuk memukul Amir Muhammad jika beliau membantah tunjuk ajar gurunya. Apabila beliau menemui Amir Muhammad dan menjelaskan tentang hak yang diberikan oleh baginda Sultan, Amir Muhammad ketawa lalu dipukul oleh Asy-Syeikh Al-Kurani dengan begitu kuat sekali. Peristiwa ini telah menimbulkan kesan yang mendalam pada diri Amir Muhammad lantas selepas itu beliau terus menghafal Al-Quran dalam masa yang singkat

    Tarbiah yang diberikan oleh para ulamak murabbi itu memberikan pengaruh yang besar, bukan hanya kepada peribadi Sultan, bahkan kepada corak pemerintahan dan adat resam Daulah Othmaniyyah itu sendiri. Sekiranya Sultan melakukan kesilapan, murabbinya itu akan menegur. Sultan juga dipanggilnya dengan nama dan apabila bersalam, Sultan yang akan mencium tangan ulamak yang menjadi murabbinya itu.Dengan tarbiah yang teliti dan penuh terhormat seperti ini, tidak hairanlah jika peribadi-peribadi yang unggul seperti Muhammad Al-Fatih lahir menempa nama di persada sejarah..

    Asy-Syeikh Ak Semsettin

    Dalam masa yang sama Asy-Syeikh Ak Samsettin (Syamsuddin) merupakan murabbi Sultan Muhammad Al-Fatih yang hakiki. Namanya yang sebenar ialah Muhammad bin Hamzah Ad-Dimasyqi Ar-Rumi yang mana nasabnya sampai kepada Saidina Abu Bakar As-Siddiq RA. Beliau mengajar Amir Muhammad ilmu-ilmu asas iaitu Al-Qur'an, Al-Hadith, Feqah, Linguistik (Arab, Parsi dan Turki) dan juga ilmu kemahiran yang lain seperti Matematik, Falak, Sejarah, Ilmu Peperangan dan sebagainya.

    Semenjak kecil, Syeikh Ak Semsettin berjaya meyakinkan Amir Muhammad bahawa beliau adalah orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith pembukaan Costantinople berkenaan. Apabila beliau menaiki takhta, Sultan Muhammad segera menemui Syeikh Ak Semsettin bagi menyiapkan bala tentera ke arah penawanan Costantinople, demi merealisasikan hadith Rasulullah SAW berkenaan. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari.

    Sultan Muhammad Al-Fatih sangat menyayangi Syeikh Ak Semsettin. Beliau mempunyai kedudukan yang istimewa pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih dan ini sangat jelas dinyatakan oleh beliau ketika pembukaan Istanbul, "...sesungguhnya kamu semua melihat aku gembira sekali. Kegembiraanku ini bukanlah semata-mata kerana kejayaan kita menawan kota ini, akan tetapi ia adalah kerana hadirnya di sisiku syeikhku yang mulia, dialah pendidikku, Asy-Syeikh Ak Semsettin."

    Persediaan Ke Arah Penawanan .

    Sultan Muhammad Al-Fatih telah membuat persediaan yang besar ke arah mencapai matlamatnya menawan Costantinople. Beliau telah menyediakan mujahid seramai kira-kira 250,000 dan ini merupakan angka yang begitu besar jika dibandingkan dengan tentera negara lain di zaman itu. Para mujahid berkenaan diberikan latihan intensif dan sentiasa diperingatkan dengan pujian Rasulullah SAW kepada tentera yang akan menawan Costantinople itu nanti

    Beliau telah membina Kota Rumeli (Rumeli Hisari) di tebing Eropah Selat Bosphorus iaitu di bahagian tersempit antara tebing Asia dan Eropah. Kota yang berhadapan dengan kota binaan Sultan Beyazid di sebelah tebing Asia ini, mempunyai peranan yang besar dalam usaha mengawal lalu lintas di selat tersebut. Maharaja Byzantine telah berusaha gigih untuk menghalang Sultan Muhammad Al-Fatih daripada membina kota berkenaan tetapi gagal menghalangnya.

