Image Hosted by ImageShack.us" border=2 color=#EAEEC6>

* MUKADIMAH *

Image Hosted by ImageShack.us
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lawatan sahabat-sahabat adalah amat-amat dialu-alukan Segala artikel di dalam blog ini adalah daripada penulisan penulis sendiri dan beberapa artikel terpilih untuk manafaat kita semua.
Image Hosted by ImageShack.us

* KENAL PENULIS *

Muhammad Bukhori Bin Alias N9, quicquidplantatur@yahoo.com
Image Hosted by ImageShack.us
(gambar hiasan : Al-Farabi)

* Masa *

* BUKU PELAWAT *

Image Hosted by ImageShack.us
Salam Ukhuwwah Fillah. buat semua pengunjung semoga pertemuan singkat di blog ini akan dipanjangkan lagi atas dasar ukhuwwah kerana Allah demi mengangkat martabat Islam di sisiNya

View My Guestbook
Sign My Guestbook

* ARTIKEL LALU *

Image Hosted by ImageShack.us

March 2005

April 2005

May 2005

June 2005

July 2005

August 2005

September 2005

October 2005

January 2006

April 2006

June 2006

July 2006

August 2007

* POST TERKINI *

Image Hosted by ImageShack.us
  • Ayuh Mahasiswa Perangi Gejala Rasuah
  • AYUH BERSAMA PERTAHANKAN ISLAM !
  • WORLD WAR 4- TOGETHER WE BRING END TO IT
  • PERANG DUNIA KE 4 (WORLD WAR IV).BAHAGIAN PERTAMA
  • Surat Terbuka Tun Dr.Mahathir mengenai Jambatan Be...
  • Peradaban yang amat dirindui......
  • Pertanggungjawaban bersama......
  • ADAKAH KITA CUKUP PEKA...........
  • KEMBARA KE TURKI 2.........
  • KEMBARA KE TURKI 1.......
  • * KEDAI KOPI *

    Image Hosted by ImageShack.us

    * LINKS *

    Image Hosted by ImageShack.us
    ...
    ::Abg Nuar Kudus::
    ::Hilmimadani::
    ::Diari Presiden::
    ::Azwiralbukhairi::
    ::EN SHUN::
    ::Hudasoid::
    ::Cik Fadh::
    ::A thing to ponder::
    ::K-Rol::
    ::sharief
    ::zikri::
    ::sheikh adli::
    ::mukhriz::
    ::didi::
    ::tibe::
    ::yazid rilex::
    ::haruman sakura::
    ::pzin::
    ::zul labu::
    ::Fahmi::
    ::Bro Malie(AWANA)::
    ::Anjang::
    ::Annida::
    ::Zaiman::
    ::Nabil Majdi::
    ::Azmir Zakaria::
    ::Kelambu::
    ::Tok Ghimau::
    ::Zaid Akhtar::
    ::Nash::
    ::Irawan surah::
    ::Darkz05::
    ::TOXICITYZ::
    ::CEKODOK SEDAP::
    ::UNA::
    ::IKOKO::
    ::DIANZ::
    ::Mad'u sesat::
    ::Syed::
    ::Mior Isfandy::
    ::Kak Sham::

    * LINGKARAN MAKLUMAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    CARIAN UMUM.
    ::KUTUB KHANAH::
    ::RAKAN TAULAN::
    ::MAIL YAHOO::
    ::YAHOO::
    ::GOOGLE::
    ::SUARA MAHASISWA::
    ::IDEALIS MAHASISWA::
    ::SYEIKH QARDAWI::
    ::HARUN YAHYA::
    :: CURRENT RULING PARTY::
    ::OPOSISI::
    ::BLOGGER::
    ::IYC::
    ::Palestin info::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA TEMPATAN
    ::UTUSAN MALAYSIA::
    ::BERITA HARIAN::
    ::NEW STRAITS TIMES::
    ::THE SUN::
    ::HARIAN METRO::
    ::THE STAR::
    ::HARAKAH::
    ::MALAYSIAKINI::
    ::MALAYSIA TODAY::
    ::SIN CHEW::
    ::FREE ANWAR::
    ::BERNAMA::
    Image Hosted by ImageShack.us
    BADAN BUKAN KERAJAAN MALAYSIA(NG0)
    ::PKPIM::
    ::ABIM::
    ::PUM::
    ::JIM::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA ANTARABANGSA
    ::AL JAZEERA::
    ::TURKI NEWS::
    ::CNN::
    ::BBC::
    ::TIME MAGAZINE::
    ::WORLD NEWS::
    ::ASIA DAILY::
    ::NEW YORK TIMES::
    ::CHINA DAILY::
    ::ARAB WORLD NEWS::
    ::MUSLIMEDIA::
    ::ECONOMIST::
    ::FEER::
    ::DAILY MIRROR::
    ::DAILY EXPRESS::
    ::THE SUN UK::
    ::PHILIPINE NEWS::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA INDONESIA
    ::THE JAKARTA POST::
    ::JAWA POST::
    ::KOMPAS::
    ::HARIANASIB::
    ::ACEH KITA::
    ::DETIK::
    ::ERA MUSLIM::
    ::ENDONESIA::
    ::REPUBLIKA::
    ::MODUS::
    ::GATRA::
    ::SABILI::

    * TAQWIM*

    Image Hosted by ImageShack.us

    * WAKTU SOLAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    Image Hosted by ImageShack.us

    * PULAUKAN *

    Image Hosted by ImageShack.us
    Sesungguhnya negara ini telah banyak meminum darah dan air mata orang Islam.Mereka tidak akan redha sehinggalah kita umat Islam mengikuti mereka sebagai contoh terbaik
    Image Hosted by ImageShack.us

    *PELAWAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    (C)COPYRIGHT RESERVED HAK CIPTA TERPELIHARA TAJAM FIKIR 2005
    free hit counter
    Free Hit Counter

    * Wednesday, June 08, 2005 *

    Pluralisme Agama : Perspektif Qur'ani oleh Dato' Dr.Siddiq Fadhil




    Image Hosted by ImageShack.us



    Dato'Dr Siddiq fadhil


    Pluralisme (agama) dalam konteks pembicaraan ini merujuk faham menyamakan semua agama dalam erti

    a. Kebenaran ada dalam semua agama, dan
    b. Keselamatan boleh dicapai menerusi mana-mana agama.

