![]() |
|||
* MUKADIMAH * ![]() ![]() * KENAL PENULIS *
![]() * Masa * * BUKU PELAWAT * ![]() ![]() View My Guestbook Sign My Guestbook * ARTIKEL LALU * ![]() March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 January 2006 April 2006 June 2006 July 2006 August 2007 * POST TERKINI * ![]() * KEDAI KOPI * ![]() * LINKS * ![]() ::Hilmimadani:: ::Diari Presiden:: ::Azwiralbukhairi:: ::EN SHUN:: ::Hudasoid:: ::Cik Fadh:: ::A thing to ponder:: ::K-Rol:: ::sharief ::zikri:: ::sheikh adli:: ::mukhriz:: ::didi:: ::tibe:: ::yazid rilex:: ::haruman sakura:: ::pzin:: ::zul labu:: ::Fahmi:: ::Bro Malie(AWANA):: ::Anjang:: ::Annida:: ::Zaiman:: ::Nabil Majdi:: ::Azmir Zakaria:: ::Kelambu:: ::Tok Ghimau:: ::Zaid Akhtar:: ::Nash:: ::Irawan surah:: ::Darkz05:: ::TOXICITYZ:: ::CEKODOK SEDAP:: ::UNA:: ::IKOKO:: ::DIANZ:: ::Mad'u sesat:: ::Syed:: ::Mior Isfandy:: ::Kak Sham:: * LINGKARAN MAKLUMAT * ![]() ::RAKAN TAULAN:: ::MAIL YAHOO:: ::YAHOO:: ::GOOGLE:: ::SUARA MAHASISWA:: ::IDEALIS MAHASISWA:: ::SYEIKH QARDAWI:: ::HARUN YAHYA:: :: CURRENT RULING PARTY:: ::OPOSISI:: ::BLOGGER:: ::IYC:: ::Palestin info:: ![]() ::BERITA HARIAN:: ::NEW STRAITS TIMES:: ::THE SUN:: ::HARIAN METRO:: ::THE STAR:: ::HARAKAH:: ::MALAYSIAKINI:: ::MALAYSIA TODAY:: ::SIN CHEW:: ::FREE ANWAR:: ::BERNAMA:: ![]() ::ABIM:: ::PUM:: ::JIM:: ![]() ::TURKI NEWS:: ::CNN:: ::BBC:: ::TIME MAGAZINE:: ::WORLD NEWS:: ::ASIA DAILY:: ::NEW YORK TIMES:: ::CHINA DAILY:: ::ARAB WORLD NEWS:: ::MUSLIMEDIA:: ::ECONOMIST:: ::FEER:: ::DAILY MIRROR:: ::DAILY EXPRESS:: ::THE SUN UK:: ::PHILIPINE NEWS:: ![]() ::JAWA POST:: ::KOMPAS:: ::HARIANASIB:: ::ACEH KITA:: ::DETIK:: ::ERA MUSLIM:: ::ENDONESIA:: ::REPUBLIKA:: ::MODUS:: ::GATRA:: ::SABILI:: * TAQWIM* ![]() * WAKTU SOLAT * ![]() ![]() * PULAUKAN * ![]() ![]() *PELAWAT * ![]() Free Hit Counter |
* Monday, May 16, 2005 * ![]() SINOPSIS RINGKAS Pada kali ini penulis ingin berkongsi pandangan dan pendapat mengenai sebuah filem yang masih lagi hangat ditayangkan di pawagam-pawagam khususnya di Malaysia iaitu filem Kingdom of heaven. Filem arahan pengarah terkenal Ridley scout, yang sebelum ini pernah mengarahkan filem-filem epik seperti,Gladiator,Alexander dan lain-lain,dijalankan pengambarannya di sekitar Maghribi, dan dibeberapa buah lokasi sekitar Sepanyol seperti Seville dan lain-lain lokasi. Umumnya,penerimaan masyarakat terhadap filem ini amat mengalakkan ,walaupun ada beberapa sumber mengatakan bahawa pemerintah tertinggi kerajaan Amerika syarikat menyuarakan rasa bimbang dengan penonjolan watak Pejuang Islam terkenal Sultan Salahudin Al-Ayubi. Secara ringkasnya,filem ini mengisahkan tentang berlakunya Perang salib(crusade war III),di antara tentera Islam pimpinan Sultan Salahudin dan tentera gabungan negara-negara eropah.Penggunaan simbol salib merah,burung hitam dan salib hitam jelas menunjukan bahawa negara-negara yang terlibat di dalam perang tersebut antaranya England,Perancis dan Jerman. Watak utama, bagi filem ini iaitu Lord Balion(Orlando Bloom) adalah seorang panglima Perancis yang setia kepada raja jerusalem pada ketika itu. Penggunaan fakta sejarah yang dominan oleh Ridley di dalam filem ini, harus dipuji kerana beliau berani menonjolkan krisis atau fakta sebenar punca berlakunya serangan Sultan Salahudin terhadap kota Jerusalem.Selepas kemangkatan raja jerusalem akibat penyakit kusta,tampuk pemerintahan di jerusalem diterajui oleh panglima beliau yang berkeinginan untuk mencetuskan peperangan dengan Sultan Salahudin.Lantas pelbagai onar dilakukan, antara contoh yang digambarkan di dalam filem ini ialah pembunuhan kabilah dagangan, dan pembunuhan umat Islam beramai-ramai di Jerusalem. Disebalik jalan cerita yang dianggap kontroversi oleh setengah-setengah pihak,penulis berpandangan