    Sultan Muhammad Al-Fatih juga berusaha untuk mempertingkatkan kelengkapan senjatanya. Beliau telah menapatkan khidmat pakar membina meriam bernama Orban. Beberapa meriam telah dibina termasuk Meriam Diraja yang masyhur. Catatan menceritakan betapa meriam ini adalah yang terbesar di zaman berkenaan. Beratnya beratus tan dan memerlukan beratus tenaga tentera untuk mengangkutnya. Beliau juga menyediakan kira-kira 400 buah kapal laut untuk tujuan yang sama.

    Sebelum serangan dibuat, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengadakan perjanjian dengan musuh-musuh yang lain. Ini merupakan strategi yang penting supaya seluruh tenaga dapat ditumpukan kepada musuh yang satu tanpa ada sebarang ancaman yang berada di luar jangkaan. Antaranya ialah perjanjian yang dibuat dengan kerajaan Galata yang berjiran dengan Byzantine. Perkembangan ini sangat membimbangkan Maharaja Byzantine lantas pelbagai cubaan dibuat untuk menawan hati Sultan Muhammad Al-Fatih supaya membatalkan hasratnya. Hadiah dan rasuh cuba dibuat untuk tujuan berkenaan. Akan tetapi semuanya menemui kegagalan.

    Keazaman yang begitu kuat pada diri Sultan Muhammad Al-Fatih telah mendorong Maharaja Byzantine berusaha mendapatkan pertolongan daripada negara-negara Eropah. Tanpa segan silu, beliau memohon pertolongan dari kepimpinan gereja Katholik, sedangkan ketika itu semua gereja di Costantinople bermazhab Orthodoks. Atas dasar bermuka-muka demi mengekalkan kuasanya, Maharaja Byzantine telah mengaku bersetuju untuk menukar mazhab di Costantinople demi menyatukan kedua-dua aliran yang saling bermusuh itu. Wakil telah dihantar dari Eropah ke Costantinople untuk tujuan berkenaan. Beliau telah berkhutbah di Gereja Aya Sofya menyatakan ketundukan Byzantine kepada Katholik. Akan tetapi hal ini telah menimbulkan kemarahan penduduk Costantinople yang bermazhab Orthodoks. Sehinggakan ada di antara pemimpin Orthodoks berkata, "sesungguhnya aku lebih rela melihat di bumi Byzantine ini serban para orang Turki (muslim) daripada aku melihat topi Latin!"Situasi ini telah mencetuskan pemberotakan rakyat terhadap keputusan maharaja yang dianggap khianat.

    Serangan.

    Costantinople mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari aspek geografi. Ia dikelilingi oleh lautan dari tiga penjuru iaitu Selat Bhosphore, Laut Marmara Dan Perairan Tanjung Emas (Golden Horn) yang dihalang pintu masuknya oleh rantai besi raksasa. Ia berfungsi menghalang kapal daripada masuk ke pintu utama Kota Costantinople.

    Selepas melalui proses persiapan yang teliti, akhirnya Sultan Muhammad Al-Fatih telah tiba di hadapan kota Costantinople pada hari Khamis 26 Rabiul Awal 857H bersamaan 6 April 1453M. Di hadapan tentera yang menjangkau jumpa 250 ribu, Al-Fatih telah menyampaikan khutbah mengingatkan para mujahid tentang kelebihan jihad, kepentingan memuliakan niat dan harapan kemenangan di hadapan Allah SWT dsb. Beliau juga membacakan ayat-ayat Al-Quran mengenainya serta hadith Nabi SAW tentang pembukaan kota Costantinople. Ini semua memberikan kesan semangat yang tinggi dan jitu pada bala tentera itu lantas mereka menyambutnya dengan zikir, pujian dan doa kepada Allah SWT. Kehadiran para ulamak di tengah-tengah saf para mujahid itu juga menebalkan lagi keazaman mereka untuk menunaikan kewajipan jihad tersebut.

