Image Hosted by ImageShack.us" border=2 color=#EAEEC6>

* MUKADIMAH *

Image Hosted by ImageShack.us
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lawatan sahabat-sahabat adalah amat-amat dialu-alukan Segala artikel di dalam blog ini adalah daripada penulisan penulis sendiri dan beberapa artikel terpilih untuk manafaat kita semua.
Image Hosted by ImageShack.us

* KENAL PENULIS *

Muhammad Bukhori Bin Alias N9, quicquidplantatur@yahoo.com
Image Hosted by ImageShack.us
(gambar hiasan : Al-Farabi)

* Masa *

* BUKU PELAWAT *

Image Hosted by ImageShack.us
Salam Ukhuwwah Fillah. buat semua pengunjung semoga pertemuan singkat di blog ini akan dipanjangkan lagi atas dasar ukhuwwah kerana Allah demi mengangkat martabat Islam di sisiNya

View My Guestbook
Sign My Guestbook

* ARTIKEL LALU *

Image Hosted by ImageShack.us

March 2005

April 2005

May 2005

June 2005

July 2005

August 2005

September 2005

October 2005

January 2006

April 2006

June 2006

July 2006

August 2007

* POST TERKINI *

Image Hosted by ImageShack.us
  • Keadilan dan penghayatannya
  • RASULKU CINTAKU.
  • KEPENTINGAN BUDAYA ILMU.
  • ABU AL-NASR AL-FARABI
  • Umar ibn Abd al-Aziz
  • Assalamualaikum&salam sejahtera.
  • * KEDAI KOPI *

    Image Hosted by ImageShack.us

    * LINKS *

    Image Hosted by ImageShack.us
    ...
    ::Abg Nuar Kudus::
    ::Hilmimadani::
    ::Diari Presiden::
    ::Azwiralbukhairi::
    ::EN SHUN::
    ::Hudasoid::
    ::Cik Fadh::
    ::A thing to ponder::
    ::K-Rol::
    ::sharief
    ::zikri::
    ::sheikh adli::
    ::mukhriz::
    ::didi::
    ::tibe::
    ::yazid rilex::
    ::haruman sakura::
    ::pzin::
    ::zul labu::
    ::Fahmi::
    ::Bro Malie(AWANA)::
    ::Anjang::
    ::Annida::
    ::Zaiman::
    ::Nabil Majdi::
    ::Azmir Zakaria::
    ::Kelambu::
    ::Tok Ghimau::
    ::Zaid Akhtar::
    ::Nash::
    ::Irawan surah::
    ::Darkz05::
    ::TOXICITYZ::
    ::CEKODOK SEDAP::
    ::UNA::
    ::IKOKO::
    ::DIANZ::
    ::Mad'u sesat::
    ::Syed::
    ::Mior Isfandy::
    ::Kak Sham::

    * LINGKARAN MAKLUMAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    CARIAN UMUM.
    ::KUTUB KHANAH::
    ::RAKAN TAULAN::
    ::MAIL YAHOO::
    ::YAHOO::
    ::GOOGLE::
    ::SUARA MAHASISWA::
    ::IDEALIS MAHASISWA::
    ::SYEIKH QARDAWI::
    ::HARUN YAHYA::
    :: CURRENT RULING PARTY::
    ::OPOSISI::
    ::BLOGGER::
    ::IYC::
    ::Palestin info::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA TEMPATAN
    ::UTUSAN MALAYSIA::
    ::BERITA HARIAN::
    ::NEW STRAITS TIMES::
    ::THE SUN::
    ::HARIAN METRO::
    ::THE STAR::
    ::HARAKAH::
    ::MALAYSIAKINI::
    ::MALAYSIA TODAY::
    ::SIN CHEW::
    ::FREE ANWAR::
    ::BERNAMA::
    Image Hosted by ImageShack.us
    BADAN BUKAN KERAJAAN MALAYSIA(NG0)
    ::PKPIM::
    ::ABIM::
    ::PUM::
    ::JIM::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA ANTARABANGSA
    ::AL JAZEERA::
    ::TURKI NEWS::
    ::CNN::
    ::BBC::
    ::TIME MAGAZINE::
    ::WORLD NEWS::
    ::ASIA DAILY::
    ::NEW YORK TIMES::
    ::CHINA DAILY::
    ::ARAB WORLD NEWS::
    ::MUSLIMEDIA::
    ::ECONOMIST::
    ::FEER::
    ::DAILY MIRROR::
    ::DAILY EXPRESS::
    ::THE SUN UK::
    ::PHILIPINE NEWS::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA INDONESIA
    ::THE JAKARTA POST::
    ::JAWA POST::
    ::KOMPAS::
    ::HARIANASIB::
    ::ACEH KITA::
    ::DETIK::
    ::ERA MUSLIM::
    ::ENDONESIA::
    ::REPUBLIKA::
    ::MODUS::
    ::GATRA::
    ::SABILI::