pengolahan yang seimbang berdasarkan fakta sejarah harus dipuji dan dijadikan teladan. Ini penting di dalam menjadikan institusi perfileman sebagai wadah mendidik masyarakat mengenal sejarah. Namun filem ini tidak terlepas daripada unsur-unsur komersial seperti unsur romantik, percintaan dan sebagainya,mungkin kerana ianya lebih menjamin pendapatan lumayan bagi sesebuah filem. ![]() KARISMA SULTAN SALAHUDIN AL-AYUBI. Sejarah telah membuktikan, bahawa seorang insan terpilih yang lahir daripada keturunan Kesultanan Seljuk, telah berjaya menyatupadukan seluruh kekuatan kerajaan-kerajaan Islam ketika itu demi melaksanakan tuntutan keadilan yang amat menuntut. Dengan 200,000 orang tentera yang telah ditapis kualitinya,Sultan Salahudin muncul sebagai wira yang dihormati dan disegani oleh kawan mahupun lawan. Di dalam filem Kingdom Of Heaven, arahan pengarah filem epik Hollywood terkenal Ridley Scout, watak lakonan Sultan Salahudin(Ghassan Massoud)digambarkan mengikut ketulenan fakta sejarah.Beliau digambarkan sebagai seorang yang adil,seorang raja yang mementingkan perundingan dengan pihak musuh walaupun di dalam suasana genting,amat menitikberatkan kewajipan melaksanakan tuntutan ibadah, amanah, berpegang pada janji dan lain-lain sifat terpuji. Fizikal beliau yang digambarkan sebagai seorang yang kurus,tinggi,tangkas,dan lebam dibawah kedua-dua belah mata, mengambarkan bahawa beliau seorang Sultan yang kuat beribadat. Hal ini dapat kita lihat dengan merujuk kepada sejarah itu sendiri, bagaimana beliau memerintahkan kepada anggota tenteranya untuk berqiyamullail pada malam hari walaupun ketika waktu perang(sesungguhnya orang yang hampir dengan Allah adalah orang yang bertakwa). Penulis terkesan dengan salah satu babak di dalam filem ini yang mengisahkan bagaimana Sultan Salahudin mengangkat salib yang terjatuh di lantai kesan daripada peperangan dan meletakan kembali salib tersebut pada kedudukan asalnya.Sesungguhnya, Islam mendidik jiwa setiap penganutnya untuk menghormati agama-agama lain,tidak menggangu upacara atau simbol kepercayaan penganut-penganut agama lain. Malangnya, jarang sekali kita lihat fenomena ini berlaku di negara-negara majoritinya diperintah oleh orang-orang bukan Islam. ![]() ![]() TELADAN BAGI KARYAWAN-KARYAWAN FILEM TANAH AIR. Penulis melihat sudah sampai masanya industri perfileman negara,lebih digunakan wasilahnya untuk mendidik masyarakat di dalam menghayati nilai-nilai murni,dan menghargai warisan sejarah-sejarah silam.Benar, filem-filem seperti Bukit Kepong,Leftenan Adnan dan lain-lain telahpun dihasilkan, namun jumlah filem ini adalah terlampau sedikit, berbanding dengan filem-filem yang berteraskan komedi,percintaan,gaya hidup remaja,dan hedonisma yang melampau.Ini tidak termasuk lambakan industri VCD yang mempamerkan cerita-cerita ringan yang melampau. Industri perfileman merupakan wasilah yang penting dan kuat pengaruhnya ke atas masyarakat terutamanya golongan remaja. Peluang seperti ini harus dimanafaatkan bagi mendidik insan, ke arah pembentukkan masyarakat hadhari,dan merealisasikan Wawasan 2020. Kerjasama daripada kerajaan juga amat dituntut bagi menyuburkan kesedaran dan melaksanakan proses pembaharuan industri perfileman antara contohnya, kerjasama kementerian pertahanan di dalam pembikinan filem Leftenan Adnan. Amatlah malang, bagi kita rakyat Malaysia, apabila kita gah mendabik dada sebagai masyarakat contoh yang mementingkan hubungan perpaduan di antara kaum dan lain-lain nilai murni, tetapi di dalam soal kesedaran ilmiah, kita jauh terkebelakang, kesan daripada pengamalan hedonisma melampau. Tajamfikir, 16/5/2005, 8.07pm, ITD Read more! | ![]() * Tuesday, May 03, 2005 *
