Image Hosted by ImageShack.us" border=2 color=#EAEEC6>

* MUKADIMAH *

Image Hosted by ImageShack.us
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lawatan sahabat-sahabat adalah amat-amat dialu-alukan Segala artikel di dalam blog ini adalah daripada penulisan penulis sendiri dan beberapa artikel terpilih untuk manafaat kita semua.
Image Hosted by ImageShack.us

* KENAL PENULIS *

Muhammad Bukhori Bin Alias N9, quicquidplantatur@yahoo.com
Image Hosted by ImageShack.us
(gambar hiasan : Al-Farabi)

* Masa *

* BUKU PELAWAT *

Image Hosted by ImageShack.us
Salam Ukhuwwah Fillah. buat semua pengunjung semoga pertemuan singkat di blog ini akan dipanjangkan lagi atas dasar ukhuwwah kerana Allah demi mengangkat martabat Islam di sisiNya

View My Guestbook
Sign My Guestbook

* ARTIKEL LALU *

Image Hosted by ImageShack.us

March 2005

April 2005

May 2005

June 2005

July 2005

August 2005

September 2005

October 2005

January 2006

April 2006

June 2006

July 2006

August 2007

* POST TERKINI *

Image Hosted by ImageShack.us
  • Gelombang Filem Kingdom Of Heaven
  • Keadilan dan penghayatannya
  • RASULKU CINTAKU.
  • KEPENTINGAN BUDAYA ILMU.
  • ABU AL-NASR AL-FARABI
  • Umar ibn Abd al-Aziz
  • Assalamualaikum&salam sejahtera.
  • * KEDAI KOPI *

    Image Hosted by ImageShack.us

    * LINKS *

    Image Hosted by ImageShack.us
    ...
    ::Abg Nuar Kudus::
    ::Hilmimadani::
    ::Diari Presiden::
    ::Azwiralbukhairi::
    ::EN SHUN::
    ::Hudasoid::
    ::Cik Fadh::
    ::A thing to ponder::
    ::K-Rol::
    ::sharief
    ::zikri::
    ::sheikh adli::
    ::mukhriz::
    ::didi::
    ::tibe::
    ::yazid rilex::
    ::haruman sakura::
    ::pzin::
    ::zul labu::
    ::Fahmi::
    ::Bro Malie(AWANA)::
    ::Anjang::
    ::Annida::
    ::Zaiman::
    ::Nabil Majdi::
    ::Azmir Zakaria::
    ::Kelambu::
    ::Tok Ghimau::
    ::Zaid Akhtar::
    ::Nash::
    ::Irawan surah::
    ::Darkz05::
    ::TOXICITYZ::
    ::CEKODOK SEDAP::
    ::UNA::
    ::IKOKO::
    ::DIANZ::
    ::Mad'u sesat::
    ::Syed::
    ::Mior Isfandy::
    ::Kak Sham::

    * LINGKARAN MAKLUMAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    CARIAN UMUM.
    ::KUTUB KHANAH::
    ::RAKAN TAULAN::
    ::MAIL YAHOO::
    ::YAHOO::
    ::GOOGLE::
    ::SUARA MAHASISWA::
    ::IDEALIS MAHASISWA::
    ::SYEIKH QARDAWI::
    ::HARUN YAHYA::
    :: CURRENT RULING PARTY::
    ::OPOSISI::
    ::BLOGGER::
    ::IYC::
    ::Palestin info::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA TEMPATAN
    ::UTUSAN MALAYSIA::
    ::BERITA HARIAN::
    ::NEW STRAITS TIMES::
    ::THE SUN::
    ::HARIAN METRO::
    ::THE STAR::
    ::HARAKAH::
    ::MALAYSIAKINI::
    ::MALAYSIA TODAY::
    ::SIN CHEW::
    ::FREE ANWAR::
    ::BERNAMA::
    Image Hosted by ImageShack.us
    BADAN BUKAN KERAJAAN MALAYSIA(NG0)
    ::PKPIM::
    ::ABIM::
    ::PUM::
    ::JIM::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA ANTARABANGSA
    ::AL JAZEERA::
    ::TURKI NEWS::
    ::CNN::
    ::BBC::
    ::TIME MAGAZINE::
    ::WORLD NEWS::
    ::ASIA DAILY::
    ::NEW YORK TIMES::
    ::CHINA DAILY::
    ::ARAB WORLD NEWS::
    ::MUSLIMEDIA::
    ::ECONOMIST::
    ::FEER::
    ::DAILY MIRROR::
    ::DAILY EXPRESS::
    ::THE SUN UK::
    ::PHILIPINE NEWS::
    Image Hosted by ImageShack.us
    RANGKAIAN BERITA INDONESIA
    ::THE JAKARTA POST::
    ::JAWA POST::
    ::KOMPAS::
    ::HARIANASIB::
    ::ACEH KITA::
    ::DETIK::
    ::ERA MUSLIM::
    ::ENDONESIA::
    ::REPUBLIKA::
    ::MODUS::
    ::GATRA::
    ::SABILI::