    Keesokan harinya, Sultan Muhammad Al-Fatih telah menyusun dan membahagikan tenteranya kepada tiga kumpulan. Pertamanya adalah kumpulan utama yang bertugas mengawal kota yang mengelilingi Costantinople. Di belakang kumpulan utama itu adalah tentera simpanan yang bertugas menyokong tentera utama di hadapan. Meriam Diraja telah dihalakan ke pintu Topkapi. Pasukan pengawal juga diletakkan di beberapa kawasan strategik seperti kawasan-kawasan bukit di sekitar Kota Byzantine itu. Kapal-kapal laut Othmaniyyah juga diletakkan di sekitar perairan yang mengelilingi Costantinople. Akan tetapi kapal-kapal berkenaan tidak berjaya memasuki perairan Tanjung Emas disebabkan oleh kehadiran rantai raksasa yang mengawal pintu masuk.

    Semenjak hari pertama serangan, tentera Byzantine telah berusaha keras menghalang tentera Othmaniyyah daripada merapati pintu-pintu masuk kota mereka. Tetapi serangan strategik tentera Islam telah berjaya mematahkan halangan itu, ditambah pula dengan serangan meriam dari pelbagai sudut. Bunyi meriam itu telah menimbulkan rasa takut yang amat sangat kepada penduduk Costantinople sehingga menjejaskan semangat mereka untuk bertahan.

    Tentera Laut Othmaniyyah telah mencuba beberapa kali untuk melepasi rantai besi di pintu masuk Tanjung Emas. Dalam masa yang sama, panahan diarahkan kepada kapal-kapal Byzantine danEropah yang tiba untuk membantu. Walau bagaimana pun usaha ini tidak berjaya, dan ini memberikan semacam semangat di awalnya kepada penduduk Costantinople. Para paderi berjalan di lorong-lorong kota, mengingatkan penduduk supaya membanyakkan sabar serta terus berdoa kepada Jesus dan Maryam supaya menyelamatkan Costantinople. Maharaja Byzantine juga berulang-alik ke Gereja Aya Sofya untuk tujuan yang sama.

    Perjanjian Al-Fatih Dengan Maharaja Costantine.

    Maharaja Costantine mencuba sedaya upayanya untuk menundukkan Al-Fatih. Pelbagai hadiah dan tawaran dikemukakan demi untuk menyelamatkan kedudukannya itu. Akan tetapi Al-Fatih tidak menerima kesemua tawaran itu sebaliknya memberi kata putus supaya Costantinople diserahkan kepada Daulah Othmaniyyah secara aman. Al-Fatih berjanji, jika Costantinople diserahkan secara aman, tiada seorang pun yang akan diapa-apakan bahkan tiada gereja dan harta benda penduduk Costantinople yang akan dimusnahkan. Antara isi kandungan risalahnya itu, "... serahkan empayar kamu, kota Costantinople. Aku bersumpah bahawa tenteraku tidak akan mengancam sesiapa sama ada nyawa, harta dan kehormatannya. Mereka yang mahu terus tinggal dan hidup dengan amat sejahtera di Costantinople, bebas berbuat demikian. Dan sesiapa yang mahu meninggalkan kota ini dengan aman sejahtera juga dipersilakan".

    Walaupun begitu, kepungan tentera Al-Fatih masih belum sempurna disebabkan oleh rantai besi yang melindungi pintu masuk Tanjung Emas itu. Dalam pada itu, para mujahid tetap terus melancarkan serangan demi serangan dan pada 18 April 1453M, pasukan penyerang Othmaniyyah telah berjaya memecah tembok Byzantine di Lembah Lycos yang terletak di sebelah barat kota. Tentera Byzantine telah berusaha sedaya upayanya untuk mempertahankan kota dari serangan itu. Pertempuran sengit berlaku bersama iringan hujan anak panah yang amat dahsyat.

    Pada hari yang sama, beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah cuba merempuh rantai besi di Tanjung Emas. Akan tetapi, gabungan tentera laut Byzantine dan Eropah telah berjaya menangkis serangan itu bahkan beberapa buah kapal laut Othmaniyyah telah musnah menyebabkan yang lain terpaksa pulang ke kawasan masing-masing untuk mengelakkan kemusnahan yang berterusan.