    Pluralisme dalam pengertian ini harus dibezakan daripada toleransi antara agama dalam sebuah masyarakat majmuk. Selain itu ia juga harus dibezakan daripada sinkritisme yang selalu diertikan sebagai faham campur-aduk pelbagai agama.

    Faham yang disebut juga dengan istilah transcendent unity of religions ini dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Rene Guenon, Titus Burckhardt, Fritjhof Schuon, Martin Ling, Seyyed Hossein Nasr dan lain-lain lagi. Kebelakangan ini faham pluralis tersebut tampaknya mulai di disambut dan dianut oleh kelompok tertentu di rantau ini khususnya mereka yang tergabung dalam warga PARAMADINA di Indonesia.

    Usaha pemasarannya ketika ini dikaitkan dengan era globalisasi dengan segala dampak bawaannya, termasuk fenomena plural yang secara konsekuansial menuntut sikap terbuka, toleran, akomodatif dan inklusif. Dalam situasi sekarang, menurut mereka, sikap tertutup dan eksklusif sudah tidak relevan lagi. Dengan semangat zaman yang sedemikian itulah mereka tampil sebagai kaum pluralis-inklusif.

    Pembentukan sikap dan pola fikir model (pluralis-inklusif) tersebut tampaknya lebih didorong oleh keinginan untuk menyenangkan kuasa besar dunia (khususnya Amerika) yang saat ini sedang menggila memburu mereka yang mereka labelkan sebagai kaum fanatik, fundamentalis, ekstrimis dan teroris Muslim. Seperti yang telah lama kita sedari bahawa dalam situasi sekarang ini memang ada usaha menggubah Islam versi Amerika atau Islam yang direstui Amerika, iaitu Islam yang hilang keunggulannya, jati dirinya dan dinamika daya juangnya.

    Kaum pluralis begitu resah dengan citra Islam yang unik dan berbeza daripada yang lain-lain. Perbezaan mereka dirasakan sebagai pertentangan, konflik dan konfrontasi.Kerana itu mereka amat tidak senang dengan hal-hal yang tampak kontras: hak-batil, Mukmin-kafir, Muslim-non-Muslim, dosa-pahala, syurga-neraka dan seumpamanya. Dalam perspektif pluralis-inklusif tidak ada lagi perbezaan-perbezaan seperti itu. Dengan menyamakan semua agama bererti semua agama adalah benar, penganut agama mana pun adalah muslim dan semuanya boleh masuk syurga. Yang berbeza hanya jalannya, tetapi yang dituju adalah sama, iaitu Tuhan, dan semuanya (melalui jalan mana pun) akan sampai ke matlamat.

    Pluralisme dalam pengertian di atas dikatakan telah menjadi semacam aqidah. Di kalangan kaum pluralis sendiri memang telah ada yang mengatakan demikian. Aqidah pluralis-inklusif yang secara konsekuensial menghasilkan pula fiqh pluralis (lihat buku Fiqh Lintas Agama) yang dibezakan daripada `aqidah eksklusif dengan fiqh eksklusifnya pula.

    Untuk mengesahkan faham pluralisme tersebut para pendukungnya merujuk al-Qur’an dan membuat tafsiran-tafsiran sekena-kenanya yang sejalan dengan pola fikir pluralis. Antara ayat-ayat yang dirujuk termasuklah:

    "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"
    (Al-Hujurat:13)

    "Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mengetahui."
    (Al-Rum:22)

    Ayat tentang perbezaan-perbezaan tersebut dipersepsikan sebagai dasar pluralisme. Perbezaan adalah suatu kenyataan yang positif dan harus disikapi secara positif -- saling mengenal dan saling menghargai.

    "Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Thaghut, ialah syaitan dan apa saja yang disembah selain dari Allah s.w.t."
    Al-Baqarah:256)

    Ayat tersebut dipakai untuk menjustifikasikan pluralisme dengan memberinya pengertian bahawa tidak ada paksaan dalam memilih satu agama. Pengertian seperti itu membawa implikasi bahawa manusia boleh memilih mana-mana agama kerana pada hakikatnya semuanya sama.

    "Sesungguhnya orang-orang mu'min, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin , siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah , hari kemudian dan beramal saleh , mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kekhawatiran kepada mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati. Shabiin ialah orang-orang yang mengikuti syari'at Nabi-nabi zaman dahulu atau orang-orang yang menyembah bintang atau dewa-dewa. Orang-orang mu'min begitu pula orang Yahudi, Nasrani dan Shabiin yang beriman kepada Allah termasuk iman kepada Muhammad s.a.w., percaya kepada hari akhirat dan mengerjakan amalan yang saleh, mereka mendapat pahala dari Allah. Ialah perbuatan yang baik yang diperintahkan oleh agama Islam, baik yang berhubungan dengan agama atau tidak. "(Al-Baqarah:62)


    Ayat di atas merupakan sandaran utama kaum pluralis untuk menjustifikasikan pendirian inklusif bahawa semua agama -- asal menyerah kepada Tuhan -- adalah benar dan dapat mencapai keselamatan abadi. Ternyata mereka memahami ayat tersebut secara harfi, terlepas dari kaitannya dengan zaman keabsahan agama-agama berkenaan, dan terlepas dari syarat menganut Islam (setelah pengutusan Muhammad s.`a.w.) sebagaimana yang biasa ditafsirkan oleh para ulama mukta

    Untuk membuktikan keabsahan fahamnya kaum pluralis harus mampu melaksanakan suatu projek besar: mendobrak dan membongkar konsep-konsep dasar yang telah mapan dan mantap termasuk konsep Islam dan konsep Ahl al-Kitab. Tampaknya mereka mengeksploitasi dengan leluasa sekali pendekatan deconstruction (pembongkaran) tajaan kaum pascamodenis untuk mempersoalkan pemikiran dan faham yang telah mapan.

    Konsep Islam di tangan kaum pluralis telah mengalami pelonggaran makna sehingga meliputi siapa sahaja asalkan menganut agama Islam dalam erti agama yang tunduk dan menyerah kepada Tuhan. Tentang bagaimana cara tunduk dan menyerahnya tidak menjadi persoalan. Dengan demikian Islam menjadi begitu inklusif setelah dilonggarkan menjadi sekadar kata kerja dan kata terbitan yang bermakna tunduk dan menyerah.