    * TAQWIM*

    Image Hosted by ImageShack.us

    * WAKTU SOLAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    Image Hosted by ImageShack.us

    * PULAUKAN *

    Image Hosted by ImageShack.us
    Sesungguhnya negara ini telah banyak meminum darah dan air mata orang Islam.Mereka tidak akan redha sehinggalah kita umat Islam mengikuti mereka sebagai contoh terbaik
    Image Hosted by ImageShack.us

    *PELAWAT *

    Image Hosted by ImageShack.us
    (C)COPYRIGHT RESERVED HAK CIPTA TERPELIHARA TAJAM FIKIR 2005
    free hit counter
    Free Hit Counter

    * Wednesday, June 01, 2005 *

    ISLAM LIBERAL PRODUK SIAPA?

    Di dalam era pasca modernisma yang serba mencabar, umat Islam harus kembali memperkasa pembudayaan ilmu secara lebih menyeluruh, dan di dalam masa yang sama mempertaut kembali ukhuwah islamiah dengan penuh keikhlasan.

    Realiti selepas peristiwa 11 sept(pengeboman world trade center di Amerika Syarikat), umat Islam sentiasa diuji dengan pelbagai ujian yang mencabar.Antaranya umat Islam ditohmah sebagai pengganas dan Agama Islam sendiri pernah dituduh sebagai agama yang menggalakkan aktiviti-aktiviti berbau keganasan.

    Tuduhan- tuduhan liar dan penuh emosi ini, sudah tentu lahir daripada sikap anti Islam oleh pelbagai golongan. Antaranya golongan Yahudi-zeonisma,Ekstremis kristian, para orientalis dan daripada segelintir umat Islam itu sendiri.

    Mengenangkan kegagalan yang dialami mereka di dalam usaha untuk mencemarkan kesucian dan pengaruh agama Islam ketika siri peperangan salib yang lampau, satu perancangan halus dan penuh muslihat telah dirangka dan sedang dilaksanakan.

    Serangan pemikiran ke atas umat Islam untuk menimbulkan kekeliruan dan kekalutan fikrah terhadap kemurniaan Islam itu sendiri mula dilancarkan. dengan harapan satu pemberontakan daripada umat Islam terhadap agama Islam itu sendiri akan terlaksana, persis imbauan ketika zaman kebangkitan golongan reformasi kristian di dalam menubuhkan mazhab protestan, kesan daripada semangat merubah fungsi dan pengaruh agama kristian itu sendiri.

    PENGARUH KRISTIAN-ORIENTALIS DI DALAM SERANGAN PEMIKIRAN KE ATAS UMAT ISLAM



    Image Hosted by ImageShack.us



    Arkoun sedang memperkatakan sesuatu..........


    Tatkala, umat Islam sibuk mempertahankan diri daripada pelbagai fitnah dan tohmah yang mengganggu-gugat kesucian dan kemurniaan Islam ,muncul satu serangan pemikiran baru yang mula mencengkam keadaan umat Islam.

    Slogan-slogan seperti, Islam memerlukan pembebasan,Islam memerlukan pencerahan merupakan produk-produk yang dirangka mereka untuk meracuni pemikiran umat Islam di dalam memahami ajaran suci agama Islam di dalam konteks ataupun acuan yang lebih liberal dan rasional.

    Gerakan yang sedemikian terancang, telah dimantapkan lagi dengan penyelidikkan dan strategi-strategi mapan buat menghadapi hujahan balas daripada cendekiawan, mahupun pemikir-pemikir Islam terhadap segala kekeliruan yang cuba ditimbulkan mereka.