    Dua hari selepas serangan itu, berlaku sekali lagi serangan laut antara kedua belah pihak. Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri mengawasi misi berkenaan dari pantai. Beliau telah menghantar utusan kepada tentera laut yang sedang berperang. Katanya, ".. sama ada kamu tawan kapal-kapal itu atau pun kamu tenggelamkan sahaja kesemuanya. Sekiranya kamu gagal, maka jangan pulang kepada kami sedangkan kamu semua hidup!".

    Ketika itu juga, Sultan Muhammad Al-Fatih menunggang kudanya sehingga ke gigi laut sambil menjerit dengan sekuat hati nama ketua misi berkenaan, Palta Oglu, untuk memberikan semangat. Kesungguhan Al-Fatih itu, menaikkan semangat tenteranya. Namun, tentera kristian berjaya juga mematahkan serangan mujahidin walaupun mereka bersungguh- sungguh melancarkan serangan demi serangan. Kegagalan tersebut menyebabkan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi begitu marah lalu memecat Palta Oglu dan digantikan dengan Hamzah Pasha.

    Kegagalan serangan tersebut telah memberikan kesan yang besar kepada tentera Othmaniyyah. Khalil Pasha yang merupakan wazir ketika itu cuba untuk memujuk Al-Fatih supaya membatalkan serangan serta menerima sahaja perjanjian penduduk Costantinople untuk tunduk kepada Daulah Othmaniyyah tanpa menakluknya. Cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh Al-Fatih. Kini tiba masanya beliau berfikir tentang helah untuk tentera laut Othmaniyyah berjaya membolos Tanjung Emas...



    Keajaiban Tentera Othmaniyyah.

    Sultan Muhammad Al-Fatih telah menemui satu kaedah luar biasa untuk membawa kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas. Kaedah yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana tentera sebelumnya untuk melakukannya. Beliau telah memanggil tenteranya dan menyarankan kepada mereka supaya membawa kapal-kapal itu masuk ke perairan Tanjung Emas melalui jalan darat! Malam itu juga, tentera Othmaniyyah dengan semangat dan kekuatan luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari pantai Besiktas ke Galata melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak melebihi 3 batu! Sesungguhnya kejadian ini sangat luar biasa dan di luar bayangan manusia hingga ke hari ini.

    Pagi 22 April itu, penduduk Costantinople dikejutkan dengan laungan takbir dan nasyid para mujahidin di Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Bahkan ada yang menyangka bahawa tentera Al-Fatih mendapat bantuan jin dan syaitan! Yilmaz Oztuna di dalam bukunya Osmanli Tarihi menceritakan bagaimana seorang ahli sejarah Byzantine berkata, "Tidaklah kami pernah melihat atau mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad Al-Fatih telah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad Al-Fatih dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!"

    Costantine telah bermesyuarat dengan para pemimpin kerajaan Byzantine tentang strategi seterusnya, tetapi mereka gagal mencapai kata sepakat. Costantine menolak cadangan supaya beliau sendiri pergi mendapatkan pertolongan daripada umat kristian di Eropah bahkan tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan Costantinople hingga ke titisan darah yang terakhir.

    Serangan Besar-besaran Mujahidin.

    Dengan kedudukan tentera Othmaniyyah yang sudah semakin mantap, Sultan Muhammad Al-Fatih telah melancarkan serangan besar-besaran ke benteng terakhir Byzantine. Tembakan meriam yang telah memusnahkan sebuah kapal dagang di Tanjung Emas, menyebabkan tentera Eropah yang lain lari ketakutan. Mereka telah meninggalkan pertempuran melalui kota Galata. Semenjak kejayaan kapal mujahiden memasuki perairan Tanjung Emas, serangan dilancarkan siang dan malam tanpa henti.