    Al-Islam sebenarnya bukan sekadar nama terbitan dari kata kerja aslama dengan makna tunduk dan menyerah, tetapi ia adalah nama agama yang diturunkan Allah kepada Rasul terakhirnya Muhammad (s.`a.w.). Al-Islam dalam pengertian inilah yang mengandungi cara tunduk dan menyerah sebagaimana yang diperkenan dan diredhai oleh Allah (s.w.t.). Hanya -- Al-Islam: `aqidah dan syari`at Muhammadiyah -- itulah satu-satunya cara tunduk dan menyerah yang sah dan diterima Allah. Demikianlah makna al-Islam apabila ia disebut dalam al-Qur’an.

    Ahl al-Kitab memang telah ditentukan pola hubungan khususnya dengan Islam: makanan mereka halal dan wanita-wanita mereka boleh dinikahi oleh orang Islam. Sesuai dengan orientasi inklusifnya, kaum pluralis telah mengeksploitasi tafsiran-tafsiran longgar tentang ahl al-Kitab yang tidak lagi terbatas pada kaum Yahudi dan Nasrani, tetapi meliputi penganut-penganut agama lain seperti Buddha, Shinto, Konghuchu dan lain-lain lagi. Selain itu ahl al-kitab yang umumnya dipersepsikan sebagai pelaku kesalahan serius - tahrif al-kalim (merubah kalimat-kalimat Allah), bagi kaum pluralis, apa yang mereka lakukan (bukanlah kesalahan yang sangat serius) samalah dengan pelaku-pelaku amalan bid`ah dalam Islam. Ahl al-Kitab juga dianggap melakukan perbuatan shirk atas alasan bahawa al-Qur’an merujuk mereka dengan istilah ahl al-kitab dan bukannya al-mushrikin. Demikianlah antara modifikasi yang dilakukan oleh kaum pluralis terhadap konsep ahl al-kitab untuk menjadikannya lebih longgar dan inklusif meliputi golongan yang lebih ramai lagi.

    Menghormati hak-hak Ahl al-Kitab memang menjadi kewajipan setiap Muslim, tetapi Islam tidak menyuruh kita menutup-nutupi kesalahan dan kebatilan yang dilakukan oleh Ahl al-Kitab. Niat baik untuk membina hubungan mesra dengan kaum Ahl al-Kitab, bukan alasan untuk membela dan mempertahankan kesalahan-kesalahan mereka.


    Image Hosted by ImageShack.us


    Ustaz Siddiq fadhil(gambar ketika menjawat jawatan presiden ABIM)



    Qur’an dan Ahl al-Kitab

    Pemerian tentang Ahl al-Kitab memang cukup banyak dalam al-Qur’an. Dengan sedikit kekecualian (sebagai bukti objektifnya al-Qur’an) Ahl al-Kitab umumnya bercitra negatif. Sekadar contoh hakikat tersebut dapat dilihat dalam surah al-Tawbah (29-31). Ayat 29 memerintahkan agar mereka diperangi sehingga mereka membayar jizyah “dengan keadaan taat dan merendah diri”. Ayat 30 menyebut kaum Yahudi mengatakan `Uzayr anak Allah, sementara orang Nasrani pula mengatakan al-Masih anak Allah. Ayat 31 menyebut mereka menjadikan pendita-pendita, ahli-ahli agama dan juga al-Masih ibn Maryam sebagai tuhan. Ayat tersebut berhujung dengan pernyataan, “maha suci Allah dari apa yang mereka sekutukan”.

    Dalam ayat-ayat lain mereka yang beri`tiqad seperti itu dinyatakan dengan tegas sebagai kafir (laqad kafara…). Demikianlah sebagaimana yang disebut dalam surah al-Ma’idah ayat 72-73. Ayat 72 menyebut kafirnya mereka yang mengatakan bahawa “Allah ialah al-Masih ibn Maryam”. Ayat 73 pula menyebut kafirnya mereka yang mengatakan bahawa “Allah ialah salah satu daripada tiga Tuhan” (thalithu thalathah).

    Al-Qur’an menyebut Ahl al-Kitab sebagai orang yang kafir sesudah beriman (kafaru ba`da imanihim) akibat menganut agama yang bukan lagi agama Allah (al-Islam), menolak kerasulan Muhammad s.`a.w. walhal sebelumnya mereka telah menyaksikannya sebagai benar. Demikianlah pemerian tentang mereka dalah surah Ali `Imran: 86.

    Keliruan Pluralisme Agama

    • Anggapan bahawa manusia dapat sampai kepada Tuhan yang sama lewat jalan-jalan (agama-agama) yang berlainan adalah bertentangan dengan penegasan al-Qur’an tentang jalan Allah yang satu-satunya, jalan lurus (agama Islam) yang haris diikuti, bukan jalan-jalan lain yang menyimpang seperti yang dinyatakan dalam ayat 153 surah al-An`am.

    • Andainya agama-agama lain juga benar dan dapat membawa umat masing-masing mencapai keselamatan hakiki dan abadi, lalu apa perlunya Allah mengutus Muhammad s.`a.w. sebagai Rasul terakhir?

    • Andainya semua agama sama, semuanya benar, lalu apa ertinya pernyataan Tuhan bahawa “Bahawa Dialah yang mengutus Rasul-Nya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (al-Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikan atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya” sebagaimana yang disebut dalam surah al-Tawbah:33.

    • Andainya semua agama benar, lalu apa ertinya kewajipan mendakwah atau mengislamkan orang yang belum/tidak menganut Islam?

    • Kemajmuan (agama) bukan fenomena baru. Ia telahpun wujud seawal zaman Nabi s.`a.w. dan sejak itu pula telah diletakkan asas formula menanganinya seperti yang terumus pada ungkapan Qur’ani lakum dinukum wa liya din (kamu dengan agama kamu, aku dengan agamaku) tanpa saling menyembah tuhan masing-masing, tanpa saling mengakui kebenaran agama masing-masing.