    * TAQWIM*

    Image Hosted by ImageShack.us

    * WAKTU SOLAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    Image Hosted by ImageShack.us

    * PULAUKAN *

    Image Hosted by ImageShack.us
    Sesungguhnya negara ini telah banyak meminum darah dan air mata orang Islam.Mereka tidak akan redha sehinggalah kita umat Islam mengikuti mereka sebagai contoh terbaik
    Image Hosted by ImageShack.us

    *PELAWAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    (C)COPYRIGHT RESERVED HAK CIPTA TERPELIHARA TAJAM FIKIR 2005
    free hit counter
    Free Hit Counter

    * Monday, May 16, 2005 *

    Gelombang Filem Kingdom Of Heaven


    Image Hosted by ImageShack.us


    SINOPSIS RINGKAS

    Pada kali ini penulis ingin berkongsi pandangan dan pendapat mengenai sebuah filem yang masih lagi hangat ditayangkan di pawagam-pawagam khususnya di Malaysia iaitu filem Kingdom of heaven.

    Filem arahan pengarah terkenal Ridley scout, yang sebelum ini pernah mengarahkan filem-filem epik seperti,Gladiator,Alexander dan lain-lain,dijalankan pengambarannya di sekitar Maghribi, dan dibeberapa buah lokasi sekitar Sepanyol seperti Seville dan lain-lain lokasi.

    Umumnya,penerimaan masyarakat terhadap filem ini amat mengalakkan ,walaupun ada beberapa sumber mengatakan bahawa pemerintah tertinggi kerajaan Amerika syarikat menyuarakan rasa bimbang dengan penonjolan watak Pejuang Islam terkenal Sultan Salahudin Al-Ayubi.

    Secara ringkasnya,filem ini mengisahkan tentang berlakunya Perang salib(crusade war III),di antara tentera Islam pimpinan Sultan Salahudin dan tentera gabungan negara-negara eropah.Penggunaan simbol salib merah,burung hitam dan salib hitam jelas menunjukan bahawa negara-negara yang terlibat di dalam perang tersebut antaranya England,Perancis dan Jerman.

    Watak utama, bagi filem ini iaitu Lord Balion(Orlando Bloom) adalah seorang panglima Perancis yang setia kepada raja jerusalem pada ketika itu.

    Penggunaan fakta sejarah yang dominan oleh Ridley di dalam filem ini, harus dipuji kerana beliau berani menonjolkan krisis atau fakta sebenar punca berlakunya serangan Sultan Salahudin terhadap kota Jerusalem.Selepas kemangkatan raja jerusalem akibat penyakit kusta,tampuk pemerintahan di jerusalem diterajui oleh panglima beliau yang berkeinginan untuk mencetuskan peperangan dengan Sultan Salahudin.Lantas pelbagai onar dilakukan, antara contoh yang digambarkan di dalam filem ini ialah pembunuhan kabilah dagangan, dan pembunuhan umat Islam beramai-ramai di Jerusalem.

    Disebalik jalan cerita yang dianggap kontroversi oleh setengah-setengah pihak,penulis berpandangan pengolahan yang seimbang berdasarkan fakta sejarah harus dipuji dan dijadikan teladan. Ini penting di dalam menjadikan institusi perfileman sebagai wadah mendidik masyarakat mengenal sejarah.