    Pakatan ini telah mula mempopularkan idea-idea mereka ketika zaman sebelum bermulanya perang dunia pertama.Berpusat di Jerman sekelompok para-para orientalis seperti Abraham Geiger,Theodor Noldeker,Friedrich Schwally,Gotthelf Bergstassen,Otto Dretel,Arthur Jeffrey,Immanuel kahn dan ramai lagi mula menghasilkan karya-karya untuk menyeru umat Islam untuk membebaskan diri daripada kongkongan wahyu.

    Melalui tulisan-tulisan yang lahir, hasil daripada renungan dan pemikiran mereka jelas mengambarkan satu usaha menimbulkan keraguan dikalangan umat Islam mengenai persoalan-persoalan asas Agama Islam direncanakan.

    Contohnya,dengan menimbulkan keraguan Umat Islam terhadap kesahihan Al-Quran Mashaf Uthmani, serta dakwaan mereka bahawa Nabi Muhammad s.a.w menciplak dan memasukkan elemen-elemen agama yahudi di dalam Al-Quran dan lain-lain lagi.

    Namun misi utama mereka adalah untuk berjuang mempengaruhi pemikiran umat Islam di dalam mendewa-dewakan akal manusia melebihi kesahihan pengaruh wahyu itu sendiri di dalam semua aspek.

    Ternyata pengalaman penganut Yahudi dan Kristian di dalam pentafsiran semula kitab-kitab suci mereka, dan menokok tambah ajaran agama-agama mereka mengikut hawa nafsu dan logik akal mahu diimport pula kepada umat Islam.

    Pemahaman liar mereka terhadap peranan akal di dalam menggantikan peranan wahyu bagi mengatur kehidupan Umat Islam dengan bersandarkan bahawa wahyu telah terhenti selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w telah mempengaruhi segelintir tokoh-tokoh muslim seperti Ali Abdul Raziq(diberitakan kemudiannya telah bertaubat),Aminah Wadud,Mohamed Arkoun,Nurcholish Madjid dan lain-lain.

    Melalui penglibatan aktif tokoh-tokoh muslim ini di dalam memperjuangkan aliran pemikiran sedemikian ternyata telah memudahkan kerja-kerja para orientalis untuk melakukan penyelewengan akidah Umat Islam itu sendiri.

    GERAKAN ISLAM LIBERAL DI NUSANTARA.

    Tindakan melulu di dalam menerima bulat-bulat idea-idea pencerahan(enlightenment) eropah dan pemikiran sesat para orientalis, telah mengakibatkan satu jaringan Islam liberal lahir dan bertapak di rantau nusantara.

    Berpusat di Utan Kayu Indonesia, gerakan ini mendapat sokongan kuat daripada badan-badan antarabangsa seperti The Asian Foundation dan lain-lain, terutama di dalam menyediakan sumber kewangan gerakan mereka.

    Di Indonesia misalnya, mereka telah berjaya menguasai beberapa saluran televisyen, syarikat-syarikat akhbar dan syarikat- syarikat pengiklanan buat mempromosikan gagasan mereka.

    Gagasan Islam liberal juga telah melahirkan pemikir-pemikir liberal nusantara seperti Nurcholish madjid,Hamid basyaib,Mun'im A.sirry,Taufik Amal, Luthfi As-Syaukanie dan lain-lain yang sentiasa merangka strategi-strategi buat mempengaruhi Umat Islam khususnya di rantau nusantara.

    INSTITUT ANTARABANGSA PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM(ISTAC) VS JARINGAN ISLAM LIBERAL(JIL)

    Sudah menjadi ketetapan, jikalau ada kuasa yang mahu menyemai kekeliruan terhadap agama Allah s.w.t nescaya akan bangkit pula para-para mujahid untuk menangkis segala serangan pemikiran yang berupaya untuk menyesatkan umatIslam daripada landasan agama Islam yang sebenarnya.

    Ketika Jaringan Islam liberal dianggap sudah berjaya mengembangkan sayap pengaruhnya di rantau nusantara.Maka timbul kesedaran daripada anak-anak muda untuk memperkaya ilmu di dada buat mempertahankan kesucian Islam dan membela umat Islam daripada terus dihina dan disesatkan.Seorang rakan penulis, pernah berbual dengan seorang sahabat daripada Indonesia yang mana,beliau menceritakan tentang kecelaruan pemikiran terhadap Islam yang dihadapi oleh umat Islam di negara tersebut.