    Siddiq Fadzil
    Akademi Kajian Ketamadunan/
    Kolej Dar al-Hikmah



    Posted by,
    Tajam fikir,
    8/6/2005,
    4.25pm,
    ITD.


    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 1:09 AM

    * * * * * * * * *

    * Tuesday, June 07, 2005 *

    The Modernity of Southeast Asian Islam by Anwar Ibrahim


    Image Hosted by ImageShack.us


    Anwar Ibrahim


    In this lecture I will try to explore and search for the historical roots of Southeast Asian Islamic modernity. Southeast Asia, as a region, is always seen as a periphery in the world of Islam. To my mind this is rather unfortunate, because, the region is home to more Muslims than other regions of the world. There are more than 300 million Muslims in the area. With a population of more than 280 million Indonesia is the largest Muslim country.

    The Middle East can claim it is the heartland of Islam because: one, the region is its birth place; two, it is the theatre of the religion’s unfolding into a majestic civilization. Three, since collapse of Ottoman rule, Islam’s last caliphate and empire, the Middle East was central to the designs of European imperial powers. Four, oil has rendered the region into a paramount strategic location in today’s geopolitics. And finally the bitterness and emotions of Palestinian-Israeli conflict, a conflict with inseparable Muslim dimension, brought the association of Islam with that geography into a particular intensity.

    Be that as it may, Southeast Asian Islam deserves more attention than it receives today. Its claims for attention are not based purely on number or quantity. There are other more compelling reasons.

    First: the characteristic uniqueness of Islam in the region was due to its spread and penetration by peaceful means. The 14the century traveller Muhammad Ibn Batutta attested to a high level of cultural tolerance in the process of Islamisation in South East Asia. T. W. Arnold in his Preaching of Islam stressed the role traders and Sufis rather than conquerors as prime agents for the spread of the faith. When Muslim conquerors invaded India, temples were pulled down. But in Java, the Wali Songo, the Nine Saints, used puppet shadow play, wayang kulit, with themes from the Mahabharata and the Ramayana, as medium of propagation.

    Secondly, the region’s transition to democracy, this is an attention-grabbing issue. It is the issue of the day. In fact the issue of terrorism should be subsumed under it. There is a big on-going debate among the academia whether Islam is compatible with democracy or not. The Southeast Asian case, primarily Indonesia, has effectively debunked the notion that Islam is inherently anti-democratic. After the financial crisis of 1997 that toppled Suharto’s three decades of dictatorship, Indonesia is now the biggest Muslim democracy. The case of Indonesia is interesting especially in the light of Iraqi path to democracy. Indonesian Muslims did not have to wait for foreign troops or a road map to make a leap into freedom. Here is the most populous Muslim country that has been under the iron hand of Suharto for three decades. Previously the mercurial Sukarno, affectionately called by the Indonesians as the proclaimer of Independence, derailed the nascent Indonesian constitutional democracy into a “guided democracy” This was a euphemism for his own self-styled dictatorship. Now you will find that Indonesians are on their own initiative dash headlong into democracy. However, Indonesia’s experiment with elections and constitutional democracy goes back to 1955, preceded by vibrant debates among political and religious leaders. And the late Herbert Feith credited the role of Masyumi, an alliance of Muslim political parties under the leadership of Mohammad Natsir, as the anchor of the republic first experiment on democracy. Similar experiments, under more complex multiracial and multi-religious setting, would have been carried out in Malaysia under the leadership of Burhanuddin al-Helmy if he was not detained by the British and his grand multi-racial coalition was not banned. Nonetheless a relatively free and fair election and nascent democracy was put into practice under the leadership of first Prime Minister Tunku Abdul Rahman, though short-lived.From the point of view of the history of ideas in the Islamic world Southeast Asian Islam is uniquely important because of its less traumatic passage towards modernity.

    This subject has not been sufficiently analyzed. There is again a Middle-Eastern bias in the study of Islamic modernism. Too often it is traced to Afghani’s Pan-Islamism, Abduh’s reformism and the al-Manar journalism. Modern ideas of reform and renewal of Islam in the rest of the Islamic world are seen as derivative of ideas that first took shape in Cairo. I think this requires revision.It is far from my intention to belittle the impact of Afghani, Abduh and Rasyid Rida. Their influence is massive in Malaysia and Indonesia. But for the Malay-Indonesia archipelago there is a kind of modernity that precedes the impact of Pan Islamism and Abduh’s reformism. And this pre Pan Islamist modernism prepared the way for Malaysians and Indonesians to embrace more readily Abduh’s modernism than its reception at its own place of birth. Abduh’s project of modernity in the Arab world lost it energy by the second half of last century whilst it is accepted as mainstream Islam in Indonesia and Malaysia.

    Because of this, one does not find the situation where the Islamists and the secularists are ranged into two separate battle lines as was the case in the Middle East. This is primarily, as noticed by Fazlur Rahman and Ismail al-Faruqi, due to the modernizing influences of new schools pioneered by Muhammadiyyah as well the traditional pesantrens or madrasahs operated the conservative Nahdatul Ulama. One only have to read Deliar Noer’s Modern Muslim Movement in Indonesia 1900 – 1940 to appreciate the role of political parties and grassroots organizations as the greatest instrument of modernization. This modernism of “high Islam” –to borrow the expression of Ernest Gellner from Post Modernism and Religion with some qualification, provided the impetus or the guiding ideas for progress and development. It is “high Islam” in the sense that it is scripturalist, strong emphasis on the Text. But it is Text plus the rationalism of Islamic philosophy and the realism and flexibility provided by Islamic jurisprudence during its golden age.Because the ulamak themselves are proponents of modernism, rather than its implacable adversaries, as often the case in Arab world, the new generation of Indonesians who received western education through Dutch schools do not harbour antipathy towards Islam and the ulamaks. Take the extreme case of Tan Malaka, considered the founder of Indonesia communism and a member of Communist International. He is perhaps one of the most arresting figures in Southeast Asian communism. He saw Sarekat Islam, the Islamic chamber of commerce and labour union as its strategic partner rather than enemy.Another case is Indonesian progressive intellectual and historian Soejatmoko. Despite his thoroughly western education, his alienation was with the secular and demagogic nationalism of Sukarno rather than with leaders of Islamic parties. One of my treasured moments of my younger days was an encounter I had with him. In our exchanges he acknowledged the crucial contributions of Islamic leaders like Mohammad Natsir in sowing the seeds of democracy in the republic. For the struggle of these leaders to keep democracy alive in the face of Sukarno’s dictatorial tendency I must again refer to the exhaustive study by Hebert Feith, the Decline of Constitutional Democracy in Indonesia.Because of these conditions, there was already a modernity in Southeast Asia before the Middle Eastern modernity reached the scene, and because of this, the much more rigorous and sophisticated Abduh’s project of modernity was much more readily embraced by the religious leaders. Invariably, the modern mind created by the Dutch and English educated felt less alienated. Indonesian philosopher, Sutan Takdir Alisyahbana – perhaps the Taha Hussein of Indonesia – did not elicit angry rejection, perhaps because he, being not a scholar of Islam, avoided making controversial remarks on Islam. Some aspects of his thinking were absorbed by the mainstream in Indonesia while the more extreme ones, such as his call for outright westernization during his younger days, were discarded. He himself in his mature age is equally appreciative of the role and contribution of Islam to civilization including the Malay-Indonesian civilization.