    Namun filem ini tidak terlepas daripada unsur-unsur komersial seperti unsur romantik, percintaan dan sebagainya,mungkin kerana ianya lebih menjamin pendapatan lumayan bagi sesebuah filem.


    Image Hosted by ImageShack.us


    KARISMA SULTAN SALAHUDIN AL-AYUBI.

    Sejarah telah membuktikan, bahawa seorang insan terpilih yang lahir daripada keturunan Kesultanan Seljuk, telah berjaya menyatupadukan seluruh kekuatan kerajaan-kerajaan Islam ketika itu demi melaksanakan tuntutan keadilan yang amat menuntut.
    Dengan 200,000 orang tentera yang telah ditapis kualitinya,Sultan Salahudin muncul sebagai wira yang dihormati dan disegani oleh kawan mahupun lawan.

    Di dalam filem Kingdom Of Heaven, arahan pengarah filem epik Hollywood terkenal Ridley Scout, watak lakonan Sultan Salahudin(Ghassan Massoud)digambarkan mengikut ketulenan fakta sejarah.Beliau digambarkan sebagai seorang yang adil,seorang raja yang mementingkan perundingan dengan pihak musuh walaupun di dalam suasana genting,amat menitikberatkan kewajipan melaksanakan tuntutan ibadah, amanah, berpegang pada janji dan lain-lain sifat terpuji.

    Fizikal beliau yang digambarkan sebagai seorang yang kurus,tinggi,tangkas,dan lebam dibawah kedua-dua belah mata, mengambarkan bahawa beliau seorang Sultan yang kuat beribadat.

    Hal ini dapat kita lihat dengan merujuk kepada sejarah itu sendiri, bagaimana beliau memerintahkan kepada anggota tenteranya untuk berqiyamullail pada malam hari walaupun ketika waktu perang(sesungguhnya orang yang hampir dengan Allah adalah orang yang bertakwa).

    Penulis terkesan dengan salah satu babak di dalam filem ini yang mengisahkan bagaimana Sultan Salahudin mengangkat salib yang terjatuh di lantai kesan daripada peperangan dan meletakan kembali salib tersebut pada kedudukan asalnya.Sesungguhnya, Islam mendidik jiwa setiap penganutnya untuk menghormati agama-agama lain,tidak menggangu upacara atau simbol kepercayaan penganut-penganut agama lain.

    Malangnya, jarang sekali kita lihat fenomena ini berlaku di negara-negara majoritinya diperintah oleh orang-orang bukan Islam.



    Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us



    TELADAN BAGI KARYAWAN-KARYAWAN FILEM TANAH AIR.

    Penulis melihat sudah sampai masanya industri perfileman negara,lebih digunakan wasilahnya untuk mendidik masyarakat di dalam menghayati nilai-nilai murni,dan menghargai warisan sejarah-sejarah silam.Benar, filem-filem seperti Bukit Kepong,Leftenan Adnan dan lain-lain telahpun dihasilkan, namun jumlah filem ini adalah terlampau sedikit, berbanding dengan filem-filem yang berteraskan komedi,percintaan,gaya hidup remaja,dan hedonisma yang melampau.Ini tidak termasuk lambakan industri VCD yang mempamerkan cerita-cerita ringan yang melampau.
    Industri perfileman merupakan wasilah yang penting dan kuat pengaruhnya ke atas masyarakat terutamanya golongan remaja. Peluang seperti ini harus dimanafaatkan bagi mendidik insan, ke arah pembentukkan masyarakat hadhari,dan merealisasikan Wawasan 2020.

    Kerjasama daripada kerajaan juga amat dituntut bagi menyuburkan kesedaran dan melaksanakan proses pembaharuan industri perfileman antara contohnya, kerjasama kementerian pertahanan di dalam pembikinan filem Leftenan Adnan.

    Amatlah malang, bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita gah mendabik dada sebagai masyarakat contoh yang mementingkan hubungan perpaduan di antara kaum dan lain-lain nilai murni, tetapi di dalam soal kesedaran ilmiah, kita jauh terkebelakang, kesan daripada pengamalan hedonisma melampau.

    Tajamfikir,
    16/5/2005,
    8.07pm,
    ITD

    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 8:07 PM

    * * * * * * * * *

    Layout by Melissa
    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com