    Menurut beliau lagi rata-rata anak muda daripada negara tersebut memilih untuk melanjutkan pelajaran di dalam peringkat sarjana ataupun ijazah kedoktoran di Istac, buat menghadapi dan membela keadaan umat Islam di sana.

    Bukan niat penulis, untuk menonjolkan institusi berkenaan. Namun peranan institusi tersebut di dalam memberi penekanan terhadap penbelajaraan ilmu-ilmu teras Islam, dan ilmu-ilmu falsafah Islam dan barat wajar diberikan perhatian, dan dijadikan satu senjata ampuh buat menangkis dan melakukan serangan pemikiran balas ke atas para-para orientalis dan pengadu domba nusantara yang lain.

    Adnin Armas di dalam bukunya yang bertajuk "Pengaruh Kristen-Orientalis terhadap Islam Liberal, jelas menyatakan bahawa serangan pemikiran yang dicetuskan oleh salah seorang pelopor JIL Nurcholish madjid berkenaan konsep sekuler telah disanggah oleh pengasas dan juga mantan pengarah ISTAC Prof Syed Muhamad Naquib al-Attas.


    Image Hosted by ImageShack.us


    Prof Naquib.


    Tatkala Nurcholish mencetuskan pandangan beliau bahawa konsep sekuler diakui di dalam Al-Quran, berdasarkan antara hujahnya, kalimah Bismillahirahmanirahim, mengandungi sifat ar-rahman iaitu sifat kasih tuhan di dunia, dan ar-rahim iaitu sifat kasih tuhan di akhirat, menjustifikasikan penggunaan rasional akal melebihi kebergantungan terhadap wahyu di dalam menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah telah disanggah oleh Prof Naquib di dalam bukunya Islam and Secularisation. Buku yang telah diterbitkan pada tahun 1978 ini, menerangkan bahawa umat Islam tidak boleh mengikut atau menerapkan konsep pengosongan nilai-nilai rohani dari alam tabii(disenchantment of nature) kerana konsep ini bertentangan dengan konsep pandangan hidup Islam tentang alam.

    Menurut Prof Naquib, alam adalah umpama buku yang terbuka dan perlu dipelajari dan diketahui dan ini bertujuan untuk kita menghargai dan mengakui besarnya kemurahan dan hikmah yang diberikan Allah s.w.t

    Menurut beliau, sekularisasi telah mengikis dan menghilangkan hubungan diantara pencipta dan makhluk. Natijahnya alam tidak perlu lagi dihormati.Manusia akan terdorong untuk melakukan segala macam kezaliman di muka bumi, hasilnya akan menjadi korban kajian saintifik dan penelitian ilmiah seperti pengujian bom-bom nuklear di pulau-pualu terpencil.

    PENYEBARAN ISLAM LIBERAL MENURUT PERUNDANGAN MALAYSIA

    Adnin Armas, seorang pelajar ijazah kedoktoran di ISTAC telah mengungkapkan pengalaman beliau ketika berdialog dengan beberapa orang aktivis JIL di dalam bukunya Pengaruh Kristen-Orientalis terhadap Islam Liberal.

    Menurut beliau pemahaman mereka tentang Islam dan kemudian diterjemahkan pula dengan misi pemyebaran ideologi tersebut jelas bertentangan dengan ajaran suci Islam itu sendiri.

    Antara idea-idea hasil daripada pemikiran mereka ialah mushaf uthmani bukan Al-Quran sebenar dan Al-Quran sebenar hanya tersimpan di luh mahfuz, hukuman rejam, potong tangan dan diyyat(denda) semuanya diambil daripada sumber undang-undang Rom dan bukan berasal daripada syariat Islam dan lain-lain pandangan, yang nyata jelas terpesong daripada ajaran agama Islam sebenar.

    Sebagai sebuah negara yang mendaulatkan Agama Islam sebagai agama persekutuan seperti mana terungkap di dalam perlembagaan persekutuan.Malaysia mampu membendung penyebaran fahaman ini dengan menggunakan pelbagai peruntukkan undang-undang yang sedia ada di dalam sistem perundanganya.

    Menyoroti peruntukkan undang-undang di dalam artikel 11(4) perlembagaan persekutuan yang menyebut:
    State law and in respect of the federal territories of Kuala Lumpur ,Labuan and Putrajaya,federal law may control or restrict the propagation of any doctrine or belief among persons professing the religion of Islam.