    This rapid accommodation of Southeast Asian Islam to modernity, or Islam as an instrument of modernity itself, is perhaps the reason why Islamic radicalism is less successful in Southeast Asia. Radicalism seeks to change or overturn society in order to create a utopia even through violence means if necessary. Radicalism became an option if the society is rigid and not responsive to demand for change or if ideas for reform are declared as dangerous, as we observed in Acheh, southern Thailand and southern Philippines. Partly the repression in these countries, though significant is nowhere compared to the brutal atrocities perpetrated by many of the Arab dictators. In an interesting and challenging theory, Prof. Syed Naquib al-Attas asserted that the seed of modernity in the Malay-Indonesian archipelago was sown even before that arrival of Western imperialism. He rests his theory on extending Henri Pirenne’s thesis, the intellectual and spiritual revolution among the Malays brought about through the writings of poet-mystic Hamzah Fansuri in northern Sumatra, and the ensuing debate between his followers and Nuruddin al-Raniri, the sheikh al-Islam of the Perlak State in North Sumatra.

    According to Prof. al-Attas the debate is unprecedented in the region and it opens a new era of metaphysical speculation in the region and was instrumental in the development of the Malay language and culture.However, Prof. al-Attas’ theory is in fact a counter theory. It was a response to the theory of Ismail Hussein that the father of modern Malay literature was a 19th century writer; Abdullah bin Abdul Qadir Munsyi, perhaps a Malay equivalent of Rifat Tahtawi. I like to see both theories as complementary. While al-Attas’s theory has the great merit of emphasizing on the role of intellectual speculation, expanding the Malay mind to great ideas of universal import, it is indifferent to the social and political dimension of modernity. Here comes the seminal contribution of Abdullah bin Abdul Qadir Munshi in Hikayat Abdullah and Hikayat Pelayaran Abdullah, a nineteenth century traveller and Malay language teacher to Stanford Raffles and Christian missionaries. What was modern in Abdullah Munsyi that makes him a modern self?: It was his consciousness of his self, his social criticism, his observation of slavery and slave trade in Singapore, his criticism of feudalism and his notion of oppression in the Malay States as the source of social backwardness of the Malays.

    In the Arab world modernity came as a rupture. Opposition was strong and strongly articulated. There was opposition to Abduh’s ideas on reform for example. Partly because modernity did not come in its benign image; it was entangled with the politics of the time. It came at the highest watermark of European imperialism, at the time of when the Ottoman Empire was called “The Sick Man of Europe”, and these powers are grabbing for their own the former possessions of Ottoman Turkey. The early modernist saw the light of knowledge emanating from Europe; they saw the dynamism and the passion for knowledge as the roots of European progress. But later, the Muslim intelligentsia increasingly saw that these powers of knowledge and technology are all subservient to European greed and the desire to dominate the Muslim world. This to their mind was confirmed by the betrayal of the Arabs in Paris during 1919 where the promise of independence from Turkish imperialism was substituted with European imperialism. Awareness of past greatness vis-à-vis impotence in the face of Europe made a deep cut in the modern Arab psyche which is yet to be healed until today.Southeast Asia is less prone to nostalgia of past greatness, perhaps, there was no such greatness in the past. The potential greatness of Malacca was nipped in the bud by the Portuguese in 1511, resulting in the scattering of the Sultanates. Despite European powers controlling of strategic ports and locations, the Malay Muslim civilization survived and to some extent thrived – transforming, through peaceful means, the Malay world view; intellectual and spiritual revolution and consolidating social and political institutions of the Malay civilization.

    The Malay civilization never rose to the splendour of the Abbasid, the richness of Cordova or even the Mogul or Safavid. Yet the Islamisation of Malay-Indonesia archipelago is a defining moment in the history of Southeast Asia. Because the Malay world did not have the chance to become great in the past, it does not a harbour any nostalgia towards the past. As such it can deal with issues at hand with much more pragmatism and rationality.Let me conclude by saying that the Southeast Asian Islamic modernism is a process that is continuing. The collective responses to the imperatives of contemporary life are so diverse that it betrays sharp generalizations. In Malaysia, because of the authoritarian nature of the political system, one has to be very critical of what appear in the daily press which is obsessed to exonerate the establishment and to vilify the opposition. The truth it that there is so much diversity of views be it among members of the opposition or the ruling parties vis-à-vis the public role of Islam. The government’s articulation of Islam seems to miss, perhaps deliberately, the most crucial issues of the current debate, which is the issue of freedom, good governance and credibility of public institutions. Islam remains relevant if it avoids the defining issues of the day and takes flight into nostalgia of past greatness? It is certainly a commendable effort to emulate the past civilization of Islam. But the gap between pronouncement and action is left wanting. Islamic civilization was created by sultans and princes vying one another to patronize the best philosophers, scientists, poets and scholars. What we have today is the patronage of mediocrity, anti-intellectualism, tolerance of corruption and substituting merit with political compliance. It is unfortunate that some foreign observers confuse this mediocrity with moderation, perhaps due to the fear of Islamic parties and under the pretext of the war on terror.For decades the project of modernity in many Muslim countries suffered setbacks because of its complicity with power without legitimacy. The great suspicion of modernity by Muslims is often because it came without liberty; it came with exploitation and brutal oppression first with colonialism, and later with indigenous military or civilian authoritarianism. In the debate between Sukarno the secular nationalist and Natsir the Muslim nationalist over the secularization of Mustafa Kemal Attaturk, it is patently clear that the Muslim leader’s rejection of Kemal was not his modernity, but his repressive behaviour. It is strange that a scholar like Samuel Huntington, in his earlier thesis; The Soldier and the State became an apologist for military dictatorship because to him it is an agent of modernity. This condescending attitude, that only tough and uncompromising leaders could lead their reluctant people into modernity and complicity with oppressive power is the main reason that delayed freedom and democracy in many Muslim countries. This complex chain of cause and effect may have result in the misleading conclusion that Muslim are resistant to democracy. This is certainly an absurd proposition. No one would prefer slavery to liberty.