Demokrasi menurut acuan Islam,mewajarkan prinsip-prinsip demokrasi diamalkan dan dilaksanakan selagi mana ianya tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip Shariah Islamiah.Ini dapat dilihat melalui konsep "Rule of law" yang diterima pengamalannya oleh Shariah Islamiah.Namun berlainan pula dengan kebenaran atau kebebasan bersuara secara mutlak, apabila Islam menggariskan syarat-syarat dan hukum-hakam seperti hukum qazaf yang wajib dituruti dan dipatuhi, selain persoalan adab dan akhlaq yang wajar dititikberatkan di dalam melontarkan pandangan. Baru-baru ini, iaitu pada tanggal 1 Mei 2005, penulis dijemput untuk hadir ke Konvensyen Pengampunan D.S.A.I bertempat di Grand Seasons hotel. ![]() Justeru pada pandangan penulis DYMM YDPA , harus menilai dengan penuh cermat dan penuh hati-hati di dalam membuat keputusan berhubung rayuan pengampunan diraja ini.Artikel 42 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan YDPA berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai segala kesalahan yang telah dibicarakan di Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tentera. Jelas proses pengampunan atau "Royal pardon" ini merupakan usaha terakhir bagi mengenepikan sabitan hukuman penyalahgunaan kuasa yang melarang D.S.A.I daripada aktif berpolitik di Malaysia. Di dalam artikel yang sama kurungan(10) memperuntukkan penubuhan Jemaah Pengampunan di dalam memberi nasihat kepada YDPA di dalam soal memberi keampunan ataupun tidak kepada pemohon, namun kuasa terakhir untuk memberi pengampunan, tetap tertakluk kepada YDPA,iaitu selepas proses menimbang segala pendapat bertulis daripada peguam negara dan permohonan daripada pemohon. Di dalam konteks Malaysia yang memperjuangkan konsep demokrasi acuan Islam, penulis terimbau dengan sajak mashyur lagi sayu Perdana menteri kita yang bertajuk "KU CARI DAMAI ABADI" apabila beliau menyebut "AKU CARI MANA DIA AL-GHAZALI". Imam Al-Ghazali, di dalam Ihya'Ulumuddin begitu menekankan keperluan sikap saling memaafkan walaupun berhadapan dengan musuh. Pandangan beliau ini diperkukuhkan lagi dengan ayat daripada Surah Al-Baqarah:237 "Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan itu lebih hampir kepada taqwa" Begitu juga dengan athar(perbuatan sahabat rasulullah s.a.w)yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat Rasulullah yang mendapat tarbiah daripada baginda sendiri,seperti Saidina Uthman r.a, yang mana beliau semasa menjadi khalifah,telah mengampunkan seorang warganegara Madinah yang membunuh orang yang membunuh ayahnya,dengan menggantikan hukum bunuh balas kepada membayar diyat, pada hal hukum bunuh balas adalah satu pilihan,tetapi beliau memilih satu pilihan lain yang juga tiada bercanggah dengan agama dan perundangan yang ada pada beliau. Demikian juga Saidina Ali k.w, ketika memegang tampuk pemerintahan tertinggi sebagai ketua negara dan ketua agama, telah memaaf dan mengampunkan orang-orang yang terlibat di dalam peperangan Siffin dan peperangan Jamal yang menentangnya.Bahkan beliau mengatakan bahawa mereka itu ialah saudaranya yang beriman. Justeru pada pandangan penulis,Malaysia sebagai sebuah negara yang menjadi contoh kepada negara Islam yang lain, baik daripada segala aspek, perlu bertegas di dalam usaha-usaha mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi menurut acuan Islam, yang pasti ianya berpaksikan kepada konsep "ADALAH" keadilan yang menuntut, tanpa sedikitpun prejudis kepada mana-mana rakyatnya.Konsep"GOOD GOVERNANCE" terhadap kerajaan, perlu dipertingkatkan, berpandukan kepada amanah, dan konsep"Rule Of Law". Dengan usaha-usaha ini Insyallah, satu tamadun Islam akan terbina kembali,melahirkan generasi berjiwa rabbani, yang pasti,bagi mengharap keredhaan illahi, demi kebahagiaan abadi. TAJAM FIKIR 7.00PM, 3/5/2005, ITD. Read more! | ![]() |
||
Layout by Melissa |