" border=2 color=#EAEEC6> | |||
* MUKADIMAH * * KENAL PENULIS *
* Masa * * BUKU PELAWAT * View My Guestbook Sign My Guestbook * ARTIKEL LALU * March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 January 2006 April 2006 June 2006 July 2006 August 2007 * POST TERKINI * * KEDAI KOPI * * LINKS * ::Hilmimadani:: ::Diari Presiden:: ::Azwiralbukhairi:: ::EN SHUN:: ::Hudasoid:: ::Cik Fadh:: ::A thing to ponder:: ::K-Rol:: ::sharief ::zikri:: ::sheikh adli:: ::mukhriz:: ::didi:: ::tibe:: ::yazid rilex:: ::haruman sakura:: ::pzin:: ::zul labu:: ::Fahmi:: ::Bro Malie(AWANA):: ::Anjang:: ::Annida:: ::Zaiman:: ::Nabil Majdi:: ::Azmir Zakaria:: ::Kelambu:: ::Tok Ghimau:: ::Zaid Akhtar:: ::Nash:: ::Irawan surah:: ::Darkz05:: ::TOXICITYZ:: ::CEKODOK SEDAP:: ::UNA:: ::IKOKO:: ::DIANZ:: ::Mad'u sesat:: ::Syed:: ::Mior Isfandy:: ::Kak Sham:: * LINGKARAN MAKLUMAT * ::RAKAN TAULAN:: ::MAIL YAHOO:: ::YAHOO:: ::GOOGLE:: ::SUARA MAHASISWA:: ::IDEALIS MAHASISWA:: ::SYEIKH QARDAWI:: ::HARUN YAHYA:: :: CURRENT RULING PARTY:: ::OPOSISI:: ::BLOGGER:: ::IYC:: ::Palestin info:: ::BERITA HARIAN:: ::NEW STRAITS TIMES:: ::THE SUN:: ::HARIAN METRO:: ::THE STAR:: ::HARAKAH:: ::MALAYSIAKINI:: ::MALAYSIA TODAY:: ::SIN CHEW:: ::FREE ANWAR:: ::BERNAMA:: ::ABIM:: ::PUM:: ::JIM:: ::TURKI NEWS:: ::CNN:: ::BBC:: ::TIME MAGAZINE:: ::WORLD NEWS:: ::ASIA DAILY:: ::NEW YORK TIMES:: ::CHINA DAILY:: ::ARAB WORLD NEWS:: ::MUSLIMEDIA:: ::ECONOMIST:: ::FEER:: ::DAILY MIRROR:: ::DAILY EXPRESS:: ::THE SUN UK:: ::PHILIPINE NEWS:: ::JAWA POST:: ::KOMPAS:: ::HARIANASIB:: ::ACEH KITA:: ::DETIK:: ::ERA MUSLIM:: ::ENDONESIA:: ::REPUBLIKA:: ::MODUS:: ::GATRA:: ::SABILI:: * TAQWIM* * WAKTU SOLAT * * PULAUKAN * *PELAWAT * Free Hit Counter |
* Tuesday, July 12, 2005 * Di dalam realiti kehidupan pada masa kini,tuntutan untuk melaksanakan dan menyampaikan seruan dakwah islamiah adalah perlu dan penting. Penekanan terhadap konsep menyeru kepada kebaikkan dan mencegah kemungkaran adalah perlu dan wajib dilaksanakan dengan penuh bijaksana. Kepentingan untuk menyampaikan seruan kebenaran ini telah dinyatakan dengan banyaknya di dalam Al-quran dan sunnah rasulullah s.a.w., dan kesan daripada penghayatan yang mendalam terhadap kepentingan berdakwah telah ditunjukkan oleh para sahabat baginda rasulullah s.a.w di dalam meneruskan misi dakwah selepas kewafatan baginda. Iltizam yang ditunjukkan oleh generasi sahabat seperti Saad bin Abi Waqas yang berkelana ke China untuk berdakwah adalah sesuatu yang perlu dihayati dan dicontohi terutamanya oleh generasi duat pada hari ini. Jikalau dahulu, jarak perjalanan yang jauh, masa yang panjang, dan kemudahan yang terhad di dalam melaksanankan misi dakwah tidak langsung dirungutkan, maka sudah semestinya generasi duat sekarang harus lebih proaktif dan dinamis berbekalkan kemudahan yang terlalu banyak dan perlu dimanafaatkan, demi tuntutan penyebaran rahmat ke serata alam. PENGARUH BLOG Rata-rata kebanyakkan pandangan dan pemikiran, apabila