    Democratization in Indonesia offers new challenges. There is an acute sense for the need for aggiornamento, to bring Islam up to date, so to speak, not only to ensure its relevance under liberal democracy, but also to remain a powerful guiding element. “To bring the Qur’an down to earth” – membumikan al-Qur’an, is a title of a book by Quraish Shihab, who also wrote a voluminous commentary of the Qur’an. This is very much in the tradition initiated by Hamka, another major figure in 20the century Southeast Asian Islam, whose Tafsir al-Azhar is seminal in deepening and consolidating Malay-Indonesian perspective on Islam. There is here a creative fertilization of the great tradition of the Quranic hermeneutics with Malay Indonesian sense of realism and moderation of which Hamka, being a novelist in his younger days, has an acute understanding. The religious life and self-understanding by Southeast Asian’s Muslims of their religion; are shaped by multiple influences and forces as well as the works of commentators and writers who have to respond to the spiritual need of their community.

    The region has a different social, political and economic dynamics from the Middle East. Dazzled by the various strands of contemporary thought; younger thinkers are attempting to reconcile their faith with more current thought such as post-modernism, deconstruction and feminism. What is interesting is that the responses of the elderly ulamak are more sober and measured. This remind us of the response of Muhd Rasjidi, an elderly and respected Islamic scholar, who himself a modernist, to the advocacy of secularization by a young Muslim activist Nurcholist Majid in the 1970s. How the Indonesian Muslims, the largest community of the faith in the world, navigate their faith and practice of Islam under a republic of freedom would be the most interesting drama to observe for decades to come. This is the true and unprecedented drama of faith and freedom for Islam in modern time.

    Lecture by Anwar IbrahimSt. Antony’s College, Oxford University3rd May 2005

    Posted by tajamfikir,
    8/6/2005,
    3.45pm,
    ITD.


    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 11:58 PM

    * * * * * * * * *

    * Wednesday, June 01, 2005 *

    ISLAM LIBERAL PRODUK SIAPA?

    Di dalam era pasca modernisma yang serba mencabar, umat Islam harus kembali memperkasa pembudayaan ilmu secara lebih menyeluruh, dan di dalam masa yang sama mempertaut kembali ukhuwah islamiah dengan penuh keikhlasan.

    Realiti selepas peristiwa 11 sept(pengeboman world trade center di Amerika Syarikat), umat Islam sentiasa diuji dengan pelbagai ujian yang mencabar.Antaranya umat Islam ditohmah sebagai pengganas dan Agama Islam sendiri pernah dituduh sebagai agama yang menggalakkan aktiviti-aktiviti berbau keganasan.

    Tuduhan- tuduhan liar dan penuh emosi ini, sudah tentu lahir daripada sikap anti Islam oleh pelbagai golongan. Antaranya golongan Yahudi-zeonisma,Ekstremis kristian, para orientalis dan daripada segelintir umat Islam itu sendiri.

    Mengenangkan kegagalan yang dialami mereka di dalam usaha untuk mencemarkan kesucian dan pengaruh agama Islam ketika siri peperangan salib yang lampau, satu perancangan halus dan penuh muslihat telah dirangka dan sedang dilaksanakan.

    Serangan pemikiran ke atas umat Islam untuk menimbulkan kekeliruan dan kekalutan fikrah terhadap kemurniaan Islam itu sendiri mula dilancarkan. dengan harapan satu pemberontakan daripada umat Islam terhadap agama Islam itu sendiri akan terlaksana, persis imbauan ketika zaman kebangkitan golongan reformasi kristian di dalam menubuhkan mazhab protestan, kesan daripada semangat merubah fungsi dan pengaruh agama kristian itu sendiri.

    PENGARUH KRISTIAN-ORIENTALIS DI DALAM SERANGAN PEMIKIRAN KE ATAS UMAT ISLAM



    Image Hosted by ImageShack.us



    Arkoun sedang memperkatakan sesuatu..........


    Tatkala, umat Islam sibuk mempertahankan diri daripada pelbagai fitnah dan tohmah yang mengganggu-gugat kesucian dan kemurniaan Islam ,muncul satu serangan pemikiran baru yang mula mencengkam keadaan umat Islam.

    Slogan-slogan seperti, Islam memerlukan pembebasan,Islam memerlukan pencerahan merupakan produk-produk yang dirangka mereka untuk meracuni pemikiran umat Islam di dalam memahami ajaran suci agama Islam di dalam konteks ataupun acuan yang lebih liberal dan rasional.

    Gerakan yang sedemikian terancang, telah dimantapkan lagi dengan penyelidikkan dan strategi-strategi mapan buat menghadapi hujahan balas daripada cendekiawan, mahupun pemikir-pemikir Islam terhadap segala kekeliruan yang cuba ditimbulkan mereka.

    Pakatan ini telah mula mempopularkan idea-idea mereka ketika zaman sebelum bermulanya perang dunia pertama.Berpusat di Jerman sekelompok para-para orientalis seperti Abraham Geiger,Theodor Noldeker,Friedrich Schwally,Gotthelf Bergstassen,Otto Dretel,Arthur Jeffrey,Immanuel kahn dan ramai lagi mula menghasilkan karya-karya untuk menyeru umat Islam untuk membebaskan diri daripada kongkongan wahyu.