    Laungan takbir "Allahu Akbar, Allahu Akbar!" yang mengisi ruang angkasa Costantinople telah memberikan semacam serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Seakan mendengar panahan petir, semangat mereka terus luntur dengan ancaman demi ancaman kalimah tauhid tentera Al-Fatih itu. Dalam masa yang sama, Al-Fatih dan tenteranya sentiasa mengejutkan mereka dengan seni perang yang baru sehingga menggawatkan pertahanan tentera salib itu.

    Ketika ribut yang ada belum reda, penduduk Costantinople menyedari bahawa tentera Islam telah mengorek terowong untuk masuk ke pusat kota. Ketakutan melanda penduduk sehingga mereka curiga dengan bunyi tapak kaki sendiri. Merasakan yang bila-bila masa sahaja tentera 'Turki' akan keluar dari perut bumi berikutan dengan pembinaan terowong itu.

    Usaha Damai Terakhir.

    Sultan Muhammad Al-Fatih yakin bahawa kemenangan semakin hampir. Kecintaannya kepada Costantinople yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW, mendorong beliau untuk terus berusaha agar Costantine menyerah kalah tanpa terus membiarkan kota itu musnah. Sekali lagi beliau menghantar utusan meminta Costantine supaya menyerahkan Costantinople secara aman. Apabila utusan berkenaan sampai kepadanya, Costantine telah berbincang dengan para menterinya. Ada yang mencadangkan supaya mereka menyerah kalah dan ada pula yang mahukan pertahanan diteruskan hingga ke penamat. Costantine akhirnya bersetuju dengan pandangan kedua lantas menghantar maklum balas dengan katanya, "... syukur kepada Tuhan kerana Sultan mahukan keamanan dan bersedia menerima pembayaran jizyah. Akan tetapi Costantine bersumpah untuk terus bertahan hingga ke akhir hayatnya demi takhta... atau mati sahaja dan dikuburkan di kota ini!". Apabila jawapan Costantine ini diterima, Al-Fatih menjawab, "Baiklah... tidak lama lagi akan terhasil bagiku di Costantinople itu sama ada takhta atau keranda...!".

    Perbincangan dilakukan oleh Al-Fatih tentang strategi seterusnya. Pelbagai kemungkinan dipertimbangkan dan akhirnya keputusan dibuat untuk meneruskan rancangan menawan Costantinople sebagaimana yang telah disusun.

    Hari Kemenangan.

    Pada 27 Mei 1453, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama tenteranya telah berusaha keras membersihkan diri di hadapan Allah SWT. Mereka membanyakkan solat, doa dan zikir dengan harapan Allah SWT akan memudahkan kemenangan. Para ulamak pula memeriksa barisan tentera sambil memberi semangat kepada para mujahidin. Mereka diperingatkan tentang kelebihan jihad dan syahid serta kemuliaan para syuhada' terdahulu khususnya Abu Ayyub Al-Ansari RA. "...sesungguhnya apabila Rasulullah SAW tiba di Madinah ketika kemenangan hijrah, baginda SAW telah pergi ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari. Sesungguhnya Abu Ayyub telah pun datang (ke Costantinople) dan berada di sini!" Kata-kata ini telah membakar semangat tentera Al-Fatih hingga ke kemuncaknya.

    Dalam masa yang sama, penduduk Costantine melakukan upacara peribadatan secara bersungguh-sungguh dengan harapan Tuhan akan membantu mereka...

    Tepat jam 1 pagi hari Selasa 20 Jamadil Awal 857H / 29 Mei 1453M, serangan utama dilancarkan. Para mujahidin diperintahkan supaya meninggikan suara takbir kalimah tauhid sambil menyerang kota. Penduduk Costantinople telah berada di kemuncak ketakutan mereka pagi itu. Mujahidin yang sememangnya menginginkan syahid, begitu berani menyerbu tentera salib di kota itu.

    Tentera Othmaniyyah akhirnya berjaya menembusi kota Costantinople melalui Pintu Edirne dan mereka telah mengibarkan bendera Daulah Othmaniyyah di puncak kota. Costantine yang melihat kejadian itu berasa putus asa untuk bertahan lantas menanggalkan pakaian maharajanya supaya tidak dikenali musuh. Akhirnya beliau menemui ajal dalam keadaan yang amat mengaibkan.