diajak untuk berbicara soal kaedah penyampaian dakwah,cara-cara seperti ceramah,kuliah,bengkel ziarah dan lain-lain pasti segera mendapat tempat di dalam benak pemikiran kita.Hakikat ini tidak boleh dinafikan kerana medium-medium ini telah berfungsi dan menjalankan peranan dengan baik dan berkesan sejak zaman-berzaman lagi. Namun, sebagai duat pada masa kini,kita dituntut untuk menggandakan strategi dan kaedah dakwah sesuai dengan tuntutan sezaman yang lebih mencabar dan bergerak pantas. Pada hari ini, teknologi maklumat merupakan salah satu wadah penting di dalam menyebarkan ilmu dan dakwah. Blog ataupun weblog telah diakui penting di peringkat antarabangsa, khususnya ketika siri peperangan Amerika Syarikat di Afghanistan dan Iraq, di dalam melancarkan propaganda menghalalkan peperangan berlaku. Melihat akan kepentingan blog itu sendiri, maka diperingkat tempatan, seorang anak muda yang bernama Saharil Hasrin Sanin,Pemenang Sayembara Cerpen Berunsurkan Islam 2000 telah mencetuskan penggunaan blog di dalam penghasilan karya-karya penulisan beliau.Usaha ini mendapat perhatian segolongan anak muda untuk mula terlibat di dalam penulisan blog, antaranya Mohd Nazmi Yaakub, seorang penuntut di Mesir ketika itu. Melihat akan usaha-usaha yang telah dimulakan oleh golongan muda di dalam merintis penggunaan blog di Malaysia ini, maka tidak hairanlah pada masa kini pengaruh blog lebih ketara dan dominan terutamanya terhadap golongan belia. BLOG SEBAGAI MEDIUM DAKWAH. JARINGAN UNIVERSAL Melihat akan kepentingan dan pengaruh blog pada masa kini, seharusnya para duat harus mengambil kesempatan di dalam mempelajari dan menjadikan blog sebagai salah satu medium dakwah. Bersesuaian dengan peredaran zaman yang semakin pesat, blog dilihat berperanan besar di dalam hal-hal penyampaian maklumat, ilmu mahupun seruan dakwah kepada mad'u. Kenyataan bahawa generasi kini amat kurang daripada segi budaya pembacaan perlu diakui, dan dikaji strategi untuk mengatasi kelemahan tersebut.Justeru, blog dilihat berperanan besar di dalam penyebaran dakwah khususnya kepada golongan muda. Ruang lingkup blog juga adalah luas dan boleh diakses dengan mudah oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira tempat.Justeru blog berperanan di dalam meluas dan menyebarkan seruan dakwah, bukan hanya bersifat tempatan malah bersifat global. Melalui aktiviti penulisan di dalam blog juga dapat merangsang stamina penulis untuk terus istiqomah di dalam menghasilkan karya-karya bermutu, di samping membantu daripada segi pengembangan idea dan penambahan ilmu. Kesimpulan. Peredaran zaman merupakan satu fenomena yang pasti, dan untuk memastikan Islam terus subur dan sampai pada hati-hati manusia, kaedah penyebaran dakwah perlu sentiasa dikemas kini.Para duat juga amat dituntut untuk lebih bersifat istiqamah, proaktif dan dinamis untuk menyebarkan risalah nubuwwah di dalam era globalisasi yang serba mencabar kini. Tajamfikir, ITD, IIUM. | |
||
Layout by Melissa |