    Melalui tulisan-tulisan yang lahir, hasil daripada renungan dan pemikiran mereka jelas mengambarkan satu usaha menimbulkan keraguan dikalangan umat Islam mengenai persoalan-persoalan asas Agama Islam direncanakan.

    Contohnya,dengan menimbulkan keraguan Umat Islam terhadap kesahihan Al-Quran Mashaf Uthmani, serta dakwaan mereka bahawa Nabi Muhammad s.a.w menciplak dan memasukkan elemen-elemen agama yahudi di dalam Al-Quran dan lain-lain lagi.

    Namun misi utama mereka adalah untuk berjuang mempengaruhi pemikiran umat Islam di dalam mendewa-dewakan akal manusia melebihi kesahihan pengaruh wahyu itu sendiri di dalam semua aspek.

    Ternyata pengalaman penganut Yahudi dan Kristian di dalam pentafsiran semula kitab-kitab suci mereka, dan menokok tambah ajaran agama-agama mereka mengikut hawa nafsu dan logik akal mahu diimport pula kepada umat Islam.

    Pemahaman liar mereka terhadap peranan akal di dalam menggantikan peranan wahyu bagi mengatur kehidupan Umat Islam dengan bersandarkan bahawa wahyu telah terhenti selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w telah mempengaruhi segelintir tokoh-tokoh muslim seperti Ali Abdul Raziq(diberitakan kemudiannya telah bertaubat),Aminah Wadud,Mohamed Arkoun,Nurcholish Madjid dan lain-lain.

    Melalui penglibatan aktif tokoh-tokoh muslim ini di dalam memperjuangkan aliran pemikiran sedemikian ternyata telah memudahkan kerja-kerja para orientalis untuk melakukan penyelewengan akidah Umat Islam itu sendiri.

    GERAKAN ISLAM LIBERAL DI NUSANTARA.

    Tindakan melulu di dalam menerima bulat-bulat idea-idea pencerahan(enlightenment) eropah dan pemikiran sesat para orientalis, telah mengakibatkan satu jaringan Islam liberal lahir dan bertapak di rantau nusantara.

    Berpusat di Utan Kayu Indonesia, gerakan ini mendapat sokongan kuat daripada badan-badan antarabangsa seperti The Asian Foundation dan lain-lain, terutama di dalam menyediakan sumber kewangan gerakan mereka.

    Di Indonesia misalnya, mereka telah berjaya menguasai beberapa saluran televisyen, syarikat-syarikat akhbar dan syarikat- syarikat pengiklanan buat mempromosikan gagasan mereka.

    Gagasan Islam liberal juga telah melahirkan pemikir-pemikir liberal nusantara seperti Nurcholish madjid,Hamid basyaib,Mun'im A.sirry,Taufik Amal, Luthfi As-Syaukanie dan lain-lain yang sentiasa merangka strategi-strategi buat mempengaruhi Umat Islam khususnya di rantau nusantara.

    INSTITUT ANTARABANGSA PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM(ISTAC) VS JARINGAN ISLAM LIBERAL(JIL)

    Sudah menjadi ketetapan, jikalau ada kuasa yang mahu menyemai kekeliruan terhadap agama Allah s.w.t nescaya akan bangkit pula para-para mujahid untuk menangkis segala serangan pemikiran yang berupaya untuk menyesatkan umatIslam daripada landasan agama Islam yang sebenarnya.

    Ketika Jaringan Islam liberal dianggap sudah berjaya mengembangkan sayap pengaruhnya di rantau nusantara.Maka timbul kesedaran daripada anak-anak muda untuk memperkaya ilmu di dada buat mempertahankan kesucian Islam dan membela umat Islam daripada terus dihina dan disesatkan.Seorang rakan penulis, pernah berbual dengan seorang sahabat daripada Indonesia yang mana,beliau menceritakan tentang kecelaruan pemikiran terhadap Islam yang dihadapi oleh umat Islam di negara tersebut.

    Menurut beliau lagi rata-rata anak muda daripada negara tersebut memilih untuk melanjutkan pelajaran di dalam peringkat sarjana ataupun ijazah kedoktoran di Istac, buat menghadapi dan membela keadaan umat Islam di sana.

    Bukan niat penulis, untuk menonjolkan institusi berkenaan. Namun peranan institusi tersebut di dalam memberi penekanan terhadap penbelajaraan ilmu-ilmu teras Islam, dan ilmu-ilmu falsafah Islam dan barat wajar diberikan perhatian, dan dijadikan satu senjata ampuh buat menangkis dan melakukan serangan pemikiran balas ke atas para-para orientalis dan pengadu domba nusantara yang lain.

    Adnin Armas di dalam bukunya yang bertajuk "Pengaruh Kristen-Orientalis terhadap Islam Liberal, jelas menyatakan bahawa serangan pemikiran yang dicetuskan oleh salah seorang pelopor JIL Nurcholish madjid berkenaan konsep sekuler telah disanggah oleh pengasas dan juga mantan pengarah ISTAC Prof Syed Muhamad Naquib al-Attas.


    Image Hosted by ImageShack.us


    Prof Naquib.


    Tatkala Nurcholish mencetuskan pandangan beliau bahawa konsep sekuler diakui di dalam Al-Quran, berdasarkan antara hujahnya, kalimah Bismillahirahmanirahim, mengandungi sifat ar-rahman iaitu sifat kasih tuhan di dunia, dan ar-rahim iaitu sifat kasih tuhan di akhirat, menjustifikasikan penggunaan rasional akal melebihi kebergantungan terhadap wahyu di dalam menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah telah disanggah oleh Prof Naquib di dalam bukunya Islam and Secularisation. Buku yang telah diterbitkan pada tahun 1978 ini, menerangkan bahawa umat Islam tidak boleh mengikut atau menerapkan konsep pengosongan nilai-nilai rohani dari alam tabii(disenchantment of nature) kerana konsep ini bertentangan dengan konsep pandangan hidup Islam tentang alam.