    Berita kematian Costantine telah menaikkan lagi semangat tentera Islam untuk menyerang. Begitu juga sebaliknya, bagaikan pokok tercabut akar, tentera salib menjadi kucar kacir apabila berita kematian maharajanya tersebar. Kesungguhan dan semangat juang yang tinggi di kalangan tentera Al-Fatih, akhirnya berjaya sampai ke cita-cita mereka. Kejayaan menguasai Costantinople telah disambut dengan penuh rasa syukur oleh Al-Fatih serta... seisi langit dan bumi. Beliau bertitah, ".. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati para syuhada', memberikan kemuliaan kepada mujahidin, serta kebanggaan dan syukur buat rakyatku"


    Sebaik-baik Ketua Dan Tentera.

    Pada hari itu, majoriti penduduk Costantinople bersembunyi di gereja-gereja sekitar kota. Sultan Muhammad Al-Fatih berpesan kepada tenteranya supaya bermuamalah dengan baik kepada penduduk Costantinople sambil mengucapkan tahniah kepada tenteranya yang berjaya merealisasikan sabda Rasulullah SAW:

    Sesungguhnya Costantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik ketua adalah ketuanya, dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya.

    Dengan penuh rasa syukur dan tawadhu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah sujud ke bumi mengucapkan sebesar-besar syukur ke hadrat Allah atas kemenangan bersejarah itu.

    Beliau kemudiannya menuju ke Gereja Aya Sofya yang ketika itu menjadi tempat perlindungan sejumlah besar penduduk kota berkenaan. Ketakutan jelas terbayang di wajah masing-masing bilamana beliau menghampiri pintu. Salah seorang paderi telah membuka pintu gereja, dan Al-Fatih meminta beliau supaya menenangkan sekalian mereka yang ada. Dengan toleransi Al-Fatih, ramai yang keluar dari tempat persembunyian masing-masing bahkan ada di kalangan paderi yang terus menyatakan keislaman mereka.

    Selepas itu, Sultan Muhammad Al-Fatih telah mengarahkan supaya gereja berkenaan ditukar menjadi masjid supaya Jumaat pertama nanti akan dikerjakan solat di masjid ini. Para pekerja bertugas bertungkus lumus menanggalkan salib, patung dan gambar-gambar untuk tujuan berkenaan. Pada hari Jumaat itu, Sultan Muhammad Al-Fatih bersama para muslimin telah mendirikan solat Jumaat di Masjid Aya Sofya. Khutbah yang pertama di Aya Sofya itu telah disampaikan oleh Asy-Syeikh Ak Semsettin. Pada hari itu juga Sultan Muhammad Al-Fatih telah bersumpah bahawa barangsiapa yang menukar Masjid Aya Sofya kembali kepada gereja, maka akan berolehlah kutukan dan laknat darinya dan Tuhan Masjid Aya Sofya itu.

    Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada "Islam Bol", yang bermaksud "Bandar Islam" dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Othmaniyyah selepas Bursa dan Edirne . Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya.. sehinggalah Khilafah Othmaniyyah ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M.

    Aya Sofya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambar- gambar syirik kembali bertempelan di kubah masjid yang berdukacita itu. Manifesto Parti Refah pada pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya Sofya ke kegemilangan sejarahnya, berkubur buat sementara dengan pengharaman parti itu beberapa tahun yang lalu. Sesungguhnya seluruh umat Islam merindukan suara azan membesarkan Allah kembali berkumandang di menara Aya Sofya. Semoga Istanbul kembali ke pangkuan Islam dan muslimin. Amien ya Rabbal 'Alamin.


    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 1:15 AM

    * * * * * * * * *

    * Sunday, January 22, 2006 *

    Pertanggungjawaban bersama......

    Pendahuluan.

