" border=2 color=#EAEEC6> | |||
* MUKADIMAH * * KENAL PENULIS *
* Masa * * BUKU PELAWAT * View My Guestbook Sign My Guestbook * ARTIKEL LALU * March 2005 April 2005 May 2005 June 2005 July 2005 August 2005 September 2005 October 2005 January 2006 April 2006 June 2006 July 2006 August 2007 * POST TERKINI * * KEDAI KOPI * * LINKS * ::Hilmimadani:: ::Diari Presiden:: ::Azwiralbukhairi:: ::EN SHUN:: ::Hudasoid:: ::Cik Fadh:: ::A thing to ponder:: ::K-Rol:: ::sharief ::zikri:: ::sheikh adli:: ::mukhriz:: ::didi:: ::tibe:: ::yazid rilex:: ::haruman sakura:: ::pzin:: ::zul labu:: ::Fahmi:: ::Bro Malie(AWANA):: ::Anjang:: ::Annida:: ::Zaiman:: ::Nabil Majdi:: ::Azmir Zakaria:: ::Kelambu:: ::Tok Ghimau:: ::Zaid Akhtar:: ::Nash:: ::Irawan surah:: ::Darkz05:: ::TOXICITYZ:: ::CEKODOK SEDAP:: ::UNA:: ::IKOKO:: ::DIANZ:: ::Mad'u sesat:: ::Syed:: ::Mior Isfandy:: ::Kak Sham:: * LINGKARAN MAKLUMAT * ::RAKAN TAULAN:: ::MAIL YAHOO:: ::YAHOO:: ::GOOGLE:: ::SUARA MAHASISWA:: ::IDEALIS MAHASISWA:: ::SYEIKH QARDAWI:: ::HARUN YAHYA:: :: CURRENT RULING PARTY:: ::OPOSISI:: ::BLOGGER:: ::IYC:: ::Palestin info:: ::BERITA HARIAN:: ::NEW STRAITS TIMES:: ::THE SUN:: ::HARIAN METRO:: ::THE STAR:: ::HARAKAH:: ::MALAYSIAKINI:: ::MALAYSIA TODAY:: ::SIN CHEW:: ::FREE ANWAR:: ::BERNAMA:: ::ABIM:: ::PUM:: ::JIM:: ::TURKI NEWS:: ::CNN:: ::BBC:: ::TIME MAGAZINE:: ::WORLD NEWS:: ::ASIA DAILY:: ::NEW YORK TIMES:: ::CHINA DAILY:: ::ARAB WORLD NEWS:: ::MUSLIMEDIA:: ::ECONOMIST:: ::FEER:: ::DAILY MIRROR:: ::DAILY EXPRESS:: ::THE SUN UK:: ::PHILIPINE NEWS:: ::JAWA POST:: ::KOMPAS:: ::HARIANASIB:: ::ACEH KITA:: ::DETIK:: ::ERA MUSLIM:: ::ENDONESIA:: ::REPUBLIKA:: ::MODUS:: ::GATRA:: ::SABILI:: * TAQWIM* * WAKTU SOLAT * * PULAUKAN * *PELAWAT * Free Hit Counter |
* Wednesday, July 06, 2005 * Pemimpin harapan rakyat. Krisis kepimpinan merupakan satu fenomena yang amat dibimbangi.Ini adalah disebabkan kepimpinan merupakan satu elemen penting di dalam mewujudkan suasana aman dan stabil khususnya di dalam konteks kenegaraan. Kesedaran mengenai peri pentingnya amanah di dalam menggalas tanggungjawab memimpin adalah amat penting demi tuntutan keadilan dan kesejahteraan.Ini juga merupakan harapan rakyat terbanyak untuk melihat taklifan yang telah diberikan dilaksana dengan sebaik mungkin. Islam melihat konsep kepimpinan adalah sesuatu yang paling utama.Pemimpin sesebuah negara atau ummah dilihat sebagai khalifah di muka bumi ini, dan sebagai khalifah kebergantungan dengan pencipta tidak dapat ditolak mahupun dinafikan. Ini jelas melalui firman Allah s.w.t bahawa manusia ini kesemuanya diciptakan untuk memperhambakan diri kepadaNya. Menyentuh mengenai krisis kepimpinan,ianya adalah lumrah di dalam hidup berorganisasi, sedangkan lidah boleh tergigit ini kan pula sesama pimpinan. Adalah lumrah juga apabila manusia yang masing-masing mempunyai cara berfikir yang berlainan duduk di dalam satu wadah, maka sudah tentu, jikalau tidak teruk pasti berlaku sedikit krisis kepimpinan. Namun dengan hanya berlandaskan fenomena lumrah ini tidak cukup, untuk meredhakan ianya berlaku, kelak bakal mengundang padah kepada organisasi dan kepada golongan yang dipimpin. KEADAAN SEMASA Penulis berpandangan, terdapat banyak contoh-contoh krisis kepimpinan yang berlaku pada masa kini.Hal ini berlaku kepada sebesar-besar organisasi hinggalah sekecil-kecil organisasi. Namun yang amat malang dan menyedihkan,gejala ini berlegar disekitar bangsa Melayu berbanding degan bangsa-bangsa lain di Malaysia ini. Mutakhir ini kita dikejutkan dengan drama penggantungan Tan Sri Isa Samad sebagai naib presiden UMNO, dan