    Menurut Prof Naquib, alam adalah umpama buku yang terbuka dan perlu dipelajari dan diketahui dan ini bertujuan untuk kita menghargai dan mengakui besarnya kemurahan dan hikmah yang diberikan Allah s.w.t

    Menurut beliau, sekularisasi telah mengikis dan menghilangkan hubungan diantara pencipta dan makhluk. Natijahnya alam tidak perlu lagi dihormati.Manusia akan terdorong untuk melakukan segala macam kezaliman di muka bumi, hasilnya akan menjadi korban kajian saintifik dan penelitian ilmiah seperti pengujian bom-bom nuklear di pulau-pualu terpencil.

    PENYEBARAN ISLAM LIBERAL MENURUT PERUNDANGAN MALAYSIA

    Adnin Armas, seorang pelajar ijazah kedoktoran di ISTAC telah mengungkapkan pengalaman beliau ketika berdialog dengan beberapa orang aktivis JIL di dalam bukunya Pengaruh Kristen-Orientalis terhadap Islam Liberal.

    Menurut beliau pemahaman mereka tentang Islam dan kemudian diterjemahkan pula dengan misi pemyebaran ideologi tersebut jelas bertentangan dengan ajaran suci Islam itu sendiri.

    Antara idea-idea hasil daripada pemikiran mereka ialah mushaf uthmani bukan Al-Quran sebenar dan Al-Quran sebenar hanya tersimpan di luh mahfuz, hukuman rejam, potong tangan dan diyyat(denda) semuanya diambil daripada sumber undang-undang Rom dan bukan berasal daripada syariat Islam dan lain-lain pandangan, yang nyata jelas terpesong daripada ajaran agama Islam sebenar.

    Sebagai sebuah negara yang mendaulatkan Agama Islam sebagai agama persekutuan seperti mana terungkap di dalam perlembagaan persekutuan.Malaysia mampu membendung penyebaran fahaman ini dengan menggunakan pelbagai peruntukkan undang-undang yang sedia ada di dalam sistem perundanganya.

    Menyoroti peruntukkan undang-undang di dalam artikel 11(4) perlembagaan persekutuan yang menyebut:
    State law and in respect of the federal territories of Kuala Lumpur ,Labuan and Putrajaya,federal law may control or restrict the propagation of any doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.

    Berdasarkan peruntukkan ini jelas bahawa Islam Liberal merupakan satu doktrin ataupun kepercayaan baru yang bertentangan dengan keseluruhan syariat Islam itu sendiri dan usaha penyebaran ideologi ini perlu dibendung oleh pihak berkuasa umumnya.

    Seterusnya di dalam undang-undang syariah Wilayah Persekutuan di bawah akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah 1997 seksyen 4(1) memperuntukkan:
    Any person who teaches or expounds in any place,whether private or public,any doctrine or perform any ceremony or act relating to the religion of Islam shall,if such doctrine or ceremony or act is contrary to Islamic law or any fatwa for the time being in force in the federal territories be guilty of an offence and shall or conviction be liable to fine not exceeding 5000 ringgit or imprisonment for 3 years or whipping 6 strokes or to any combination thereof.
    Jelas melalui peruntukkan tersebut, kesalahan menyampaikan ajaran songsang berkaitan Islam merupakan kesalahan berat kerana ianya memperuntukkan peruntukkan hukuman yang maksima mengikut peruntukkan undang-undang syariah negara.

    Di dalam seksyen 7 akta yang sama memperuntukkan:
    Any person who orally or in writing or by visible representation or in any other mannar,
    a) Insult or brings into contempt the religion of Islam.
    b) derides,apes or ridicules the practise or ceremonies relating to the religion of Islam or
    C) degrades or bring into contempt any law relating to the religion of Islam for the time being in force in the federal territories
    shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding 3000 ringgit, or to imprisonment for a term not exceeding 2 years or to both.

    Peruntukkan-peruntukkan di atas adalah sebahagian daripada undang-undang yang boleh digunakan di dalam mengawal kegiatan pengembangan ajaran Islam liberal. Peruntukkan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) 1965 dan lain lain peruntukkan boleh diaplikasikan, khususnya terhadap ancaman yang melibatkan public order, public moral and public health.

    APAKAH PERANAN KITA?

    Di dalam menghadapi situasi pada masa kini, sudah tentu pemerkasaan ilmu merupakan kewajipan ke atas setiap umat Islam.

    Ilmu harus dibezakan dengan maklumat kerana skop ilmu yang lebih luas meliputi kepercayaan,pengenalan,fakta,kajian dan sebagainya.

    Penekanan terhadap ilmu-ilmu asas seperti ilmu-ilmu Al- Quran dan ilmu-ilmu hadith dan lain-lain lagi perlu dipertingkatkan disamping tuntutan mempelajari ilmu-ilmu falsafah Islam dan barat.

    Minda umat Islam perlu diasah bagi menghadapi serangan-serangan pemikiran yang pasti lebih mencabar mengikut peredaran zaman.Dan sudah tentu para orientalis mahu melihat Agama Islam ditimpa nasib malang seperti agama-agama samawi yang lain.

    Pihak badan-badan bukan kerajaan(NGO) Islam perlu memainkan peranan yang lebih aktif di dalam mendekati masyarakat untuk menyampaikan dakwah islamiah dengan lebih berkesan.Seminar-seminar, simposium, sehinggalah kepada program-program yang berbentuk hari keluarga(family day) perlu dijadikan wadah untuk menyampaikan dakwah islamiah.

    Bagi golongan yang memegang tampuk amanah pemerintahan ataupun golongan yang celik undang-undang, kajian ataupun eksperimen perlu dijalankan terhadap peruntukkan-peruntukkan yang dikenal pasti dapat membendung gejala songsang ini daripada terus berlaku.

    Peruntukkan penting di dalam artikel 3 perlembagaan persekutuan yang menekankan secara jelas bahawa Agama Islam sebagai agama persekutuan adalah bertujuan untuk mendaulatkan kesucian agama Islam itu sendiri.

    Dan sudah tentu perkataan Islam di dalam artikel tersebut merujuk secara jelas kepada Agama Islam yang sebenar dan bukannya terhadap konsep Islam Tanwiri ataupun Islam pencerahan bahkan tidak sekali-kali merujuk kepada Islam Liberal.


    Tajamfikir,
    1/Jun/2005,
    6.oopm,
    ITD IIUM.




    Read more! | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 3:11 AM

    * * * * * * * * *

    Layout by Melissa
    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com