    Image Hosted by ImageShack.us

    Akhbar harian Utusan Malaysia bertarikh 19/1/2006, memuatkan berita 10 orang menteri kabinet bukan islam menandatangani satu memorandum bersama bagi menggesa Perdana menteri untuk melakukan kajian mengenai kewajaran pindaan atau pemansuhan perkara 121(1A) Perlembagaan persekutuan.
    Adalah difahami bahawa perkara 121(1A) memperuntukkan kedudukkan mahkamah syariah dan statusnya di dalam sistem perundangan Malaysia.
    Rombongan penghantaraan memorandum secara direct ataupun terus kepada Perdana menteri itu diketuai oleh Menteri kerjaraya Dato seri S.Samy Vellu.
    Berita penghantaraan memorandum tersebut mendapat liputan meluas daripada media tempatan,dan sejurus selepas memorandum itu dihantar, seorang menteri kabinet telah dilaporkan di dalam sebuah media menyokong kepada usaha tersebut, dan menyifatkan ianya adalah salah satu amalan biasa untuk mengemukakan pandangan di dalam sistem demokrasi.

    Penghantaran memorandum: antara NGO,parti-parti politik dan jemaah menteri.

    Di dalam konteks umum, penghantaran memorandum lazimnya dikaitkan dengan usaha dan kaedah bagi mengemukakan pandangan,cadangan mahupun bantahan kepada pihak-pihak yang mempunyai autoriti di dalam sesuatu isu untuk dipertimbangkan.
    Namun apabila penghantaraan memorandum secara terbuka dilakukan oleh anggota-anggota jemaah menteri dengan tidak melalui saluran mesyurat kabinet tetapi terus kepada perdana menteri,maka ia dilihat sebagai satu perlakuan pelik dan membimbangkan.Ianya dianggap pelik kerana menyalahi prinsip-prinsip pertanggungjawaban bersama atau collective responsibility

    Walaupun secara dasarnya prinsip sedemikian tidak diperuntukkan secara jelas di dalam perlembagaan persekutuan,namun ianya telahpun disebut di dalam dokumen suruhanjaya Reid (iaitu salah sebuah dokumen ke arah pembentukkan perlembagaan persekutuan) sebagai satu prinsip yang penting untuk membentuk sebuah jemaah menteri yang mapan.Berdasarkan fakta di atas prinsip sedemikian sudahpun menjadi amalan ataupun custom yang perlu dipatuhi di dalam hal-ehwal sesebuah jemaah menteri.

    Ini dapat dilihat melalui kajian dan pandangan oleh Profesor Dr Abdul Aziz Bari, seorang pakar undang-undang perlembagaan yang menyebut prinsip ini di dalam bukunya yang bertajuk Cabinet principles in Malaysia the law and practice. Beliau menyebut:

    Collective responsibility is part of the doctrine of ministerial responsibility. It means that the cabinet acts unanimously even when its members do not all agree on a subject. Collective responsibility demands the cabinet to be united in public; they must speak in one voice. They must, as it were, sink and swim together.

    Berdasarkan kenyataan di atas adalah difahami bahawa prinsip ini penting untuk dipraktikan di dalam jemaah menteri bagi memastikan kredibiliti sesebuah kerajaan yang bertunjangkan kepada sistem jemaah menteri itu sendiri tidak goyah ataupun dipertikaikan.
    Antara lain Profesor Dr Abdul Aziz Bari menyebut:

    It follows that the policy of a ministry must be consistent with the general policy of the government of the day. Once the government policy of a particular matter is decided, each minister is expected to support it and share the responsibility for it.