    Berdasarkan peruntukkan ini jelas bahawa Islam Liberal merupakan satu doktrin ataupun kepercayaan baru yang bertentangan dengan keseluruhan syariat Islam itu sendiri dan usaha penyebaran ideologi ini perlu dibendung oleh pihak berkuasa umumnya.

    Seterusnya di dalam undang-undang syariah Wilayah Persekutuan di bawah akta Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah 1997 seksyen 4(1) memperuntukkan:
    Any person who teaches or expounds in any place,whether private or public,any doctrine or perform any ceremony or act relating to the religion of Islam shall,if such doctrine or ceremony or act is contrary to Islamic law or any fatwa for the time being in force in the federal territories be guilty of an offence and shall or conviction be liable to fine not exceeding 5000 ringgit or imprisonment for 3 years or whipping 6 strokes or to any combination thereof.
    Jelas melalui peruntukkan tersebut, kesalahan menyampaikan ajaran songsang berkaitan Islam merupakan kesalahan berat kerana ianya memperuntukkan peruntukkan hukuman yang maksima mengikut peruntukkan undang-undang syariah negara.

    Di dalam seksyen 7 akta yang sama memperuntukkan:
    Any person who orally or in writing or by visible representation or in any other mannar,
    a) Insult or brings into contempt the religion of Islam.
    b) derides,apes or ridicules the practise or ceremonies relating to the religion of Islam or
    C) degrades or bring into contempt any law relating to the religion of Islam for the time being in force in the federal territories
    shall be guilty of an offence and shall on conviction be liable to a fine not exceeding 3000 ringgit, or to imprisonment for a term not exceeding 2 years or to both.

    Peruntukkan-peruntukkan di atas adalah sebahagian daripada undang-undang yang boleh digunakan di dalam mengawal kegiatan pengembangan ajaran Islam liberal. Peruntukkan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) 1965 dan lain lain peruntukkan boleh diaplikasikan, khususnya terhadap ancaman yang melibatkan public order, public moral and public health.

    APAKAH PERANAN KITA?

    Di dalam menghadapi situasi pada masa kini, sudah tentu pemerkasaan ilmu merupakan kewajipan ke atas setiap umat Islam.

    Ilmu harus dibezakan dengan maklumat kerana skop ilmu yang lebih luas meliputi kepercayaan,pengenalan,fakta,kajian dan sebagainya.

    Penekanan terhadap ilmu-ilmu asas seperti ilmu-ilmu Al- Quran dan ilmu-ilmu hadith dan lain-lain lagi perlu dipertingkatkan disamping tuntutan mempelajari ilmu-ilmu falsafah Islam dan barat.

    Minda umat Islam perlu diasah bagi menghadapi serangan-serangan pemikiran yang pasti lebih mencabar mengikut peredaran zaman.Dan sudah tentu para orientalis mahu melihat Agama Islam ditimpa nasib malang seperti agama-agama samawi yang lain.

    Pihak badan-badan bukan kerajaan(NGO) Islam perlu memainkan peranan yang lebih aktif di dalam mendekati masyarakat untuk menyampaikan dakwah islamiah dengan lebih berkesan.Seminar-seminar, simposium, sehinggalah kepada program-program yang berbentuk hari keluarga(family day) perlu dijadikan wadah untuk menyampaikan dakwah islamiah.

    Bagi golongan yang memegang tampuk amanah pemerintahan ataupun golongan yang celik undang-undang, kajian ataupun eksperimen perlu dijalankan terhadap peruntukkan-peruntukkan yang dikenal pasti dapat membendung gejala songsang ini daripada terus berlaku.

    Peruntukkan penting di dalam artikel 3 perlembagaan persekutuan yang menekankan secara jelas bahawa Agama Islam sebagai agama persekutuan adalah bertujuan untuk mendaulatkan kesucian agama Islam itu sendiri.

    Dan sudah tentu perkataan Islam di dalam artikel tersebut merujuk secara jelas kepada Agama Islam yang sebenar dan bukannya terhadap konsep Islam Tanwiri ataupun Islam pencerahan bahkan tidak sekali-kali merujuk kepada Islam Liberal.


    Tajamfikir,
    1/Jun/2005,
    6.oopm,
    ITD IIUM.



    | Weblog Commenting and Trackback by HaloScan.com
    TajamFikir gone to the beach 3:11 AM

    * * * * * * * * *

    Layout by Melissa
    Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com