sejumlah besar tokoh-tokoh di dalam parti berkenaan kerana di dapati bersalah oleh lembaga disiplin parti di atas kesalahan rasuah politik. Mengenang nasib? Ini sedikit sebanyak memperlihatkan kepada umum bahawa UMNO yang sentiasa dianggap sebagai wadah terbesar dan terbaik bagi membela nasib orang melayu kini bergolak kencang angkara segelintir agas-agas yang bergentayangan ke hulu- ke hilir meniup virus kerosakan. Apakah ini corak politik yang ditonjolkan oleh parti berkenaan, tatkala, akhbar-akhbar dan stesen-stesen televisyen tempatan baru sahaja menyiarkan Re-organizing PAS sebagai sebuah wadah politik alternatif. Ketidakstabilan ini terus berlaku apabila wujudnya pertentangan pendapat yang sengit diantara Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Menteri Perdagangan Dan Industri negara Tan Sri Rafidhah Aziz mengenai isu Tengku Mahaleel dan Proton. Persoalanya apakah kebanggaan kita,sebagai sebuah negara yang stabil ekonomi,politik dan sosial masih lagi relevan untuk diperkatakan? Tatkala harga minyak dan diesel melambung tinggi di pasaran dunia,kesannya turut sama dirasai oleh penduduk Malaysia walaupun kita adalah antara negara yang kaya dengan hasil minyak. Benar,pemberian subsidi kepada syarikat-syarikat minyak asing yang beroperasi di dalam negara akan merugikan, apabila wang negara dibawa keluar, namun ini bukanlah alasan kukuh bagi sebuah negara yang mempunyai kepakaran di dalam menangani krisis ekonomi dahulu. Ketika Tun Dr Mahathir memegang jawatan sebagai menteri kewangan, strategi ampuh telah dirangka demi kesejahteraan masyarakat Malaysia, contoh teladan ini wajib dan harus hukumnya dicontohi oleh pemimpin sekarang. SATU MUHASABAH Tatkala orang melayu dilanda krisis kepimpinan,bangsa Cina dan India sedang pesat berusaha untuk meningkatkan kualiti kepimpinan mereka. Tindakan berani Datuk S.Sothinathan di dalam melontarkan isu institusi dan pelajar perubatan telah menarik perhatian ramai pihak, namun atas semangat pemuafakatan politik seorang anak muda yang berani mempersoalkan ketidakpastian dihukum dengan penggantungan jawatan selama 3 bulan. Adakah ini wajar berlaku?Pada pandangan penulis tindakan beliau adalah wajar kerana ianya dipersoalkan di dalam Parlimen, bukanya di luar Parlimen. Parlimen sebagai sebuah institusi tertinggi perundangan negara harus dimanafaatkan sepenuhnya.Persoalanya di sini tindakan-tindakan yang sama tidak pula dikenakan ke atas ahli-ahli parlimen yang pernah menggesa agar menteri untuk meletakkan jawatan ataupun yang pernah menggusulkan agar gaji menteri dipotong. Begitu juga dengan pencalonan Datuk Chua Jui Meng untuk bertanding merebut jawatan Presiden MCA.Beliau dilihat sebagai seorang "Brilliant" untuk memimpin parti politik tersebut. Ketika bangsa-bangsa lain sedang sibuk untuk mempersiapkan kepimpinan bagi menerajui negara pada masa akan datang,wadah orang melayu pula sibuk di dalam tidur lena,bercakaran sesama sendiri, sibuk dengan gejala rasuah politik dan mengalami krisis kepimpinan yang lemah. Adakah kita kekurangan pemimpin-pemimpin yang berkarisma, sudah tentu jawapanya tidak, kita masih mempunyai individu-individu tertentu yang berkeupayaan memimpin, namun pra-syarat utama singkap dan buangkan "political prejudice or sentiment" yang melampau di antara kita. Jikalau bangsa-bangsa lain boleh bersatu di dalam hal-hal kebaikkan bangsa mereka tanpa mengambil kira sentimen parti-parti politik, kita juga boleh melakukanya.Sudah tentu ianya tidak merugikan malah membawa kebaikkan dan kesejahteraan pada masa hadapan. Tajamfikir 7/7/2005 11.00am ITD.
| |
||
Layout by Melissa |