    Berdasarkan kepada penyataan di atas adalah jelas tindakan menghantar memorandum tuntutan tersebut menyalahi prinsip-prinsip pertanggungjawaban bersama yang mesti dihayati oleh setiap anggota jemaah menteri.Adalah menghairankan bahawa 10 menteri terbabit gagal memahami dan mempraktikkan prinsip ini,sedangkan ada diantara mereka yang sudah menjawat jawatan menteri lebih daripada 10 tahun.
    Secara moralnya, apabila seseorang anggota jemaah menteri gagal untuk mematuhi prinsip-prinsip ini, maka beliau harus melepaskan jawatannya di dalam kabinet, sebagaimana yang dilakukan oleh Mantan Menteri Pertanian pada tahun 1955 Abdul Aziz Ishak yang melepaskan jawatannya apabila tidak bersetuju dengan polisi yang digariskan oleh perdana menteri ketika itu, iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.Begitu juga yang dilakukan oleh Tun Dr Ismail Abdul Rahman yang meletakkan jawatan di dalam kabinet pada 1967 kerana tidak bersetuju dengan polisi kerajaan pada ketika itu yang bersifat polisi pro barat.Tidak ketinggalan tindakan yang sama diambil oleh Tun Abdul Ghafar Baba yang mengambil tindakan yang sama pada tahun 1976.

    Persoalanya di sini, apakah dengan tindakan 10 orang menteri ini menyumbang kepada kegagalan mereka menghayati dan mematuhi polisi kerajan sedia ada.Perkara 121(1A) merupakan perkara yang termaktub di dalam perlembagan persekutuan, dan peranan artikel ini adalah untuk memastikan nilai-nilai teras di dalam perlembagaan khususnya berkenaan perkara 3,11,12 dan jadual kesembilan perlembagaan persekutuan terpelihara.Sudah menjadi amalan kerajaan dahulu hingga sekarang untuk menghayati dan menghormati semangat perlembagaan persekutuan ataupun disebut sebagai Supremacy of the constitution.Sebarang tindakan luar daripada lingkungan tanggungjawab jemaah menteri yang nyata bertentangan dengan prinsip-prinsip pertanggungjawaban bersama dan semangat perlembagaan adalah tidak diterima dan memalukan.

    Permasalahan sebenar.

    Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa gesaan untuk meminda perkara 121(1A) ini adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati segelintir pihak yang merasakan hak-hak mereka untuk mendapatkan keadilan di dalam system perundangan negara tidak tercapai.Namun persoalannya apakah kewujudan perkara 121(1A) itu menjadi punca permasalahan, dan adakah tidak akan berbangkit masalah lain yang lebih mudarat jikalau perkara tersebut dipinda.Perlu diingat kembali di dalam sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam dan kedudukkan istimewa Islam sebagai agama persekutuan sudah tentu implikasinya amat besar, terutama kepada elemen pengukuhan integrasi sosial dan kestabilan politik negara.

    Tindakan terburu-buru yang berbau emosi jelas akan menyumbang kepada suasana tidak harmoni malah menyulitkan usaha-usaha ke arah pembinaan bangsa dan kemajuan negara.
    Di dalam mendepani situasi sebegini, semua pihak harus berfikir secara rasional dan memikirkan punca permasalahan sebenar agar ianya dapat dirungkai dan diselesaikan.
    Saranan, yang diberikan oleh presiden peguam syariah agar hak-hak bagi orang bukan islam untuk terlibat di dalam prosiding mahkamah syariah perlu diberikan perhatian dan disusuli dengan tindakan, disamping kesedian hakim-hakim mahkamah syariah untuk menggunakan peruntukkan kuasa yang ada bagi membenarkan kemasukkan orang bukan Islam untuk di adili di dalam sistem perundangan mahkamah syariah.

    Kesimpulan.

    Adalah dituntut agar 10 orang menteri kabinet tersebut untuk memohon maaf secara terbuka bagi mengakui kesalahan yang telah dilakukan.Ini akan memberikan implikasi yang baik dan di dalam masa yang sama dapat mengendurkan ketegangan yang berlaku.Sebarang tindakan untuk menyelesaikan masalah perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Tindakan yang penuh emosi dan tidak rasional harus dielakkan.Untuk menyatakan para menteri terbabit jahil mengenai prinsip-prinsip sedemikian adalah agak keterlaluan ataupun terdapat agenda tersembunyi di sebalik tindakan. Wallahualam bi sawab..
    Tajam fikir,
    22/01/06,
    Nilai.



    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 6:57 AM

    * * * * * * * * *

    Layout by Melissa
    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com